webnovel

-3-

Motosikal yang ditungang Adrian sampai dihadapan bangunan fakulti. Di sana, Aidan sudahpun menunggu Eizriena.

"Thank you. Jumpa kau esok." Eizriena tersenyum manis ke arah Adrian.

"Hmm." Adrian membalas senyuman itu dengan ragu-ragu kerana jelingan tajam yang diberikan Aidan menakutkannya.

"Kata ada discussion." Ucapan ringkas Aidan yang berbau soalan sinis itu membuatkan Eizriena berkelip panjang.

"Ohh, tadi discussion bukan dekat main building. Dekat bilik kelab fakulti lain." Eizriena berbohong lagi.

"Ok." Aidan menjawab ringkas.

Di dalam kereta, Eizriena kelihatan sungguh penat. Dia sudah tidak larat untuk menjawab pertanyaan Aidan mahupun untuk bergaduh dengan lelaki itu.

"You like to play music?" Soalan Aidan bagaimanapun mengejutkan Eizriena.

"Rien? Main musik? No. I am too busy for that." Eizriena sudahpun lali untuk menipu Aidan.

"Really? Masa first time kita jumpa dulu, I think you pernah cerita yang you reti main guitar." Aidan cuba mengorek rahsia.

"No. Well, pernah. Tapi tak adalah pandai sangat." Eizriena berdolak-dalih lagi.

Aidan tidak meneruskan pertanyaanya. Sesampai mereka ke rumah, Eizriena segera bergerak ke biliknya ditingkat atas. Sudah semestinya nenek dan atuknya sudah tidur pada waktu seperti ini. Aidan hanya tersenyum sinis melihat gelagat anak buahnya yang seperti cacing kepanasan itu.

"You amaze me missy."

----

Pagi itu, selesai sarapan pagi, Eizriena duduk di luar rumah. Bukan dia tidak suka duduk di rumah Tuan Ismail tetapi, suasana rumah ini sunyi. Bukan ada orang pada waktu begini. Tuan Ismail dan Puan Mariani berkerja. Bibik Susan pergi ke pasar dengan driver. Tinggalah Eizriena seorang diri di rumah itu. Cuma bezanya, kali ini adalah Aidan nak temankan dia.

"Kalau aku keluar, uncle ikut tak agaknya? Uwaa, aku nak keluar dengan Sarah dengan yang lain." Eizriena merengek seorang diri.

Seketika kemudian, dia mendapat panggilan daripada seseorang.

"Hello." Dia menjawab lemah.

"Haih, baru seminggu tak jumpa dah lemau." Suara itu kedengaran tertawa.

"Eee, orang tengah stress boleh pulak dia melawak." Eizriena berceloteh.

"Hahahahahaha sorry. Kenapa sayang, ada masalah apa?" Suara itu kedengaran lembut memujuk.

"Tak adalah. Orang nak keluar dengan Sarah dengan yang lain tapi ada 'ais batu' besar yang halang." Eizriena merengek.

"Hahahahahaha. Aidan dah balik lah tu. Memang tak boleh keluar ke?" Soalnya lagi.

"Nanti dia nak ikut. Rimaslah. Dia tu depan parents dia, macam bidadari. Depan orang lain, macam ais batu yang kena langgar dengan kapal titanic. Uwarghhh, stress." Eizriena kedengaran rimas.

"Alah baru ingat nak ajak keluar." Kata-kata jejaka itu membuatkan Eizriena tersenyum sinis.

"Cubalah. Tak kan boleh punya." Eizriena mencabar lelaki itu lagi.

"Kalau berjaya, will you reward me?" Soal lelaki itu.

"Buat lagi perangai gatal, I end this call." Ugut Eizriena.

"Hahahahaha garanglah you ni. Nanti I cuba." Panggilan tersebut diletakkan.

Eizriena kembali duduk termenung. Nak siapkan assignment, dah siap dah semua. Nak belajar tapi tak ada mood. Nak keluar tapi tak boleh. Stress. Akhirnya, dia pun duduk di ruang tamu sambil menonton Spongebob Squarepants. Seketika kemudian, Aidan turun dan duduk bersamanya.

"You are not going out kan?" Soalnya.

"No. I'm fine staying inside today." Eizriena tersenyum manis.

"No. You are going out with me." Hampir luruh jantungnya mendengar arahan Aidan.

'Hoi, dengan orang lain aku tak keluar. Dengan kau apetah lagi. Jangan susahkan hidup aku, Aidan Imran.' Eizriena merengek.

"Dengar tak missy?" Soalnya lagi.

"Yes. Nak pergi mana?" Soal Eizriena ringkas.

