webnovel

-4-

Eizriena berjalan ke arah bangunan fakulti. Dia sudah tiga hari tidak berjumpa dengan mana-mana rakannya. Sedang dia berjalan, namanya dipanggil.

"Eizriena Aiyura." Eizriena menoleh ke arah suara itu.

"Uwaa, Inara, Adrian." Eizriena segera memeluk rakannya itu.

"Asal kau ni? Hahahaha, first time aku tengok kau macamni tau Rien." Inara menepuk-nepuk belakang kawannya itu.

"Aku nak lari rumah. Aku tak nak duduk dalam rumah yang ada mamat poyo tu lagi." Eizriena mengadu.

"Betul weyh. Seram betul pak cik kau tu. Aku pun takut." Adrian teringat peristiwa beberapa malam lepas.

"Tak itu bukan masalah dia. Kau tahu tak apa yang jadi semalam?" Soal Inara lagi.

"Tak. Apa jadi semalam? Kenapa tak call aku?" Soal Eizriena lagi.

Adrian mengetuk lembut kepala Eizriena.

"Kau cuba check berapa banyak miss call? Aku call 52 kali. Inara call 78 kali. Itu kau kata tak call lagi?" Adrian kedengaran tegas.

"Ohh betul, semalam, ehh apa jadi semalam? Kenapa aku tak jawab call korang?" Eizriena sendiri lupa apa yang jadi semalam.

"Itu bukan masalahnya sekarang. Kau tahu tak kita ada masalah dengan kelas." Inara mengeluh panjang.

"Jangan cakap dia orang 'buat' lagi?" Eizriena sepertinya sudah boleh mengagak perkara yang terjadi.

"No. Kali ni lagi teruk. Dia orang bukan sekadar buat, memang dah bertumbuk semalam." Eizriena terkejut.

"Adrian, pastikan berita ni kau jual dekat kelab berita universiti." Eizriena masih tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan duit.

"Hoi, itu yang kau fikir eh. Macamana nak settle masalah ni? Harini lebih daripada separuh orang tak datang kelas?" Inara menyatakan kerisauannya.

"Jomlah kita pergi jumpa Madam Anita dulu. Mesti dia tahu nak buat apa." Ajak Adrian.

"Ok jom."

----

Adrian, Inara dan Eizriena merupakan rakan sekelas dan mereka juga mula rapat sejak masuk ke universiti lagi. Berbeza dengan Anis, Sarah dan Batrisyia, Adrian dan Inara merupakan rakan 'seperjuangan' Eizriena sehingga dia menamatkan pelajaran.

"Good morning madam, boleh kami masuk?" Inara bertanya lembut kepada Madam Anita.

"Ehh trio. Masuk masuk. Saya ada bawak cucur manis. Makan ni." Madam Anita yang merupakan penasihat kelas mereka menghulurkan sebekas makanan.

"Terima kasih madam. Madam, kami ada benda serious nak bincang dengan madam ni." Inara bertukar serious.

"Saya tahu. Awak nak cakap tentang kes semalam kan?" Soal Madam Anita.

"Betul. Madam, kami bukan apa, tapi dah sampai macamni, tak boleh ke pihak fakulti pertimbangkan untuk tukar mereka?" Soal Eizriena secara terus.

"Rien, kalau tukar sorang, semua kena tukar. Pensyarah lain tak nak. Kita tak boleh buat apa. Lagipun, kelas kita antara kelas top akademik. Pihak fakulti kata kita mesti boleh selesaikan masalah ni." Jelas Madam Anita lagi.

"Tapi madam, kalau dah sampai Jay tumbuk Idz, Zara tumbuk Nana, tak kan nak biar lagi madam? Inipun harini lebih daripada separuh kelas tak datang." Tegas Adrian pula.

