webnovel

Bab 3

"I'll be right back." kata Ryan lalu meninggalkan isterinya dengan Syazrina yang masih lagi dalam keadaan keliru.

Ryan berjalan ke arah pelayan wanita itu. "Jannah?." panggil Ryan. Sebaik sahaja wanita itu berpaling menghadap Ryan, tangannya mengigil.

"Woah,easy there girl. I'm not trying to scare you. Give me this." Ryan mengambil dulang air dan meletakkannya di atas meja. Jannah memandang ke bawah. Takut bertentang mata dengan lelaki di hadapannya. "Hey, look at me." kata Ryan. Pandangan Jannah masih tertunduk.

"Hello, kau pekak ke apa?. Aku panggil kau kan?." Ryan memetik jari. Mula la dia naik angin. Perlahan-lahan pandangan diangkat. "Ya, maaf. Nanti la saya bayar. Saya tak ada duit lagi. Tolonglah encik." kata Jannah dengan melipat tangan tanda merayu.

Hazhirah yang datang dari arah belakang memegang bahu suaminya. "Everything's fine here b?." tanya Hazhirah. Jannah memandang ke arah Hazirah dengan mata yang berair. Hazhirah berbisik kepada suaminya. "Sayang, biarlah. Kesian kat dia. Jangan buli dia. Let her go for my sake. " Ryan hanya mengangguk tanda setuju.

"Fine, I'll let her go. But next time, I won't. " kata Ryan dengan pandangan tajam. "Terima kasih cik, encik. Saya minta maaf lagi sekali. Terima kasih banyak-banyak." kata Jannah kepada mereka berdua.

Sebelum mereka berdua berlalu pergi, Hazhirah membuat isyarat kepada suaminya. "What?." tanya Ryan keliru. "B, her watch. Give it back." Ryan membulatkan matanya. Dia mengeluarkan jam dari poketnya. "Nah, watch kau. Beli jam mahal boleh, bayar duit rosakkan kereta orang lain tak boleh." kata Ryan sambil mencebikkan bibir. Hazhirah menyiku suaminya.

"Jannah, sorry ya. Suami akak ni memang macam ni. But, he's soft hearted guy. " kata Hazhirah memandang ke arah Jannah. Jannah hanya mengangguk.

"You guys, come inside. Dinner is starting soon." jerit Syazrina dari jauh. "Come sayang." kata Ryan ringkas. Hazhirah melemparkan senyuman kepada Jannah sebelum berlalu pergi.

'Suami perangai teruk dari hantu. Isteri baik.' telah Jannah dalam hati. Dia meneruskan kerjanya seperti biasa. Nasib tak perlu bayar. Kalau tak habislah dia.

"Attention everyone. Along, Kak Midah, Shah, and Haz. Today, we're gonna be having dinner as well as celebrating my beautiful daughter, Rina and my future son-in-law, Wafiy for their engagement that is going to be on 21st of October, which all of you know my birthday. I want to invite all of you to be there. Thank you." kata Tengku Shariff panjang lebar.

Syazrina memandang ke arah Hazhirah dengan muka yang pucat. Faris dan Ryan berbisik sesuatu sehingga mereka ketawa. Syazrina memandang ke arah mereka dengan reaksi tidak puas hati.

Selesai makan malam, mereka meminta diri untuk pulang. Dania pun terlena dalam dakapan ayahnya. Ternganga mulut kecilnya. Comel sekali. Penat agaknya. Ryan membuka pintu supaya isterinya masuk ke dalam kereta. Usai meletakkan Dania dalam baby seat, Ryan masuk ke dalam kereta. Dia menekan butang di keretanya untuk reverse.

Jannah yang lalu di belakang keretanya hampir dilanggar. Nasib sempat brek. "Dia ni kan, memang meminta tau. 2 kali dah ni." kata Ryan dengan nada tidak puas hati. Hazhirah memegang dada suaminya tanda bersabar.

Hazhirah membuka tingkap kereta dan mengeluarkan kepalanya.

"Maaf ya, Jannah. Tak nampak Jannah kat belakang tadi." kata Hazhirah lembut. Jannah berjalan ke arah kereta Hazhirah. "Maaf, cik. Saya tak sengaja." Ryan hanya menjeling ke arah Jannah. Meluat!

Setelah sampai di rumah, Ryan naik ke atas dan meletakkan Dania di dalam katil bayi bersebelahan katilnya. Setelah itu, dia membuka kotnya dan tali lehernya lalu melemparkan ke atas katil. Hazhirah yang duduk di meja solekan membuka anting-antingnya sambil memikirkan sesuatu. Suaminya yang melihat perangai isterinya datang dari belakang dan mengusap bahu isterinya lembut. "Anything wrong?" tanya Ryan perlahan.

