webnovel

-2-

Makan malam yang agak jangal daripada biasa. Mungkin kerana selalunya, Eizriena dan Tuan Ismail bersama Puan Mariani sahaja yang duduk makan malam. Namun, ini kali pertama dia makan bersama Aidan Imran.

"So, macamana UK? Seronok?" Soal Tuan Ismail.

"Bolehlah. Seronok tu memang seronok tapi I rindu mama dengan papa." Aidan berceloteh manja.

"You ni, dah berapa umur perangai macam budak-budak. Pelik Rien tengok you." Puan Mariani mengingatkan anaknya.

"Its okay. Rien faham perangai anak tunggal ni." Eizriena tersenyum manis.

"Rien sekarang belajar dekat Universiti Kebangsaan kan?" Soal Aidan.

"Haah, betul. Kenapa uncle tanya?" Soal Eizriena ingin tahu.

"Ohh tak, uncle dapat offer kerja jadi pensyarah dekat sana. I think, I nak cuba lah mama, papa. I takut tak ada offer kerja bidang yang I nak." Kata-kata Aidan hampir membuatkan Eizriena tercekik tulang ikan.

"Ohh boleh. Boleh sangat, mama setuju. Bolehlah ada orang tengokkan Rien selalu. Ada orang hantar and ambik you kan Rien?" Soalan Puan Mariani hanya membuatkan Eizriena tersenyum paksa.

"She dah besar lah mama. I think she could manage to take care of herself." Kata-kata Aidan membuatkan Eizriena berasa lega.

"Hmmph, I could not trust anyone. Baru haritu dia balik demam then baru mama tahu yang dia tak dapat proper meal for the whole weak. See, she could not even take care of herself." Puan Mariani mencubit lembut pipi Eizriena disebelahnya.

"Betul cakap mama Aidan. At least, bila kamu ada, tak adalah Kak Hanisah risau pasal Rien." Tuan Ismail menambah.

"No worry missy, uncle will take care of you." Aidan memberi thumbs up membuatkan Eizriena berasa ingin rebah.

Selesai makan malam, Eizriena duduk di meja sambil berbalas pesanan dengan rakannya, Adrian.

'Aku tak join korang tau malam ni. Stuck in my grandparents house.' - Eizriena

'Lah, macam tu pulak. Okay, nanti aku bagitahu James.' - Adrian

'Sorry babe, last minute notice. Thank you.' - Eizriena

'Its okay, no worries.' - Adrian

Eizriena mengeluh panjang. Seketika kemudian, Aidan mengambil tempat di hadapannya.

"Missy? You don't sleep yet?" Aidan menegurnya.

"Uncle. Umm, just need to make a quick text." Eizriena tersenyum ke arah Aidan yang mempunyai expresi yang dingin.

"You can do it upstairs. Go and sleep, now." Arahan Aidan itu hanya dituruti tanpa banyak soal.

"Gosh, how bossy." Eizriena merengek sendirian.

Aidan mungkin kelihatan manja dan penyayang di depan Tuan Ismail dan Puan Mariani. Namun, expresi yang sebaliknya ditujukkan pada Eizriena. Sah! Uncle Aidan ni tak suka aku.

----

Eizriena berlari laju. Tudung yang sudah siap digosok hanya dipin ringkas sebelum diselempangkan. Dia melenempelkan bedak halus dimuka sebelum bergegas keluar daripada biliknya. Apabila dia turun, dia ditegur oleh Aidan yang sedang duduk di meja makan.

"Missy, awalnya." Aidan menegur tanpa mengalihkan pandangannya daripada pinggan yang penuh dengan mee goreng.

"Rien dah lambat ni uncle. Rien pergi dulu ya." Eizriena ingin bergerak pergi namun ditahan suara itu sekali lagi.

"Makan dulu." Kata yang ringkas itu membuatkan dia terhenti lagi.

"Tak apa uncle. Kawan Rien dah tunggu depan rumah." Eizriena cuba mengelak lagi.

"I send you later. Suruh kawan you pergi dulu." Kata-kata Aidan itu sekali lagi membuatkan darahnya berderau seperti di dalam filem seram.

