webnovel

My Only Hero

Book 1 of CookyiesCo [Late Update] "Dasar anak pembawa malang!" "Kenapa mother cakap macam tu?! Dia tak salah!" "Thank you, MY HANDSOME HERO." "I will protect you, princess" "Please don't smile if you're broken inside. I love you" Disebabkan satu mitos, dirinya digelar pembawa malang. Demi ingin melihat keluarganya bahagia, dia nekad keluar dari negara itu. Tinggal bersama keluarga pakciknya. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang menjaganya dalam masa yang sama, mencintainya dari jauh.

CookyiesCo · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Chapter 12

Adam merenung tajam wajah di hadapannya. Harith yang perasan akan pandangan Adam mengangkat muka.

"Ye. Okay. Sorry. Aku tahu aku salah." Harith bersuara.

Adam masih diam merenung. Hairth mengeluh. "Tak payah la pandang aku macam tu. I know it's all my fault. You can put the blame on me." Ujar Hairth. Dia menunduk. Sedar akan kesilapannya.

Terbit keluhan dari mulut Adam. "Memang. Memang aku marah kau. Kalau boleh, aku nak hancurkan your good-looking face right now." Kata Adam. Harith mengangkat muka.

"But I'm not that type of guy yang suka naik tangan kat member. Even it's a big trouble." Sambung Adam. "I just want to ask you one thing." Adam merapatkan badannya dengan meja.

Kedua tangan dicantum dan diletakkan di atas meja. Mata greynya merenung tepat ke mata hazel Harith. Harith menelan air liur. Dia memang tak suka sisi Adam yang satu ini. Sumpah seram!

"Why did you do that?"

Harith terdiam mendengar soalan Adam. Dia termangu sendiri. Dia sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa dia buat begitu. Yang dia tahu, hanya mahu menyakitkan hati gadis itu.

Adam mengeluh melihat Harith yang diam. "Harith. Why? You said you missed her. You said you want to protect her like you used to do before. But now what?!" Dingin suara Adam berkata. Sungguh dia tak faham akan kawannya ini. Janji lain, buat lain.

Harith mengeluh. "Aku.. aku tak tahu. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku ni." Terang Harith. Adam diam. Baru dia hendak berkata, iphonenya yang berada di atas meja berbunyi.

Adam melihat pemanggil. Segera dia menjawab panggilan tersebut. Harith sekadar memandang.

"Hello."

"Yes. Why? Any info?"

"What?! Kat mana?!" Adam terus berdiri apabila mendengar kata kata si pemanggil. Harith yang dari tadi memerhatikan Adam turut terkejut. Apahal kawan aku ni?

Adam memandang Harith. Harith yang pelik, merenung mata Adam. Seketika kemudian, dia tergamam. Di faham akan pandangan mata Adam itu.

30 minutes before...

Naura yang penat berjalan terduduk di tepi jalan. Dah hampir 3 jam dia berjalan tanpa henti, dia masih tidak menjumpai tempat berteduh.

Hujan lebat yang turun sejam yang lepas kini sudah renyai. Bajunya sudah kuyup. Bibirnya mula membiru dan menggigil. Kepalanya turut berpusing. Sah aku demam!

Kereta kereta yang lalu lalang langsung tidak mempunyai belas kasihan melihat Naura. Takda satu kereta pon yang baik hati berhenti untuk memberinya pertolongan.

Naura sudah berputus asa untuk meneruskan perjalanan. Kakinya sakit. Nak berdiri pon dia tak mampu dah.

Naura memandang sekeliling. Dia hanya dikelilingi kereta yang lalu lintas, jalan raya, pokok pokok dan bukit. Naura memeluk lutut. Air mata yang dari tadi bergenang, jatuh.

Dia tak kuat.

Beberapa saat kemudian, dirinya rebah pada tanah. Lama kelamaan, penglihatannya mula kelam. Sempat dia berbisik.

"Help me, Angah."

Sebelum pandangannya mula gelap.

———

Adam dan Harith berlari mendekati kaunter. Dengan nafas yang tidak teratur, Adam bertanya " Falisha Naura. Ward mana?"

Selepas mendapat panggilan dari spy peribadinya tadi, dia dan Harith bergegas ke sini. Ya. Adam mempunyai seorang penyiasat persendirian. Tanpa pengetahuan keluarganya.

