webnovel

Sweetheart Fantasy

"You know what... The more I know you, the more I love you". Dengan perasaan yang penuh debaran, Kiyoung mengeluarkan sebentuk cincin yang dihiasi berlian dan melutut di hadapan Hyunji. "Hyunji, sudikah awak menjadi penghias taman kehidupan saya buat selamanya?". Hyunji yang sedang menikmati ramennya itu, terkedu melihat aksi Kiyoung sebegitu. Tatkala ketika dia ingin memberi jawapannya, Kiyoung mendapat satu panggilan daripada adiknya. "Hyung, kau kat mana?" "Aku ada kat Seoul Park. Kenapa?" "Ibu pengsan tadi dan sekarang ni ibu dalam ruang kecemasan... Boleh tak kau datang sekarang... Aku tak tahu nk buat apa ni". Terdengar tangisan Jinyoung dibalik panggilan itu. "Okey, kau jangan pergi mana²... Aku datang sekarang". Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah Hyunji akan menerima lamaran Kiyoung? Dapatkah cinta mereka diteruskan? Ketahui semua penjelasan ini didalam novel 'Sweetheart Fantasy'.

HoneyBubble · Celebrities
Not enough ratings
3 Chs

Holiday Destination

Apabila Kiyoung tiba di Heart Ent, dia terlihat sosok perempuan yang sepertinya dia kenali. Ketika dia sedang mengikuti perempuan itu dari belakang, dia tersedar yang dia telah berada di kawasan yang tidak sepatutnya dia berada. Kawasan itu hanya ketua eksekutif sahaja yang dibenarkan manakala staf dan pelatih dibawah syarikat itu tidak dibenarkan sama sekali berada di sekitar kawasan berkenaan.

"Hah, sudah. Macam mana aku boleh sampai kat sini ni," mengomelmya didalam hati.

Dia dengan kalutnya pergi meninggalkan kawasan itu dengan segera.

... di dalam pejabat CEO of Heart ...

"Oppa, busy ke?" tanya Hyunji kepada abangnya.

"Tak la sangat," balas Han Wool.

"Oppa, nak tanya... Minggu ni free tak?" tanya Hyunji lagi.

"Rasanya, esok tak busy sangat"

"Okey, kalau macam tu... Jom pergi picnic ... Dah lama kita tak have fun sama²," kata Hyunji sambil membulatkan matanya dan mendagu di atas meja abangnya.

Han Wool hanya mampu tersenyum melihat gelagat adiknya itu dek kerana telah masak dengan perangai 'Princess of Heart' ni...

"Yes! So, I will tell the others about this... Love you!", kemudian Hyunji berlalu pergi dengan gembiranya...

... di rumah Kiyoung ...

"Wah, bestnya boleh baring"

"Nothing can cure me than a good sleep... Tidur la kejap, tapi... Lapar... ", Setelah dia berfikir sejenak, akhirnya dia turun dari katil dan menuju ke dapur untuk mencari makanan untuk perutnya itu...

( pintu peti dibuka ) ... kosong ...

"Ohhhhhhhhh nnnnoooooooooo...",

^^Tidak ada yang mampu menghancurkan hati seorang lelaki kecuali, apabila dia melihat peti aisnya kosong seperti hidupnya itu yang masih lagi tiada peneman sehingga sekarang...^^

( loceng berbunyi ) ding... dong...

"Siapa yang datang malam-malam ni?"

ding... dong...

"Jap²!"

( pintu dibuka ) terlihat Manager Min sedang

berada dihapan pintu...

"Dah tidur ke? "

"Ni hyung ada bawa pizza... Jom la makan sama²..." , kata Manager Min lalu masuk ke dalam rumah Kiyoung.

" Oh, hyung... You are my saviour...", sambil memeluk Manager Minnya itu.

" Seperti yang dijangka... Ni kalau hyung lambat sikit je lagi, mesti kau dah kebulur, kan... " seloroh Manager Min sambil ketawa kecil.

"hehehe...", ketawa Kiyoung sambil tertunduk malu.

Ketika mereka berdua sedang makan bersama-sama sambil berbual dan menonton televisyen... Tiba-tiba, rancangan Mstar ditayangkan pada skrin televisyen itu... Seketika, Kiyoung teringat akan perbualan yang tidak sengaja dia dengari dalam bilik persalinan pagi tadi, namun, lamunan ia terhenti apabila Manager Min memanggil namanya...

"Kiyoung? Jauh nampak termenung... Kenapa?" tanya Manager Min.

"Oh, tak ada apa² la hyung...", balas Kiyoung.

"Kalau kau ada masalah, kau cakap je kat aku, mana yang boleh aku tolong, aku akan usaha untuk tolong kau", ujar Manager Min kepada Kiyoung.

