webnovel

Bab 4

Dania yang sudah terjaga dari lena hanya memandang ke arah ayahnya yang masih tidur. Hazhirah pula yang baru keluar dari bilik mandi melihat anaknya yang sudah terjaga. "Good morning sayang mama. Come." kata Hazhirah lalu mendukung anaknya.

Dia memberikan botol susu kepada Dania lalu meletakkan anaknya di atas sofa berhadapan dengan televisyen. Hazhirah turut duduk sama. Fikirannya asyik teringatkan Amylia, adik iparnya. Entah apa yang terjadi pada wanita itu. Sudah beberapa bulan tiada khabar berita dari Amylia.

"Good morning sayang. " sapa Ryan mengejutkan isterinya dari lamunan. Hazhirah hanya tersenyum memandang suaminya. "Papa.. Oning." sapa Dania kepada ayahnya. Ryan duduk di sebelah anaknya. "What's wrong sayang? You seems having a problem?" tanya Ryan sambil memandang ke wajah isterinya.

"Nothing. I'm just... wondering about Amylia. You haven't told me news about her. She also doesn't message me nowdays." balas Hazhirah dengan riak wajah risau. "She..." Ryan menarik nafas yang dalam menyambung. "Amy and Qalish wanted to get divorced. I ada jumpa Qalish last week. I suruh dia berbincang dulu sebelum buat keputusan terburu-buru." terang Ryan panjang lebar.

Hazhirah hanya mengangguk perlahan. 'Takkan Qalish curang belakang Amy?." telah Hazhirah dalam hati. "Papa, I want... want that." kata Dania sambil menunjukkan ke arah buah-buahan yang ditunjukkan di dalam televisyen. Ryan ketawa. "Kejap lagi kita turun makan ya, sayang papa." kata Ryan dengan sisa ketawa.

Usai makan, mereka menuju ke kolam renang. Dania yang seronok mandi, menepuk-nepuk air. Hazhirah ketawa. Ryan yang datang dari belakang isterinya membawa 2 gelas jus oren. "Nah, sayang. "kata Ryan lalu menghulurkan jus tersebut kepada Hazhirah. "Thanks, b." jawab Hazhirah ringkas.

Telefon Hazhirah berdering. Hazhirah bangun meninggalkan Ryan bersama Dania. "Hello, assalamualaikum bonda. How are you?" tanya Hazhirah kepada pemanggil di talian. "Waalaikummusalam. Alhamdulillah, sihat. Happy anniversary. Sorry bonda lambat ucap. Bonda busy dengan Senorita's Beauty." balas Datin Bahiyah panjang lebar.

"Takpa, bonda. Bonda dah ucap pun cukup. Thank you, bonda." jawab Hazhirah. Tanpa dia sedar, pelayan yang datang dari belakang tergelincir dan dengan tidak sengaja menolak Hazhirah. Pelayan tersebut jatuh tersungkur sementara Hazhirah pula jatuh ke dalam kolam.

"Tolong! ada orang tenggelam!" jerit satu suara membuatkan Ryan menoleh ke belakang. "Sayang!" jerit Ryan lalu terjun ke dalam ke dalam kolam. Dia menarik isterinya ke tepi kolam. Ryan membuat CPR. Setelah 10 minit, Hazhirah sedar. Dia memuntahkan air klorin kolam tadi.

"Call doctor to come here, now." Arah Ryan kepada pekerja yang datang menolongnya. Pekerja itu mengangguk laju. Ryan berjalan ke hulu-hilir. "How's she doc?" tanya Ryan risau. "She's fine. I've give her injection. She'll be okay soon. But, for now she needs rest. She might vomit the clorine water out later on." kata doktor berbangsa cina berusia penghujung 50-an.

Setelah mengucapkan terima kasih dan mengiringi doktor tersebut keluar, Ryan memandikan Dania dan mendodoikan anaknya sehingga tertidur. Setelah itu, dia menukar pakaian Hazhirah yang masih basah. Hazhirah masih tidak sedarkan diri. Ryan duduk di sebelah isterinya. Setelah beberapa ketika, dia pun terlelap.

Hazhirah mengusap lembut rambut suaminya. Ryan terjaga. "Sayang,are you okay? How are you feeling?" soalan bertubi-tubi diajukan kepada Hazhirah. "I'm fine. I just..." belum sempat dia menyambung, dia muntah ke atas Ryan. Ryan yang terkejut dengan perbuatan isterinya hanya bergegas ke bilik air untuk mencuci muka dan bajunya. "Sorry b. I tak.." Hazhirah muntah lagi. Kali ini, habis seluar Ryan pula.