"Pergi teman I meet my friend." Kata-kata Aidan membuatkan Eizriena sepertinya ingin 'meletus'.

"Ok. Rien pergi siap sekarang." Dia hanya menurut.

Sambil menaiki tanggan, Eizriena tidak habis menyumpah Aidan kerana dia terlalu bengang dengan sikap Aidan. Aidan kuat mengongkong padahal, dia bukanlah sesiapapun pada Eizriena. Hanya seorang pak cik. Itupun jauh. 

----

Eizriena hanya mampu mengikut setiap langkah Aidan. Semenjak Aidan pulang, semua hak kebebasannya seperti sudah disekat secara tiba-tiba. Kalau nak keluar, kena bagitahu nak kemana. Kalau nak ke kelas, kena Aidan yang hantarkan. Kenapa, kenapa dunia kenapa. Kejam betul. Ada lagi setahun setengah pulak tu baru nak habis belajar. Sesampainya mereka disebuah bangunan yang agak mewah itu, Eizriena sepertinya sedikit terkejut. Alamak! Ini bukan ke kelab malam mewah yang terkenal tu ke? 

"Kenapa? Tak pernah pergi kelab malam ke?" Soalan itu sedikit menusuk ke dalam kalbu.

'Mustahil tak pernah pergi. Aku kerja dekat sana kut.' Eizriena kerisauan.

"Apa yang kita buat dekat sini? Uncle nak jual Rien ke?" Eizriena sedikit ketakutan.

Aidan tersenyum sinis. Dia kemudian mendekatkan dirinya dengan Eizriena. Dilihat Eizriena atas dan bawah dan kemudian dia tersenyum sinis lagi.

"I don't know how much you will cost." Ayat sindiran itu sekali lagi menusuk jiwa.

Aidan berjalan masuk ke dalam dan diikuti Eizriena di belakangnya. Eizriena tidak berasa takut namun dia hanya keliru dengan personaliti yang ada pada pak ciknya itu.

'Pelik mamat ni. Sekejap macam gangster, lepastu dia nak jadi mafia pulak ke?' Eizriena berceloteh sendirian.

Sesampainya mereka ke bilik VIP, Eizriena sekali lagi diberi kejutan oleh orang yang sedang menunggu mereka berdua. Rayyan Aciel. Jejaka yang sedang bermain tarik tali dengan Eizriena.

"Hello my man." Rayyan menyapa Aidan.

"Sudah. Mana document tu, aku nak settle kan benda ni cepat." Aidan masih dengan perangai tegasnya.

"Nah. Barang lain ada dekat bilik sebelah." Rayyan menghulurkan dokumen di dalam sebuah fail.

"Missy, stay here for a while. Rayyan, kau jangan macam-macam dengan anak buah aku." Aidan memberi amaran kepada Rayyan sebelum meninggalkan bilik itu bersama dua orang lelaki.

"So, ini yang you kata cuba nak ajak I keluar?" Eizriena menyoal Rayyan sambil menyilangkan tangannya.

"Suprise! Hahahahahahaha. Janganlah macamni sayang. I just want to see you." Rayyan mendekati Eizriena.

"I don't even know you." Eizriena bersandar pada dinding.

"Janganlah macamni. I ambik first flight from London sebab I nak balik jumpa you." Rayyan masih cuba memujuk.

"You and your sweet talk. Kalau you nak pikat perempuan lain mungkin dia dah tergoda but not me. Thank you, next." Eizriena tersenyum sinis.

"Ok, I janji dengan you. Kita pergi bercuti nak next week. You cuti kan?" Rayyan dengan berani masih mendekati Eizriena.

"You selalu macamni. You ingat duit you boleh beli I ke?" Eizriena masih mencabar jejaka itu.

"Ok, I'm sorry. My mistake. I ada dua tiket pergi private concert Jujugan." Mata Eizriena sedikit bersinar mendengar nama band kegemarannya.

"You jangan tipu. Jujugan punya private concert dekat Thailand. Mana ada dia orang buat dekat Malaysia." Eizriena masih cuba mengawal nafsu.

"I book tiket flight. For you, everything." Rayyan masih berusaha memujuk.

"Now we can talk." Eizriena tersenyum manis.

"Yes. I mintak my bodyguard to send you the information later." Rayyan sangat gembira seperti seorang kanak-kanak kecil.

"You, even I setuju nak pergi bercuti dengan you, I still nak you jaga batas you tau. You faham kan maksud I?" Soal Eizriena lagi.

"Faham. Anything for you." Rayyan kelihatan sangat gembira.

