webnovel

Tuk Guru Lu diserang oleh Guan Tiang

Buat masa ini,Lu Xiang Lin tidak mahu memikirkan apa-apa. Dia hanya mahu menikmati makanan yang sedap-sedap memandangkan dia memang suka makan.Tiba-tiba perut dia berbunyi.Dia pegang perutnya.

"Abang Su....saya laparlah.Kita makan dulu boleh?"

"Kamu ni....suka sangat makan"

Lu Xiang Lin buat muka kesian.

"Yelah...Yelah.Kita pergi kedai makan dulu"

Lu Xiang tersengih kemudian dia peluk Su Liang.

"Terima kasih Abang Su"

Su Liang senyum sambil menggosok kepala Lu Xiang Lin.

Mereka beriringan masuk ke sebuah kedai makan.Selesai memesan makanan,mereka mula berbual.

"Abang Su.Dekat sini apa yang menarik?"

"Dekat sini macam-macam menarik.Antaranya,sutera mereka.Kain sutera mereka berkualiti tinggi.Di sini juga terkenal dengan ziter"

"Wah.....tapi,saya tak suka main ziterlah"

"Abang tau.Awak suka sangat main seruling kan"

Lu Xiang Lin tersengih.Sejurus selepas mereka habis makan,Su Liang meletakkan duit di atas meja kemudian mereka beredar.

**********

Mereka berjalan beriringan. Tiba-tiba Lu Xiang Lin terbau sesuatu.Dia berjalan mengikut bau tersebut.

"Xiang Lin...awak nak pergi mana?"

Lu Xiang Lin mengabaikan pertanyaan Su Liang.Dia terus mengikut bau itu.Dia berhenti betul-betul di hadapan gerai pau.Dia menarik-narik baju Su Liang.

"Abang Su....saya nak makan pau ni boleh?"

"Tapi,awakkan baru sahaja makan"

"Itu tadi.Ni sekarang"

"Samalah tu.Tak sampai sejam kita berjalan awak nak makan lagi"

"Tak sama.Bolehlah..."

"Nanti kalau makan banyak sangat mesti awak mengantuk"

"Takpelah kalau tak nak beli.Jom kita gerak"

Lu Xiang Lin membelakangi Su Liang dengan muka masamnya.

"Janganlah merajuk.Yelah...abang belikan.Makcik,saya nak pau ni dua ye"

"Tak nak dua...nak empat"

Su Liang menoleh memandang Lu Xiang Lin.

"Yelah....empat ye makcik"

"Aiyooo...kamu ni memang pasangan yang sesuai.Nanti bila dah ade anak pasti anak kamu comel"

Kata makcik tersebut sambil tangannya ligat memasukkan pau ke dalam bungkusan.

Su Liang hanya tersenyum manakala Lu Xiang Lin pula tidak beri apa-apa reaksi.Baginya,makcik itu hanya bergurau sahaja.Tidak bagi Su Liang,dia anggap yang Kata-kata makcik tersebut sebagai pembakar semangatnya untuk memikat hati Lu Xiang Lin.

"Nah...pau kamu"

Makcik tersebut menghulur sebungkus beg kertas tersebut yang masih berwap.

Su Liang mengambil beg kertas tersebut daripada makcik itu.

"Terima kasih.Ini duitnya"

Mereka terus beredar sebaik sahaja mereka membayar makanan tersebut.

*********

Tuk Guru Lu ketika itu sedang menikmati teh.Tiba-tiba dia terdengar bunyi orang menyelinap rumah nya.Dia dah bersedia dengan pedangnya di sebelah.

Orang-orang tersebut masuk dan mengepung Tuk Guru Lu.Kelihatan seorang lelaki yang berusia melangkah masuk ke dalam rumah Tuk Guru Lu.Ia adalah Guan Tiang.Seorang pendekar yang tamakkan nama dan kuasa.

