webnovel

My Only Hero

Book 1 of CookyiesCo [Late Update] "Dasar anak pembawa malang!" "Kenapa mother cakap macam tu?! Dia tak salah!" "Thank you, MY HANDSOME HERO." "I will protect you, princess" "Please don't smile if you're broken inside. I love you" Disebabkan satu mitos, dirinya digelar pembawa malang. Demi ingin melihat keluarganya bahagia, dia nekad keluar dari negara itu. Tinggal bersama keluarga pakciknya. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang menjaganya dalam masa yang sama, mencintainya dari jauh.

CookyiesCo · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Chapter 11

Adam melangkah masuk ke dalam ward Naura. Naura yang sedang mengemas pakaian dipandang. Harini gadis itu sudah dibenarkan untuk keluar.

Bukan main happy dia bila dapat tahu. Terlompat lonmpat. Aku yang tengok, malu tahu! Haih.. Naura Naura.. "Siap dah?" Soal Adam sambil melangkah mendekati gadis itu.

Naura menzipkan bagnya lalu menghulurkan bag itu pada Adam. Adam menjongketkan kening. "Tolong bawak?" Ujar Naura sambil tersengih.

Adam menggeleng gelengkan kepala. Bertuah betul budak ni. Tapi tangan tetap menyambut huluran itu. "Mengada." Ujarnya sambil menjentik dahi Naura.

"Auch! Sakit lah gila!" Naura menggosok dahinya. Adam hanya buat muka selamba. "Dah jom. Semua dah tunggu kat rumah tu." Adam melangkah keluar dari bilik itu diikuti oleh Naura.

———

Harith turun dari bilik dan melangkah masuk ke dapur. "Morning, mom." Dia mencium pipi ibunya yang sedang menyiapkan meja makan.

"Morning, angah."

"Dad mana?" Soal Harith. Dia mengambil tempat di meja. "Ada dalam office. Katanya ada meeting online." Balas mom aka Puan Dee.

Harith hanya meng'ooo' kan saja. "Along dengan adik kamu dah bangun dah?" Soal Puan Dee.

"Along pergi jogging. Yang si kembar tu belum la kot. Budak berdua tu matahari dah terpacak atas kepala pon tak reti nak bangun lagi." Ujarnya selamba.

"What did you say, angah?!"

Harith terus berpaling pada pintu dapur yang actually takda pintu sebenarnya. Dia memandang Hani dan Hana yang sedang bercekak pinggang memandangnya tajam.

Puan Dee hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah anaknya. Ada je benda nak gaduh.

Harith menjelirkan lidahnya. "Itu fakta. Angah cuma cakap benda yang betul. Kan, Mom?" Ujar Harith sambil memandang wajah Puan Dee.

"Mom malas nak masuk campur. Mom nak pergi tengok dad kejap. Korang bertiga jangan letupkan dapur mom eh! Mom ikat korang dekat pokok mangga nanti." Pesan Puan Dee sebelum berlalu naik ke atas.

Harith yang perasan Hani dan Hana yang ingin mengejarnya pantas membuka langkah pecut berlari keluar rumah.

Maka berlakulah aksi berlari berkejaran di halaman rumah banglo Encik Hayqal.

Haziq yang kebetulan baru balik dari jogging terkejut melihat adik adiknya. Ni mesti si angah kacau budak kembar tu.

Haziq melangkah mendekati mereka yang sedang melepaskan lelah di gazebo. "Penat?"

Mereka bertiga berpaling. Harith pantas berdiri di belakang Haziq. Haziq berkerut. "Apahal kau ni?"

Hani dan Hana menahan tawa. Mengada punya angah! Nak mengadu la tu. Harap je lelaki. Harith tersengih. "Takda apa. Saja main sorok sorok. Dah lah. Aku nak masuk. Bye!"

Terus Harith berlari masuk ke dalam. Bukan dia tak nampak penumbuk yang dikepal adik kembarnya. Seram woi.. budak tu nama je perempuan. Tapi tenaga, macam lelaki! Sekali dia tumbuk, boleh biru badan!

