webnovel

Pergi ke Kota Qin buat kali pertama

"Nah...inilah hadiah yang abang cakap itu"

Sejurus selepas kami habisakan,Lu Xiang Lin dan Su Liang duduk di bangku luar rumah untuk menikmati cahaya bulan.

Lu Xiang Lin terus mengambil hadiah yang diberi oleh Su Liang.Ianya adalah selendang berwarna ungu lembut.Dia tersenyum lebar.

"Wah...cantiknya Selendang ni dengan sulaman burung phoniex.Saya suka sangat.Tapi mesti Jamimahalkan.."

"Untuk Xiang Lin,apa-apa pun boleh.Abang tahu yang warna abang pilih ni,warna kegemaran Xiang Lin.Itu yang abang beli tu.Abang risau juga kalau Xiang Lin tak suka"

Ada nada risau dalam dia punya ayat.Lu Xiang Lin menggeleng.

"Saya suka hadiah yang abang beri ini.Saya teramat sukakannya.Cuma,saya risaulah.Hadiah ni mesti mahalkan"

"Takde mahal manalah"

"Kalau abang cakap macam tu,saya ye kan jelah.Terima kasih banyak-banyak abang.Saya sayang abang"

Su Liang tersenyum melihat keletah manja Lu Xiang Lin.

"Abang pun sayang sangat dengan adik abang yang seorang ni"

Su Liang mengusap rambut Lu Xiang Lin.

Dari kejauhan,muka Zhouge Yu menjadi semakin keruh melihat hubungan mesra antara Su Liang dan Lu Xiang Lin.

*********

"Tuk Guru Lu,saya balik dulu ye.Terima kasih kerana telah menjaga dan memberi tumpangan kepada saya"

Zhouge Yu ketika itu,memakai semula baju perisai berwarna emasnya itu.Nasib baik Lu Xiang Lin telah basuh baju itu.

"Baiklah.Tak perlu ucapkan Terima kasih.Kalau orang lain cedera pun,saya akan tolongnya juga"

Zhouge Yu mengangguk.Kemudian dia berpaling memandang Lu Xiang Lin pula.Dia hulurkan Jed yang ditulis 'ZhouQin'.Lu Xiang Lin kerut dahi.Melihat Lu Xiang Lin teragak-agak nak ambil pemberiannya,Zhouge Yu menarik tangan Lu Xiang Lin dan meletakkan Jed tersebut di atas tapak tangan Lu Xiang Lin.Tok Guru Lu dan Su Liang hanya memerhati sahaja.

"Kalau awak pergi ke kota ,atau awak nak cari saya,awak tunjuk sahaja Jed ini pada pengawal Qin di sana"

Walaupun tak faham,Lu Xiang Lin mengangguk kan kepalanya.

"Su Liang,aku harap,kau jaga Lin'er baik-baik"

"Jangan risaulah.Lagi pun,selama ni aku dan Tok Guru Lu yang jaga Lu Xiang Lin"

Zhouge Yu mula menaiki kuda yang diberi oleh Tok Guru Lu untuk memudahkan perjalanannya.

"Saya pergi dulu"

Sebaik sahaja dia habis berkata,dia mula menunggang kuda tersebut.Makin lama,bayangnya hilang.Su Liang dan Tok Guru Lu masuk ke dalam rumah.Tinggal Lu Xiang Lin seorang sahaja.Sebenarnya,dari semalam lagi dia berasa tidak sedap hati.Seolah-olah sesuatu akan berlaku.Dengan hati yang risau,dia masuk juga ke dalam rumah.

********

"Atuk,Abang Su,mari makan"

Tok Guru Lu dan Su Liang mengambil tempat masing-masing.Lu Xiang Lin pun mengambil tempatnya.

"Atuk....boleh tak saya pergi ke kota.Saya tak pernah pergi lagi kota di sini"

Walaupun Lu Xiang Lin telah duduk di Qin selama tiga tahun lebih,Tetapi,dia tak pernah lagi pergi ke kota Qin.

"Pergi lah.Tapi kamu kena bawa Abang Su kamu bersama.Atuk risau kalau kamu pergi seorang diri"

Tuk Guru Lu memang amat menyayangi satu-satunya cucunya itu.Jadi dia sangat risau andai tiada sesiapa yang akan menjaga cucu kesayangannya itu.

"Saya tak kisah.Tapi,kena tanya pendapat Xiang Lin"

"Saya pon tak kisah.Kita pergi tengah hari ni ye?"

Su Liang mengangguk.

"Jadi,kamu tak makan tengah hari di sinilah?"

"Maaflah,atuk.Saya nak pergi awallah.Takut kami pulang lambat pula.Saya tak nak balik pada waktu malam.Saya risaukan atuk duduk di rumah sorang-sorang"

"Cucu bertuah ni....atuk kamu ni reti jaga diri sendiri lah"

"Xiang Lin kan memang selalu risaukan Tuk Guru.Silap-silap,tak sampai petang lagi dia dah merengek nak balik"

Kemudian Su Liang ketawa.Tuk Guru Lu pula tersenyum.