Kiyoung dengan pantas menggeleng kepala menandakan bahawa dia tidak apa². Melihat reaksi yang pantas daripada Kiyoung, Manager Min sudah menganggap bahawa Kiyoung memang sedang memikirkan sesuatu. Lagipula, Manager Min memang sudah masak dengan perangai Kiyoung ini. Mana tak nya, semenjak Kiyoung dipilih menjadi salah seorang trainer di Heart Ent. dia lah orang yang paling rapat dengan Kiyoung. Semua selok belok, dan perangai Kiyoung sudah dia hafal dengan baiknya. Tetapi, dia tidak mahu Kiyoung berasa lebih tertekan dan menghentikan hasratnya untuk bertanya dengan lebih lanjut. Namun sebelum dia terlupa...

"Kiyoung, hyung nak cakap sesuatu sikit ni dengan kau", ujar Manager Min.

"Apa hyung?", balas Kiyoung dengan perasan yang tertanya-tanya.

"Kau setuju tak, kalau hyung carikan housemate untuk kau? Kalau ada housemate, boleh la dia tolong tengok-tengokkan kau kat rumah ni, tak la lonely kan", balas Manager Min kepada Kiyoung.

"Housemate... hmmm...", pikir Kiyoung sambil meletakkan tanggannya di dagu.

"Orang yang hyung nak cadangkan tu, sepupu hyung sendiri, Jack... Hyung dah pernah perkenalkan dia kat kau... Ingat tak?"

"Ooo... Jack... Ingat²",

"Haa... Dia la... Hyung nk cadangkan dia kat kau sebab hyung tak tahu nak cari siapa yang terbaik untuk jadi housemate kau... At least kalau Jack yang jadi housemate kau, maybe tak la awkward sangat untuk kau dan dia stay sama²...", kata Manager Min.

"Betul juga tu... Bila dia nak masuk?", tanya Kiyoung.

"Kalau tak ada apa² halangan, maybe minggu depan dia akan stay dengan kau", kata Manager Min.

"Alright!", balas Kiyoung dengan perasaan teruja.

Selepas satu minggu...

( loceng pintu ) ding... dong...

Kiyoung yang sedang berada di dapur mendengarkan bunyi loceng tersebut, bergegas ke pintu hadapan rumahnya. Dilihat dari skrin cctv yang berada di dinding, dia sudah mengetahui siapakah gerangan tersebut.

"Jack, lama tak jumpa", kata Kiyoung sambil memeluk Jack tanda sapaan.

"Mari masuk... Sini, aku tolong bawakkan beg kau", sambung Kiyoung sambil membawa beg milik Jack dan menunjukkan arah ke biliknya.

"Thanks, bro...", ujar Jack.

"Ni bilik kau... Aku dah kemas siap² untuk kau", kata Kiyoung.

Jack memerhati keadaan sekeliling didalam bilik itu dan duduk dia atas kerusi di meja belajar.

"Betul la kata Min hyung, kau memang seorang yang teliti dan pengemas... Tengokla bilik ni, satu habuk pun tak ada... Hebat", ujar Jack dengan nada bergurau.

"hahaha, nice joke", kata Kiyoung.

"Tak ada la, saje je...", balas Jack.

"Okey la Jack, ambil la masa untuk kau mengemas pakaian² kau, aku nak ke dapur jap nak sambung goreng ayam...", kata Kiyoung kepada Jack.

"Okey!", balas Jack.

...

Bau hidangan yang dibuat oleh Kiyoung itu terlalu lazat sehingga membuatkan Jack terhenti serta-merta mengemas bajunya di dalam almari dan berlalu keluar dari biliknya.

"Wah, sedapnya bau!", ujar Jack.

"Meh la makan, aku masak nasi goreng kimchi dengan ayam goreng je... Harapnya kau suka la", ujar Kiyoung.

Jack tanpa berkata-kata, dengan pantas menghulur tangan mengambil pinggan lalu mencedok nasi goreng kimchi yang dimasak oleh Kiyoung tadi.

"Wey, Kiyoung... Sedap, wey kau masak...", komen Jack sambil tangannya mengambil seketul ayam goreng.

"Mujurlah kalau kau suka... Risau aku takut kau kata tak sedap", kata Kiyoung.

"Rezeki aku dapat housemate macam kau ni, Kiyoung... Boleh la aku jimat² duit daripada makan kat luar je", ujar Jack.

"Haah, simpan duit tu untuk kau nikah nanti", seloroh Kiyoung kepada Jack.

Jack yang sedang menikmati nasi goreng kimchi tadi tersedak dengan kata² yang diberikan oleh Kiyoung.

"Wey, bab² nikah ni kau jangan... Aku baru je lepas breakup tau"

"Ouh... I'm feel bad for you bro", sambil menepuk perlahan bahu Jack.

... di rumah Hyunji ...

"Baju pink ni rasanya dah pakai aritu... but it's okay, nobody gonna knows it", mengomel Hyunji didalam hati.

( pintu diketuk ) tok, tok, tok... Daun pintu dibuka...

"Excited nampak? Dah lama abang tak nampak Hyunji senyum lebar macam ni", ujar Him Chan.

"Eh, Chan oppa... Awal balik harini? Tak busy ke kat hospital? Maklum la kan, biasanya busy memanjang je... Asyik kisahkan pesakit kat hospital sampaikan tak ingat adik sendiri...", kata Hyunji sambil mencebikkan mukanya.