"Sekejap ye."

Nurse itu menekan nekan keyboard. Beberapa saat kemudian, dia mendongak memandang dua jejaka kacak di hadapannya. "Cik Falisha Naura masih dalam rawatan."

Adam dan Harith berpandangan. Selepas mengucapkan terima kasih, mereka terus berlari menuju ke ruangan menunggu di bahagian Emergency.

Sampai sahaja di situ, Adam terkejut melihat seorang jejaka yang sedang duduk di kerusi. Kepala jejaka itu menunduk. Kedua tangan diletakkan di atas peha menampung kepala.

Harith berkerut dahi. Cuba mengecam jejaka tersebut. Adam melangkah mendekati jejaka itu. Bahu jejaka itu disentuh perlahan.

Jejaka itu mengangkat kepala. Mata Harith membulat melihat wajah jejaka tersebut.

"Farish?!" Serentak Adam dan Harith berkata.

Jejaka yang dikenali sebagai Farish itu hanya diam memandang wajah Adam dan Harith yang jelas terkejut akan kehadirannya.

"Bila kau sampai?" Soal Adam.

Farish berdiri. "That's not important. Now. I want to know. What. Happen. To. My. Sister?" Soal Farish dingin.

Adam dan Harith berpandangan. Adam menghela nafas. Kepala ditunduk. "I'm so sorry, Farish. It's all my fault. I didn't take care of her as I promised you. I'm sorry."

Farish berpeluk tubuh. Harith hanya diam. "I don't want to here your sorry. I want to know what happened actually!" Suara Farish naik seoktaf.

Harith dan Adam terkejut. Baru sahaja Adam mahu membalas, Harith pantas memotong. "It's my fault actually. I said something that make her cry and run. You can blame me. Not Adam."

Adam pantas memandang Harith. Farish mengeluh. Dia kembali duduk di kerusi menunggu. Wajahnya diraup kasar.

Tidak menjangka kedatangannya di sini ingin menemui si adik. Tapi lain yang jadi apabila dia sendiri yang nampak adiknya ditolak masuk ke Emergency.

Selepas keluar daripada KLIA2 tadi, dia terus pergi ke hospital untuk berjumpa dengan kawannya. Apabila selesai urusannya di hospital, baru sahaja dia hendak keluar, dia ternampak susuk tubuh adiknya yang ditolak masuk ke ruangan rawatan untuk kes Emergency.

Adam dan Harith hanya bersandar pada dinding. Masing masing diam. Tiada sepatah kata pon yang keluar dari mulut mereka. Dalam hati berdoa agar Naura selamat.

Seketika kemudian, kedengaran bunyi pintu bilik rawatan dibuka. Pantas Farish berdiri. Kelihatan seorang doctor lelaki keluar sambil tangan membuka mask di muka.

Farish, Adam dan Harith mendekati doctor itu. Farish membaca tag nama doctor itu sekilas. "Doctor Rafi. Macam mana dengan adik saya?"

"Oh. Kamu abang pesakit adik Falisha Naura?"

"Ye saya. Macam mana dengan keadaan dia?" Soal Farish sekali lagi.

"Ermm. Pesakit dah melepasi tahap kritikal. Saya masukkan dia dalam ICU dahulu kerana keadaan pesakit masih lemah dan perlu dipantau. Yang lain, kita tunggu bila pesakit sedar nanti." Terang Doctor Rafi.

"Bila kami boleh lawat dia?" Soal Adam.

"Harini tidak dibenarkan lagi. Esok InsyaAllah dah boleh dah. Tapi masuk sorang sorang ye."

Mereka bertiga mengangguk faham. "Encik Farish, saya nak jumpa encik sekejap. Boleh?" Farish mengerutkan dahi. Doctor Rafi hanya senyum. Adam dan Harith berpandangan.

Kemudian, Farish mengangguk. "Jom. Kita bincang dalam bilik saya." Farish mengangguk lagi dan mula berjalan mengikuti langkah Doctor muda itu.

Sempat Farish berpesan pada Adam supaya tidak menunggunya. Adam hanya akur. Dia memandang Harith. Jelas riak wajah lelaki itu tampak risau dan serba salah.

Adam senyum. Dia menepuk lengan Harith yang sedang termenung. Harith menoleh ke arah Adam. Apabila melihat senyuman Adam, dia juga turut tersenyum. Hambar.

