webnovel

Putarkan masa lalu~

Lelaki dan wanita, mempunyai suara hati yang berbeza. Terkadang, kita hanya tahu isi hati wanita. Tapi kita lupa isi hati lelaki. Cerita ini, menceritakan suara hati untuk lelaki dan juga wanita. Siapa tahu, apa yang ada dalam isi hati kita

Doubly_crazy · General
Not enough ratings
9 Chs

Bicara Hati-LELAKI

Chapter 6

Adakah aku ditakdirkan untuk melihat dirinya sahaja dari jauh? Adakah ini…

Kelibat susuk tubuh si dia yang masuk, bersama Syafikah meruntunkan hatiku tatkala jaket Najmi, tersarung di badannya. Adakah.. Adakah aku terlambat? Wajah si dia yang merona merah, dan tingkahnya yang tergesa-gesa masuk. Dapat dibaca rentak itu dengan mudah. Malah, aku tak dapat menafikan yang aku sendiri perasan akan perubahan di wajah si dia, sewaktu Najmi melalui tempat meja mereka, si dia hanya menoleh ke sisi membuang pandang ke arah lain ketika Najmi memandang ke arahnya.

Aku berkalih, memandang Zaid tika Najmi tiba di meja. Zaid hanya membalas isyarat agar aku bersabar.

"Program dah lama mula ke?" Tanya Najmi, kepadaku. Aku angguk tanpa bicara, menahan perasaanku sendiri. Terasa badai ribut taufan, berlaku di dalam sanubariku. Tetapi...apa aku punya hak untuk cemburu?

"Mana jaket kau?" tanya Azim yang berada semeja dengan kami. Aku hanya memasang telinga. Mata ini, aku pujuk untuk lagut pada acara di hadapan.

"Itu, dekat sana." Tuturnya, menunding jari ke arah meja perempuan. Pendek sahaja ayatnya, dengan senyum lebar. Aku tahu, dia sukakan si dia. Lelaki..tidak akan buat sesuatu jika dia sendiri tidak suka.

"Huuuuuuu…makwe ke." Usik Azim. Sengihnya panjang. Masing-masing yang berada pada meja yang sama, sudah tersenyum nakal. Terbakar pula hatiku, apabila mendengar nama si dia dikaitkan dengan orang lain.

"Tak, dia bukan makwe Najmi." Suaraku, tiba-tiba. Aku tak suka, pada usikkan mereka pada Najmi, saat ianya mengaitkan dengan perempuan yang aku suka. Aku terus bersuara. Spontan ujarku, membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri. Seketika kemudian, berdetik rasa kesal.

"Aku dah tanya dia petang tadi, masa bincang pasal hadiah." Laju pula, aku menambah kata-kataku. Tersedar, bahwa aku terlepas cakap. Mungkin, aku tak mahu dengar gossip mereka.

Jika lihat reaksi mereka pada mulanya, mereka syak sesuatu pada aku. Tetapi, disebabkan alasan yang aku cipta. Mereka hanya angguk sahaja. Tapi aku tahu, mereka dapat baca rentak aku. Najmi, memandangku. Dia tahu.

"Hemm..ramai juga ya, kawan perempuan kita yang tak kawin lagi." Suara Azim, tatkala memerhati kawan wanita di meja belakang. Yang lain sekadar mengangguk sahaja. Kalau tak ada jodoh, kita rembat je budak dekat belakang. Lagipun, mereka dah lawa-lawa sekarang. Tak macam dulu....Suara Azim walau ianya tidak terlalu kuat, tapi sepintas mataku menoleh ke meja belakang. Aku nampak wajah mencuka di antara mereka.

"Kau ingat sesenang mereka nak terima kau. Jodoh pun tak nak kau, tau tak." Jawab kawan yang lain. tawa mereka, sehingga menimbulkan mata-mata yang memandang. Aku diam sahaja. Sesekali, menjeling juga, ke meja belakang.

Najmi bersuara. "Yang aku tahu, jodoh aku ada disini." Najmi sengih. Aku yang mendengar, menoleh ke arah Najmi. Anak matanya, melirik ke meja perempuan. Tetapi si dia tidak memandang. Adakah, hanya Najmi sahaja yang menyukainya.

"Kau nak kawin, dah ke?" Soal Azim.

Dadaku berdebar. Perlukah aku mendengar lagi?

Aku bingkas berdiri. Bangun dari dudukku. Majlis malam ini, yang sepatutnya meriah. Tetapi, bagi aku. Ianya, semakin suram.

Mungkin, satu jangkaan dari aku sendiri. Mustahil, si dia tidak dimiliki sehingga kini. Dia wanita sempurna. Bahkan, diwaktu malam aku terigau-igaukan dirinya. Siang pula, bayangannya sahaja membuatkan jantung berdegup laju. Mungkinlah, Najmi sudah meluahkan perasaannya pada si dia. Walaupun aku sendiri tak pasti.

"Malam ini, kita sudahpun mengundi pasangan yang menarik perhatian ramai. Dijemput pilihan pertama Mister King, iaitu tak lain dan tak bukan, Najmi. Diminta Najmi, datang ke hadapan." Suara pengerusi, lantang kedengaran di pembesar suara.

Mendengar nama Najmi, menjadi pilihan. Aku tahu, dia akan menang. Dan aku pasti, pasangan yang terpilih, pasti si dia. Najmi bangun, mahu melangkah ke pentas.