"Tapi uncle..." Belum sempat memberi alasan, Aidan memberinya pandangan yang tajam.

"Missy." Satu perkataan membuatkan dia mengalah lalu mengeluarkan handphone nya.

"Sarah, kau pergilah dulu. Nanti uncle aku hantarkan. Thank you Sarah. Love you." Panggilan itu diletakkan lalu Eizriena bergerak ke arah meja makan.

"Kelas you start pukul berapa?" Soal Aidan ringkas.

"Dalam pukul 10." Jawapannya sedikit mengejutkan Aidan.

"Baru 7.20a.m. Kenapa you nak pergi awal sangat?" Soal Aidan yang sedikit terkejut.

"Sebab Rien tumpang orang. Dia orang ada kelas pukul 8 harini. Biasanya Rien lepak dekat library." Eizriena menerangkan lemah sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Missy, mulai minggu depan, you will be going to the faculty with me. Faham?" Soal Aidan.

"Tapi uncle..." Sekali lagi ayatnya dipotong.

"Jawapan dia either yes or no." Suara Aidan sekali lagi membuatkan darahnya berderau.

"Yes uncle." Eizriena menjawab secara paksa.

Sarapan pagi yang janggal. Tuan Ismail dan Puan Mariani sudahpun keluar rumah awal pagi selepas subuh. Jangkaan Eizriena salah apabila dia ingatkan Puan Mariani akan mengambil cuti hari itu. Selesai makan, Aidan naik ke atas untuk mandi dan bersiap untuk menghantar Eizriena. Sedang dia duduk di ruang tamu, dia menerima panggilan daripada James.

"Hello James."

"Rien, I heard about what happened. Pity you. Hahahahahahahahaha." Kedengaran suara James berseloroh.

"James, jangan sampai aku hempuk kau. Asal pagi-pagi kau dah call aku?" Soal Eizriena yang sedikit marah.

"Ohh tak, aku nak bagi duit bahagian kau bulan ni. Kau datang tak malam ni?" Soal James lagi.

"Malam ni mesti aku datang. Malam minggu kut."

"Cantik. Aku dah stanby duit kau. Cash or masuk account?"

"Cash macam biasa bro."

"Ok settle. Jumpa malam ni, pukul 9."

"Okay. Baik boss." Panggilan tersebut diletakkan.

Eizriena kemudiannya dikejutkan oleh kedatangan Aidan yang mengejut.

"Missy, siapa yang call you pagi-pagi ni?" Soal Aidan ringkas dan tegas.

"Ohh, kawan. Kita orang bincang pasal kelab." Eizriena menipu.

"Ok. Jom." Tanpa diminta, Aidan mengambil beg Eizriena yang berisi buku bersama dengannya.

'Aku tak faham kau ni Aidan. Kadang-kadang baik. Kadang-kadang garang.' Getus hati kecil Eizriena.

----

Jam menunjukkan pukul 8.30. Masih ada baki satu jam setengah sebelum kelas mula. Rumah Tuan Ismail dan universiti Eizriena tidak jauh. 15 minit sahaja dah sampai. Suasana pagi yang masih lagi jangal bagi Eizriena.

"You minum coffee?" Soal Aidan secara tiba-tiba.

"Minum." Jawab Eizriena ringkas.

Tanpa diduga rupa-rupanya Aidan memasuki lorong pandu lalu Starbucks. Eizriena sekali lagi tergamam. Gila apa mamat ni? Kejap prihatin, kejap macam gangster.

"You minum coffee apa missy?" Soal Aidan.

"Hazelnut. Any hazelnut coffee is fine." Eizriena memberikan senyuman lembut yang dibalas dengan padangan yang dingin.

'Ishh ais batu ni, geram pulak aku. Dahlah sesuka hati je panggil aku missy. Aku sepak jugak dia nanti.' Hati kecil Eizriena meletus.

Selesai membeli kopi, kereta yang dipandu Aidan mengikuti jalan untuk sampai ke universiti. Sesampainya di hadapan bangunan fakulti, Eizriena segera ingin keluar dari kereta itu.

"Thank you uncle. See you later." Eizriena tersenyum manis.

