webnovel

Bab 5

Loceng rumah dibunyikan. Qalish membuka pintu. "You called?" tanya Ryan. "Come in, bro." pelawa Qalish. Setelah duduk di atas sofa, Amylia turun ke bawah membawa Amer. "Along, bila Along sampai?." sapa Amylia. "Baru je. So, what's up bro?" jawab Ryan lalu menoleh ke arah Qalish.

Qalish menarik nafas yang panjang sebelum berkata, "I'm sorry bro. I couldn't do this anymore." kata Qalish perlahan. Amylia memandang ke arah suaminya dengan pandangan tajam. Entah kenapa dia benci sangat kepada lelaki itu. "I don't understand." kata Ryan dengan riak wajah keliru.

"Let me tell you, Along. Adik tak nak hidup dengan dia lagi. He's useless." sampuk Amylia. "Shut up Amy. Who is useless, me or you?!" jerit Qalish. Dia sudah tidak tahan lagi. Amer yang terkejut melihat situasi tersebut menangis.Ryan mengangkat Amer ke pangkuannya. "Wait. Stop. What happened?"

Qalish berpaling ke arah Amylia dengan amarah yang teramat. "Go on. Tell your brother how much you hate me and what you want." kata Qalish. "Fine. Along, adik nak dia ceraikan adik. He is not Amer's father but Hafiz is. For your information , Along adik ada affair dengan Hafiz and I marry him just to give a father's name to my son." terang Amylia panjang lebar.

Ryan mengenggam penumbuknya. Dia masih lagi cuba bersabar. "What about you Qalish?" tanya Ryan dengan nada serius. " I have to let her go. She doesn't want me to touch her. Even kiss her at the forehead is a sin for her. You tell me. Being disobedient to your husband and having an affair at her husband back is what? Doesn't that makes me be dayus? Tell you what, the day I marry her, she didn't even looked at me with love. Instead the next day, she want to abort Amer. I'm sorry but I quit." terang Qalish pula.

"You are a loser man! You dayus. You did not deserve to be my husband. Hafiz is. Get out from my house you beggar!" jerit Amylia lalu menolak suaminya. Ryan menampar Amylia sehingga dia jatuh ke lantai. "Along tak pernah ajar Amy untuk kurang ajar dengan suami. Even bonda pun tak pernah kurang ajar dengan ayahanda. Kak long kau sendiri tak pernah tinggikan suara dekat Along. Kau siapa nak buat macam tu dekat orang yang jadi pak sanggup dan terima anak luar nikah kau ni?!" Kesabaran Ryan sudah tiada.

Amylia mengelap darah yang keluar dari mulutnya. "Kalau kau bagus sangat, panggil bapa kepada anak kau dan suruh dia bertanggungjawab. Kenapa kau kahwin juga dengan Qalish?! Dengar sini Tengku Amylia binti Tengku Darus. Mulai hari ini, kau bukan adik aku dan aku akan ambil Amer untuk tinggal dengan aku. Kau jangan berani pijak rumah aku atau ayahanda." kata Ryan lagi.

Qalish terkedu. " Bro, please don't do this because of me." kata Qalish merayu. "No. What I've heard is enough. I'm sorry for ruining your life Qalish. I leave the decision to you. I'm taking Amer." balas Ryan. Qalish mencium ubun-ubun anaknya buat kali terakhir. Amylia memegang kaki abangnya. "Please forgive me, Along. Amer is my son. Don't do this to me. Don't take him away from me." rayu Amylia.

Ryan tidak mengendahkan kata-kata adiknya. Dia terus berjalan menuju ke arah kereta. Amylia terus merayu dengan linangan air mata. Ryan menghidupkan enjin kereta dan terus hilang dari pandangan.

"Bonda rasa betul ke apa yang Shah buat ni?. " kata Ryan menanya pendapat ibunya. "Indeed. Kurang ajar. Bonda tak sangka perangai dia macam tu." balas Datin Bahiyah. Benci. Sudah banyak kali anak perempuannya itu membuat hal. Bukan kali pertama dia mengandung. Sudah 2 kali keguguran. Atau lebih tepat lagi, dia yang membuat keputusan untuk mengugurkan kandungan tanpa pengetahuan Tengku Darus dan Datin Bahiyah. Nasib pabila dia berkahwin dengan Qalish, Amer yang ada dalam kandungannya diselamatkan. Kalau tidak, habislah!

