webnovel

Putarkan masa lalu~

Lelaki dan wanita, mempunyai suara hati yang berbeza. Terkadang, kita hanya tahu isi hati wanita. Tapi kita lupa isi hati lelaki. Cerita ini, menceritakan suara hati untuk lelaki dan juga wanita. Siapa tahu, apa yang ada dalam isi hati kita

Doubly_crazy · General
Not enough ratings
9 Chs

Bicara Hati-WANITA

Chapter 5

"Sorry!" Air koktel, campuran susu dan buah yang berada di tangan Najmi tertumpah di atas kemejaku saat aku berselisih dengannya. Aku memandang ke bawah, baju kemejaku dengan senyuman yang sukarku gambarkan perasaanku ketika ini. Mungkin, perkara dah nak terjadi.

"Tak apa..dah nak jadi." Utaraku, senyum nipis. Lagipula, aku faham perasaan dia. Bukan dia segaja ak tumpahkan. Aku pula, lagut nampak makanan yang terhidang sehingga aku dah tak nampak, sesiapa.

"Eh, baju kau?"Syafikah yang berada berhampiranku, menunjukkan pada bajuku yang basah.

Aku tersengih kecil. "Basah sikit sahaja." Ujarku. Menarik, tangan Syafikah sambil menjunjung pinggan yang berisi makanan. Mataku, sengaja aku jegilkan pada sahabatku ini, agar tidak menyoal apa-apa.

"Kau tumpahkan dekat baju dia?!" Tanya Syafikah, sebaik matanya menangkap gelas di tangan Najmi. Aku dapat lihat wajah Najmi yang serba salah. Aku pula, tak mampu nak cakap banyak. Hanya mengeleng sebagai isyarat ringkas.

"Dia tak sengaja." Kataku.

"Tak apa, aku bagi jaket aku." Jawab Najmi, meletakkan gelas dan pinggannya di atas meja kami. Aku yang mendengar, pantas mengeleng.

"Tak perlu." Ulahku, menolak.

Syafikah mencuit pinggangku. "Okay, jom pergi ke tandas. Kau nak bagi jaketkan." Utaranya, pada Najmi. Lelaki itu, seraya mengangguk. "Sekejap, aku nak jumpa pengerusi. Aku nampak, dia panggil." Ujar Syafikah, meminta diri.

Janggal!

"Pergilah hantar makanan ke meja dahulu." Tuturku, kepadanya tatkala ada ruang kosong di antara kami. Aku mula rasa tak selesa bila terpaksa menunggu dengan Najmi. Baju yang mulai kering, aku kibas untuk mengelakkan ianya melekat pada badan.

"Sorry.." Aku menoleh ke arah Najmi.

Aku senyum. "Tak apa. Bukan sengaja,ke sengaja nak tumpahkan?!" gurauku, dalam kata.

"Eh, takk!! Takkanlah saya nak tumpahkan air ke baju awak." Ujarnya, beriya-iya. "Awak cantic, mala mini." Pujinya, sekilas.

"Ish!! Jangan puji melebih. Tadi, saya, gurau je." Balasku,kekok. Entah betul atau tidak, aku terdengar suara orang gelak. Aku memandangnya.

"Saya tak sangka awak ambil serius, saya pun gurau." Ujar Najmi, membuatkan aku senyum kecil.

"Pandai ya, bergurau." Usikku.

"Pandai, bila perlu. Lagipun, baju kita sedondon malam ini. Macam, tahu-tahu je baju kita sama" Balasnya, melihat warna baju kami yang sama. Aku pantas menoleh ke sisi. Malu, mulai menyirap ke wajah. Kenapa perlu dia sebut tentang warna baju. Aduh..mana nak letak muka. Memang taubatlah aku nak pakai sedondon kali ini.

"Sorry, sorry, aku buat kau orang menunggu. Ainun, minta aku panggil kawan-kawan yang keluar tadi." Rungutnya, dalam bicaranya. Aku hanya senyum, melihat Syafikah yang kelam kabut.

Kami bergerak keluar, sementara Najmi mengikut dari belakang.

Sebaik sahaja kami bergerak keluar. Anak mataku, menangkap kelibat Zaid dan orang yang aku jumpa petang tadi. Mesra betul mereka, walaupun Zaid dah bekeluarga, tetapi masih rapat dengan sahabat baiknya. "Syafikah, sana tu." Suaraku, tatkala teringat pesanan Syafikah.