"Lama tak jumpa Lu Zhu Yao.Awak masih ingat lagi pertarungan kita yang lepas.Antara kita,hanya seorang sahaja yang boleh hidup"

*Awak masih ingat lagi?Patutnya sekarang ni awak berbudi untuk rakyat.Bukannya bertarung"

"Tak perlulah awak kisah pasal tu.Yang penting,hari ini,saya nak seleaikan semua nya"

Guan Tiang tidak lagi melengahkan masa.Dia terus serang Tuk Guru Lu.

Tuk Guru Lu mengambil pedang nya dengan pantas dan terus serang Guan Tiang.

Mereka bertarung hingga ke halaman rumah Tuk Guru Lu.

Guan Tiang laju menekan urat yang bersambung antara bahu dan lengan kiri Tuk Guru Li menggunakan dua jarinya.Manakala tangan kanan Tuk Guru Lu telah dikunci olehnya.

"Guan Tiang!Saya tak sangka yang awak guna cara keji untuk hapuskan saya!"

***************

Tiba-tiba seruling yang dihadiahkan oleh Tuk Guru Lu terjatuh.Lu Xiang Lin berasa tidak sedap hati.Dia berpaling memandang Su Liang.

"Abang Su.Boleh tak cepat sikit?Saya rasa tidak sedap hatilah.Saya risaukan atuk"

"Xiang Lin sabarlah ye.Kita dah nak sampai ni.Lagi 3 batu je"

Lu Xiang Lin angguk.Dia kelihatan gelisah.Dia mula memicit jarinya dengan menggunakan kukunya.

***********

"Saya tak kisahlah jika nak gunakan cara yang keji.Yang penting saya akan menang pertarungan ini.Tak lama lagi ajal awak akan sampai Lu Zhu Yao.Ade apa-apa pesanan untuk cucu kesayangan awak?Sebab saya yakin yang cucu awak hanya sempat lihat mayat awak sahaja"

"Saya cuma berharap yang dia akan hidup bahagia.Dan,saya taknak awak ganggu cucu dan anak murid saya lagi.

" Awak dah beritahu hasrat terakhir awak kan?Jadi,bersedialah untuk ajal menjemput awak"

Qin Fing mengangkat pedang,bersedia untuk menikam Tuk Guru Lu.Sebelum sempat dia menikam Tuk Guru Lu,kedengaran satu suara yang sedang menjerit.

"Atukkk!!!!!!"

Lu Xiang Lin menjerit.Macam nak tercabut jantungnya bila melihat keadaan di hadapan nya.

Pergerakan Guan Tiang terhenti.Dia memandang tajam ke arah Lu Xiang lin.Kemudian dia tersenyum jahat.

"Bagus...bagus....boleh lah kau ucapkan hasrat terakhir kau"

Guan Tiang berdiri semula seperti biasa.

"Tapi, aku rasa macam sia-sialah.Alang-alang cucu kau dah datang, apa kata biar cucu kau temankan kau di sana"

"Kau...."

Tuk Guru Li rasa sangat marah sehingga dia tidak boleh berkata apa-apa.Bagaikan ada sesuatu yang meletup di dalam badannya.Dia berasa sungguh marah.Tiada sesiapa yang boleh sakiti cucu kesayangannya.

"Tak ade ape-ape yang nak dicakap kan?Biar saya selesaikan semua ni secepat yang mungkin"

Guan Tiang bersedia dengan posisi pedang di udara.Belum sempat pedang itu terkena leher Tuk Guru Lu, Su Liang dengan tangkasnya melibas pedang itu menggunakan pedangnya.Berdesing bunyinya.

Su Liang merapati Tuk Guru Lu.Dia membuka kembali urat yang dikunci oleh Guan Tiang tadi.Dia tau hal ini kerana Tuk Guru Lu telah mengajar caranya dan dia juga pernah kena seperti ini.Sebab itulah dia tau posisi badan macam mana.