"I fetch you later." Kata-kata itu membuatkan darahnya berderau lagi.

"No. Harini Rien tak balik rumah nenek. Rien ada dicussion sampai malam. Pukul 12 baru habis rasanya. Jadi, maybe balik rumah sewa." Eizriena memberikan alasan.

"No. You kena balik rumah. Pukul berapa pun you habis nanti I fetch you." Kata-kata Aidan itu membuatkan Eizriena seperti ingin mengeluarkan kata-kata kesat.

"Ikut suka uncle lah. Nanti Rien dah habis, Rien call uncle. Rien tunggu dekat depan fakulti ni. Bye." Eizriena sepertinya sudah menyerah kalah dengan perangai Aidan.

"Ok." Jawab Aidan ringkas sebelum memandu keluar dari situ.

Eizriena mengeluh. Seketika kemudian, bahunya ditepuk seseorang. Adrian, rakan sekelasnya.

"Wow, muka kau lagi teruk daripada masa kita mula setiap malam dulu." Adrian ketawa melihat keadaan Eizriena yang sedang serabut.

"Aku hempuk nyawa kau, melayang nanti. Weyh, aku tumpang kau pergi malam ni. Nanti kau drop off aku depan bangunan fakulti." Eizriena merayu.

"Boleh. No problem. Malam ni ada aku, kau, Nat dengan Wee."

"Ehh, Jim tak ada malam ni?" Soal Eizriena lagi.

"Dia busy. Budak engeneering ada projek minggu ni."

"Ohh, faham."

Adrian dan Eizriena terus bersembang sehinggalah mereka sampai ke kelas.

----

Selesai kelas, Eizriena masuk ke dalam bilik kelab muzik sebelum dia mencapai sebuah beg berisi bajunya dan Adrian. Selesai, dia segera bergerak menuju ke arah motosikal yang dipandu Adrian. Motosikal itu kemudiannya ditunggang sehingga ke sebuah kelab kecil yang popular ditengah ibu kota. Eizriena dengan perlahan melepaskan tudungnya dan mendedahkan rambut panjang yang diwarnakan perang.

"Jom." Mereka berdua bergerak masuk ke dalam kelab itu.

Adrian dan Eizriena menukar baju mereka terlebih dahulu dan kemudian bergerak ke bilik sebelah untuk bertemu dengan James dan rakan mereka yang lain.

"Itu dia Mrs.Lawyer kita dah sampai. Here you go, payment for last month." James menghulurkan sampul surat berisi wang kepada Eizriena.

"Thank you James. Malam ni ramai orang ke?" Soal Eizriena.

"Of course ramai. Semua orang bayar nak tengok korang perform. Kalau korang buat elok-elok malam ni, nanti aku bagi bonus." Kata-kata bonus membuatkan mata mereka bersinar.

"Baik James."

----

Aidan hanya memerhatikan dari jauh. Gerak geri seorang wanita yang sedang asyik bermain guitar dan menyanyi di atas pentas. Gelas yang dipegang diletakkan di tepi. Seketika kemudian, seseorang datang dan duduk berhadapan dengan Aidan.

"Kenapa kau balik Malaysia tak bagitahu?" Soal lelaki itu.

"Lah, aku ingat kau dah tahu. James, aku dah penatlah duduk UK. Bukan seronok pun." Aidan tertawa kecil.

"Alah, ada-ada saja kau ni Aidan Imran." James mengelengkan kepalanya.

"James, siapa dia orang yang main band ni?" Soal Aidan.

"Dia orang ni kawan adik aku. Nat, Adrian, Wee dengan Rien. Malam ni adik aku tak ada. Heh, kau tanya ni, kau berminat dekat yang mana satu?" Soal James.

"Yang rambut perang tu."

"Rien? Ohh aku tak rasa kau boleh dengan dia." Kata-kata James sedikit mengejutkan Aidan.

"Kenapa pulak? Aku ni lagi handsome daripada kau." Aidan berasa tidak luas hati.

"Bukan tu maksud aku. Rien ni dah ada boyfriend." Ucapan James sekali lagi membuatkan Aidan tersenyum sinis.

"Boyfriend, not husband."