"I'm wondering why Amylia didn't come with Qalish. I think daddy ngah didn't invite them." balas Hazhirah. Ryan hanya mengeluh panjang dan mencium ubun-ubun isterinya. "Let's not think about them. You have to relax. Tomorrow, we have a long ride." Hazhirah mengerutkan dahinya. "Where?" tanya Hazhirah hairan.

Setahunya, tiada pula apa-apa rancangan. Kecuali...Anniversary perkahwinan mereka! Hazhirah menepuk dahi. 'Dah 5 tahun kau kahwin dengan dia Hazhirah, anniversary pun kau lupa.' Ryan ketawa perlahan. Memang sudah dia agak. Isterinya kadangkala pelupa orangnya. "Sorry, b.Unuttum." kata Hazhirah lalu memegang tangan suaminya. Ryan tersenyum lalu mula membacakan sajak untuk isterinya.

"Celis-i-halvetim varim habibim mah-I-tabanim, enisim mahremim varim guzeller sahi sultanim. (Penghuni kesunyianku, segalanya bagiku, cintaku, bulanku. Rakanku, privasiku, segalanya bagiku, shah di antara shahku yang menawan, sultan ku.)" Hazhirah mencium pipi suaminya. "I didn't know my husband love is like a poetry." kata Hazhirah sambil tersenyum.

Ryan mengusap lembut pipi isterinya. "Syair ni, dari muhhibi. Sultan Suleiman. Dia tulis untuk isterinya, Hurrem. I still remember this poet because my love to you is like his love to Hurrem." Ryan mencium ubun-ubun isterinya. "I nak mandi kejap. Nak fresh up." balas Hazhirah lalu bangun menuju ke bilik mandi. Gelang tangannya tersangkut pada butang baju suaminya.

"Oops. Macam mana nak tanggalkan pula ni?." keluh Hazhirah. "I ada idea." balas Ryan. Dia mendukung Hazhirah ke dalam dakapannya lalu menju ke bilik air bersama-sama. "Dah mula dah gatal dia." kata Hazhirah perlahan.

Azrina masuk ke dalam pejabat Ryan dan meletakkan fail ke atas meja lelaki itu. Kerusi kosong! Lelaki itu belum sampai lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Kemana agaknya lelaki itu pergi?.

Setelah itu, Azrina mengatur langkah ke coffee machine. Dia terlalu leka mengelamun sehinggakan Khalil yang berada di belakangnya sedari tadi tidak dipedulikan. "Puan Azrina oi, mengelamun lagi ke tu?." tegur Khalil. Azrina mencebikkan bibir sebelum menjawab. "Kau ni kacau la sotong. Aku baru nak buat assumption kenapa bos kita tak datang. Lewat dah ni." balas Azrina.

"Eh, apa pula sotong? Hensem apa aku. Walaupun gendut sikit. Yang kau pun satu. Hari ni kan anniversary 'mamat versi mat salleh tu'. Takkan dia tak bagitau kau kot." kata Khalil. Azrina menepuk dahi. Boleh pula dia lupa tentang hal tu. Selalunya, bosnya akan menyuruh dia menandakan tarikh anniversary nya di dalam kalendar.

"Ya tak ya juga. Aku lupa." kata Azrina sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Khalil hanya membulatkan matanya. Malas mahu melayan. Khalil bila tiada mood. Nak kata datang bulan, dia lelaki. Biarkan ajalah!Nanti kalau dia lapar, mesti Azrina juga dia cari.

Setelah meletakkan beg pakaian di dalam kereta, Ryan terus memandu menuju ke destinasi percutian mereka. Kali ini, perjalanan mereka agak jauh. Hazhirah yang duduk di tempat duduk penumpang terlena. Memang kalau dah penat, itulah dia. Si kecil Dania pun turut sama terlena dengan pacifier minnie mouse di mulutnya. Comel sekali. Nasib keretanya luas. Boleh letakkan tilam dan penghadang supaya anaknya tidak jatuh apabila dia break nanti.

Ini semua gara-gara dia terpengaruh dengan iklan barangan serba guna. Tapi, nasib berguna juga! Ryan memberhentikan kereta di R&R untuk berehat seketika. Hazhirah yang terjaga dari lena memegang tangan suaminya. "Where are we, b?" tanya Hazhirah sambil sebelah tangannya menggosok matanya.

