webnovel

Sweetheart Fantasy

"You know what... The more I know you, the more I love you". Dengan perasaan yang penuh debaran, Kiyoung mengeluarkan sebentuk cincin yang dihiasi berlian dan melutut di hadapan Hyunji. "Hyunji, sudikah awak menjadi penghias taman kehidupan saya buat selamanya?". Hyunji yang sedang menikmati ramennya itu, terkedu melihat aksi Kiyoung sebegitu. Tatkala ketika dia ingin memberi jawapannya, Kiyoung mendapat satu panggilan daripada adiknya. "Hyung, kau kat mana?" "Aku ada kat Seoul Park. Kenapa?" "Ibu pengsan tadi dan sekarang ni ibu dalam ruang kecemasan... Boleh tak kau datang sekarang... Aku tak tahu nk buat apa ni". Terdengar tangisan Jinyoung dibalik panggilan itu. "Okey, kau jangan pergi mana²... Aku datang sekarang". Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah Hyunji akan menerima lamaran Kiyoung? Dapatkah cinta mereka diteruskan? Ketahui semua penjelasan ini didalam novel 'Sweetheart Fantasy'.

HoneyBubble · Celebrities
Not enough ratings
3 Chs

Kiyoung's nightmare...

Setibanya Kiyoung di Mstage, dia ditegur oleh Manager Min,"Kiyoung, kenapa lambat? Kau tahu kan yang kau perlu ada kat backstage sebelum perfomance. Sekarang ni, kau dah terlepas masa untuk practice", seketika itu, dia terlihat akan tumpahan yang ada pada baju Kiyoung. " Ni, kenapa pulak baju kau penuh air kopi ni, hah? Haih, pergi salin dulu baju yang lain. Lepastu datang sini balik. Biarla practice last minute pun". Kiyoung yang mula merasakan bahawa Manager Min nya itu akan terus membebel jika dia tidak bertindak segera, lalu dia dengan pantas menjawab, "Baik hyung. Maaf lambat harini. Ada perkara yang tak dapat dielak tadi. Hyung janganla marah~", sambil membuat muka yang tidak bersalah.

"Tak payah nk buat muka macam tu. Dah pergi salin baju", kata Manager Min. "Hyung tak marahkan. Janganla marah,okey. Hyung( ❛ ᴗ ❛)", dengan muka sekupangnnya itu. Kemudian, Kiyoung menuju ke dress room untuk menyalin pakaian. Pada ketika dia sedang memilih baju, dia terdengar akan perbualan antara Director Mstage dengan seorang lelaki. "Director, kat sini biasanya tiada orang. So, kita boleh bincang kat sini", kata lelaki itu. Kiyoung melihat sekilas wajah Director dan lelaki itu dibalik pintu bilik persalinan. Dia cuba untuk melihat dengan jelas wajah lelaki itu namun penglihatannya terbatas.

"Kau yakin ke kat sini takde orang lain selain kita?" tanya Director. "Ya. Tadi saya dah cek sekeliling dalam dress room ni. Memang tiada siapa²", ujar lelaki itu. "Kalau macam tu, apa yang kau nak cakap ngan aku sampai kita perlu berbual kat tempat yang tertutup macam ni?", tanya Director. "Begini Director, seperti yang kita tahu, minggu ni ialah minggu last pemilihan Mstar kan. Jadinya saya sebagai wakil daripada pengurus syarikat, ada bawa sedikit buah tangan untuk director", kemudian dia mengeluarkan sekeping cek. "Harap Director tak keberatan untuk menerima", lalu dia menghulurkan kepada Director. "Ehem³. Susah² je kamu ni", sambil mengambil cek itu. "Takpe, jangan risau. Saya akan pastikan semua berjalan seperti yang kamu harapkan", kata Director. "Terima kasih, Director. Saya menaruh harapan yang besar pada Director", ujar lelaki itu.

