webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*-Pelajar Baru 2-*

Saga dan rakan-rakannya pulang dengan perasaan hampa. Mereka memaklumkan tentang kematian Fawwaz. Ramai pelajar turut bersedih. Apabila berita ini sampai ke telinga Safiy, dia terus mengamuk seperti orang tidak waras. Kemudian, guru-guru sahkan baju tersebut 100% milik Fawwaz. Safiy mula menyerang Saga dengan serangan paling gila sampai guru-guru tangkap Safiy dan humban dia dalam penjara untuk sementara waktu. Kisah itu berlarutan hingga dua bulan.

________________________________________

Dua bulan kemudian.....

Kelab C208 menjadi kelab ternama bila nama Safiy mula naik ke peringkat atas dalam PAAM. Safiy dan G-gong membuat uji bakat untuk memilih ahli baharu bagi menggantikan tempat kosong setelah insiden Fawwaz berlaku sekian lama. Guru-guru pergi ke tempat Fawwaz mati namun mereka hanya menjumpai tulang sahaja. Tulang itu menjadi bahan pengebumian. Jawatan Rusyaidi masih tetap dan pelajar yang ditangkap masih kekal dalam penjara sekolah.

Selepas beberapa hari, seorang guru memimpin seorang pelajar baru ke kelas Birunians. Pelajar itu ditempatkan ke tempat bekas Fawwaz.

"Baiklah para pelajar..kita ada murid baru nama dia Zyon.. layanlah dia dengan baik saya cuma tolong sebutkan nama dia sahaja. Belajarlah untuk terbaik.", guru itu beredar. Pakaian Zyon merupakan sut besi menutupi seluruh badannya.

Semua warga Birunians bergerak ke Zyon.

"Hai Zyon...aku Shazmir..", Shazmir nak bersalaman tetapi Zyon mempedulikan.

"Shazmir, jangan buat prank kau tu.."

".... kenapa kelas ni banyak kerusi kosong, mana pelajar lain?", tanya Zyon.

"Errr...tu.. mereka kena tangkap..", kata Irdina.

Zyon terus diam. Dia bangun dan keluar dari kelas.

"Wei, Zyon! Engkau nak pergi mana? Sekarang bukan masa rehatlah.", jerit Melisa. Zyon tidak memperdulikan lagi.

________________________________________

Zyon berjalan di sekitar sekolah dalam waktu belajar. Seorang pengawas ternampak Zyon dan hampiri dia untuk menghalau.

"Hei, engkau pelajar baru. Baru saja mendaftar sudah pandai ponteng kelas. Berhenti di situ dan masuk kelas semula!", tegas dia.

".....", Zyon tetap berjalan.

"Hoi, Aku cakap dengan kau!"

Pengawas itu keluarkan kuasa yang diberikan guru-guru iaitu rantai perak. Rantai itu mengikat badan Zyon. Langkah Zyon terhenti.

"Mana kau nak lari...ikut aku jumpa pengetua.."

"..KAU!!"

SPUSH!!, rantai itu berkecai. Zyon mengawal tangannya ke arah pengawas. Pengawas itu terkejut.

"Apa kau buat tu?!"

BASH!, Zyon menumbuk badan pengawas dengan perlahan.

KRAK!, kedengaran bunyi tulang patah. Pengawas itu tumbang atas tanah.

KRING!!!, bunyi loceng berbunyi. Para pelajar keluar rehat terkejut melihat pengawas tumbang itu. Zyon sudah hilang dari situ. Zyon sedang berjalan di koridor panjang. Datang seseorang ke sebelahnya.

"Hei ...engkau pelajar baru ka?"

".....kenapa?"

"Ouh takde apa-apa pun cuma ada satu kelab ni cuba buat pemilihan ahli terbaharu, Kelab C208. Kalau engkau nak ke sana....er...", kata-kata pelajar itu terhenti apabila melihat ke dalam topi perisai itu. Hanya kegelapan tanpa makhluk.

"Ouh satu lagi, aku Yunus, boleh panggil Y. Aku pergi dulu...", Yunus beredar. Zyon kemudian bergerak ke kelab tersebut.

Ramai pelajar berbaris. Zyon buat tak kisah dan berjalan melintasi barisan dan berhenti di hadapan sekali. Beberapa pelajar menahan dia.

"Hei, budak baru..kau beratur dekat belakang.."

"...."

"Berani kau membisu depan aku!", pelajar di belakang Zyon cuba untuk memukul helmet Zyon namun tangan pelajar itu ditahan olehnya dengan kuat.

KRAK!!, Zyon pusing tangan orang itu sampai patah tulang. Dia menjerit kesakitan. Pelajar lain menolong pelajar itu dan orang lain menjauhi Zyon. Beberapa pelajar yang tidak puas hati mengepung Zyon. Mereka keluarkan senjata dan kuasa masing-masing.