"Dah mula dah dia ni, iisshhh", sambil mencubit hidung Hyunji.

"Auch, sakit la", dengan pantas Hyunji menggosok hidungnya yang mula kemerehan.

"Itu la, mencebik lagi muka tu...", kata Him Chan sambil ketawa puas.

"So, where's the place you want to go?"

Hyunji dengan penuh semangat menjawab 'Jeju Island'! Tempat yang paling dia rindu selepas 2 tahun tidak menjejakkan kaki kesana.

Memikirkan tentang itu pun dah membuatkan Hyunji mula tersenyum sendiri apabila dia mula teringat akan lelaki yang pernah dia jumpa di Pulau Jeju, 3 tahun yang lepas... Didalam hati dia berharap agar dapat bertemu kembali dengan lelaki tersebut disana.

... di rumah Kiyoung ...

"Kiyoung... Kau nak tak pergi jalan² makan angin?" tanya Jack kepada Kiyoung.

"Jalan² eh... Jap aku cek schedule dulu",

"Minggu ni aku free 3 hari start esok", sambung Kiyoung.

"Nice! Kita pergi esok nak?", kata Jack sambil tersenyum memujuk Kiyoung.

"ON! but please don't make that face on me", sambil menolak muka Jack ke tepi.

"Mak ai, tertutup seri muka aku", ujar Jack.

"So, kat mana lokasinya? "

"Pulau Jeju", kata Jack sambil mengangkat kedua² belah tangannya.

"Wow, nice! Aku pun dah lama tak kesana"

"Oke, set. Pasal hotel dengan kereta, kau tak payah risau. Semua tu aku dah lama plan". ujar Jack

"Alright, so now let's start packing up!", kata Kiyoung

... di Pulau Jeju ...

Kelihatan Hyunji terlalu bersemangat apabila mereka semua tiba di Pulau Jeju.

"Tepi sikit. ha, ke kanan sikit. Oke, nice. 1,2,3 (klik)",

"Mana nak tengok. Cantik tak", kata Hyunji sambil menghulurkan tangan kepada Hyun Woo untuk melihat gambar yang baru sahaja ditangkap tadi.

"Wah, wah, wah. Are you underestimate my photography skill? Nah, tengok la sendiri", ujar Hyun Woo dengan nada membanggakan diri sendiri.

"Not bad", sambil tersenyum.

Di sudut lain pula, Him Chan dan Han Wool juga terlihat amat menikmati keindahan alam yang ada disana. Mana tak nya. Hari² hanya menghadap bilik bedah dan ruangan ICU sahaja. Han Wool pulak selalu menghadap lambakan dokumen setiap kali ke pejabat. Sekali-sekala, nak juga merasa buaian angin dan deru ombak kan.

...

" Wah, pantai ! ", kata Jack sambil membuat gaya scene dalam movie Titanic.

manakala Kiyoung asyik mengambil gambar pemandangan yang ada disana. Gambar awan, burung, pokok, semua la dia tangkap. Pencinta alam la katakan.

Dalam pada asyik dia mengambil gambar, tiba² dia tertangkap gambar seorang perempuan yang dijumpainya di Heart Ent.

"Jap, mata aku yang ada masalah ke atau memang dia?", kata Kiyoung didalam hati.

Kiyoung cuba untuk mendekati Hyunji namun niatnya terhenti apabila dia melihat Hyunji berlalu pergi bersama seorang lelaki.

... di kedai serbaneka ...

Susunan yang rapi dan teratur, membuatkan barang² di dalam kedai terlihat bersih dan baharu. Tidak dapat dinafikan lagi, dengan keadaan kedai yang begitu terjaga, sudah semestinya tuan punya kedai amat pelit kan. Mana tak nya. Setiap barang yang Hyunji pegang atau sentuh, mesti dia akan terus lap. Siapa je yang tak rasa annoying bila diperlakukan macam tu kan? So, dia pun tak nak rosakkan mood dia yang tengah baik ni, lepas ambil je barang yang dia nak, bayar, terus blah. Setel.

... di perjalanan pulang ...

"Sabar, Hyunji. Sabar. Kau tak nak mood kau hilangkan, so sabar~ " mengomelnya seorang diri.

" Nah, air." kata Hyunji sambil menghulurkan sebotol air 100 plus kepada Hyun Woo.

" Thanks ", balas Hyun Woo.

" Oppa tau ke jalan nak ke homestay ni? Nampak macam dari tadi asyik pusing kat tempat yang sama je."

" Rasanya macam dah betul jalan ni, tapi sebab dah nak petang kan, so, tak berapa cam sangat." kata Hyun Woo untuk berdalih.

Hyunji sudah menjangkakan bahawa mereka akan tersesat. Benda ni bukan pertama kali terjadi. Nak tak nak, mereka terpaksa call Him Chan untuk minta bantuan. Kalau tak, sampai ke esok pun tak jumpa².

Bersambung...