"Takpa, sayang. Wait. I'll change. " balas Ryan lembut. Dia segera bangun dan masuk ke bilik air. Setelah mandi dan menukar pakaian, dia keluar mendapatkan isterinya. Hazhirah yang cuba bangun untuk berdiri mendapat perhatian suaminya. "Aik, jangan bangun. Nak pergi mana? toilet?" tanya Ryan risau. Hazhirah menggeleng. "No, just nak tengok you. Sorry sebab I susahkan you." kata Hazhirah lemah.

Ryan menggeleng."You isteri I. Takda istilah menyusahkan. I love you. That's why I marry you in the first place." balas Ryan lalu menolak perlahan isterinya untuk bersandar semula. Dia menelefon room service dan menghantar baju mereka bertiga untuk dry cleaning.

Loceng bilik berbunyi. "Kejap eh. I pergi tengok. Rasanya it's our postmates." kata Ryan lalu bangun menuju ke arah pintu.

"Order untuk Ryan." kata pemuda di hadapannya. Ryan mengangkat muka untuk melihat lelaki itu. "Eh, Rafiq?" tanya Ryan kepada lelaki itu. "Kawan baik aku. Hang macam mana bro. Sihat?." tanya lelaki itu kembali sambil berjabat tangan dengan Ryan.

"Aku sihat je. Tak sangka jumpa kau kat sini. Family kau semua macam mana? Sihat?. " jawab Ryan. Rafiq tersenyum lalu menjawab. "Alhamdulillah semua sihat. Tapi aku ni dok pikiaq pasai hang. Lepaih ja hang balik dari London, tak jumpa langsung. Batang hidung pun tak nampak" balas Rafiq dengan senyuman di bibir.

Ryan mengangguk. "Aku busy sikit bro. Ya lah, bila dah jadi bapa ni banyak kerja." Rafiq memandang ke arah Dania yang sedang berlari mengelilingi bilik. "Tu anak hang?." tanya Rafiq lagi. Ryan mengangguk laju.

"Sebijik muka hang." kata Rafiq. Ryan hanya ketawa perlahan. "Bila kau kerja food delivery pula? Setahu aku kau kan kerja dengan ayah kau." jawab Ryan. Rafiq menunduk sebelum menjawab. "Abah aku meninggai 2 tahun sudah. Abang aku ambik alih business tu. Dia tak bagi aku kerja dengan dia. " jawab Rafiq perlahan.

"Takpa, kau pergi ke alamat ni. Nanti ada orang akan assist kau" kata Ryan sambil menghulurkan kad perniagaan kepada Rafiq. "Thank you bro." kata Rafiq sambil memeluk Ryan.

Usai Ryan menyuap makan untuk Hazhirah, dia duduk di atas sofa untuk berehat. Telefonnya berdetik. Mesej dari Amylia!.

"Along, acu perlukan bantuan along. Along call acu balik. It's important. Please."

Ryan mendail nombor adiknya. "Hello, Along. Along ada di mana?" tanya Amylia. "Hi. Along ada Penang. Kenapa? Ada apa-apa ke?." tanya Ryan dengan nada biasa. Kalau ikutkan hati, memang dia tak mahu melayan. Tapi terpaksa la. Dah nama pun adik.

Amylia mengeluh panjang di hujung talian sebelum menyambung. " Adik ada dengan bonda. Adik nak bagitahu Along yang abang tolong nasihatkan Qalish untuk jangan kacau adik buat masa ni."

"Masalah rumah tangga kau, kau settle sendiri. Along tak nak campur." balas Ryan lalu mematikan talian. 'Apa-apa ja la dia ni. Masalah rumah tangga dia nak aku masuk campur pula.' rungut Ryan dalam hati. Pintu bilik diketuk. Belum sempat Ryan membuka pintu, Hazhirah yang membukanya dahulu.

Pelayan yang tertolak Hazhirah tadi. "Sayang, you pergi masuk. I nak cakap dengan budak tak cukup akal ni." kata Ryan lembut. Belum sempat Hazhirah menjawab, Ryan menunjukkan isyarat supaya dia pergi dengan segera.

"Jadi, siapa upah kau?.Berapa dia upah kau untuk buat macam tu?." soal Ryan dengan riak wajah serius. Tiada jawapan dari pelayan itu. "Bila aku tanya, jawab. Jangan sampai aku buat something yang boleh buat kau menyesal all your life." kata Ryan lagi.

Masih tiada jawapan. Ryan sudah mengenggam penumbuknya. Dia menumbuk muka pelayan itu. Dia menarik kolar pelayan itu dan menampar pipi pelayan itu berkali-kali. "Jawab! Siapa upah kau bodoh?!" jerit Ryan. Memang tahap kesabarannya sudah nipis. Berkali-kali ditanya kalau tiada jawapan memang ini makannya.