"Nak tahu apa pihak fakulti cakap masa meeting semalam? Masukkan budak yang suka bertumbuk ni dalam kelab tinju. Hahahahahahaha. Saya yang terhibur. Macamni. Saya ingat nak buat small trip. Masa hujung minggu biasa supaya kita boleh bonding." Kata-kata Madam Anita sangat menarik perhatian mereka.

"Boleh ke madam? Madam guna duit siapa?" Soal Inara tanpa berlapik.

"Pihak fakulti yang kasi. Dia orang kata, cuba guna duit pulak. Mana tahu senyap lepasni." Berseloroh ketawa mereka memenuhi ruangan itu.

"Kalau madam dah cakap macamtu. Apa-apa madam panggilah kami bertiga." Adrian senang mendengar kata-kata Madam Anita.

"Mesti. Awak bertiga kan anak murid kesayangan saya. Hahahahaha. Dah, pergi masuk kelas dulu. Kita jumpa nanti. Biarlah yang tak datang tu. Nanti saya jelaskan dekat pensyarah lain yang masuk kelas awak." Madam Anita tersenyum manis.

"Baik madam." Mereka bertiga akur.

----

Selesai kelas, Eizriena masih menunggu Aidan untuk menjemputnya. Dia ingin pulang ke rumah sewanya kerana kebanyakan barangnya ada di sana. Sedang dia menunggu, dia didatangi oleh tiga orang lelaki. Dia kenal lelaki ditengah itu. Kim, setiausaha merangkap pembantu peribadi Rayyan Aciel. Kim hanyalah nama samarannya kerana ianya agak sulit untuk mendedahkan identiti mereka yang bekerja dengan Rayyan.

"Selamat petang cik Eizriena. Ini adalah tiket dan segala dokumen yang diperlukan oleh cik semasa percutian nanti." Kim menghulurkan sampul surat putih kepada Eizriena.

"Terima kasih Kim. Kim, boleh tolong bagitahu Rayyan yang saya nak dia pakai baju putih yang saya pernah bagi dia dulu. Saya nak biar baju kami sepadan." Ujar Eizriena lembut.

"Baik cik. Ada apa-apa lagi pesanan untuk Tuan Rayyan?" Soal Kim lagi.

"Hmm, tak ada kut. Baik awak pergi sekarang dan jangan bertembung dengan Aidan dekat mana-mana. Aidan tak tahu hubungan saya dengan Rayyan."

"Baik cik." Kim dan lelaki-lelaki itu pun berlalu pergi.

Seketika kemudian, kereta Aidan berhenti di hadapan Eizriena. Dia kemudiannya naik dan menegur pak ciknya itu dengan baik.

"Hi uncle." Eizriena menegur.

"Missy? You demam ke?"

"Ehh tak adalah. Kenapa uncle tanya?"

"Sebab you look unsual. I dengar banyak story about your class from other lecturer. Baru first day uncle dekat sini, famous betul you."

"Ohh, so uncle dah dengarlah cerita pasal kelas Rien? Meh, I'm okay. Dah biasa. Hampir satu tahun setengah I hadap dia orang."

"Well, you tak pernah lapor dekat fakulti ke?"

"Dah. Tapi fakulti mintak kami selesaikan masalah sendiri. Selagi tak ada nyawa yang hilang, kami tak akan dikenakan apa-apa tindakan."

"What a weird system." Aidan mengelengkan kepalanya.

"Uncle, minggu ni you just hantar I pergi rumah sewa and ambik I dekat sana tau. I ada banyak benda nak kena buat." Eizriena masih lagi gugup dan risau akan reaksi Aidan setelah dia mendengar perkara itu.

"Okay. Since kita ada dekat tempat yang sama everyday, I should never worry about you." Jawapan Aidan memberikan sinar kepada hidup Eizriena.

Yes! Boleh pergi kelab lepas balik cuti. Tak sabar betul nak main guitar.

