webnovel

My Only Hero

Book 1 of CookyiesCo [Late Update] "Dasar anak pembawa malang!" "Kenapa mother cakap macam tu?! Dia tak salah!" "Thank you, MY HANDSOME HERO." "I will protect you, princess" "Please don't smile if you're broken inside. I love you" Disebabkan satu mitos, dirinya digelar pembawa malang. Demi ingin melihat keluarganya bahagia, dia nekad keluar dari negara itu. Tinggal bersama keluarga pakciknya. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang menjaganya dalam masa yang sama, mencintainya dari jauh.

CookyiesCo · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Chapter 10

Aku membuka mata perlahan lahan. Cahaya yang masuk terus ke rentina mataku membuatkan mataku terpejam semula. Kepalaku sedikit berpusing.

Tangan naik memicit dahi. Setelah peningku semakin berkurangan, aku cuba membuka mata sekali lagi. Kini visiku lebih jelas. Baru aku tahu, kini aku berada di hospital.

Macam mana aku tahu? Sebab bau ubat yang teramatlah kuat! Sakit hidung tahu! Eh jap! Macam mana aku boleh ada kat sini? Apa yang jadi sebenarnya? Bukan semalam—

Sedang aku berteka teki, pintu ward aku dibuka dari luar. Berkerut dahiku apabila wajah Harith menyapa pandangan mataku. Di tangan jejaka itu terdapat sebungkus plastik.

Harith menghampiri aku. Aku hanya diam memandangnya. Dia meletakkan plastik di atas meja. Kerusi ditarik dan dia duduk di sebelah katilku.

"How are you feeling? Better?" Soalnya.

Aku teragak agak mengangguk. Otak masih keliru kenapa dan mengapa lelaki ini ada di sini. Mana family aku? Mana Adam? What happen actually? Makin banyak soalan yang masuk dalam kepalaku.

Author pov

Harith tergelak kecil melihat riak wajah Naura yang keliru. "Just ask. I know there must be a lot of things that you want to know."

Naura yang menunduk mengangkat wajah memandang Harith. Nafas dihela. Patut ke aku tanya? Kalau dia tipu macam mana?

"Don't worry. I'll tell you the truth." Kata Harith tiba tiba.

Naura memandang Harith pelik. Macam mana dia tahu? Dia ni.. boleh baca fikiran orang ke?

Harith mengeluh. Tak nak tanya eh? Kita tengok apa akan jadi. "It's okay if you don't have any questions. I guess I have to start moving now. See you later." 

Baru sahaja Harith hendak bangun, Naura pantas mencapai tangannya. Harith tersentak. Kemudian dia mengukir senyuman kecil.

Harith menoleh memandang Naura. Tangannya yang berada di genggaman gadis itu dibiarkan. "What?"

"Macam mana aku boleh ada dekat sini?" Soal Naura dengan kepala yang ditunduk. Tangan Harith dilepaskan. Jari bermain sesama sendiri.

Harith sembunyi senyum. I knew it. Tapi dia masih lagi mahu mengusik gadis itu. Harith berpeluk tubuh. "I thought you don't have anything to ask, right?"

Naura merengus. Saje la tu! Benci la macam ni! Ish! Mana Adam ni? Kenapa mesti mamat ni yang ada dekat sini?

"Ish!! Tak nak jawab sudahlah! Aku nak tidur!" Naura membaringkan tubuh. Baru hendak menarik selimut, Harith pantas menahan. "Ok ok. Sorry. I'll tell you. Everything. Okay?" Lembut Harith memujuk.

Naura kembali bangun. Mata menjeling Harith di kerusi tajam. "Now! Everything!"

Harith mengambil nafas seketika. "Okay. Actually yesterday....

Harith pov

Aku membawa kaki ke bilik sukan. Niat ke sana nak ambil jacket aku yang tertinggal lepas simpan bola basket semalam. Baru tangan nak memulas tombol pintu, aku terdengar suara orang menjerit dari dalam.

Terus aku buka pintu bilik sukan itu. Terkejut aku tengok Naura dah terkulai dekat lantai.