Pelayan itu melipat tangannya."Baik.. baik.. Saya bagitau." Ryan tersenyum puas. Setelah itu, dia menyerahkan 5 keping duit kertas RM100 kepada pelayan itu. "Ambil ni, ubat muka kau yang bengkak. Aku akan cakap dengan bos kau yang kau tak sihat dan selagi aku kat sini, jangan cuba-cuba tunjuk muka kau kat aku. Faham?" kata Ryan mengugut.

Dua hari kemudian...

"Good morning, Tengku." sapa Azrina lembut. "Azrina, thank you for the beautiful suite." balas Ryan dengan senyuman. "Welcome, boss. By the way, tengku untuk jawatan manager tu dah ada orang apply. Dia tunggu boss di lobby." jelas Azrina panjang lebar. Ryan mengangguk.

"Before panggil dia masuk, please bring me coffee. I'm sleepy." kata Ryan lembut. Azrina hanya mengangguk perlahan sambil menunjukkan thumbs up kepada bosnya. Pintu diketuk. "Hi, saya..." belum sempat wanita itu menghabiskan ayatnya, dia terpaku melihat wajah di hadapannya. "Jannah?" jawab Ryan. Jannah terkedu sebentar sebelum beriak biasa. Ryan menunjukkan isyarat supaya Jannah duduk. "From your profile, I think you are quite suitable for this position." kata Ryan sambil membelek fail resume wanita di hadapannya.

Jannah tersenyum. Bangga la tu. "Saya graduate dari University of Oxford. Saya juga..." tak sempat dia menghabiskan kata-kata, Ryan memotong. "Enough. Don't need to blabber. Everything is written here." kata Ryan dengan nada serius. 'Orang cakap selalu nak potong. Kerek. Perangai hantu tak berubah.' telah Jannah dalam hati.

"You are hired. You can start tomorrow." jawab Ryan dengan nada malas. "Wait. What did you said sir?" tanya Jannah. "Are you deaf? atau pura-pura pekak?" kata Ryan dengan nada suara yang semakin meninggi. "Thank you so much sir." kata Jannah dengan suara separuh menjerit lalu memeluk Ryan. Setelah menyedari perbuatannya, Jannah cepat-cepat meleraikan pelukan.

Ryan berdehem sebelum keluar dari biliknya. Sebelum benda lain yang terjadi, lebih baik dia keluar. Dia bukannya jenis yang boleh tahan godaan. Satu pelukan pun dah cukup menggoda imannya. Ryan mendail nombor seseorang. "Assalamualaikum, Shah. Hazhirah dengan Dania dah ada di rumah bonda. Ryan tak habis kerja lagi ke? Nanti waktu lunch datang rumah bonda." kata Datin Bahiyah panjang lebar. "Shah akan datang nanti. Have you taken your meds? Where's ayahanda?" tanya Ryan. "He's playing golf. I've taken my meds as usual." balas Datin Bahiyah.

"See you soon bonda." kata Ryan pendek. Petang itu, usai menghabiskan kerjanya yang tertangguh selama 1 minggu dihabiskan. Kereta miliknya terus memecut laju ke perkarangan bunglow milik Tengku Darus. "Dania yang sudah menunggu di muka pintu berlari ke dalam dakapan ayahnya. Anak manjalah katakan!.

"Hi, b. How's your day?. " tanya Hazhirah lalu mengambil beg bimbit suaminya. Ryan mencium ubun-ubun isterinya sebelum menjawab. "Better when you're infront of me." Tengku Bhaiyah yang berada bersebelahan Hazhirah menghulurkan tangan kepada Ryan. Setelah menyalam tangan bondanya, mereka masuk ke dalam.

Belum sempat Ryan melangkah masuk, dia mendapat panggilan dari Rafiq. Dia berterima kasih kepada Ryan kerana menjadikan dia sebagai MD (Managing Director) di cawangan Darus & Sons Holding di Pulau Pinang. Ryan tersenyum gembira. Dia sememangnya percaya Rafiq boleh melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Usai habis bercakap telefon dengan Rafiq, Ryan mendapat panggilan dari Qalish. "Salam, bro. How are you?" tanya Ryan dengan nada gembira. "Bro.. me and Amy.. Can you just come over here? Please. Rayu Qalish. Riak wajah Ryan berubah. Dia berpesan kepada Hazhirah untuk makan dulu kerana dia perlu menghabiskan sesuatu kerja penting. 'Ya Allah, harap-haraplah tak ada apa-apa jadi.' telah Ryan dalam hati.