----

Hari yang dijanjikan telah tiba. Eizriena tiba di lapangan terbang antarabangsa dengan dress putih bersama cermin mata hitam dan rambut yang dilepaskan. Dia berjalan berpimpinan tangan dengan Rayyan.

"Selamat pagi Tuan dan Puan. Nak kemana?" Soal pramugari di kaunter tiket.

"Selamat pagi. Kami nak ke Bangkok." Rayyan kelihatan sangat teruja.

"Baik, 4 hari ye. Nak pergi honeymoon ye?" Soalan itu sedikit mengejutkan namun Rayyan dengan mudah membalas.

"Betul. Honeymoon yang ketiga." Rayyan mencium lembut tangan Eizriena yang tersenyum manis.

"Wah, romantiknya encik ni. Ini dia Encik Rayyan dan Puan Eizriena, tiket dan passport. Penerbangan ke Bangkok untuk dua orang, first class. Berlepas di gate 3, satu jam setengah daripada sekarang. Terima kasih menggunakan khidmat kami. Selamat berbulan madu." Pramugari itu kedengaran sungguh teruja.

"Terima kasih." Rayyan mengambil semua itu dan diserahkan kepada Kim yang berada disebelahnya.

"Thank you." Eizriena memeluk tangan Rayyan.

"Thank to you too. Kalau you tak ada, burn lah tiket konsert Jujugan." Rayyan berseloroh.

"Ceh. You tahu je cara nak pancing I kan." Eizriena memeluk kuat lengan Rayyan.

"Ouch, gosh sayang, grip you makin hari makin kuat. You buat I makin sayang dekat you." Rayyan kedengaran sungguh romantik.

"I tak approve you lagi. Sampai I sendiri cakap yang I suka dekat you, you kena berusaha Rayyan." Eizriena masih bermain tarik tali.

"Baik sayang. I akan kejar you, sampai ke penghujung dunia. I akan kejar you sorang sahaja." Ayat Rayyan sedikit menyentuh perasaan Eizriena.

"Buy me coffee."

"Hazelnut latte, caramel drizzle, upside down, extra cold foam on top." Rayyan bahkan mengetahui secara presis bagaimana kopi Eizriena dihasilkan.

"Betul. Wah, sampai hafal ya."

"I hafal sebab I sayang you je. Kalau tak, I beli je double shot americano."

Eizriena hanya mampu tersenyum. Benarkah lelaki ini ikhlas dengannya? Eizriena masih ingin menguji sejauh mana lelaki ini sanggup pergi untuk menjadikan Eizriena miliknya.

----

Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya mereka sampai di Bangkok. Ini bukanlah kali pertama Rayyan dan Eizriena bercuti bersama. Kali pertama secara tidak sengaja. Kali kedua juga secara tidak sengaja. Rayyan tidak pernah bercerita tentang dirinya kepada Eizriena. Apa yang dia tahu, Rayyan merupakan anak orang kaya yang berkawan dengan Aidan dan Rayyan merupakan seorang lelaki yang agak posesif. Dia tidak pernah mempunyai teman wanita yang tetap. Itu sebabnya dia tergila-gilakan Eizriena. Eizriena merupakan satu-satunya wanita yang tidak pernah ingin menghabiskan duitnya. Eizriena tidak pernah meminta barang yang mahal. Dia cuma minta Rayyan ada dengannya saat dia memerlukan Rayyan. Sifat Eizriena membuatkan dia jatuh cinta dan obses terhadap wanita itu.

"Sayang, I nak sewa the whole resort tapi you tak kasi. Jadi I beli yang suite je. Tak apa ke?" Soal Rayyan.

"You dah kenapa? Jangan buang duit boleh. Sewa the whole resort buat apa, baik ada orang dengan kita. I lagi selesa." Eizriena mengetuk lembut kepala Rayyan.

"Ok sayang. I follow arahan you. Sayang, you rehat dulu dalam bilik, nanti petang sikit kita jalan-jalan."

"Ok."