webnovel

Putarkan masa lalu~

Lelaki dan wanita, mempunyai suara hati yang berbeza. Terkadang, kita hanya tahu isi hati wanita. Tapi kita lupa isi hati lelaki. Cerita ini, menceritakan suara hati untuk lelaki dan juga wanita. Siapa tahu, apa yang ada dalam isi hati kita

Doubly_crazy · General
Not enough ratings
9 Chs

Bicara Hati-LELAKI

Chapter 4

"Em..!" Aku salah lihat ke? Aku rasa, aku belum lagi buta untuk nilaikan apa yang aku lihat kini. Walaupun, tidak terlalu jelas. Aku dapat menangkap reaksi mesra antara mereka. Aku mencuri lihat, Najmi yang berada di sebelah.

Aku tak terkejut, jika aku dapat teka reaksi Najmi sekarang ini. Tapi..kenapa perlu, orang yang sama. Ramai yang cantik-cantik..Urghhh!! Aku bergumam perlahan. Anak mata ini, memerhati si dia. Ya, aku akui. Malam ini, dia nampak berbeza dan kelihatan cantik di mataku. Ahhh, kenapa dari dulu aku tak nampak semua itu.

"Hei, kau! Zaid panggil tu." Najmi, menegurku.

"Apa?!" suaraku, kedengaran kasar. Dan, secara tidak sengaja aku mulai tersedar reaksi kasarku. "Oh, Sorry." Spontan itu, aku meminta maaf. Aku pantas menoleh ke arah Zaid yang memberi hint, untuk keluar ke lobi. Mungkin suasana di dalam, sedikit bosan untuk didengari. Dan mungkin sahabatya itu perlukan sedikit ruang untuk berjauh buat seketika dari keluarga mininya.

Malah, mood yang telah aku alami juga, sudah tidak sebaik dari awal. Isyarat tanda okay, aku balasnya dari dudukku. Zaid angguk, dan masing-masing bangun beredar ke luar. Aku bergerak ke lobi, melintasi meja yang diduduki oleh si dia.

Entahlah…kenapa aku marah apabila, melihat wajah si dia yang malu. Dia bukan milik aku, atau milik sesiapa. Tapi, hati ini…sejujurnya aku sendiri terasa tanpa sebab.Aku rasa bodoh! Kesal akan perkara yang lama.

Ahhh..Dia pandang aku! Aku pantas mengangguk, dan memberikan senyuman padanya.

Dia membalas pandanganku.

Aku terhenti seketika. Cantikya dia.. senyumannya.. matanya.. segala-galanya, sempurna di mataku. Aku rasa nak..

"Woi!" Zaid yang sudah berada di belakang, di bahagian pintu masuk. Memanggilku.

Aku angkat tangan. Lalu beredar melintasi mereka. Aku tak mampu, nak gambarkan perasaanku kini. Gila!!Aku dah gila! Macam mana aku, boleh bayang nak peluk dia? Arghhh.. Aku dah gila! Raut wajahku, merona merah. Terasa suhu badanku naik. Panas! Panas!

Kolar bajuku, dilonggarkan sehingga kelihatan baju nipis berwarna putih di dalam. Aku kibas kasar, baju kemeja berlengan pendek berwarna biru gelap, dirasakan baju smtebal orang eskimo. Aku pengang cuping telingaku, yang dirasakan panas terbakar.

Zaid yang melihat keletahku, sudah ketawa dihujung sana. "Kau, budak-budak ke! Aduhhh!!" tawanya,walaupun aku sudah tiba di ruang rehat yang ditempatkan untuk berehat dan makan-makan di laluan sebelum masuk ke dewan. Tawanya masih tak henti.

"Dahlah!"marahku. Setelah, rasa debar mulai reda.

"Aku tak tahulah nak cakap apa. Kita bukan muda lagi. Kalau kau dah berkenan dengan dia, cepat-cepat kau jadikan dia isteri." Ujar Zaid, "Lagipula, nampak sangatlah.." ujar Zaid, mengangkat tangan, pada waiter yang lalu.

"Macam mana kau tahu." Tanyaku.

Soalanku, tak dijawab dengan segera. "Kau nak coffee??" Tanya Zaid, ketika waiter yang dipanggil. Menghampiri mereka. Aku hanya mengangguk sahaja, tanpa banyak cerita. Isyarat dua jari ditunjukkan pada waiter sebelum, lelaki itu berlalu dengan pesanan yang diorder oleh mereka "Kau tanya aku, atau kau buat tak tahu. Semua orang dah dapat agaklah bila kau tegur dia dekat pantai petang tadi." Tokok Zaid, setelah dia selesai membuat pesanan.

Keningku terjongket. "Obvious sangat ke?" tanyaku lagi. Rambut, yang terjuntai dihadapan, diraup dengan jari ke belakang. Malu!

"Tak obvious ke, tadi. Aku nampak kau, macam nak terkam dia hidup-hidup. Nasib aku ada, kalau tak. Aku tak tahulah apa jadi pada anak dara orang." Balas Zaid bersahaja.