Aku memandang tingkap bilik yang terbuka. Aku menuju ke tingkap itu. Dari sini, aku dapat lihat ada seorang lelaki berpakaian hitam sedang berlari keluar dari sekolah menggunakan longkang.

Aku hanya biarkan lelaki itu pergi. Aku terus mendekati Naura. Wajah gadis itu pucat. Aku menepuk pipinya perlahan. "Naura! Naura! Naura bangun! Falisha Naura!"

Naura tetap kaku. Oh Gosh! Dia pengsan! Aku terus mencempung tubuh gadis itu dan bawanya ke keretaku. Hospital dituju. Sempat aku maklumkan pada Adam tentang apa yang jadi.

End pov

"And here you are." Harith menutup ceritanya.

"Oh. Emm.. Thank you, Harith. For saving me." Ucap Naura perlahan.

Harith mengukir senyum. "Nahh.. It's not a big deal. You're Adam's cousin anyway. But! You owe me. Okay?"

Naura terus memandang lelaki itu. "What?! Kalau tak ikhlas, buat apa tolong?"

Harith hanya mengangkat bahu. Naura menjelingnya. Harith mencapai bungkusan plastik di atas meja dan dihulur pada Naura. "Eat." Katanya sepatah.

Naura mengambil bungkusan itu. "Thanks." Harith hanya mengangguk. "I have to go now. Later, Adam will come here to take care of you."

Aku membalas dengan anggukan kepala.

"Okay. Don't forget your medicine, Princess." Aku terkedu mendengar perkataan yang keluar dari mulut Harith. Panggilan itu hanya keluargaku sahaja yang tahu. Tapi...

Harith hanya buat biasa. Dia menepuk kepalaku lembut. "Take care."

"Thanks again."

Harith hanya senyum kecil.

Naura pov

Aku mengeluh selepas Harith keluar dari ward. Kenapa aku rasa lain macam bila dia panggil aku Princess? Rasa macam... tak tahulah! Eish!! Lantak lah!

Aku membuka bungkusan makanan yang dibeli Harith tadi. Time to feed my belly!

———

Aku tersedar apabila terasa kepalaku diusap. Lepas makan tadi, aku terus tidur. Penat. Tapi tak tahu penat sebab apa. Pelik la kau ni Naura.

"Kakngah dah bangun?" kedengaran suara mama menyapa halwa telinga.

I malas nak type Datin Idah. So I just tulis mama and papa for Dato Ahmad. Faham kan?

Aku senyum. Aku bangun dan bersandar pada katil dengan bantuan mama. Mata diliarkan pada bilik ward. Hanya ada mama sahaja.

"Mana yang lain, ma?"

Mama mengambil tempat di kerusi yang digunakan Harith tadi. "Yang lain pergi Cafe kejap. Makan. Lapar katanya."

"Ooo.. mama? Tak makan?"

Mama senyum. "Mama nak teman kakngah. Mama minta papa tolong tapau je."

"Dah lama ke mama sampai?" Eh kau ni Naura. Banyak pulak soalan. Ish! Lantak aku lah! Aku curios ni!

"Dari lepas maghrib tadi." Aku mengangguk. Jam di dinding aku kerling.

9.45pm

Terus bulat mataku. Lama gila aku tidur! Dari lepas asar tadi sampai ke isyak?! Aku tak solat lagi ni! Terus wajah mama aku pandang.

"Ma! Kakngah tak solat lagi!"

"Tau."

"Habistu? Kenapa mama tak kejut?"

"Mama tak nak ganggu lena kakngah. Nampak kakngah penat sangat tadi. Mama minta maaf ye?" Mama menggenggam tanganku.

Terus perasaan serba salah menyerbu. Aku terus peluk badan mama. "Kakngah yang patut say sorry. Thank you sebab jaga kakngah. Kakngah sayang mama." Air mata aku tahan dari menitis.

Mama mengusap lembut belakangku. "Mama pon sayang anak mama ni. Dah. Jom solat. Mama bawak kakngah pergi ambik wuduk."

———

Selesai solat Isyak dan qada' Maghrib, aku kembali duduk bersandar pada kepala katil. Baru beberapa saat duduk, pintu ward aku dibuka dari luar.

