webnovel

My Only Hero

Book 1 of CookyiesCo [Late Update] "Dasar anak pembawa malang!" "Kenapa mother cakap macam tu?! Dia tak salah!" "Thank you, MY HANDSOME HERO." "I will protect you, princess" "Please don't smile if you're broken inside. I love you" Disebabkan satu mitos, dirinya digelar pembawa malang. Demi ingin melihat keluarganya bahagia, dia nekad keluar dari negara itu. Tinggal bersama keluarga pakciknya. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang menjaganya dalam masa yang sama, mencintainya dari jauh.

CookyiesCo · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Chapter 9

Kringgg!!!

Aku mengemas buku dan alat tulis yang bersepah atas meja batu. Time to go home!!

Oh! Lupa nak bagitahu. Kami dekat pondok. Buat study group dengan Adam and his monyet monyet. Hehe..

Tetiba, dengan tidak sengaja, Aryana tertolak meja ku sedikit. Nasib tak semua barang jatuh.

Tapi...

Sebatang pen aku jatuh bergolek. Oh My! My favorite pen. Pen berwarna biru yang dihiasi dengan gambar BT21 disekeliling itu aku perhati.

Mata aku mengikut mana pen aku pergi. Dan... pen tu berhenti dekat depan sepasang kasut. Lama aku merenung kasut tu.

Aik? Macam kenal. Kat mana eh? Aku pon angkat kepala. Mataku bersambung dengan sepasang mata hazel. Aku terkaku. Pandangan tu. Macam familiar.

Lama mata kami bertaut sampailah satu suara menyedarkan aku.

"Oit Sha! Dah jatuh cinta ke?"

Aku menoleh ke arah suara sumbang itu. Kureng punya Aryssa. Dia tersengih menunjuk gigi putihnya yang tersusun. Kemudian dia menunjuk nunjuk sesuatu di hadapanku.

Aku mengerutkan dahi. Apebenda dia ni? Aku menoleh ke arah yang ditunjuk Aryssa. 

Aku terkejut melihat Harith sedang memandangku sambil tersenyum sinis. Tangan dilambai lambai padaku. Aku pelik. Tetiba lambai aku dah kenapa?

Jap...

Dia bukan lambai. Tapi lebih kepada melayang layangkan sesuatu di tangannya. Aku amati 'sesuatu' itu.

Mataku membulat.

That's my pen!!

Macam mana boleh ada dekat dia??!! Aku memandang Harith tajam. Kaki melangkah mendekati jejaka itu. Tangan dihulur.

Harith memeluk tubuh. Pen aku masih ditangannya. Dia dengan selamba mengangkat kening memandangku. Seperti tidak sedar yang dia telah mengambil pen kepunyaanku.

"Give me my pen." Suara aku tahan. Aku cuba minta elok elok. Kalau tak jalan jugak, memang aku minta cara kasar.

"What? Your pen? Where?" Kepala Harith terteleng teleng seperti mencari sesuatu. Kemudian dia kembali melayangkan pen aku. "Oh! This is your pen?"

Aku mengeluh.

"Just give it, you silly! Aku minta elok elok kan?" Aku menahan geram. Mamat ni memang nak kena dengan aku.

"Oooo.... ni pen kau ke.." Dia membelek belek pen aku. "Tak sangka eh. Spesis bunian macam kau minat benda benda macam ni. Ops! Lupa.. perempuan kan.. mestilah layan BTS. Kan?"

What?! How dare he called me Bunian?!

Mamat ni memang betul betul nak kena dengan aku. Heh! Dia macam bagi aku peluang nak balas dendam je. Thanks Harith. Kau memudahkan otak aku mencari idea nak balas.

Aku membuat muka terkejut. "Oh! Kau lelaki kan? I thought perempuan je yang layan kpop. Tak sangka LELAKI TUA yang takda beza dengan Santa Claus macam kau ni layan kpop jugak!"

Aku mengenakan Harith kembali. Harith blur. Seketika kemudian dia seperti tersedar yang aku sedang perli dia. Terus wajahnya dari blur bertukar serious.

"Eh! Aku lelaki tulen eh! Aku tahu pon sebab adik adik aku layan! Takda maknanya aku nak tengok benda benda plastik tu! One more! Aku masih muda!" Harith memeluk tubuh.

Aku hanya menjelingnya. Malas nak jawab. Tangan kembali dihulur. "Dah. Bak sini pen aku."

Harith senyum sinis. Dia membaling pen itu. Nasib aku dapat tangkap. Kalau tak.. memang aku siat siat kulit dia. Pen ni limited edition kot.

Aku menjeling Harith tajam kemudian segera beredar dari situ. Aryana dan Aryssa hanya mengikut. Harith hanya memandang aku pergi.