"Abang Su....abang gelak kan saya ye.Takpe,lepas ni saya tak nak bercakap dengan abang.Biar abang cakap dengan angin sahaja"

"Janganlah merajuk Xiang Lin.Abang bergurau sahaja"

Tahu pulak nak pujuk.Asyik sakat orang sahaja.Bila orang dah terasa,baru nak pujuk.

"Macam ni,abang janji,sampai kota nanti abang belanja makan makanan paling sedap"

Mata Lu Xiang Lin terus bercahaya.Nampak sangat dia teruja bila sebut pasal makanan.

"Baiklah.Kalau abang tipu,saya taknak bercakap dengan abang lagi"

"Ye,abang janji"

"Lin'er ni,macam budak-budaklah"

Tuk Guru Lu menggeleng kepala melihat perangai Lu Xiang Linyang seperti budak-budak.Dia memang seorang yang manja.

*********

Sepanjang perjalanan ke kota Qin,dia semakin tak sedap hati.Mungkin mainan perasaan agak nya.Lu Xiang Lin Cuba untuk menumpukan perhatian perjalanan nya yang mengambil masa 2 jam.Mereka hanya menyewa kereta kuda sahaja.Dia melilit selendang yang diberi oleh Su Liang dan menyimpan seruling yang diberi Atuk nya yang berwarna biru putih di dalam bajunya.Seruling itu setahunya,amat mahal.Tuk Guru Lu memberi seruling tersebut kepada Lu Xiang Lin sempena hari lahirnya tahun lepas.Hari lahirnya tahun ini,jatuh pada minggu hadapan.

Tak lama kemudian,mereka sampai betul-betul di hadapang pintu gerbang kota Qin.Satu-satunya jalan untuk masuk ke kota Qin.

Lu Xiang Lin turun dari kereta kuda diiringi Su Liang. Lu Xiang Lin berasa amat teruja sekali memandangkan ini Kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini.Mereka beriringan menuju ke pintu gerbang kota Qin.Tepi,mereka perlu beratur terlebih dahulu.

"Abang,kenapa kita kena beratur?Memang keadaan dia macam ni ke?"

"Biasanya tak macam ni.Abang pun tak tahu kenapa kita perlu beratur"

Walaupun giliran mereka yang keenam,tetapi masa yang diambil sungguh lama.Setiap seorang atau Yang datang berkumpulan pasti akan ditunggu selam 10 minit.Kemudian mereka akan dijemput oleh seorang yang berlainan.Tiba giliran mereka.Dua orang lelaki memakai baju askar besi berwarna merah menghalang Lu Xiang Lin dan Su Liang menggunakan pedang mereka.Salah seorang daripada mereka bertanya.

"Kamu ke sini atas tujuan apa?Dan siapa nama kamu?"

Pengawal itu bertanya kepada Su Liang.

"Saya Su Liang.Dan ini adik seguru saya,Lu Xiang Lin.Kami datang ke sini atas alasan untuk bersiar-siar"

"Alasan tidak boleh diterima.Sila pergi dari sini"

Lah....penat-penat datang sini,kena halau pula.

"Tapi,kami datang dari jauh.Kami hanya nak bersiar sahaja.Lagi pun,kesiankanlah adik seguru saya ni.Dia baru pertama kali datang ke sini"

"Maaf,ini arahan dari raja besar Qin.Saya tak boleh mengingkarinya.Sila pergi dari sini sebelum saya bertindak kasar"

Tegasnya.Mungkin dah Hilang sabar dengan Su Liang agaknya.

Tiba-tiba Lu Xiang Lin teringat kata-kata Zhouge Yu.

"Kalau awak pergi ke kota,atau awak nak cari saya,awak tunjuk sahaja Jed ini pada pengawal Qin di sana"

Cepat-cepat dia keluarkan Jed pemberian Zhouge Yu yang berada di dalam baju nya.

"Sekejap.Saya nak tunjuk sesuatu"

Lu Xiang Lin bersuara.Perhatian pengawal itu teralih ke arahnya,begitu juga Su Liang.Lu Xiang Lin menunjukkan Jed pemberian Zhouge Yu kepada pengawal tersebut.Riak wajah pengawal itu terus berubah dari tegas kepada cemas.Dia tiba-tiba tunduk.Pengawal lain turut tunduk selepas memandang Jed di tangan Lu Xiang Lin.

"Mafkan saya kerana berlalu biadap"

"Pengawal! beri laluan kepada Cik Li dan Tuan Muda ini masuk ke dalam"

Sambul pengawal itu lagi.

"Baik!"

Sahut pengawal yang menjaga betul-betul depan pintu gerbang tersebut.

Walaupun pelik,Lu Xiang Lin dan Su Liang tetap masuk ke dalam.

'Adakah Tuan Muda Zhouge seorang yang berpengaruh di kota Qin?'

'Tapi,Takkanlah...'

'Kalau dia bukan seorang yang berpengaruh,macam mana dia boleh ade Jed yang begitu berharga'