Aku senyum bila melihat papa, Adam, Ayra dan Aidan yang didukung Adrell masuk ke dalam—

What?! Adrell?! Abang dah balik?!

"Abang?! Bila abang balik sini?" Soalku pada Adrell apabila dia sudah duduk di birai katil dengan Aidan di dukungan. Budak kecik tu tidur.

Adrell senyum. "Baru je sampai pagi tadi. Ni macam mana kakngah boleh masuk hospital ni? Terkejut abang. Balik balik je angah kata kakngah kat hospital? Kenapa? Apa jadi sebenarnya?"

Haa.. tu dia.. bila abang besar dah balik...

———

Aku menepuk nepuk selimut. Bersedia untuk tidur. Semua family aku dah balik. Yang tinggal hanya Adrell yang sedang membersihkan diri di bilik air.

Dia menawarkan diri untuk menjagaku malam ni. Aku dah larang. Yela. Abang mesti penat. Baru sampai dari Spain pagi tadi. Malam ni nak jaga aku pulak.

Tapi abang tetap berdegil nak jaga aku. Katanya sebab dah lama tak spend time dengan aku. Hmm.. yelah abang oii.. nanti jangan complain penat sudah.

Lamunanku terhenti apabila pipiku dicuit. Aku memandang Adrell yang sedang tersengih. "Berangan apa ha?"

"Mana ada berangan. Sukati je abang ni!" Aku membaringkan tubuh.

Adrell tergelak. "Yelah. Sha nak apa apa tak? Air ke?" Soalnya.

Aku menggeleng. "Nope. I just want to hear your bedtime story. Can I?"

Adrell tergelak kecil. "You're a big girl already. Still want to hear bedtime story?" Usik Adrell.

Aku memuncung. "Alah. Dulu kalau Sha tak boleh tidur, mesti abang baca bedtime story. Sekarang ni, I can't sleep. So tak salahkan kalau Sha nak dengar? Lagipun dah lama tak dengar story merepek abang. Boleh la.. eh?"

Ya. Story Adrell memang merepek. Bukan story fairytale ke. Princess ke. Tapi story yang dia reka sendiri. Atau kekadang Adrell cerita zaman kami semua kecik kecik dulu.

I don't know why that kind of story can make me fall asleep.

"Ok ok. Abang cerita. Sha dengar eh? But before that, what do you have to do before you go to sleep?"

Aku tersengih. Lupa pulak. Aku bangun. Badan tegap Adrell aku peluk. "I'm sorry and I love you abang. Good night."

Adrell mengusap kepalaku. "I'm sorry and I love you too, kakngah. Good night." Ucapnya pula.

Korang jangan pelik. Tapi itu adalah adat kami sekeluarga sebelum tidur. Bukan keluarga ni je. The whole family.

Our parents even my own parents teach us siblings and cousins to do that before we go to sleep. Sama jugak macam mana aku dan Adam dalam chap sebelum ni.

Daddy kata dengan cara tu, kita boleh merapatakan silaturrahim dan menunjukkan yang kita sayang keluarga kita. And kalau ada yang gaduh, automatically akan terus berbaik kalau buat macam tu.

Aku melepaskan pelukan dan kembali berbaring pada katil. Bersedia untuk mendengar cerita merapu Adrell.

———

Dua orang gadis kelihatan tergesa gesa keluar dari kereta. Sorang pakai baju biru sorang lagi pakai baju pink. Dari jauh memang boleh cam yang mereka ni kembar.

Kaki kedua gadis itu pantas diatur pada kaunter pertanyaan. "Excuse me, bilik Falisha Naura kat mana eh?"

"Dekat tingkat vip bilik 3"

"Ok terima kasih." Terus mereka kembali berlari kecil untuk menuju ke lif.

Keluar je dari lif, mereka kembali berlari. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi salah seorang dari mereka. Seorang jejaka yang kebetulan ingin masuk ke dalam lif terlanggar gadis yang berbaju pink itu.

Hampir tubuh gadia itu hendak jatuh menyembah bumi, gadis yang berbaju biru segera menahan. Fiuh.. nasib baik tak jatuh.