———

Adam dan Naura melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka terus menuju ke dapur untuk bersarapan dengan yang lain.

Apa? Sarapan? Haah. Budak Naura ni mengada nak balik lepas subuh. Punya beria dia pujuk doctor sampai melutut bagai. Sebab nak keluar awal.

Patutnya dia keluar tengahari macam tu, tapi sebab dia kata dia dah sihat, dia nak jugak breakfast dekat rumah. So, dia pun dengan rela hati memujuk doctor supaya dia dapat keluar awal. Nasib baik doctor benarkan!

Setibanya di dapur, mereka disambut dengan jeritan maha kuat ahli keluarga mereka.

"Welcome home, Naura!"

Naura terkejut. Tak sangka dia akan disambut begini. Gaya mereka macam dia tak balik setahun. Padahal 4 hari je dia dekat hospital.

Naura memeluk setiap orang. "Thank you so much guys! Even Sha duduk hospital 4 hari je."

Mereka tergelak. "Abang ni ha.. mengada nak sambut bagai." Ujar Ayra. Adrell pantas mengetuk perlahan kepala adiknya. Pandangan kenapa bocorkan rahsia diberi pada Ayra. Ayra mencebik.

Naura senyum. "Again. Thank you semua." Mama menarik Naura duduk. "Dah dah. Jom makan. Semua lapar kan tadi? Mama masak special harini."

"Jom! Thank you, mama!"

———

Selesai sarapan, Naura melangkah ke belakang rumah. Dia mengambil tempat di tepi kolam. Seluar ditarik hingga paras betis. Kemudian kaki dicelup ke dalam kolam.

Terpejam mata Naura apabila kesejukan air menusuk masuk ke tulangnya. Yelah. Pagi lagi.

Serentak dengan itu, angin pagi menyapa wajah putihnya. Rambutnya yang dibiarkan lepas beralun. Naura menghirup udara segar pagi itu.

Hmm... nyamannya.

Sekali lagi Naura mengambil nafas. Berkerut mukanya apabila bau lain yang masuk ke dalam hidung. Bukan bau busuk. Tapi bau wangi dan maskulin.

Naura membuka mata. Terkejut dia melihat Adam berada hampir dengannya. Adam berada di dalam kolam betul betul dihadapannya.

"Adam! Buat apa kat sini?"

Adam sengih. "Saja. Tadi nampak kau duduk sini. Saja datang nak kacau. Hehe..."

Naura menjeling. Sibuk je! Orang baru nak hirup udara segar. Sakit tahu hidung ni 4 hari asyik bau ubat aje.

Lelaki bernama Adam Zayn ni memang tak boleh nak tengok orang senang langsung.

"Ha! Mengumpat aku la tu!" Ujar Adam tiba tiba. Dia masih tidak berganjak dari tadi.

"Mana ada. Berangan je."

"Huwaaa!!!!!"

Terkejut Adam dan Naura mendengar tangisan Aidan. Ayra yang sedang mendukung Aidan menghampiri mereka berdua.

Aidan mendepa tangan menyuruh Naura mengambilnya. Naura pantas mengambil Aidan yang masih tersedu sedu. Ayra mengambil tempat di sebelah Naura.

"Why are you crying?" Soal Naura lembut. Tangannya mengusap kepala Aidan.

"Dia jeles tengok Angah dengan kakngah tadi." Ujar Ayra selamba.

Adam mengerutkan dahi. Naura pula tergelak. "Adik jeles? Like seriously, adik?"

Soalnya pada Aidan.

Aidan memukul dada Adam. "Angah ahat! Adik nak andi pool!"

Adam pantas memandang Ayra tajam. Terkekek kekek gadis itu ketawa. Saja ja dia tipu Adam tadi.

"Sorry."

Naura hanya menggeleng kepala. "Come. Let's play with me." Ajak Adam.