———

Harith pov

Lama aku merenung syiling bilik pengawas. Entah kenapa.. setiap kali aku dekat dengan Naura, pasti aku teringat Naeun. Mata Naura. Suara Naura. Semua pasal Naura. Seakan akan sama dengan Naeun.

Tapi aku tak tahu la tu perasaan aku je ke? Sebab Naeun bukan senang nak bergaul dengan orang. Apatah lagi lelaki. Nak bergaduh? Jauh sekali.

Macam aku dengan Naura tadi. Kang Naeun memang tak akan buat macam tu. And Naeun have no friends. At all. Ahh!! Tetiba rasa rindu pulak dekat dia.

Haa!! One more! Rindu aku pada Naeun akan terubat bila aku dekat dengan Naura. Seperti aura Naeun ada dengan Naura. Hurgh! Entahlah! Malas aku nak layan..

Krukk..

Err.. bunyi apa tu? Macam seram je. Aku rasa dalam bilik ni ada aku dengan...

Kerusi aku pusingkan menghadap meja. Lahh..

Bertuah punya member! Boleh diorang sedap main game sambil makan samdwich! Bukan nak ajak! Patutlah sunyi je. Rasa macam aku sorang kat sini.

Krukk..

Sekali lagi bunyi tu kedengaran. Seram gila!! Bulu roma aku dah tegak ni.

"Weh! Korang dengar tak bunyi tu?" Aku bertanya pada Qais dan Raiqarl.

Mereka berdua mengangkat muka. Aku memandang mereka dengan muka 'dalam-ni-takda-hantu-kan?'. Raiqarl mengeluh. Qais pula menggeleng kepala.

Aku berkerut dahi melihat reaksi mereka. Mereka tak dengar ke? Apasal aku sorang je yang dengar eh? Eii.. sumpah seram!

Krukk..

Haa!! Bunyi tu lagi! Pantas aku menyelit diantara Qais dan Raiqarl. Kepala ditunduk. Tangan menutup wajah. Sumpah aku tak boleh dengan benda benda halus ni. Lantak lah tak gentleman ke apa.

Qais mengetuk kepalaku dengan sebungkus sandwich. Aku mengangkat kepala. Raiqarl pula menghulurkan setin air milo. Aku memandang mereka pelik. Apa benda diorang ni?

"Eisshh!! Apasal korang ni?"

Qais menepuk dahi. Dia membuka plastik sandwich. Kemudian sandwich itu disumbat dalam mulutku. Aku tergamam.

"Tu bukan bunyi hantu. Tu bunyi perut kau la bengong! Hadehh.. susah dapat kawan macam ni." Qais menggeleng geleng kepala. Kemudian mereka kembali bermain game.

Aku blur. Kejap. Jadi.. bunyi tadi tu bunyi perut aku la? Ya Allah, Harith Zafran. Teruk betul kau ni! Perut sendiri bunyi pon tak tahu.

Aku tersengih memandang mereka berdua. Kemudian roti di dalam mulut aku kunyah sambil melangkah keluar dari 'tempat persembunyian' aku tadi.

———

Adam mengambil tempat di sebelah Ayra di sofa. Popcorn di tangan gadis itu diambil sedikit.

Mata dihala ke television. Apa yang khusyuk sangat budak ni tengok?

Hmmh.. like always.. kdrama. Entah apa yang best pon tak tahu lah! Nak kata handsome, abang dia ni berpuluh ganda lagi handsome.

Adam memandang setiap sudut ruang tamu itu. Aik? Mana Naura? Selalunya ada sekali.

"Kakngah mana?"

"Upstairs." Jawab Ayra sepatah.

Adam mengerutkan kening. "Buat apa?"

Ayra mengangkat bahu. Matanya masih terpaku pada tv.

"Mama Papa?"

"Dating."

"Aidan?"

"With kakngah."

"Kak Tina?"

Ayra memandang abangnya dengan muka seriously?

Adam sengih. "Ok ok.. sorry."

Terus dia bangun. Sampai di hadapan lift, sempat dia pesan pada Ayra.

"Don't sleep to late. Tomorrow is still school day."

Ayra hanya membalas dengan mencantumkan ibu jari dan jari telunjuknya. Adam hanya menggeleng kepala. Pintu lift ditutup. Punat 3 ditekan.

Sampai saja di tingkat tiga, bilik Naura dituju. Baru sahaja tangannya hendak mengetuk, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam.

Adam menundukkan kepala. Tersenyum dia melihat Aidan berdiri dengan memegang sehelai kertas ditangan.

Adam mencangkung. Tangannya mengusap kepala Aidan. "What are you doing here, adik?"

"Kakngah teach me drawing!" Ujar si kecil teruja. Kertas di tangan di tunjuk pada Adam.

Adam mengambil kertas tersebut. Dia meneliti lukisan yang dilukis adiknya.