Seketika kemudian, sedang asyik mereka bersembang, Aidan masuk. Wow, apa yang dah jadi dekat bilik sebelah. Rambut Aidan yang rapi sedikit kusut dan dia sepertinya baru lepas bergaduh.

"Uncle, are you okay?" Soal Eizriena sedikit risau.

"Rayyan, dokumen tu aku dah letak atas meja. Kau ingat pesan aku, kalau kau masih nak tolong Tha, aku tak akan tolong dah kau lepas ni." Aidan memberi amaran.

"Baik. Ni last. Thank you Aidan." Rayyan tersenyum manis.

"Jom." Aidan bergerak keluar sambil menarik tangan Eizriena.

Eizriena sepertinya sangat terkejut kerana itu kali pertama Aidan berkelakuan seperti itu. Di dalam kereta, Aidan sepertinya sangat serabut namun dia masih cuba bertenang. Mungkin kerana Eizriena ada disebelahnya.

"Kalau uncle ada masalah, kongsilah." Eizriena cuba untuk membantu.

"Its nothing." Jawapan Aidan yang ringkas itu membuatkan Eizriena takut untuk memberi soalan lanjut.

"Ok." Eizriena kembali terdiam.

Urghh, kenapa, kenapalah perangai dia macam ni? Aku yang penat nak melayan. Mommy, I nak balik rumah jumpa you and my siblings. Seketika kemudian, kereta yang dipandu itu berhenti di hadapan sebuah masjid. Terkejut Eizriena. Aikk, nak jadi pak ustad pulak.

"Kita nak buat apa dekat sini?" Soal Eizriena.

"Dah masuk waktu kan? Nak solatlah." Jawapan Aidan yang ringkas membuatkan Eizriena hanya menganggukkan kepalanya.

"Ok." Eizriena hanya mengikuti langkah Aidan dari belakang.

Selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, Eizriena didatangi seorang mak cik yang kelihatan seperti 60-an. Mak cik itu menyapanya lembut.

"Anak ni orang sini ke? Mak cik tak pernah nampak pun?" Soal mak cik itu lembut.

"Ehh tak mak cik. Saya dalam perjalanan balik. Kebetulan dah masuk waktu. Saya singgah solat dulu."

"Ohh, baguslah. Jarang mak cik nampak pasangan suami isteri muda datang masjid zaman sekarang ni."

"Suami? Ohh lelaki yang dengan saya tu bukan suami saya mak cik. Dia pak cik saya."

"Lah, iya? Maaflah, mak cik ingat suami anak tadi. Nampak sesuai."

'Mak cik, kalau mak cik tahu perangai sebenar Aidan Imran, saya tak rasa ada orang yang sesuai jadi isteri dia.' Getus hati kecil Eizriena.

"Tak apa mak cik. Saya pergi dulu ya mak cik. Assalamualaikum." Eizriena meminta diri sebelum berlalu pergi.

----

Malam itu, Eizriena tidak dapat pergi ke kelab untuk melakukan persembahan kerana Aidan masih berada di bawah saat dia cuba curi-curi keluar. Eizriena kelihatan sangat marah. Dia kembali ke biliknya dan mula mengeluarkan handphonenya. Dia memuat naik status di Instagram peribadinya.

'I want to play my guitar 😭'

"Tunggu, kau tak boleh kurung aku dekat sini lama-lama. Dah tiga hari aku dekat sini. Aku akan pastikan aku lepas daripada kau." Eizriena merengek sendirian lagi sambil mengentak-hentak bantal di biliknya.

Tak lama selepas itu, dia mendapat panggilan daripada ibunya, Puan Hanisah.

"Mommy." Eizriena sepertinya sangat merindui ibunya.

"Hello my baby. Sihat ke?" Soal Puan Hanisah ringkas.

"I sihat je. Yang tak sihat tu Uncle Aidan."

"Aik? Aidan sakit?" Puan Hanisah sedikit keliru.

"Haah, sakit otak. Haihh, abaikan my words just now. Mommy, I kan cuti minggu depan tapi I nak pergi bercuti dengan my friends boleh?" Soal Eizriena penuh harapan.

"Boleh. Pergi mana?" Soal Puan Hanisah lagi.

"Pergi Thailand je. Dalam tiga hari je. Please."

"Ada ambik tourist guide?"

"Ada. No worries."

"Ok then. Nanti mommy bagitahu papa. You need money?"

"Tak apa. I still ada duit untung buat dropship bulan lepas."

"Ok then. Apa-apa call tau."

"Ok mommy bye. Goodnight." Panggilan itu diletakkan.

Yes! At least dapat pergi tengok concert Jujugan. I am so happy.