Aidan terus melompat lompat suka. Naura yang sedang memegangnya terkial kial menahan Aidan dari tersembam dalam kolam.

"Sabar Aidan. Bukak baju dulu sayang." Kata Naura.

Naura mendirikan Aidan di ribanya. Adam membuka baju dan seluar Aidan. Hanya tinggal pampers sahaja di badan kecil itu.

"Ni? Cabut jugak?" Soal Adam dengan jari mencucuk punggung Aidan yang dibalut pampers.

"Ermm... tak payah lah. Kang takut terkencing ke terberak dalam tu." Jawab Naura.

Adam terus mengambil Aidan yang dari tadi teruja melihat air. Masuk sahaja si kecil itu di dalam kolam, terus menjerit suka.

"Angah! Hati hati main dengan adik dalam tu!" Teriak mama dari dalam.

"Baik ma!"

———

Afiq melangkah masuk ke dalam pejabat bossnya. Tangan setia memegang tablet. Dia menunduk sedikit pada bossnya yang tekun menghadap laptop.

"Yes, Afiq? Anything?" Soal lelaki dingin itu dengan mata masih melekat pada laptop.

"Yes, Boss. Lelaki yang boss minta saya cari haritu, I've found him."

Lelaki dingin itu pantas mengangkat wajah. "What guy?" Soalnya dingin. Afiq menelan air liur. "Err... the guy who touched your..." Afiq tidak berani meneruskan kata katanya. Dia berharap agar bossnya faham.

Lelaki dingin itu diam. "Oh! Ya. That guy. So, what's the info about him?" Soalnya sambil badan disandarkan pada kerusi empuknya.

"The name is Faruk. He was hired to mess up Kang Naeun." Terang Afiq.

Lelaki dingin itu mengetap rahang. "Mess up with Naeun? Huh! So that's mean he mess up with me too." Senyuman sinis terukir dibibirnya. Tangan mengepal penumbuk. Jelas urat urat timbul di lengan lelaki itu.

Afiq terdiam. Tak pernah dia lihat bossnya menahan marah sebegitu. Terbit rasa takut pada dirinya. Walaupun bossnya itu lebih muda 4 tahun darinya. Dan. Masih bersekolah.

Tapi dia tetap menghormati lelaki dingin itu. "Where is he?" Afiq tersentak mendengar suara tegas lelaki itu. "Err... He's in the black room, boss."

Lelaki itu mengangguk. Dia menutup laptop. Iphone diselit dalam poket. Kaki melangkah keluar dari pejabat. Black room dituju. Afiq hanya mengekor dari belakang.

Sampai di Black room, pintu dibuka dengan kasar dari luar. Faruk yang berada di dalam bilik itu terkejut. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam dengan mata memandang tajam susuk tubuh yang sedang terduduk lemah di atas kerusi. Kaki dan tangan diikat.

Apabila lelaki dingin itu berdiri dihadapan orang yang dicari, dia hanya diam. Mata masih tajam memerhati Faruk. Faruk cuba mengecam wajah yang berdiri dihadapannya. 

Seketika kemudian, matanya membulat. "Zafran!" Nama yang sungguh dia kenali. Dan yang paling dia mahu elak. Nama yang digeruni oleh setiap manusia yang mengenali lelaki itu.

Tidak padan dengan umurnya yang berumur 17 tahun, dirinya sudah menempah nama menjadi seorang jutawan muda yang mempunyai syarikat sendiri.

Dan auranya yang dingin dan kejam boleh membuatkan sesiapa yang berada berdekatan dengannya akan berasa takut. Berani mencari masalah dengannya, memang menempah batu nisan. Atau lebih mudah, you touch mine, you'll die.

Zafran menumbuk pipi Faruk dengan kuat. Habis tersembur darah dari mulut Faruk. "What did I do, Zafran? Why do you want me? I didn't mess with your life at all." Kata Faruk lemah.

Zafran tersenyum sinis. "You don't mess up with me. But you touch what's belong to me!" Jerkah Zafran. Serentak dengan itu, perut Faruk disepak dengan kuat.