Jejaka itu tersentak. Dia menoleh memandang gadis yang dia tidak sengaja langgar. Badan ditundukkan sedikit dengan mulut berkata

"Sorry miss. Saya tak perasan."

Gadis berbaju pink mendongak memandang jejaka itu. Matanya membulat. Begitu juga dengan jejaka itu.

"Qais?"

"Aryssa!"

Berkerut kening Aryssa melihat Qais di hospital itu. "Kau buat apa kat sini?"

"Aku datang lawat orang sakit lah. Takkan buat operation kot."

Aryssa menggulingkan mata. "Aku tanya elok elok kan? Jawab la elok elok!"

Qais mengeluh. Nasib baik sayang.. eh? Tak tak.. gurau..

"Aku dah jawab tadi kan? Aku. Lawat. Orang. Sakit." Ujar Qais satu persatu.

Aryssa menjeling. Aryana yang dari tadi memerhati mula menyampah dengan dua ekor beruk itu. Benda tu pun nak gaduh ke?

"Ok guys! Cut the scene please. Ryssa, let's go. Sha probably waiting for us." Aryana menarik lengan Aryssa.

Sempat Aryssa menjelir lidah pada Qais. Qais membuat buat muka. Kaki kembali melangkah masuk ke dalam lif yang kebetulan berhenti di tingkat itu.

Tak pasal pasal lambat nak pergi Time Square. Ni semua Adam punya pasal lah! Kalau dia tak tinggal dompet kat wad Naura, takdenya dia susah susah nak pergi sini.

———

Hani melangkah masuk ke dalam bilik Haziq. Haziq yang sedang bermain PS4 dihampiri. Kepalanya direbah pada paha Haziq.

Haziq menunduk memandang Hani sekilas. Dah biasa.. Hani memang rapat dengannya. Hana pula rapat dengan Harith.

Hani hanya diam merenung syiling bilik abangnya. Otaknya sedang memikirkan sesuatu.

"What's wrong?" Soal Haziq apabila Hani tidak bersuara.

"Nothing. Just.. I'm thingking of something."

Haziq menjongketkan kening. "Apa dia?"

"Along ingat tak waktu kita dekat Seoul dulu, angah selalu takda dekat rumah."

Haziq menghentikan permainannya. Kini tumpuannya difokuskan pada Hani. Sebab bila Hani bangkitkan hal Harith, mesti ada benda yang dia fikir.

Sebab apa? Because that guy is so mysterious about something.

"Ermm... ingat. Kenapa?"

Soal Haziq.

"Along tahu tak kenapa?" Soalan Haziq dibalas dengan soalan.

"Urmm.. entah lah. Angah tu selalu je elak kalau along tanya dia pergi mana. So, I think the answer is no." Jawab Haziq.

Hani mengeluh. Itu bukan jawapan yang dia mahu.

"Kenapa Hani tiba tiba tanya pasal angah ni?" Soal Haziq keliru.

Hani bangkit dari baringnya. Badan dihadap pada Haziq. "Sebab.. Hani pernah nampak angah dengan sorang perempuan ni."

Haziq membulatkan mata. "What? Angah with a girl?" Soal Haziq terkejut.

Mana taknya.. Harith, waktu di Korea dulu mana pernah ada kawan perempuan. Ni tiba tiba adiknya cakap Harith dengan seorang perempuan. Memang terkejut la dia.

"Who? You know her?"

Hani menggeleng. "Tapi kan along.. Hani macam pernah nampak muka dia."

"Dekat mana?"

"Dekat sekolah Victoria High."

Haziq berkerut dahi. Semakin pelik dia dengan kenyataan yang dikeluarkan adiknya ini.

Haziq menggeleng gelengkan kepala. "Jap jap. Hani. Along tak faham lah. Cuba Hani story dekat along one by one?" Pinta Haziq.

"Okay okay. Macam ni cerita dia. Yang waktu kita balik Korea tahun 2013, Hani jalan jalan kejap, waktu tengah jalan tu, Hani ternampak angah dengan girl tu. Angah tengah tolong girl tu. Dari situasi yang Hani nampak, diorang tengah menyorok. Macam ada orang yang kejar girl tu. Lepastu angah tolong dia. Lepastu yang dekat Victoria High pulak, kelmarin, angah mintatolong Hani hantarkan prefect file report dekat dia, Hani ada nampak juga girl yang sama dekat sana. Tapi.. tak tahulah girl yang sama ke tak. Sebab Hani tengok sekilas je. Muka macam sama."