Syafikah yang melihat, terus bersuara. "Hei, kau orang. Pegerusi minta masuk ke dalam. Upacara memberikan hadiah." Dia lekas menghampiri mereka. Meninggalkan aku dan Najmi di belakang.

"Awak, malam ini buat apa?" Najmi meyoal.

Aku melihatnya, terus menjawab. "Tidurlah." Sepatah.

Dari lenggok gayanya mengangguk, bila mendengar jawapanku. Aku tahu, dia nak buang perasaan kekok antara aku dan dia. "Awak?" aku menyoalnya pula.

"Biasalah, saya nak chat dengan someone important." Ulahnya.

"Ahhh, yeke.." Aku senyum kecil.

"Hish...tak nak bersiar-siar ke malam ini. Bukan selalu dapat peluang macam ini" Balasnya, dengan senyum besar. "Selalu kerja, sekarang dapat cuti." Katanya lagi.

Mendengar bicara panjangnya. Aku senyum. Bila teringat pasal kerja. Aku terus berujar. "Nak cari duitkan." Helaku, menambah bicaranya. Dia mengangguk, mengiyakan kata-kataku.

Dari jauh, aku dapat melihat Syafikah yang sudahpun datang menghampiri kami. Bicara kami, berhenti serta merta. Lantas, lengok Syafikah dituruti. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Seolah-olah lelaki itu, berterusan memandang ke arahku.

Silap kowt!..Perasaan sendiri, mungkin.

"Heh, mengelamun. Tengok itu Najmi, dia suka termenung." Ujar Syafikah yang membuatkan aku malu tersendiri.

"Nah, ambil jaket saya. Jaket yang sudah ditanggalkan, dihulur ke arahku." Berat hati juga mengambil bajunya. Mujur, dia memakai baju t-shirt polos berwarna hitam di dalam.

Aku menunduk, sekilas itu mataku sempat mencuri pandang melihat wajahnya. "Maaf ya. Nanti saya pulangkan balik." Utaraku, menoleh ke arah Syafikah.

Syafikah sengih melebar disisi. Aku mengigit bibir, malu yang menebal.

"Tak apa, pulangkan kemudian pun, tak apa." Katanya. Lembut. Kata-katanya, membuatkan dadaku berdegup laju. Malah, debarannya kian terasa. Mungkin kerana malu.

"Terima kasih." Ucap Syafikah. Aku yang terkhayal seketika, mengiyakan kata-kata Syafikah. Serentak itu, mereka ketawa. Aku malu lagi.

Aku terus masuk ke dalam, diiringi Syafikah. Najmi menunggu di luar.

"Dah keringlah. Kesian dia."Kataku, sebaik melihat baju kemejaku sudah kering. Walaupun, bertompok. Aku tidak terlalu kisah. Bukan aku minta perkara yang jadi.

"Pakai sahajalah. Dia dah bagi." Mungkin kerana aku selalu menolak bantuan orang lain, dan tak terlalu kisahkan pada pandangan orang. Aku kurang menerima bantuan seperti ini. Tetapi tidak bagi Syafikah, dia terus berkeras.

Baju jaket milik Najmi, masih berbau minyak wangi lelaki. Aku sarungkan ke badan, dengan pipi yang merah. Aku malu!! Kami melangkah keluar.

"Ermmm..cantik. Tetap sepadan dengan saya." Ujar Najmi. Wajahku yang baru reda perasaan malu, kembali memerah. Syafikah pula, asyik sahaja menguis lenganku.

Aku senyum nipis. "Tak baik bergurau, macam itu. Nanti timbul salah faham." Balasku. Walaupun, dia pandai bergurau, tetapi aku tidak mahu menimbulkan salah faham pada Syafikah. Cukuplah..aku dah cukup malu, sekarang ini.

"Kalau saya serius? Bagaimana??" aku terus memandangnya. Menjegil mata ke arahnya, tika terdengar ujarannya. Syafikah menekup mulut. Dia juga, tak sangka Najmi boleh cakap macam itu barangkali.

Isyarat tumb up, dilayang pada Najmi. "Dah up, ya.." Senyum Syafikah.

Aku senyum lagi. "Kita masuk." Utaraku, menarik lengan Syafikah. Najmi yang senyum nakal, terpamer di wajahnya. Aku sendiri sukar nak kendalikan apa yang aku rasakan. Tetapi, sedikit sebanyak. Dia membuatkan hatiku berdebar-debar. Agak tergesa-gesa aku masuk ke dalam dewan.

Haishhh??!!

Bersambung..