Faruk meludah darah yang berkumpul dalam mulutnya. Faruk mengerutkan dahi. "What's belong to you? What is it?" Soalnya keliru.

"Falisha Naura. Or... should I say... Kang. Naeun." Mata merenung Faruk tajam.

Faruk terdiam. Zafran mengukir senyuman sinis. "Now you get it why I take you." Ujarnya sinis.

Dengan susah payah, Faruk cuba bangun dan melutut di hadapan Zafran. "I'm sorry. I'm very sorry. Someone forced me to do that. I have to do because I need money. Please. Forgive me, Zafran." Rayu Faruk.

"You want my apology?"

Faruk pantas mengangguk.

Zafran berpeluk tubuh. "Simple. Just tell me who paid you. And apologize to Naeun. Simple is that."

Faruk terdiam. Dia nak bagitau tapi dalam masa yang sama dia takut. Takut orang itu akan mencarinya kelak.

"Don't worry. You're safe under my control. If you tell me who." Ujar Zafran seperti tahu apa yang bermain di fikiran Faruk.

Faruk menelan air liur.

"Agatha Ashley"

Zafran terdiam. Begitu juga dengan Afiq.

———

Dua orang jejaka yang sedang duduk di salah sebuah meja dalam Starbucks Cafe menarik perhatian beberapa gadis yang berada di dalam cafe tersebut.

Raiqarl menegur Qais yang sedang menatap telefon. "Weh. Cuba kau tengok sekeliling kita." Arah Raiqarl.

Qais menangkat muka memandang Raiqarl. Dia membuat muka malas. Raiqarl mengangkat kening. "Not me. Aku suruh kau tengok— jap. Asal muka kau macam minta kaki ni?"

Qais tidak mengambil masa yang lama. Dia terus memukul kepala Raiqarl dengan iphone di tangannya.

"Sakitlah sengal! Kau pahal!" Marah Raiqarl.

"Sebelum Puma aku pulak yang melekat dekat muka jamban kau tu, baik kau diam!" Qais memberi amaran.

Raiqarl mengerutkan dahi. "Asal pulak? Kau tak tahu ke sakarang ni, almost one cafe is looking at us. Don't you notice that?" Ujar Raiqarl dengan nada diperlahankan.

Qais menggulingkan matanya. "Kau baru keluar dari gua ke? Ke kau tahu tapi saja buat acah acah baik sangat. Bukan tak pernah diri tu dijadikan perhatian. Aku rasa everytime kita keluar akan jadi macam ni."

Hambek kau! Kan dah kena dengan Qais. Raiqarl tersengih. "Hehe... aku saja je. Bosan sebenarnya. Tunggu si jebon tu tak sampai sampai lagi. Kaki aku dah tak sabar nak sarung kasut skate ni."

Mereka bertiga bercadang mahu main ice skating hari ini. Adam tak dapat ikut sebab ada hal.

Qais menjeling. Tiba tiba, iphone miliknya berdering. Qais melihat screen. "Speak of the devil..." ujarnya sambil menunjuk screen iphone pada Raiqarl.

Harith is calling...

"Hah! Panjang umur. Kau tanya dia, mana dia pergi? Dah sesat ke apa?" Kata Raiqarl.

Sementara Raiqarl sedang membebel atas kelambatan Harith, Qais menjawab panggilan tersebut.

Beberapa minit kemudian, panggilan ditamatkan. Qais memandang Raiqarl sebelum keluhan dilepaskan. Raiqarl yang memang tidak sabar, terus bertanya.

"Mana?"

"Dia tak dapat datang, family matters."

Raiqarl menepuk meja. "Hah bagus! Lain kali inform tahun depan. Kita kat sini tunggu dia sampai kematu punggung, dia boleh senang senang kata tak dapat datang. Bukan tak boleh cakap awal awal. Saje la tu."