Adam menahan senyum. Tidak tahu mahu gelak atau senyum. Dari matanya, dia seperti dapat menganggak bentuk ikan yang dilukis Aidan.

Tapi, bila budak baru nak masuk 2 tahun melukis, korang faham kan apa hasilnya?

Aidan pandai. Sangat pandai. Dan dia boleh nampak Adam menahan senyuman. Terus dimasamkan mukanya.

Kertas lukisannya kembali ditarik dan terus Aidan masuk ke dalam bilik Naura kembali.

Adam pula terkebil kebil. Apa dah jadi? Kenapa Aidan macam marah? Alamak! Dia nampak ke muka aku macam nak gelak tadi?

Adam menepuk dahi. Mampus! Kalau Naura tahu, mati aku!

Adam kembali berdiri. Baru dia mahu menolak daun pintu, sekali lagi pintu itu ditarik dari dalam.

Terkejut Adam melihat Naura yang sedang memandangnya tajam. Adam menelan air liur. Ni mesti budak kecik tu dah mengadu!

Adam cuba tayang senyuman. "Err.. Hi?"

Naura pantas menampar lengan Adam. "Auch! Sakitlah!" Adam mengusap lengannya yang ditampar tadi. Berbisa wehh...

"Padan muka! Angah buat apa ha dekat adik? Habis menangis budak tu! Kakngah nak buat kerja pon tak senang tahu tak?!" Marah Naura dengan suara yang diperlahankan.

Adam tayang sengih. "Alaa.. bukan sengaja pon. Mana dia?" Soal Adam dengan kepala yang terjengul jengul.

"Ada. Dengan muncung panjang dia. Pergi pujuk. Kakngah nak turun bawah."

Adam pantas menarik lengan Naura. "Nak buat apa?"

Naura mengeluh. Takut la tu. "Nak buat susu lah untuk si kecik tu. Dah lah! Pergi pujuk."

Baru Naura hendak melangkah, lengannya ditarik kembali. Naura merengus perlahan.

"Nak apa?"

"Jangan lah lama sangat. Kakngah tahu la adik kesayangan kakngah tu kalau merajuk macam mana. Kang habis baju angah dikoyaknya." Ujar Adam sedikit merayu.

Naura mengeluh. "Iyelah. Lain kali buat lah lagi." Perli Naura. Naura kembali melangkah ke arah lift.

Adam kembali memandang pintu bilik. Air liur ditelan. Si Aidan ni, kalau merajuk bukan senang nak pujuk. Dia akan lepaskan geram dulu baru dia ok. Nak tahu macam mana? Tunggu nanti.

Dengan lafaz bismillah, Adam melangkah masuk ke dalam bilik Naura.

Selepas beberapa minit...

Aidan melangkah keluar dari bilik Naura dengan senyuman. Terus dia ambil botol susu di tangan Naura yang sedang duduk di sofa ruang tamu di tingkat itu dan masuk ke biliknya.

Naura menahan senyuman. Kaki dibawa masuk ke biliknya. Tersenyum dia melihat Adam sedang terbaring lemah di atas carpet.

Habis merah badan Adam. Dengan baju yang hilang entah ke mana. Naura duduk di birai katil. Dapat dia lihat beberapa kesan cakaran yang memerah di badan Adam.

Di wajah Adam juga sedikit merah. Haa.. itulah dia. Cara Aidan lepaskan geram. Habis dicakar badan orang itu. Pernah sekali, baju Adam habis koyak.

Nasib kau lah Adam oii.. Suka sangat cari pasal dengan singa. Kan dah kena.

"Taubat. Taknak usik budak buas tu lagi dah." suara Adam memecah kesunyian.

Naura tergelak. "Yeke? Kakngah rasa itu dah kali ke berapa dah cakap. Tapi.. buat jugak. Memang tak serik angah kan kena cakar dengan budak tu?"

Terus Adam duduk dari baringnya. "Eh! Siapa kata? Penat tahu! Sakit lagi! Tadi tu tak sengaja! Ingatkan dia tak nampak. Hurmm.. nampak rupanya."

Naura menggeleng kepala. Macam macam perangai. "Dah bangun." Naura menarik Adam bangun. Ditolak perlahan badan Adam keluar bilik.

"Pergi sapu krim. Lepastu tidur ye? Selamat malam." Ujar Naura. Baju Adam diletak pada tangan lelaki itu.

"Hmm.. Goodnight. I'm sorry and I love you." Kata Adam perlahan. Masih penat melayan Aidan tadi.

"Goodnight. I'm sorry and I love you."

Naura menutup pintu. Dia kemudian mengemas alat alat tulis yang digunakan Aidan tadi.

———

Harith melangkah masuk ke dalam bilik pengawas. Duduk sahaja dia di mejanya, dia menoleh ke arah Adam di sisi yang sedang menaip di macbook.