Hazhirah yang datang dari dapur membawa minuman untuk suami dan ibu mertuanya. Dia memberikan secawan kopi ais kepada suaminya lalu duduk di sebelah ibu mertuanya. "Bonda, bonda jangan susah hati. Nanti Hazhirah nasihatkan dia." kata Hazhirah menenangkan hati ibu mertuanya.

"Mana Amer?" tanya Ryan. "Upstairs, sleeping." jawab Hazhirah ringkas. Ryan menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan -lahan. Dia meraup wajahnya. Harap-harap perkara ini tidak sampai ke pengetahuan wartawan. Kalau tidak, mesti akan ada tajuk, 'TENGKU AMYLIA DAN SUAMI BERCERAI GARA-GARA ISTERI TIDAK SETIA'

"Baik, bos. Nanti saya akan aturkan meeting bos dengan Mr. Benamou through Google Meet." kata Azrina lalu meletakkan gangang telefon. "Ha, apa yang dia cakap dekat kau? Bini dia pengsan pula ke? Atau nenek dia mati?" tanya Khalil dari arah belakang. Dengan tali leher dan baju kemeja berwarna pink, nampak sangat macam baby shark dari lagu Baby Shark - Pinkfong.

Malas mahu masuk ke office. Bila masalah timbul, macam inilah. Kepala berserabut. "Sayang, jom pergi shopping jap. nak beli barang untuk Amer." ajak Ryan. Hazhirah mengangguk. Usai membeli-belah, mereka pulang ke rumah.

Ryan mendukung Dania yang terlena dan meletakkan dia di atas katil. Kemudian, dia turun ke bawah dan melihat Hazhirah yang membuat susu untuk Amer. Perlahan-lahan dia memeluk isterinya. "Sorry sebab susahkan you, sayang." kata Ryan perlahan.

Hazhirah hanya tersenyum. "Dia pun anak I juga. Takda istilah menyusahkan. Lagipun better dia duduk dengan kita sampai masalah Amy and Qalish settle. " Ryan mendukung Amer yang masih cuba bangun untuk berjalan. "Sorry sayang, malam ni Amer kena tidur rumah papa long. Bukan dengan mama." bisik Ryan perlahan.

"Malam ni, dia tidur dengan mama long, papa long dan kakak Dania. The more the merrier." sampuk Hazhirah dari arah dapur sambil membawa susu yang dibuatnya. Hazhirah mendukung Amer dan memberikan susu. Ryan mengeluarkan baju yang baru dibelinya tadi. Dia menuju ke dapur dan menuang air ke dalam besen. Setelah memastikan suhu yang sesuai, dia mengambil baby towel lalu menuju ke ruang tamu.

Hazhirah sudah bersedia dengan Amer yang tidak berpakaian. Usai mengelap badan Amer dan menidurkannya, Hazhirah duduk di sebelah suaminya yang duduk di balcony. Hazhirah mengusap lembut belakang suaminya. "Anything wrong, b?" Ryan menggeleng.

"Just thinking about Qalish. I'm his friend. I should not let him be the one to sacrifice for my careless sister." kata Ryan dengan nada kesal. "It's not your fault, b. It's their way of making decisions. You've done what you need to." Ryan berpaling dan mencium pipi isterinya. "Let's sleep. You have work tomorrow." ajak Hazhirah.

Keesokkan hari...

"Bos, saya rasa saya tak jadi nak berhenti la bos. Sebab... saya cuba apply kerja tapi gaji lebih rendah yang diorang offer dari gaji saya sekarang." kata Azrina. Ryan yang sedang membelek fail di hadapannya hanya menjawab. "Bagus. Tak perlu I nak kena ajar itu ini untuk my new secretary. You ada pun dah cukup bagus. As a matter of fact, I akan naikkan gaji you to RM3000."