Qais menutup telinga apabila mendengar bebelan Raiqarl yang seperti tiada penghujung itu. Akibat tak tahan, dia terus menarik lengan Raiqarl keluar dari situ. Tempat ice skate dituju.

Kalau dibiarkan si Raiqarl tu membebel, alamatnya, sampai kesudah tak habis habis. Lepas ni, nak cari member, jangan cari yang suka membebel. Penat nak mendengarnya.

Setibanya mereka di Icescape Ice Rink IOI, mereka terus menempah kasut. Selesai semua urusan, kaki dibawa melangkah ke pintu masuk ice rink.

Dan dengan tidak disengajakan, Raiqarl berlaga dengan seorang gadis yang kebetulan ingin masuk ke dalam juga. Kepala gadis terhentak pada dada Raiqarl.

"Aduh!"

"Auch!"

Aryana dan Aryssa yang sudah masuk, pantas berpatah balik mendapatkan Naura. Aduh.. dah la budak ni baru keluar hospital.

"Kau okay tak Sha?" Soal Aryana. Aryssa membelek belek badan Naura.

Raiqarl pula menggosok gosok dadanya. "Sakit?" Soal Qais. Raiqarl menjeling Qais tajam. Qais tergelak.

"Haa... tulaa.. mengumpat aku lagi.. kan dah dapat..." ujar satu suara dari arah belakang mereka. Semua berpaling.

Kelihatan Harith dengan muka masih menahan tawa berjalan mendekati mereka berlima.

"Kau kata ada hal?" Soal Qais.

"Aku saje je tipu korang. Hehe.." Harith sengih tak bersalah.

Aryssa menyepak kaki Raiqarl. Raiqarl berkerut dahi menahan pedih. "Aduhh!! Sakitlah!! Kau pahal sepak sepak kaki aku?!" Marah Raiqarl.

Apalah nasib dia harini? Tadi dah kena pukul dengan Qais. Lepastu kena hentak dekat dada. Sakit tak hilang lagi, kena sepak dekat kaki pulak. Hadeh.. apa ke malangnya nasib aku harini?

Aryssa menjegilkan mata pada Raiqarl. "Kau memang tak reti nak say sorry ke? Naura ni tak sampai 2 minggu keluar hospital, lepastu kena langgar dengan kau yang macam tiang ni pulak. Kau fikir dia tak sakit ke? Ha?!"

Naura menarik lengan Aryssa. "Dah la tu Rys. Aku okay lah." Naura cuba menghalang Aryssa dari mencari gaduh dengan lelaki di hadapannya.

Harith merenung Naura. Hatinya meronta ronta ingin bertanya akan keadaan gadis itu. Tetapi disebabkan ego dan juga kehadiran yang lain, dia membatalkan niatnya.

"Dah tahu diri tu baru lepas sihat, gatal sangat nak keluar kenapa? Kan dah mendapat." Ujar Harith sinis. Tak tahu kenapa dia rasa ingin menyakitkan hati gadis itu.

Dia mahu lihat reaksi gadis itu. Sama ada gadis itu melawan, atau hanya diam. Sama seperti Kang Naeun.

Naura yang mendengar ayat sinis itu pantas mengangkat wajah memandang Harith. Tubir matanya terasa panas. Bibir diketap agar air matanya tidak menitis.

Dia tidak mahu lelaki itu melihat dia menangis. Dia tidak menyangka bahawa Harith berkata seperti itu.

Mana Harith yang menyelamatkannya haritu? Mana suara lembut Harith? Mana senyuman menawan lelaki itu? Dia seperti tidak mengenali Harith Zafran yang berdiri di hadapannya kini.

Aryana segera menarik Naura agar berdiri di belakangnya. "Kau dah kenapa?! Dia tak cari pasal dengan kau pun kan?!" Marah Aryana pada Harith.

Harith berpeluk tubub. Senyuman sinis diukir. "So? Kau ada nampak muka aku macam kesah ke? Lagipun memang salah dia. Dah tahu diri tu antibody lemah, degil nak hangout. Orang macam kau ni, elok duduk terperap dalam bilik je." Ujar Harith selamba tanpa memikirkan perasaan Naura.