Haziq terangguk angguk mendengar cerita Hani. "Takpelah. Mungkin itu firasat Hani je kot yang girl tu girl yang sama. Mana tahu pelanduk dua serupa ke? Kan?"

Hani mengangkat bahu. "Maybe."

"Biarlah. Yang kita hanya tahu, angah dah jatuh cinta dekat seseorang. Cuma kita je tak tahu siapa. Kan?"

Hani mengangguk. "Tapi kan along, siapa lah perempuan malang yang angah suka tu ek?"

Haziq memandang Hani. Kemudian mereka tertawa.

———

Harith melangkah masuk ke dalam Cafe biasa tempat lepak dia dan rakan rakannya. Qais yang perasan akan kehadiran Harith mengangkat tangan.

Harith mendekati meja rakannya. Tempat di sebelah Raiqarl diambil. Matanya terpandangkan Adam yang sedang menekan nekan keyboard macbooknya.

Berkerut dahinya. "Kau buat apa Dam?"

Adam memandang Harith sekilas. "Yo, bro." Ucapnya tanda menegur.

"Kerja dia." Jawab Qais bagi pihak Adam.

"Kerja? Kerja apa?"

"Err..." Qais menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa dia nak jawab? Adam dah beri amaran jangan bagitahu.

Tu sebenarnya report yang dia sepatutnya hantar pada Harith dua hari lepas. Tapi disebabkan dia perlu jaga Naura, kerjanya tidak dapat diselesaikan tepat pada waktu.

Kang kalau Harith tahu, matilah dia!

Harith memandang Qais tajam. Tangannya mula memeluk tubuh. Di fikirannya seperti tahu 'kerja' apa yang dimaksudkan Qais.

"Tell me the truth if you want to live, Mr. Chad." Kata Harith tanpa nada.

Qais menelan air liur. Adam di sebelahnya yang mendengar juga sudah mula mengeluarkan peluh sejuk. Dengar sahaja suara dingin Harith cukup buatkan dia takut.

Qais menghantar isyarat mata pada Raiqarl yang berada di sebelah Harith. Raiqarl yang perasan pantas menggeleng laju. Tanda tidak mahu masuk campur.

"Adam. Tell me before your precious macbook dive in the sea."

Adam perlahan lahan mengangkat muka memandang wajah dingin Harith. "Err... emm..."

Harith yang tidak tahan terus merampas macbook Adam. Adam tidak sempat menahan. Dengan sedaya upaya, dia berjalan keluar dari Cafe tersebut. Mahu melarikan diri dari Singa yang bakal mengamuk.

Harith meneliti screen macbook Adam. Rahang diketap. Macbook Adam digenggam erat. Mahu sahaja dia campak macbook ini. Tapi bila difikirkan itu adalah macbook baru, dibuang niatnya itu.

Kurang ajar kau Adam! Kau cakap kat aku kau dah hantar bila aku tanya kelmarin. Ni yang baru nak buat apa cite?!

Harith yang tahu Adam sudah melarikan diri pantas membuka langkah mencari jejaka itu. Siap kau Adam!!

Qais dan Raiqarl hanya mampu mengeluh. Nasib kau lah Adam. Pandai pandai lah kau bagi alasan dekat big boss tu.

———

"Boss. You've called me?"

Lelaki yang digelar boss itu berpaling menghadap anak buah a.k.a orang kepercayaannya.

"Yes. Did you get anything?"

"For now, not yet boss. We still can't track that guy."

Lelaki itu mengangguk. "If you found anything, let me know. I want the guy who touch her get the present."

Anak buahnya mengangguk. "Yes boss! We'll inform you."

"Okay. You may leave, Afiq. Thanks."

Afiq hanya mengangguk. Dia keluar dari pejabat Boss nya dengan senyuman sinis. Your dead, guy. If my boss find out about you, be prepared to dig your own grave.

TBC