Adam menepuk nepuk bahu Harith. "She's fine. Trust me."

Kata Adam. "After this, you know what you should do, right?" Soal Adam pula.

Harith mengangguk lemah. "Tapi kalau dia tak maafkan?"

"Then, make until she can forgive you."

———

Farish melangkah masuk ke bilik kerja Doctor Rafi. Mata diliarkan ke segenap bilik itu. Doctor Rafi yang sudah duduk di kerusi empuknya memandang Farish.

"Dah habis tilik bilik aku?"

Farish tersentak. Kemudian dia menjeling rakannya itu. Ya. Doctor Rafi atau dikenali sebagai Rafi Ilyas adalah kawan baiknya semasa dia menuntut di Spain.

Apabila mereka sudah menamatkan pembelajaran masing masing, mereka lost contact sekejap. Farish bekerja di syarikat ayahnya di Korea manakala Rafi berkhidmat sebagai Doctor di Hospital Canselor Tunku Muhriz(HCTM).

Farish mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan meja kerja Rafi. Matanya merenung tepat wajah kawan baiknya ini.

"Okay, let's put this staring contest aside. Now, I want to ask you something about your sister." Ujar Rafi serious.

Farish mengangkat kening. "What is it?" Rafi mengambil nafas seketika. "Dia ada trauma ke?" Soal Rafi terus.

Malas mahu berkias kias.

Farish mengangguk. "Yup." Jawab Farish sepatah.

"Okay. So, point aku kat sini, trauma dia makin teruk. Waktu aku rawat dia tadi, aku ada tanya nama dia. Then suddenly she freaked out. Badan dia menggigil teruk. Dia asyik sebut nama kau."

Farish mengerutkan dahi. "Nama aku? Dia cakap macam mana?"

"She called your name countless. Angah. Angah. Help me. Something like that lah. Tapi dia takdela cakap kuat. Macam berbisik." Terang Rafi.

Farish terdiam. "Aku tak tahu nak buat apa. Dia takut dengan semua orang. Even my nurse nak sentuh dia pun dia tolak nurse tu. So I decided to gave her sleeping pills. Baru aku dapat rawat dia. And yes. Like I said before. Her trauma getting worse. And now. She's coma."

Fairly mengeluh. "Waktu kau jumpa dia tadi, keadaan dia macam mana?"

"She got fever. Her blood pressure was high. Her lips getting blue. And maybe she doesn't drink about 2-3 hours? Badan dia kurang air. Dan itu adalah salah satu sebab dia pengsan."

"So, what can we do now?"

"Aku suggest, bila dia dah sedar nanti, kau bawak dia pergi tenangkan diri. Trauma dia tak perlukan rawatan rasmi. Just she need some fresh air. Bring her far from here and her own country. InsyaAllah dia akan okay. But maybe take time lah. And please. Don't let her take the sleeping pills anymore. It's not good for her health."

Farish mengangguk. "I'll do what I can." Dia memandang Rafi. "Thank you so much, bro. I owe you a lot." Ucapnya dengan senyuman.

Rafi hanya senyum. "That's my job. No problem. But you're gonna have to buy me some food. Aku lapar." Kata Rafi dengan tangan yang mengusap perutnya.

Farish tergelak. "Ok ok. Jom. Aku belanja kau." Rafi tersengih.

Kemudian mereka melangkah keluar dari bilik itu.

———

Adam melangkah masuk kedalam rumah. Dia mendekati keluarganya yang sedang berkumpul di ruang tamu. Semua menunggunya ingin mendengar berita tentang Naura.

Adam mengambil tempat di sebelah Adrell. "What happened, angah?" Soal mama memecahkan susana sunyi.

Adam mengangkat muka. Senyuman hambar diberi pada mereka. "Something that I can't tell you guys. But don't worry. Naura's fine. She just need some rest. Tomorrow we can see her."

Mereka semua mengeluh lega. Ayra yang dari tadi menunduk menarik perhatian Adam. Adam menyentuh peha Ayra. Ayra tidak mengangkat muka.

"Mama dengan papa masuk tidur dulu eh?" Kata mama.

"Okay Ma. Pa. Goodnight. Nanti kami naik." Balas Adrell. Dia juga perasan akan Ayra.