Wajahku, memerah. Melihat aku yang tak mampu membalas cakapnya, membuatkan dia ketawa kuat. "Haduh!! Udang galah dah terbakar!!"tawanya geli hati. Aku tak mampu nak berjawab, atau membalas kata-katanya. Kenyataan yang sangat jelas, aku menyukai si dia.

"Aku suka dia.."Tidak tahu, di mana kekuatan yang aku dapat. Tapi, apa yang aku luahkan, seikhlas dari hati. Kalau kawan aku nak ketawa, ketawalah.

Aku sendiri rasa apa yang aku rasa dan dalam masa tiga hari serentak, aku tak dapat tidur lena. Rasa hati tak tentu arah. Terkadang, aku cemas bila aku tak nampak dia sekejap. Aku jadi rindu. Bahkan, aku jadi tak keruan bila aku nampak kawan lelaki, bercakap dengan dia. "Aku suka dia, Zaid." Keluhku, berat.

Zaid mengosok belakangku. "Habis, pergilah luah dekat dia. Aku sangka, kawan aku dah tak ada perasaan terhadap perempuan. Ada lagi rupanya. Beranikan diri." Minuman yang dipesan, sudah tiba.

Aku memandangnya. "Senanglah kau cakap." Air yang dipesan, aku letakkan di atas meja.

"Apa susahnya. Kau cakap sajalah. Bukan kau pernah kena reject pun, atau kau tak tahu pun kalau dia reject kau." Ujarnya. Aku mengeluh. Mudahlah, jika sebelum ini, aku tak menolak luahan oleh si dia.

"Lainlah, kau pernah reject dia sebelum ini."tambah Zaid, kemudian. Air kopi, dihirup nipis. Lemak manis dari aroma kopi, memang mengasyikkan. Gurau Zaid, menambah bicaranya. Sempat dia mejeling rakannya.

"Macam mana kau tahu..?" soalku. Terkejut dengan ungkapan spontan dari Zaid.

Zaid juga terkejut. "Kau, reject dia?" kata yang disangka gurau, rupanya perkara yang betul. "Habislah kau. Haduh!! Macam mana kau boleh reject dia?" tanya Zaid, ingin tahu.

Aku yang terlepas cakap, menepuk dahi. Aku mengeluh lagi. Tak tahulah, berapa kali aku mengeluh. "Cerita lama." Utaraku. Malas nak mengungkit kesilapan yang aku rasa, aku buat sesuatu benda macam orang bodoh. Bukan aku reject dia baik-baik pula itu. Aku hina dia sekali. Arghhh!! Bodoh!

"Tahun lepas?"

Aku mengeleng, sambal mengangkat kening. Kalau perkara itu berlaku tahun lepas, mungkin aku tak buat benda bodoh.

"Masa kem ke?"

"Ya." Jawabku, malas. Keluhan di bibir masih kedengaran. Kesal, bila teringat semula. Jika ikutkan adat, pasti dia menolaknya mentah-mentah. Lagipula, dia seakan-akan tak kisah.

Zaid menepuk dahi. Mungkin,dia juga tersedar dengan kebodohan aku. "Patutlah, waktu aku nak kenalkan kau dengan sepupu aku. Kau tak nak." Ucapnya, dengan tawa. "Dah tersuka dengan kawan sekolah."

"Hei, kau orang. Pegerusi minta masuk ke dalam. Upacara memberikan hadiah." Syafikah yang, lalu di kawasan lobi, datang menghampiri. Perbualan kami, terhenti seketika.

Aku yang hampir terkejut, segera bangun dari duduk. Zaid, bersahaja apabila Syafikah datang menghampiri. Kelibat si dia, terus mejadi pemerhatianku. Walaupun, dari jauh. Aku dapat melihatnya dengan jelas. Zaid berdehem, kecil. Memberi signal padaku.

"Pengerusi minta, masuk." Ujar Syafikah, mengisyarat dengan tangan.

"Kau orang, bertiga nak kemana?" tanya Zaid, tatkala mataya melihat mereka bertiga keluar seretak. Kalau nak panggil kawan sekalipun, takkan bertiga.

"Cari bilik air." Jawab Syafikah. Kemudian berlalu. Agak tergesa-gesa langkahnya.

Zaid mengangguk, lalu memandangku. Keningnya terangkat.

"Kenapa?" ajuku, secara spontan. Hairan.

Zaid mengeleng. "Aku tak tahulah, kalau kau tak dapat lihat sebab nampak dia sahaja. Takkan kau tak nampak, Najmi tadi."

"Najmi?" berderau darahku. Najmi ada sekali? Aku seakan melopong. Tanpa sedar, aku bergerak mengikut mereka. Tapi, belum sempat berbuat demikian, Zaid menahan.

"Kau gila!" tahan Zaid, bersuara perlahan.

Aku tersentak. Adakah ini, perasaan cemburu. Wajahku, membahang. Rasa marah, menyirap. "Hmm." Gumamku, pendek. Aku baru tersedar, dua pasangan berbaju setona berjalan beriringan. Zaid. Menepuk bahuku.

Mungkin dia mengharapkan aku bersabar..sangkaku tak pasti.

Bersambung..