webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*-Pelepasan-*

Mereka bertiga diikat dengan rantai dalam bilik penjara. Di hadapan mereka ada satu kurungan penjara berisi Afiq, Sabil, Zarif dan Ezral. Mereka semua tidak sedarkan diri. Safiy terbangun. Dia merasakan dirinya terlalu lemah. Sebelahnya pula, G-gong tak sedarkan diri lagi namun Zyon hilang. Safiy cemas lalu ternampak Zyon sedang duduk di depan sambil sandar pada dinding. Safiy perhatikan rantai ikatan Zyon hancur.

"Zyon... tolong...."

"ZZZ.....ZZZ....", Zyon tidur.

"Kenapa dalam waktu macam ni kau boleh tidur?!!"

"Diam! Kau jerit lagi kami akan seksa kau!", kata seorang pengawal penjaga pintu kurungan itu. Pengawal itu sedikit pun tidak pandang ke belakang. Safiy cuba mengejut G-gong tapi air liur saja makin banyak. Tenaga Safiy makin hilang. Pandangan dia jadi kabur.

"Cis, aku perlu buat sesuatu!", kata hati Safiy.

Tiba-tiba, tenaga Safiy makin pulih. Rantai dia terbuka dan jatuh. Bunyi rantai jatuh itu mengambil perhatian pengawal. Dia berpaling ke belakang.

"Hoi, macam mana kau boleh terlepas! Musta-"

SRUK!!, pengawal itu ditikam Zyon selepas hancurkan kurungan mereka.

"Betul ke dia ni kuasa angin?", ragu hati Safiy. Kemudian, Zyon bebaskan G-gong.

WOOOOOoooo!, bunyi penggera kecemasan. Zyon mula berjalan ke tempat lain.

"Zyon.. tunggu. Tolong lepaskan mereka tu. Mereka kawan kita.."

".....", Zyon gerakkan tangannya. Keluar angin perlahan. Kurungan mereka jatuh dan rantai pecah. Zyon berjalan keluar dari koridor dan mula membunuh pengawal yang menghalang jalannya. Safiy berjalan ke arah mereka berempat.

"Bangun!!", mata Safiy menyala terang-benderang.

_______________________________________

Zyon berjalan keluar dari kawasan penjara. Ramai guru-guru dan para pengawas mengepung Zyon.

"Awak di sana, serah diri kalau nak hidup!"

Zyon ambil selangkah dan keluarkan pedang rapier. Dia berjalan perlahan-lahan.

"Berani kau!!", seorang guru hendak mengikat Zyon dengan rantai penyedut tenaga.

STISH!!, rantai itu dipotong dan pecah. Guru-guru terkejut.

"Mustahil!"

"Hapuskan dia!!", semua orang di situ menyerbu Zyon.

FWUUHH!!, ribut taufan terus-menerus menolak mereka supaya tidak dekati Zyon. Selepas itu, jatuh satu kunai dan Ezral dalam kyuubi mode.

"Maaf aku lambat sikit...", kata Ezral sambil berpaling ke arah Zyon.

"....."

"Tunggu, siapa kau?"

DUP!, Ezral ditolak ke tepi dan Zyon berjalan. Ezral terasa dicabar. Semua orang kembali serbu.

"Hei orang baru, kau tak kenal siapa aku..., sekarang!"

"..."

Muncul Hulk(Afiq), Hulk-Buster(Sabil) dan Zarif diikuti Safiy dalam bentuk lain juga G-gong diamond. Mereka berlawan dengan guru dan pelajar namun Zyon hanya memandang.

"Ok, mana Rusyaidi?! Aku nak belasah dia!", Ezral buat penumbuk tangan.

Selepas jeritan Ezral, satu pelindung kubah menutupi Ezral dan lain-lain kecuali Zyon. Mereka cuba memecahkannya namun tidak berdaya. Zyon perhatikan sahaja.

"Hoi, janganlah tengok saja, tolonglah!!"

Zyon melihat Rusyaidi terbang di udara. Dia mahu menyerang Rusyaidi namun kata-katanya hentikan perbuatan Zyon.

"Hei kamu di sana, kalau kau serang aku, kawan-kawan kamu akan mati sebelum pedang kamu menikam aku...pilih untuk menyerah atau jadi pengkhianat?"

"Budak baru! Jangan dengar cakap dia! Dia cuba nak manipulasi kau sahaja!", jerit Ezral.

"Zyon, jangan!"

Zyon mengambil nafas panjang.

".... baiklah.....", Zyon jatuhkan pedang dia.

Rusyaidi hilangkan kubah dia.

"Bagus..tapi dengan syarat... kalau kau kalah dalam PAAM, budak...kau dan mereka mati dalam tangan aku...kamu semua baliklah...kita tengok saja nanti..."

"Baik pengetua..."

Rusyaidi dan lain-lain balik. Ezral lari dan menahan Zyon.

"Apa kau dah buat budak baru, kau memang cari nahas!!"

"..."

"Jangan sombong terhadap aku!!"

Ezral cuba memukul Zyon namun Zyon hilang seperti angin.

"Cis!"

_________________________________________

Di bilik, Safiy dan G-gong diikat rantai dan tak boleh pergi ke mana-mana, seperti ditahan. Zyon melihat katil lama Fawwaz.

"Kau duduk je atas katil tu, pelajar tu dah tiada disebabkan Saga!! Sebab mereka!!", marah Safiy.

"Weyh Safiy! Diamlah bodo aku nak tido!!"

"WAKTU SUSAH MACAM NI PUN KAU NAK TIDO!!!"

"BIARLAH BODO!"

".....", Zyon rehat atas katil.

"Zyon...boleh tak kau buka helmet kau, kami nak...."

"ZZZ.... ZZZ..."

"Hampeh!"

Di bilik Saga pula, Patrol sedang menolong Saga membalut luka yang teruk.

"Argh! Eloklah sikit!"

"Ha...tulah...aku dah cakap jangan cari gaduh..."

"BIARLAH! Tadi kau lari pergi mana??"

"Aku kejar budak batu tulah..."

"Jangan nak tipu Patrol..."

"Lepas aku kejar tak dapat, aku pergi minum...fuh...sedap.."

"KENAPA KAU BUAT MACAM TU?!"

"Sebab aku dah bosan dengan cara kau, tak boleh ke kita berh-"

DUM!, Patrol ditolak ke dinding sambil dicekik.

"Kau nak ayah aku bunuh kau ke!! Aku dah bagi kau perlindungan yang saksama daripada kita sekolah bawah sampai sekarang lepas tu kau senang-senang ja nak keluar! Jangan harap! Aku ada rancangan baru yang kau perlu ikut...kalau tak, cuba teka?"

"...Saga ...euk! Kau..."

"Memang nak mati kau ni! Nampak tak pedang besar tu...siap kau! Pergi rehat...", Saga berjalan ke tingkap dan memandang suasana di luar. Patrol mengambil nafasnya semula.

"Baik boss..."

Selepas Patrol keluar mengambil angin, Saga yang keletihan tidur. Ada aura pelik muncul disekitarnya ketika dia masuk tidur.

****************************************

Saga berjalan di dalam sebuah bandar yang musnah. Tiba-tiba dia terkejut, dia ternampak dirinya sendiri dicekik oleh...

"Tak mungkin!! Ini tak mungkin berlaku!! Argh....haha..hahahahha!!", Saga ketawa penuh kegilaan.