Sebaik sahaja mama dan papa naik, terus tangisan Ayra kedengaran. Adrell dan Adam berpandangan sebelum Adrell memgambil tempat di kiri Ayra.

Adrell terus menarik Ayra ke dalam pelukan. Adam mengusap usap belakang badan adiknya. Mereka tak pernah nampak Ayra menangis sebegini. Ini kali pertama.

"What's wrong, kakak? Something bothering you?" Soal Adrell.

Terhinjut hinjut bahu Ayra. "I'm worried about my sister..." ujar Ayra dalam tangisan.

Adrell dan Adam berpandangan. Adam menarik bahu Ayra supaya menghadapnya. "Look at me." Arah Adam.

Ayra masih menunduk menangis. "Ayra Zahyra. Look at me." Ujar Adam sedikit tegas.

Perlahan lahan Ayra mengangkat mukanya. Mata grey Adam ditatap dengan mata greynya yang berair. Adam menghela nafas.

"Your sister is strong. You know that, right? Kakngah is our strong and brave girl. She can fight her on her own. If she knew that you cried, what would she feel?" Ayra mengetap bibir menahan air matanya dari jatuh.

"You, me, abang and all our family kena bagi semangat dekat kakngah. She needs us. So you cannot cry. You have to be strong for her. Okay?"

Ayra mengangguk.

"Esok kita jumpa kakngah. Okay?"

Ayra mengangguk lagi. Adam senyum. Kemudian dahi Ayra dicium lembut. Adrell tersenyum melihat cara Adam memberi nasihat.

Antara mereka adik beradik, Adam yang paling cool. Tenang. Tegas. Dan penyayang. Pantang melihat adik adiknya menangis.

Dan disebabkan itulah, mereka semua rapat antara satu sama lain. Walaupun ada jugak gaduh gaduh. Usik mengusik. And.. orang yang paling kuat menyakat, dia dan Adam.

———

Selepas makan dengan Rafi, Farish melangkah masuk ke dalam ward ICU yang menempatkan Naura. Dia meminta izin Rafi untuk menjenguk adiknya.

Sayu hatinya melihat keadaan Naura yang lemah. Dia mendekati katil Naura. Kerusi di tarik dan dia duduk di sebelah katil itu.

Dahi Naura diusap lembut sebelum bibirnya jatuh pada dahi itu. Lama dia mencium dahi Naura. Sungguh dia rindu akan adiknya ini. Dia tak sangka setelah 2 tahun tidak berjumpa dengan Naura, kini dia bertemu dengan Naura dalam keadaan sebegini.

Apa yang dia hendak beritahu pada keluarganya tentang Naura? Tentang traumanya. Sungguh. Dia tak sanggup nak beritahu mereka. Apatah lagi mummy nya yang sangat sangat rindukan anak manjanya ini.

Air mata Farish jatuh pada dahi Naura. Farish menjauhkan bibirnya. Dia mengelap air matanya yang jatuh pada dahi Naura tadi. Air mata yang mengalir pada pipinya hanya dibiarkan.

Tangan Naura dicapai dan digenggam. Dicium tangan pucat itu. Farish memejamkan matanya seketika. Pedih hatinya melihat keadaan Naura.

"Adik... Ni angah ni. Angah dah datang dah. Angah..." makin lebat air matanya mengalir. "Angah minta maaf sebab lambat. Angah minta maaf sebab dah lama tak lawat adik kat sini. Haritu adik kata kat mummy adik rindu angah kan? Ni angah dah datang ni. Kenapa adik tak bukak mata? Adik marah angah ke? Sebab tu ke adik tak nak buka mata tengok angah?"

Farish mengelap air matanya. "Angah minta maaf sebab biarkan adik terseksa kat sini. Angah janji. Bila adik dah keluar nanti, kita pergi jauh dari sini, okay? Angah janji. Adik bangun tau. Adik kuatkan? Tolong... tolong bangun untuk angah. Please... I miss you so much... So much adik.. please be strong. I know you can do it."

Farish kemudian senyum. "Takpalah. Adik rehat dulu eh? Angah bagi chance adik rehat. Nanti dah bangun, panggil angah eh? Angah tunggu adik. Bye adik. Angah balik dulu. Esok angah datang jaga adik lagi. Angah sayang adik sangat sangat. Assalamualaikum baby angah sayang.."

TBC