Selepas beberapa minit, mereka berdua keluar daripada dress room. "Apa yang aku nampak tadi. Rasuah?", kata Kiyoung didalam hatinya. "Tak. Tak mungkin. Director orangnya baik. Aku tak percaya, dia sebenarnya seorang yang begitu", ujar Kiyoung dengan perasaan yang kesal terhadap perbuatan Director itu tadi. Dia mula merasakan debaran yang tidak dapat dijelaskan kerana dia juga salah satu peserta didalam rancangan Mstar. Semasa Kiyoung sedang mengkhawatirkan keadaannya, Manager Min tiba² masuk ke dalam dress room dan menegurnya. "Kiyoung, kau buat apa lama sangat kat dalam ni. Kau salin baju ke jahit baju, hah? Aduh, la budak ni sorang", kata Manager Min sambil memegang kepalanya. "Ah, mian hyung. Saya tak perasan", ujar Kiyoung. "Dah cepat². Kita dah lambat ni. Kau ada masa 10 minit je ni sebelum perfomance start", kemudian Manager Min keluar daripada dress room. "Baik hyung",kata Kiyoung. Selepas itu, dia dengan cepat² membetulkan pakaiannya dan berlalu pergi.

"Oke, Kiyoung, sekarang ni kau kene warm up dulu suara biar nanti masa nk buat highnote, tak serak suara kau nanti", kata Manager Min. Lalu, mereka pun memulakan latihan. Tidak lama selepas itu, kesemua peserta diminta untuk berada dalam bilik isolasi masing² sambil menunggu giliran perfomance. Ketika Kiyoung sedang berlatih seorang diri didalam bilik isolasi, dia tiba-tiba teringat akan perbualan yang didengarinya dalam dress room tadi. "Ah, jangan fikir yang bukan² Kiyoung. Jangan biarkan perkara ni menjejaskan latihan kau", dan dia kembali berlatih. Tetapi, perbualan itu masih lagi bermain difikiran Kiyoung dan membuatkan dia semakin resah dan berdebar. "Macam mana kalau aku yang tersingkir", tanya Kiyoung didalam hati. Dia mula berasa tidak bersemangat untuk berlatih dan hanya duduk memikirkan nasibnya.

Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan oleh semua peserta Mstar iaitu pertandingan terakhir untuk pemilihan peserta mana yang layak bagi menyertai syarikat MhiP dan menjadi idol dibawahannya. "Kiyoung, kau boleh buat. Jangan putus asa. Kau dah buat yang terbaik selama ni. Jangan biarkan semua perkara ni mengganggu kau". Dia mengumpulkan kembali semangatnya dan keluar dengan penuh harapan. "Baiklah, dihadapan kita sekarang ini, kesemua peserta yang berjaya ke peringkat akhir bagi pertandingan pemilihan Idol Mstar. Jadi dengan ini, saya mengharapkan agar kesemua peserta kekal bersemangat dan bermotivasi untuk terus berjaya", kata pengacara pertandingan Mstar itu. "Sekarang ini, dipersilakan perfomance dari peserta KB Ent."

*dan diteruskan dengan persembahan dari peserta yang lain.

"Tibalah masa ke peserta kita yang terakhir dan perfomance nya ini akan menutupi tirai Mstar pada tahun ini. Dipersilakan peserta dari Heart Ent.", lalu kedengaran sorak penonton menepuk tangan apabila tibanya perfomace dari Kiyoung. "Don't worry, Kiyoung. You can do it!", ujarnya didalam hati dan berlalu menuju ke pentas. Keindahan suaranya yang merdu dan mendayu itu, membuatkan para penonton berasa tidak keruan. Ramai yang mula menyebut² namanya seperti fanchant. Kiyoung yang berasa terharu akan peminatnya, membuatkan dia lebih mendalami bait² lirik lagu yang dibawanya itu.