"Berani kau!! Kau pasti akan kalah dengan jumlah kami.."

"Jumlah tapi tiada kualiti..."

SRKK!!, orang itu mati ditikam dengan tangan sendiri dipegang oleh Zyon.

"Macam mana dia boleh ada dekat situ?"

"Kita serang saja dia!!"

Semua orang itu lari ke Zyon dan menembak dan juga baling kuasa masing-masing.

BOOM!, semua pelajar terpelanting terkena gelombang angin keluar daripada Zyon. Ramai tercedera. Setelah keadaan di situ jadi huru-hara, Zyon mengambil kesempatan masuk ke dalam bilik kelab. Safiy dan G-gong menjadi juri.

"Okey, apa kuasa kau budak...", tanya Safiy. Zyon keluarkan satu bola angin kecil dan lempar pada Safiy dan G-gong. Angin kecil bertiupan.

"Sudah...kuasa angin lagi. Kami tak nak terima sesiapa yang gunakan kuasa angin. Lain kali baca poster tu elok-elok...lancau Saga.", kata Safiy.

Namun, Zyon masih tidak bergerak.

"Seterusnya...cepat keluarlah lembab!"

"..."

"Hoi, Aku cakap dengan kau tak guna!"

Safiy cuba aktifkan kuasa dia namun satu pencil tercucuk pada tangannya. Darah mengalir keluar.

"Argh! Tangan aku!!"

"Safiy, apa jadi??", G-gong terkejut.

FWUHHHHHH!, satu taufan bertiup kencang dari Zyon. Safiy dan G-gong terpelanting melekat ke dinding belakang dan tak boleh keluar dari tekanan itu. Zyon mematahkan kerusi dan ukir jadi benda tajam. Dia berjalan ke G-gong dan Safiy dan mengugut mereka.

"Bagi aku masuk...kalau tak.."

Zyon halakan kayu pada mata G-gong. G-gong menggigil ketakutan dan langsung tidak dapat menahan.

"Okey! Okey..kami terima kau... tolonglah aku tak nak mati awal..."

Zyon campak kayu itu ke tepi sambil memetik jari. Taufan itu langsung hilang. G-gong dan Safiy bernafas terdesak. G-gong ambil segulung kertas.

"Ini surat masuk PAAM..kalau kau nak masuk, kau kena mula dari bawah sampai ke bahagian kami..petang ini datang semula, ada perjumpaan..", Zyon mengangguk dan beredar.

Safiy tak percaya melihat G-gong.

"Hoi...kenapa kau bagi dekat dia.."

"Hang nak aku mati awal ka?! Dah lah aku boleh rasa aura bunuh dari dia."

"Aku Kan ada...tapi kenapa dia tu kuat sangat?"

"Ntah lah, wei tangan kau masih berdarah..."

"Arghhhhh tangan aku ..."

"-_-"

_________________________________________

Zyon duduk menunggu di kerusi batu di sebelah gelanggang latihan. Ada dua orang pelajar sedang berlatih di situ, Polok dan Adam. Mereka berlawan. Adam baling boomerang besar ke Polok namun dia tangkap dan patahkan. Dia lari dengan gegaran kuat. Adam mereka bentuk bola angin dan duduk di atasnya. Dia mengambil dua boomerang lalu meluru ke arah Polok.

BUSH!, Adam ditumbuk dan terpelanting ke arah Zyon. Zyon berdiam diri melihat Adam bergolek jauh. Polok ternampak Zyon dan terus berminat.

"Weyh engkaulah budak baru tu."

"...."

"Jom sparring dengan aku, kalau aku kalah aku belanja engkau, kalau engkau kalah aku akan lenyekkan engkau macam dia."

Zyon bangun dan masuk ke dalam gelanggang. Zyon tarik keluar pedang dia dan bersedia untuk berlawan.

"Sedia, aku mulakan dulu.."

Polok berjalan dan kaki dia bersedia untuk tendang Zyon. Zyon mengelak. Apabila Polok lancarkan serangan dia lagi, dia mengelak.

"Hoi takut ke.."

"....."

"Berani kau membisu."

"...."

Polok gerakkan tangannya ke Zyon. Polok cuba lagi dan dapat menyentuh Zyon sedikit. Zyon terus pegang tangan Polok bersaiz besar itu.

"Kau cari nahas ya!!"

"Ya!"

Zyon angkat Polok ke udara dan hempas Polok ke bawah.

DUHM!, Polok rasa tulang belakang dia retak. Orang datang menonton perlawanan mereka. Mereka juga terkejut dan takut dengan kekuatan Zyon.

"Grhhh..berani kau!!"

"...."

