webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*-Kematian-*

"Tuan Pengetua..macam mana kita nak tangani masalah ini..."

"Tuan kita perlu bunuh dia...dia tak ada kuasa dan tidak berguna..."

"Tuan...kita mesti-"

"Sudah!!", Rusyaidi jerit sampai keluar gelombang kuat. Semua guru senyap.

Rusyaidi berdiri dan berjalan di sekeliling sambil berfikir.

"Saya mencadangkan dia diberi peluang kedua dan biar Saga uruskan hal ini..esok mereka akan mulakan operasi, ada sesiapa nak membantah?"

"....."

"Baiklah mari bersurai..."

_______________________________________

Fawwaz masih tidur di atas katil. Safiy dan G-gong datang melawat.

"Dia tidur lagi..."

"Jadi..."

"Mari kita jalankan projek..hehehe", ketawa G-gong.

G-gong pergi ke sebelah Fawwaz.

Pruuuuuuwt..., bunyi kentut.

"Weh... busuklah...", kata Safiy.

"Heh, padan muka..", Fawwaz masih tidak sedar.

"Aik, dia tak bangun lagi?", tanya G-gong.

"Biar aku periksa jiwa dia..", Safiy memegang dada Fawwaz lalu terkejut.

*****************************************

Fawwaz berjalan di dalam taman dan duduk di atas bangku di bawah pokok redup. Kebetulan di sebelah dia ada satu kontrak. Fawwaz pegang kontrak itu dan benda itu hilang jadi abu. Dia memandang sekeliling dan terus berada di sekolah musnah.

"Takkanlah mimpi ni lagi, HENTIKAN !!"

Tiba-tiba, Safiy berada di hadapannya.

"Safiy...."

"Fawwaz, dah tak banyak masa dah, aku nak kau..Urkh!!"

Safiy ditikam belakang dengan pedang besar Saga. Safiy berlumuran darah tumbang ke tanah. Makhluk itu berjalan ke arah Fawwaz.

"Apa kau nak?!"

"....."

"Kenapa kau tak jawab?!! JAWABLAH!!"

"....."

"Hei!!", makhluk itu hilang. Fawwaz terasa sesuatu berdiri di belakang dia. Fawwaz cepat-cepat berpusing untuk menyerang dengan penumbuk namun makhluk itu menahan lalu memusingkan tangan Fawwaz. Dia tarik sampai kulit tercabut.

"Arkhh!!", Fawwaz tumbang sambil memegang tangannya. Makhluk itu mengambil pedang Saga lalu...

*****************************************

Safiy jatuh sambil berpeluh-peluh. Dia segera menjauhkan diri dari katil.

"Safiy? Apa yang berlaku?!!", Safiy tak menjawab persoalan dan terus lari keluar.

"Hoi!", G-gong mengekori Safiy.

________________________________________

"Saga, Jono pun tak lepas...macam mana ni?"

"Ahh sial betul! Bila dia dah sedar, kita teruskan dengan operasi kita.."

Saga dan Patrol berjalan keluar dari klinik. Adam dan Shazmir datang singgah. Kelihatan beberapa orang doktor memeriksa badan Fawwaz baru sedar.

"Dia dah sedar...", kata Adam

"Jom kita jumpa dia..."

Mereka berdua memasuki bilik. Mereka ambil kerusi dan duduk.

"Hai Fawwaz...", kata Adam.

"Hai..."

"Kau okey tak lagi?"

"Ok...apa dah jadi dekat Ezral, Zarif, Sabil dengan Afiq?"

"Err tentang tu.."

"Kami tangkap dia. Berani lagi lawan dengan aku...", Rusyaidi datang singgah juga.

"Rusyaidi, kenapa perangai kau berubah? Ini bukan kau..", tanya Adam.

"Hahahaha jangan menyibuk lah.. masih berani nak menentang aku..", Rusyaidi melangkah keluar.

"Esok kau patut bersedia, Fawwaz..", Rusyaidi keluar.

"Semakin pelik dia punya perangai, semakin benci kami terhadap dia.. apabila berlaku kes macam ni, dia jadi gila..", kata Shazmir.

"Ok Fawwaz, kami perlu balik dulu.."

Shazmir dan Adam keluar dari bilik itu. Fawwaz kembali baring kan badannya.

"Haih, pelik betul perangai Rusyaidi ni, selalunya dia bersikap sejuk dan diamkan diri..apa yang buat dia sampai macam ni.."

_______________________________________

Pada keesokan harinya, di bilik C208, Fawwaz sedang siapkan barang dia.

"Fawwaz, hati-hati dengan Saga tu.."

"Aku tahulah..."

"Tangan kau tu dah baik ke belum?"

"Haih..belumlah. Kau tak nampak ke tengah balut ni.."

Safiy buat muka. Fawwaz balas balik dengan muka -_-.

"Okey, aku nak pergi kelas...jaga diri Fawwaz."

TING!, Safiy teleport. Fawwaz berlari pergi ke pintu pagar tempat dia dengan kumpulan C208 pernah lalu. Kelihatan Saga bersama empat orang rakannya. Bilangan mereka termasuk Fawwaz menjadi enam.