Apabila selesai nyanyian daripada Kiyoung maka dengan ini, berakhirlah pertandingan pencarian Idol Mstar. "Baiklah, sekarang ini, keputusan undian dari penonton telah berada di tangan saya. Undian ini la yang akan menentukan siapa yang layak menjadi idol dibawah MhiP Ent.. Ditangan saya sekarang ini, hanya ada 15 nama peserta sahaja yang akan terpilih daripada keseluruhan 20 orang peserta. Ini bermakna, 5 orang lagi akan kembali ke syarikat masing²", jelas pengacara itu kepada semua peserta dan penonton. Hal ini menyebabkan, Kiyoung semakin gelisah kerana, menjadi salah seorang pelatih di MhiP Ent. ialah impiannya. Dia tidak mahu tersingkir dan melepaskan hasratnya untuk bergelar sebagai pelatih di syarikat itu.

"Nama yang akan saya panggil, sila berdiri dibawah lampu² tersebut". "Yang pertama, peserta dari Max Ent. Park juyoung. Sila berdiri dibawah lampu disana", sambil menunjukkan ke arah lampu itu. "Peserta yang kedua, dari TX Ent. Kim yujin. Peserta yang ketiga, dari Wide Ent. Yang hyunmin. Peserta yang keempat, dari Q Ent. Jang Minyoung. Peserta yang kelima, dari Sky Ent. Lee Sungjoon dan peserta yang terakhir, dari Heart Ent. Choi Kiyoung". Bagai kaca terhempas ke batu, itu la bagaimana perasaan Kiyoung apabila namanya juga terpilih diantara peserta yang akan tersingkir. "Diantara 6 orang peserta disini, akan ada seorang sahaja peserta yang terselamat dan akan menjadi pelatih dibawah di MhiP Ent." kata pengacara itu. Selepas mendengar kata² itu, Kiyoung semakin berharap agar namanya yang terpilih sebagai peserta yang terselamat itu. "Peserta itu ialah....". Kesemua peserta mula berasa debaran yang kian menggila. "Jang Minyoung dari Q Ent."

Kiyoung seperti terbang dibawa angin. Rohnya bagai dipisah dari jasad. Dia kemudiannya turun ke backstage dan berjumpa dengan Manager Minnya. "Hyung", kemudian dia memeluk Manager Min. Kiyoung yang sudah tidak dapat menahan perasaan kecewanya, dia pun menitiskan air mata di pelukan Managernya itu. "Dah, jangan bersedih. Hyung tahu kamu dah buat yang terbaik, tapi, ini mungkin bukan rezeki kamu", ujar Manager Min bagi meredekan kesedihan pada Kiyoung. Dalam masa yang sama, Kiyoung terlihat peserta yang terselamat tadi sedang berbual dengan seseorang yang kelihatan seperti dia mengenalinya. Kiyoung mula mengingat kembali. Kemudian, dia tersentak akan ingatan tentang kejadian di dress room tadi. Dia segera melepaskan pelukan Pd Min tadi dan menuju sedikit dekat ke arah lelaki itu.

Di dalam hati dia berkata, "Betul ke apa yang aku nampak ni?". Ketika Kiyoung ingin cuba untuk mengetahui tentang kesahihan andaiannya itu, dia cuba untuk mendengar perbualan antara peserta yang terselamat dengan lelaki itu. Semasa dia sedang fokus mendengar perbualan mereka, Manager Min tiba-tiba menepuk bahu Kiyoung. "Kiyoung, kau buat apa kat sini?" tanya Manager Min. "Oh, takde apa-apa hyung. Wae?", balas Kiyoung. "Kalau takde apa-apa, jom la kita balik kat company. Director dah call tadi tanya pasal kau", katanya kepada Kiyoung. "Ye ke? Okey la hyung, jom". Selepas itu, mereka pun menuju ke kereta manager nya dan bersiap untuk bertolak ke Heart Ent. Ketika didalam perjalanan, dia teringat akan perbualan peserta dan lelaki itu. Dia semakin pasti tentang andaiannya awal tadi.

Jika andaian dia benar, apa yang harus dia lakukan? Berguna lagikah untuk dirinya? Adakah masih ada peluang untuk Kiyoung mencapai impiannya?

Bersambung...

How do you think about this chapter? Please leave a comment. Thank you (◠‿◕).

HoneyBubblecreators' thoughts