webnovel

Chapter 1 : Sakit Mak

Shella termenung jauh melihat pemandangan sawah padi yang terbentang luas di hadapan rumahnya, menikmati udara yg segar di awal pagi dengan kicauan burung menandakan hari itu akan cerah, kedengaran keluhan kecil Shella seperti banyak sekali yang menganggu fikirannya.

Tiba2 "Buppp !!!!" seperti sesuatu dari atas jatuh ke lantai. lamunan Shella terhenti dan dia memandang ke belakang alangkah terkejutnya Shella apabila mendapati adik bongsunya Alia sdh jatuh dari buaian dan kedengaran teriakan tangisan anak kecil menandakan dia kesakitan menguasai ruang biliknya, Shella segera berlari ke arah Alia dan mengangkat Alia untuk menghentikan tangisan Alia.

Shella segera memeriksa tubuh kecil Alia jika terdapat luka mahupun lebam di badan Alia kerana dia sangat takut jika ibunya melihat Alia terluka disebabkan Shella tahu bahawa dia bakal mendapat habuan jika adiknya itu terluka walaupun sekecil kuman. kemudian Shella menarik nafas lega apabila melihat tubuh Alia tidak terluka mahupun lebam.

....

"Shellaa !!!! bertuah punya budak ! aku suruh kau kemas rumah tadi bukan suruh kau pergi menyundal ! satu kerja pun kau tak buat. kau tunggu habuan kau kejap lagi" teriak Mak jedah ibu kepada Shella dari dapur. kelihatan kemerahan muka Mak Jedah akibat terkena sinaran matahari ditambah dengan hatinya yang panas dengan Shella. Mak Jedah yang baru balik dari kebun segera menanggalkan topi dari kepalanya dan mencuci kakinya untuk masuk ke dapur.

Sebaik terdengar jeritan Mak Jedah Shella yang baru siap menidurkan adiknya berlari masuk ke dapur untuk mendapatkan maknya.

"Shella tidurkan Alia tadi mak" jawab Shella dengan suara perlahan kerana Shella tahu apapun alasannya dia tetap akan mendapat ganjaran dari emaknya.

"Tidurkan Alia atau sibuk dengan jantan lain hah??!!" ehh Shella kau ne memang nak kena dgn aku kan...!" tengking Mak Jedah sambil mengambil tangkai penyapu di belakang pintu dapur.

Shella cuma mampu berharap dan berdoa supaya tangkai penyapu tersebut tidak melekat di badannya lagi disebabkan lebam bekas penyapu semalam tidak sembuh lagi.

"Pakkkkkkkkkk !!!!" dgn sekali libas Shella tersungkur jatuh di lantai dan kedengaran bertubi2 pukulan sampai d tubuh kecilnya.

"Mak ampun, Ampun mak, Shella sakittt Shella xbuat lagi" Shella yg kesakitan merayu dengan emaknya supaya emaknya berhenti memukulnya, namun Mak Jedah seperti kerasukan dan terus menerus menyakiti Shella.

"Heyy Shella!! aku besarkan kau bukan untuk kau pijak kepala aku! aku dah cukup bersabar dengan kau tapi satu arahan aku pun kau langsung tak dengar, kau nak bawa perangai kau ne sampai ke ank cucu kau ke hah !!" bebel Mak Jedah panjang2 dan sekali sekala kedengaran nafas Mak Jedah tercungap2 akibat penat memukul Shella.

Shella yg berada di penjuru dapur tersebut tak mampu untuk mengangkat mahupun mengerakkan badannya lagi kerana badan sudah dipenuhi dengan lebam dan kelihatan darah mengalir dari bibirnya, Shella cuma mampu menangis dan meratapi nasibnya yang selalu sahaja disakiti tanpa emaknya mengetahui perkara sebenar.