Azrina tersenyum. Seronoklah tu kena puji. Tengku Ryan bukan jenis kaki puji. Tapi sekali kalau dia puji, orang yang ada boyfriend pun boleh minta putus. Tengku Darus masuk ke bilik Ryan. "Shah, I need to talk to you." kata Tengku Darus.

"Sure, ayahanda. Proceed." balas Ryan pendek. " Well, I heard you took Amer away from Amylia. Is it true that Amer is Hafiz's son?" tanya Tengku Darus dengan riak wajah menahan amarah. Ryan mengangguk.

"I've told you to take care of your sister! No, that bullshit had cause us so much problems. See this!" marah Tengku Darus lalu membaling surat khabar ke muka Ryan. Pabila dia membaca tajuk di muka hadapan, matanya terbeliak. 'Tengku Amylia berhubungan dengan anak musuh ayahnya.' "I want you to settle this thing. No matter what, ayahanda nak kamu pulihkan balik nama dan imej kita sebagai keturunan Tengku Noordin. " sambung Tengku Darus lalu keluar dari bilik Ryan.

Ryan melepaskan nafas perlahan-lahan. Dia cuba menahan geram. Khalil mengetuk pintu bilik Ryan. Khalil menyerahkan report bulanan kepada Ryan. "Tengku, ni report bulanan yang tengku minta semalam." Ryan mengambil fail tersebut dan menandatangani report tersebut.

Khalil keluar dari bilik Ryan dan terserempak dengan Jannah. "Hi, cik Jannah." sapa Khalil. Jannah hanya tersenyum dan bergegas ke tandas. ' Ni mesti kes nak melepas hajat.' telah Khalil dalam hati. Ryan masuk ke dalam bilik Jannah. "Jom, kita nak kena settle deal dengan Mr. Wartey."

Tanpa banyak bertanya, Jannah mengikuti belakang Ryan. Lantai yang licin membuatkan Jannah terjatuh. Habis deal paper bertaburan. Ryan berpaling ke belakang untuk menolong Jannah. Pabila dia menolong Jannah untuk bangun, mata mereka bertentangan. Ryan teringatkan kembali akan sesuatu.

8 tahun lalu...

Seorang wanita berjalan tergesa-gesa. Ryan membuka locker untuk mengambil buku buat mata pelajaran business yang akan bermula sebentar lagi. Wanita itu terlalu asyik memandang notanya sehinggakan dia terlanggar pintu locker dan terjatuh. Habis semua notanya berterbangan.

Ryan menghulurkan tangan untuk menolong wanita itu. Mata mereka bertentangan. Lama. "Are you okay sweetheart?." tanya Ryan lembut. Wanita tersebut memakai kembali cermin mata miliknya yang retak akibat perlanggaran tersebut sebelum membalas dengan anggukan.

Setelah wanita itu berlalu pergi, Rafiq dan Qalish yang datang dari belakang bersorak. "The aim has been found!. " kata mereka serentak lalu ketawa. Ryan tersenyum sinis.

"Who's she? She looks like a new generation of nerd. Einstein great grandchildren?. " tanya Ryan. " Can say that. They call her mustard girl. She loves eating mustard. Not to forget that she is well known by her attitude and great exam results. Flat bro." kata Qalish menjawab soalan Ryan. Loceng berbunyi. Masa untuk ke kelas.

Deringan telefon menyedarkan Ryan dari bayangan. Dia mengutip surat yang bertaburan dan menghulurkan kepada Jannah. Dia meminta diri sebelum menjawab telefon.

Usai berbincang, Ryan dan Jannah bersalaman dengan Mr. Wartey. Satu bayangan membuatkan Ryan terpaku. Darahnya mendidih tatkala melihat bayangan tersebut. Sudah dia agak tak perlu berbincang. Hanya perlu diberikan pengajaran.

Ryan berjalan menuju ke arah bayangan itu meninggalkan Jannah yang masih lagi sibuk dengan selfie stick di tangannya. "Hoi, Hafiz!. " jerit Ryan dari jauh. Seorang lelaki yang menunggu coffeenya di kaunter berpaling melihat Ryan. Riak wajahnya berubah.