DUSH!, Zyon menendang Polok terpelanting ke udara dan hilang. Kesemua pelajar menyorak.

"Pemenangnya... pelajar baru!!"

"Waa~ kami suka awak pe-" , Zyon lesap dari situ. Zyon kembali ke kelab dan keadaan di luar kelab agak lenggang akibat amukan Zyon. G-gong menjemput Zyon ke bilik belakang.

___________________________________________

Safiy buka satu lampu suluh dan buat muka seram.

"Awak...apa nama kau?"

"...Zyon....."

"Zyon, aku ada berita yang perlu disampaikan. Kau ada kuasa angin, kuasa yang aku benci kerana di sini ada seorang senior lancau ini dia mempunyai jawatan tertinggi di sekolah ini. Orang baru macam kau ni akan dibuli..lebih baik kau..errr..."

"Buat hebat...", sambung G-gong.

"Ya, betul tu. Dia juga handal menggunakan pedang besar tapi dia selalu menghormati pengetua di sekolah ini.."

"Jadi, aku perlu bunuh orang senior dan pengetua ini kah?", tanya Zyon.

"Tak, tu bukan maksud aku, walaupun kau kuat, kau tu tak sekuat pengetua tu. Tahun juga diadakan pertandingan PAAM (Pertandingan Antara Ahli Magis), surat kau dapat tu. Kau perlu menang dan naikkan nama kelab kita."

"Betul tu", sambung G-gong.

"Satu lagi, pengetua itu merupakan seorang pelajar cemerlang dalam menggunakan pelbagai magis yang dilihatnya kecuali dua kuasa mistik. Senior itu nama dia Saga dan..."

"Hoi, takde orang ke dekat sini?!", jerit Saga dari luar.

"Dia dah datang...Zyon kau tunggu sini...biar aku dengan G-gong settlekan.

Safiy dan G-gong keluar dari tirai. Saga juga membawa geng-geng dia dari kejadian kematian Fawwaz. G-gong bertukar menjadi manusia batu.

"Kau, apa kau nak Saga?!! Berani kau bawa mereka.", marah Safiy.

"Saja datang melepak..."

"Kaulah punca kematian Fawwaz, mengaku sajalah!"

"Hoi...mulut kau tu jaga sikit, dia tu mati kena makan, kau nak gaduh ka?! Ha!"

"Marilah!!", mata Safiy bercahaya. Muncul satu G.Blaster dan tembak Saga. Cula melindungi Saga dengan perisai besi.

BOOM, terjadi letupan kecil. Saga keluarkan pedang besar.

"Aku pancung kau budak!", Saga meluru ke Safiy. Safiy gunakan serangan biru lalu Saga terpelanting ke dinding. Rakan Saga menyerang Safiy dan serangan biru terhenti.

"Patrol, kau uruskan budak batu tu!"

"Baiklah, mari sini k-", G-gong melarikan diri. Patrol mengejar dia sampai hilang.

"Uh.. G-gong jangan tinggalkan aku."

"Tengok kawan kau tu pun lari tinggalkan kau, haha, cepat mulakan rancangan kita!"

Semua geng Saga mengepung Safiy. Safiy keluarkan dua Sans versi lain. Safiy duduk atas G.Blaster.

"Keluar banyak besi dari bawah Safiy, Sans satu mengikat besi dengan tali biru. Besi itu terlerai. Sans dua melukis dan mengikat Cula. Mereka sambung menyerang kumpulan Saga sampai mereka penat. Tanpa disedari kumpulan Safiy, Saga sudah di belakang mereka. Safiy menoleh.

"Selamat tinggal Sialan!!"

DUSH!, Saga sepak perut Safiy sampai dia jatuh. Semua Sans kembali. Saga lancarkan serangan terakhir kepada Safiy.

"Matilah!!"

BUSH! BRUUM!, Saga disepak ke kawasan meja dan bertaburan. Zyon bantu Safiy bangun. Mata Safiy semakin terang akibat kemarahan dia. Zyon tenangkan Safiy.

"Biar aku uruskan sampah ni....", kata Zyon.

"Sampah?! Kau memang nak mati ke budak bar-"

DUSH! SPSH!!, Saga disepak dan terkeluar dari tingkap. Badan dia penuh dengan luka. Rakan Saga terkejut.

"Saga!!", mereka keluar dari bilik kelab. Safiy kembali normal dan duduk. G-gong kembali.

"Weyh, kita ada masalah Safiy..."

Tiba-tiba, muncul sekumpulan bayang guru-guru. Mereka ditangkap.

******************************************

"Bagus Zyon...bagus.... teruskan misi kamu, biar mereka dapat rasa apa itu kekuatan sebenar dan tunjukkan pada mereka siapa kita ini sebenarnya...."

Suara itu hilang.