Qais dan Raiqarl terkejut mendengar kata kata pedas Harith. Kau memang nak mati Harith. Kalau Adam tahu ni, nahas kau.

Naura mengetap bibir. Pedih hatinya apabila Harith berkata begitu. Segera dia berlari keluar dari situ selepas membuka kasut skate nya. Mereka yang berada di situ tercengang.

"Naura!!" Jerit Aryana dan Aryssa.

Naura hanya buat tak endah dengan panggilan itu. Air mata yang mengalir tidak dihiraukan. Dia trauma. Dia takut. Kejadian dia dibuli kembali terlayar di fikirannya.

Aryana memandang Harith tajam. Muka dinginnya ditunjukkan. Jari telunjuk dituding tepat pada muka Harith.

"If anything happen to her, I will not forgive you. Harith Zafran. Bear that in your mind." Keras suara Aryana berkata.

Harith hanya beriak selamba. Tapi tiada siapa tahu apa yang dia rasa di dalam hatinya kini.

"Kau kenapa, bro? Kalau Adam tahu, mati kau!" Kata Qais.

"Entah kau ni! Sebelum ni ok je. Asal tetiba kau buat macam tu dekat dia?" Soal Raiqarl pula.

Dia hanya mengangkat bahu dan terus berlalu pergi.

———

Naura berlari tanpa arah. Apabila dia menyedari bahawa dia telah jauh dari pusat beli belah tersebut, dia berhenti. Air mata diseka.

Aku kat mana ni? Detik hatinya. Yang dia nampak kini hanyalah jalan raya, pokok. Satu bus stop pun takde. Baru dia sedar. Dia dah sesat.

Nak patah balik, dia tak tahu. Jalan di Putrajaya ini dia tak mahir lagi. Sebab ni kali pertama dia jejakkan kaki ke sini. Itupun sebab Aryana dan Aryssa yang mengajaknya.

Call Adam lah. Iphone di dalam sling bag dikeluarkan. Naura menekan butang tengah pada iphonenya. Tak hidup! Sah telefonnya mati. Power bank tak bawak pulak tu.

Macam mana nak call Adam ni? Naura memandang sekeliling. Hari makin gelap. Tak boleh jadi ni. Dia kena jalan jugak. Sekurang kurangnya, dia perlu cari surau atau bus stop untuk dia berteduh.

Hari pon macam nak hujan. Naura segera membuka langkah. Ya Allah, kau lindungilah aku. Traumanya yang takut akan gelap cuba dihiraukan.

———

Adam mengusutkan rambutnya. Jam di tangan di kerling. Dah maghrib ni! Mana Naura tak balik balik lagi? Tak pernah pernah keluar, malam baru balik. Selalunya kalau dia keluar, pasti sebelum pukul 6 petang, dah tercongok depan tv.

Ni dah maghrib! Tak balik lagi! Mana si kembar tu bawak budak ni? Adam tak sanggup nak tunggu lama lagi, dia terus mencapai iphone. Nombor Aryssa dihubungi.

Beberapa saat kemudian, panggilan bersambung. Selepas berbalas salam, Adam terus bertanya.

"Korang kat mana?"

"Kitorang dekat rumah la. Kenapa?"

Adam mengerutkan dahi. "Kat rumah? Naura ada dengan korang la?"

"Eh? Naura? Takde lah. Kenapa? Dia tak balik lagi ke?"

"Bukan dia balik dengan korang ke?"

"Tak. Err.. actually, something happened, so dia balik dulu. Kitorang tak sempat nak tahan dia. Sorry Adam."

Adam meraup wajahnya. Ah sudah.. mana pulak si Naura ni pergi?

"What happened? Tell me." Ujar Adam tegas.

"Err... emm.."

"Tell me, Aryssa Rania!" Suara Adam mula naik.

"I think you should ask your friends."

"Who? Which one?"

"Err.. Harith..."

TBC