Berkerut kening Harith melihat muka Adam yang agak merah.

"Asal dengan muka kau ni, bro? Wrestling dengan siapa semalam?" Soal Harith sambil tangannya menghidupkan macbook miliknya.

"Wrestling dengan Aidan."

Jawab Adam.

Terus meletus tawa Harith. Tahu sangat dah kenapa kalau si Adam kata dia wrestling dengan Aidan.

"Kau buat pulak kali ni? Bukan haritu kata dah taubat ke?"

Adam menjeling Harith.

Tok tok tok

Harith mengangkat kepala.

"Yes?"

Apabila pintu dibuka, tersembul wajah Naura.

"Err.. Adam ada?"

Harith menjongket kening. Dia memuncungkan bibir. Menunjuk pada Adam di sebelah.

Adam masih setia menaip dengan muka dinginnya. Takda mood lah tu.

"Kenapa?" Soal Harith bagi pihak Adam.

"Takda apa. Cuma minta tolong ingatkan Adam, sapu krim. Tu je." Balas Naura.

"Ouh. Okay. Teruk sangat ke dia kena cakar semalam?"

"Ermm.. boleh la.. oklah. Aku pergi dulu. Terim kasih." Ucap Naura sebelum menutup pintu.

Harith hanya mengangguk. Sungguh! Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu pada Naura yang dia tidak tahu dan Adam tahu.

Pantas ditoleh pada Adam. "Dam. Aku nak tanya something boleh?"

"Hm. Apa?"

"Naura tu..."

———

Naura pov

Aku melangkah ke tandas. Sakit perut! Tak tahu kenapa tetiba perut ni memulas.

Selesai membuang hajat, aku membasuh tangan. Setelah itu, kaki diatur menuju ke kelas. Sedang aku berjalan, ada suara menegur dari belakang. Aku menoleh. Oh! Sir Zahin rupanya.

Aku menghampiri cikgu yang mengajar kami PE itu. Aku memberikan senyuman manis. Sir Zahin ni memang cikgu favourite Victoria High.

Sebab Sir ni handsome. Kacukan malay-arab. Baik. Sporting pulak tu. Untung siapa jadi isteri Sir nanti. Masak pon pandai!

"Yes, Sir? Sir panggil saya?"

Sir Zahin senyum. Ya Allah.. berterabur iman aku tengok senyuman yang menawan tu. "Ya. Bila waktu saya nanti, kamu minta tolong Harith dan... ha! Kamu lah. Kamu dan Farhan jumpa saya di bilik sukan. Lepstu kamu suruh yang lain kumpul dekat Basketball Court. Okay?"

"Boleh, Sir. Nanti saya sampaikan."

"Okay. Thank you Naura. Saya pergi dulu." Ujar Sir Zahin sebelum beredar.

———

Waktu PE...

Selesai menukar baju sukan, aku keluar dari bilik persalinan.

"Guys, meet at the basketball court, okay?" Sempat aku pesan pada Aryana dan Aryssa.

"Ok!"

Dalam bilik tu terdapat loker pelajar perempuan yang di isi dengan baju baju sekolah.

Baju sukan, baju renang dan uniform rasmi sekolah. Kitorang pakai uniform tu bila ada majlis rasmi je. Kalau takda kitorang pakai casual outfit.

Kaki dibawa ke bilik sukan. Aku memulas tombol pintu. Aik? Takda orang pon. Baru aku nak pusing belakang, aku terasa ada benda sejuk dan tajam di leherku. Aku terdiam.

"Don't scream."

Tak tahu kenapa tapi aku mengikut kata suara itu. Bulu roma meremang. Takut! Penculik ke? Perogol? Nak minta tolong? I don't think so. Sebab bilik sukan terletak dekat hujung blok sukan. Memang sunyi. Takda orang lalu.

"Give me your phone."

Dengan tangan yang menggeletar, aku mengeluarkan phone aku dari poket seluar sukan. Belum sempat aku menghulur pada suara itu, dia pantas merampas phone aku kasar.

"Good girl."

Aku menelan air liur. Tiba tiba kisah hitamku kembali terlayar di fikiran. Terus kepalaku berpusing. Pening! Aku tahu. Traumaku kembali. Aku menggenggam erat tanganku.

Kepalaku makin sakit! Tak mampu nak menahan, aku terus terduduk. Tidakku hiraukan pencuri ke perogol ke yang berada di belakangku.

"Aahh!!"

Jeritku apabila dirasakan orang jahat tadi membaling iphone ku tepat mengena kepalaku. Semakin pening aku dibuatnya. Peluh semakin banyak membasahi wajah.

Mataku semakin berpinar. Semakin lama, kepalaku semakin teruk berpusing. Tak sampai beberapa saat, terus pandanganku gelap. Sempat aku menangkap satu suara memanggilku.

"Naura!"

TBC