"Haih.. lambatnya kau budak.."

"Maaf, ada hal tadi..", kata Fawwaz.

"Hahahaha..bodoh betul budak ni..."

"Bawa barang ni...", Saga dengan geng dia berjalan tinggalkan satu beg.

"Cis!", Fawwaz pun menjinjing beg itu.

Fawwaz mengikut mereka dari belakang. Selepas beberapa jam, mereka berhenti untuk berehat. Fawwaz disuruh untuk menyediakan makanan tapi dia terlalu lembab.

"Hoi budak... cepatlah! Aku lapar ni!!"

"....."

"Hoi! Kau pekak ke hah?!!", marah salah satu rakan Saga.

"Ambillah! Nak sangat!!"

PSSST~~, kaki orang itu terkena air panas. Dia terus baran. Dia keluarkan kuasa ais. Patrol terus halang tindakan rakannya.

"Sabar... jangan buat macam ni..."

"Betul cakap Patrol... sabar..", sambung Saga

"Uhhhh..ok...nanti kau budak"

Fawwaz selesai menyediakan hidangan. Dia berikan setiap seorang untuk mereka. Apabila Fawwaz hendak makan, makanan dia sudah dicampurkan dengan tanah.

"Hei.. siapa buat ni..."

"Hoi budak..kalau kau tak nak makan..aku pukul kau..", kata rakan Saga lainnya.

"Haih...", Fawwaz pun terpaksa makan kerana terlalu lapar.

Keesokan harinya lagi, Saga dan rakannya berhenti bergerak. Mereka segera letak barang masing-masing. Fawwaz pun mengikuti mereka. Saga memanggil Fawwaz dan mendakapnya.

"Hei budak..kau nampak tak raksasa tangan empat tu.. raksasa tu boleh kembalikan ingatan kuasa kau kalau kau bunuh dia..."

"Betul ke?"

"Ya betul..mari kita pergi dapatkan kuasa kau..."

Raksasa bertangan empat itu mempunyai nama spesis. Nama raksasa itu ialah Rayze. Mereka berenam berlari ke hadapan R.Rayze.(R-Raksasa). Dia berasa geram kerana ketenteraman diganggu.

"Ambik ni..tombak ais!", kawan Saga baling tombak ais mengelilingi R.Rayze. Patrol menyalakan api di sekeliling tombak ais itu. R.Rayze rasa takut. Saga gunakan angin untuk memerangkap dan melemaskan R.Rayze.

"Sekarang!!", Saga jerit pada Fawwaz. Fawwaz berlari ke arah R.Rayze.

KRAK! PISH!, kesemua kuasa itu hilang dan mengenai mereka. Fawwaz cedera ringan. R.Rayze bersalin kulit. Kulit dia padamkan api tersebut.

"Rakan-rakan, gunakan formasi kita!", jerit Saga.

"Mari!"

Kesemua geng Saga bergerak ke R.Rayze dan membuat formasi bentuk lima segi. Setiap penjuru akan serang secara bergilir-gilir supaya R.Rayze akan pening. Saga lompat tinggi dan junamkan pedang ke dalam tanah. Angin kuat dari atas menghentam R.Rayze ke tanah. Fawwaz berlari dan lompat ke atas kepala R.Rayze.

SRUK!!, R.Rayze mati ditikam atas kepala. Mereka semua berehat di pokok. Fawwaz sandar sambil berdiri pada pokok sambil keluarkan kuasa namun...

"Kenapa aku tak boleh ke-"

SRUK!!!, satu tombak ais menikam kaki Fawwaz sampai dia terjatuh atas tanah. Banyak darah keluar dari kaki.

"Argh!!! Apa korang buat ni??"

"Perjanjian tetap perjanjian...kau tak dapat kuasa kau mati.."

"Tidak..."

Fawwaz cuba merangkak ke tempat lain. Rakan-rakan Saga ketawakan Fawwaz. Saga pijak tangan Fawwaz. Saga angkat pedang dia.

"Tolonglah..aku sanggup buat apa-apa saja..*sob*..", Fawwaz mula keluarkan air mata.

SRKK!!, tangan Fawwaz dipotong. Fawwaz meronta-ronta dengan darah terpercik keluar. Kemudian, kesemua rakan Saga menikam senjata mereka pada badan Fawwaz. Darah keluar terlalu banyak buatkan Fawwaz makin nazak.

"Tolo.... .. .", Fawwaz melepaskan nafas terakhir. Saga dan rakan-rakan menyorak kegembiraan kecuali Patrol. Dia cuma berlakon.

"Baiklah..kita akan koyak baju dia dan sapu darah dia. Barulah mereka percaya yang dia ni mati kena makan dengan R.Rayze.."

"Bagus..itu bagus Saga. Kita buat muka sedih lagi macam dulu..hahahaha..."

_________________________________________

Safiy pergi ke arah G-gong yang sedang makan di Cafeteria.

"Weyh G-gong..nanti Fawwaz balik kita ajak dia pergi bandar, dah lama aku tak singgah bandar tu.."

"Aku okey ja..."

[NOTIS: JANGAN BUAT PERKARA DI ATAS DI DUNIA NYATA]

-Tamat-