webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*-Ditangkap-*

Tiba-tiba, lubang itu ditutup dengan dinding magis. Muncul Rusyaidi di muka pintu, dia berada di tengah antara Hulk-Buster (Sabil) dan Hulk (Afiq).

"Tiada sesiapa pun boleh sentuh ruangan itu.."

"Kenapa pula?"

"Itu ialah satu peraturan yang kurang tak boleh lawan..kalau kau lawan itu adalah terpulang kepada nasib bakal menimpa terhadap kamu.."

"Rusyaidi, kita perlu rawat Fawwaz.."

"Tak boleh...orang yang takde kuasa patut dibunuh sahaja...", Rusyaidi berlari ke tempat Fawwaz. Zarif terus lindungi Fawwaz dengan akar pokok. Akar itu menutup tempat Fawwaz. Langkah Rusyaidi berhenti.

"Kalau korang masuk campur, korang akan dihukum!"

"Cubalah...kami ada Ezral dengan Afiq, kau seorang saja..", kata Sabil sambil peluk tubuh.

"Jadi korang betul-betul nak lawan ak-"

DUSH!! BRUUM!!, Rusyaidi ditendang oleh Afiq sampai terkeluar daripada tanah dan masuk ke dalam hutan sebelah sekolah. Sabil terbang ke udara lalu keluar banyak peluru berpandu target Rusyaidi.

BOM! BOOM!!, Rusyaidi melindungi serangan itu dengan perisai magis. Rusyaidi bertukar dan terpaksa menjadi pahlawan magis seperti Elfwend.

Banyak pokok tumbang akibat larian Hulk. Hulk berada di depan Rusyaidi. Dia cuba hentak Rusyaidi namun perisai itu masih kukuh. Rusyaidi hentak tongkat itu ke tanah dan keluar satu gelombang kuat. Hulk terpelanting mengenai Sabil dan jatuh.

Tiba-tiba, muncul Kurama dibentuk oleh Ezral. Akar dan dahan pokok bercantum dengan Kurama. Satu bilah pedang dibentuk. Ezral duduk di atas Kurama yang dilindungi dahan pokok.

"Rusyaidi, hentikan semua ni.."

"... bunuh Fawwaz depan aku dulu .."

"Rusyaidi, dia kawan kita...jangan ikut peraturan yang karut tu!!'

"...."

VUUUHH, angin bertiup kencang. Rusyaidi naik ke udara dan keluar dua sayap di belakangnya.

"Masa untuk tamatkan semu-"

BOOM!!, tailed-beast bom mengenai Rusyaidi. Rusyaidi terpelanting ke tanah dan pokok sekelilingnya tumbang.

"Cis, berani kau!", marah Rusyaidi.

"Tulah, menunjuk sangat..."

"Rasakan kuasa terkuat aku!!'

Rusyaidi terbang ke udara. Dia mengangkat tongkatnya ke atas. Keluar banyak bola api di belakangnya. Kesemua bola api meluru ke perisai Kurama. Kurama meronta-ronta. Ezral membuat jutsu lalu semua perisai dahan terlerai.

"Aku perlu gunakan serangan ini!!", Ezral keluarkan Susanoo lalu meliputi Kurama. Kurama baling 4 Shuriken kepada Rusyaidi. Rusyaidi berjaya mengelak tiga namun satu lagi menghampiri kepala Rusyaidi. Rusyaidi menoleh dan...

BAM!!, satu berlambung ke tanah dan hampir mengenai Sabil dan Afiq. Rupa-rupanya, Saga dan Patrol datang tolong.

"Cikgu jangan risau. Kami dah minta bantuan!!", jerit Patrol.

"Bantuan? Bantuan macam mana tu?"

BOOM!, Patrol dan Saga mengenai bom Kurama. Mereka berdua cedera ringan. Kurama mengangkat kaki untuk memijak Saga dan Patrol namun ditolak angin puting beliung.

"Jangan cederakan murid aku!"

"Aku tak peduli! Aku nak kau mengalah!", jerit Ezral.

"Oh..kau dah berani ya .."

Kurama keluarkan Rasengan bercampur dengan api Pheonix Susanoo.

"Ambik ni!!"

"Yarghh!!"

BOOOOM!!!, letupan besar berlaku. Kawasan hutan seluas empat padang sekolah musnah. Kuasa Ezral hilang. Rusyaidi cuba mencari Ezral.

Tiba-tiba, ada satu kunai dilontar ke atas dan berada betul-betul depan Rusyaidi.

"Hmm...tak kena pun.."

"Chidori!!", Ezral bertukar tempat dengan kunai tersebut. Rusyaidi lindungi diri dengan sayap namun serangan Ezral lebih kuat dari itu. Kepala Ezral maju ke hadapan. Mata Ezral betul-betul mengenai mata Rusyaidi.

"Rinnegan."

Tenaga Rusyaidi hilang lalu jatuh ke tanah. Ezral pergi ke arah Rusyaidi dan pijak dadanya.

"Kau dah kalah Rusyaidi..."

"....be....lum...la...gi...."

"Apa? Aku tak deng-"

Selepas itu, keseluruh badan Ezral dirantai. Para guru tiba. Rantai itu menyerap tenaganya. Ezral pengsan. Afiq, Sabil dan Zarif ditangkap. Fawwaz dibawa untuk merawat.