"Awak…"Aku menoleh. Najmi juga menoleh.

"Jaket." Huluran baju kulit, disuakan pada Najmi. Tertegun aku melihat keletah mereka, yang satu menghulur dan satu lagi menolak. Najmi berkeras menolak, sehingga si dia terpaksa mengambil semula jaket Najmi. Aku yang memerhati, beredar meninggalkan majlis. Aku tak suka mereka terlalu mesra dihadapanku. Aku tak suka mereka seperti itu dihadapan aku. Aku…

Aku tak suka!

Aku bergerak ke serambi di luar lobi hotel. Malam yang sejuk dingin ketika ini, mungkin dapat merawat hatiku sendiri. Aku yang salah dalam hal ini. Aku sendiri yang membuang tuah. Bagai tergiang-giang suara si dia yang menahan marah di corong panggilan. Malah, aku yang bersalah. Jika kata-kataku pada hari itu tak menyakitkan hati dia, pasti dia juga tak akan ungkap ayat seperti itu.

Suara itu..aku rindu.

"Hei, kenapa ada di luar?" seseorang menegurku. Aku menoleh.

Keningku, terjongket. Agak terkejut dengan kehadirannya yang tiba-tiba. Tiada Syafikah atau Najmi "Kenapa, keluar?" tanyaku pula. Soalan, di ajukan dengan soalan. Kewujudan dia yang tiba-tiba menegurku, membuatkan aku sedikit terperanjat. Adakah, dia mengikut aku dari belakang.

"Saya nak betulkan jaket ini." Katanya, sambil menunjukkan jaket yang berada di lengannya.

Aku mengangguk. Pahit kelat, terasa di halkum. "Kenapa tak pakai." Tanyaku lagi.

"Orang punya." Jawabnya sepatah.

Aku mengangguk lagi. Aku tahu, jaket itu milik Najmi. "Bosan ke dekat dalam." Ajuku lagi. Menukar haluan bicara yang baru bermula.

"Bosan jugalah. Sebab majlis, dah habis. Tinggal slot karoke." Bicaranya. "Kalau minat menyanyi, pergilah masuk. Saya nak balik. Nak rehat ." Ulahnya, lantas melangkah pergi.

"Awak.." aku menahannya. " Boleh saya nak cakap sesuatu." Soalku.

Terpinga-pinga dia dengan permintaanku, kemudian berapa ketika dia mengangguk. Bersetuju untuk berborak seketika, denganku. Cuma syaratnya, dia tidak mahu sampai ke lewat malam. Hanya seketika. Kerana syarat itu, aku lekas bersetuju. Sebabkan itu juga, aku menemaninya ke homestay.

"Perkara apa ya?" tanyanya, sewaktu aku dan dia beriringan jalan.

"Saya nak tanya, pasal confession dulu. Awak, masih marah saya ke sekarang ini?" soalku.

Dia senyap ketika. "Tak."

"Sekarang, macam mana?" tanyaku lagi inginkan kepastian.

"Tak juga. Kenapa tanya?" tanyanya pula.

Aku mengumam lega. "Saya risau, awak masih marahkan saya. Sebab saya tahu, dulu silap saya." Utaraku, membalas pertanyaannya.

Dia senyum, memandangku sebelum melemparkan pandangannya kehadapan. "Saya tak marahpun. Kalau nak di ikutkan, pada asalnya. Saya ingin tahu, siapa diri awak. Jadi, saya beranikan diri untuk hubungi awak. Tapi, tak sangka. Awak akan soal yang bukan-bukan." Ujarnya, agak perlahan.

Oktaf suaranya yang rendah, mengingatkan aku kembali perbualan kami yang menunjukkan sisi diriku yang buruk. Aku malu sendiri. Aku lupa akan hal itu. "Maaf." Ulahku, malu.

Dia mengeleng. "Saya faham, kalau awak nak menguji. Tapi sebabkan itu, saya terluah dekat awak. Bukan saya ada niat nak luah pada asalnya, tapi disebabkan saya kecewa sangat-sangat dengan awak. Orang yang saya anggap seorang lelaki yang baik, caring dengan adik beradik dia, buat sesuatu yang saya rasa menjatuhkan maruahnya sendiri. Jadi, luahan saya hari itu sebab marah." Jelasnya, satu-satu yang membuatkan aku berfikir panjang.

"Maksud awak?" Terasa ingin tahu, maksud yang cuba disampaikan. "Awak tak suka saya, tapi awak luah?" tekaku, cuba merungkai kata-katanya.

Dia tersenyum lagi. Kini, kami sudah tiba di bilik homestaynya. "Saya suka awak, tapi cukup sekadar kawan." Rungkainya. "Okaylah, terima kasih hantar saya. Saya naik dahulu."

Aku tak faham. Selama ini, memang dia anggap aku kawan? Hanya aku sahaja ke, yang ada perasaan pada dia selama ini. Habis, Najmi macam mana? Adakah Najmi, lain." Awak..main-mainkan perasaan saya, ke?"

Dia menoleh. Dahinya berkerut, dengan riak tanda soal. "Apa?"

"Awak, main-mainkan perasaan saya ke?!" Oktaf suara sedikit meninggi. Aku kecewa. Terasa harapan yang terbina, pecah berderai. Sangat tak kelakar bagi aku. Aku renung wajahnya. Dia buntu!

Bersambung..