"We're at R&R. I'm stopping by to buy some coffee and food. But before that, I nak check pampers Dania. Rasanya dah penuh. " balas Ryan. "It's fine, b. I akan tukarkan. You pergi beli coffee and food." kata Hazhirah. Ryan mengangguk. Setelah membeli makanan, mereka meneruskan perjalanan mereka.

Setelah sampai, mereka disambut mesra oleh pekerja di hotel. "Bilik encik 203. Encik boleh ikut dia na." kata lelaki tua yang berusia pertengahan 40-an. Dialek Pulau Pinang. Semestinya mereka ke sana. Ryan cukup suka akan pemandangan di Pulau Mutiara itu. Tambahan pula dengan makanan mereka yang terkenal. Nasi kandar. Usai masuk ke dalam bilik, Hazhirah terkedu. Sedulang makanan di atas katil dan belon yang dihias membuatkan mereka rasa sangat dialu-alukan. Hazhirah memandang ke arah suaminya yang melutut dan membuka kotak cincin.

"Sayang, although we have been married for 5 years, I never forget the day you sacrifice everything for me, the love you gave me all this while, your dedication and your willingness to give birth to Dania even though you know it would take your life. You honour me as a husband, father and lover. Now, I wanted to honour you as my wife, a mother and a..." Belum sempat Ryan menghabiskan kata-kata, Hazhirah menyambung ayat suaminya. "A love of your life which couldn't live without you even for a second." balas Hazhirah lalu mencium bibir suaminya.

Dania yang baru terjaga dari lena hanya menguap dan menampakkan giginya. Kemudian, dia kembali menyambung tidurnya. Kalau aksi tersebut dirakam dan diletakkan di laman sosial, mesti dapat banyak likes. Usai makan malam, Ryan dan Hazhirah berjalan di atas butiran pasir dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan derupan laut yang mengenai pantai.

"Thank you, b. For everything. I'm sure Dania have a lot of fun playing with them. Even worse, I think she will bully them." kata Hazhirah lalu ketawa. Mana tidaknya, dia biarkan anaknya bermain dengan pekerja hotel. Yang lagi mengejutkan, Dania bermain dengan mereka seolah-olah dia mengenali mereka sudah lama.

Ryan memeluk isterinya. "I should thank you more. Being at your place is not easy. I admit even as a man, I complain about certain things. But you, never complain anything just not to make me worried about you." Mereka berpelukan.

8 tahun yang lalu...

Seorang wanita berpakaian winter coat dan scarf berwarna biru tua berdiri di tepi London Bridge. Riak wajahnya menunjukkan dia dalam keadaan marah. Entah apa yang difikirkannya sehingga dia begitu marah. Ryan berlari ke arah wanita itu. Sempat lagi dia mengerling jam nya yang menunjukkan pukul 5.30. 'Shit, aku dah lambat. Confirm jap lagi kena bebel.!' telah Ryan dalam hati.

Ryan cuba mengambil nafas sebelum bercakap dengan wanita itu. Penat berlari. "Sorry, Haz. I overslept." Hazhirah memandang Ryan dengan pandangan tidak puas hati. "I've been waiting for you about 1 hour 30 minutes. Have you ever care to come a bit early?" balas Hazhirah lalu berjalan meninggalkan lelaki itu. Malas mahu mendengar alasan lelaki itu.

"Wait, Haz! Look I'm sorry. I overslept because..." Hazhirah berpaling memandang ke arah lelaki itu kembali. "Cause I've been practising something and I thought I have to do today!" jerit Ryan menyambung.

Hazhirah memandang dengan riak wajah keliru. Ryan menarik nafas yang dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Dia membuka kotnya dan dilemparkan ke tepi dan menarik T-shirt yang dipakainya sehingga menampakkan abs nya menampakkan tulisan. 'Will you be my wife?'. Hazhirah terkejut sehingga terbeliak matanya. Orang di sekeliling mereka terkejut. Sehinggakan ada yang hampir pengsan dan ada yang tersembur kopi yang diminum.

"You can tick which box you think suitable." kata Ryan lalu menghulurkan marker pen kepada Hazhirah. Hazhirah yang masih lagi dalam keadaan terkejut kaku. "Just say yes, he really love you!" jerit salah seorang yang berada di situ.

Setelah menanda, Hazhirah berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Orang ramai bertepuk tangan dan ada yang bersiul. Ryan melihat jawapan tersebut dan melompat keseronokkan. Ye lah, jawapan ditanda di kotak yang dia harapkan. Dia berlari memeluk Hazhirah. "Thank you." Bisiknya lalu menyarungkan cincin ke jari Hazhirah.