webnovel

Chapter 2 : Rindu kasih sayang emak..

"Auchh !! sakitnya.." Shella mengesah kesakitan apabila dia menyapu ubat pada lukanya itu. Dalam penuh kesakitan Shella masih mampu tersenyum kepada Alia yang meniarap di hadapannya, Alia yg baru berusia 7 bulan itu seakan mengerti kesakitan yg dihadapi oleh Shella kerana Alia sangat diam dan memerhati saja apa yang dilakukan oleh Shella.

...

"Baiknya adik kakak ne tak menangis langsung nampak kakak sakit macamni" kata Shella sambil mendukung dan mencium Alia di pipi Alia.

tiba-tiba..

"Shella kau dah bagi Alia makan ke?? kau jangan nak berangan jadi datin dalam bilik tu!!" kedengaran suara teriakan Mak Jedah dari luar bilik, Shella yang tersentak akibat teriakan Mak Jedah itu cepat2 memperbetulkan kain dan bajunya itu dan mendukung Alia keluar dari biliknya.

....

"Mak beras kita dah habis.." dengan rasa takut dan was2 kedengaran suara Shella terketar-ketar memberitahu emaknya bahawa mereka dah kehabisan beras. Mak Jedah memandang Shella seperti singa betina yang kelaparan dan akan menerkam mangsanya bila-bila masa sahaja.

"Kalau dah takde beras kau pergi jual badan kau tu utk beli beras la, jual segala organ dalam badan kau sekali !" balas Mak Jedah dgn kata2 yang cukup menyakitkan telinga Shella utk mendengar kata2 yg keluar dari mulut seorang emak. Shella tertunduk diam seribu bahasa ,mencerna setiap kata2 Mak Jedah kepadanya. Apalah dosa yang dilakukan olehnya sehingga emaknya begitu sekali membencinya.

Shella berlalu meninggalkan emaknya seorang d ruang tamu dengan perasaan sedih, sakit hati ,takut dan dia kembali ke dapur. Alia sdh lama tertidur di belakang Shella kerana Shella sangat suka menggendong Alia d belakangnya.

...

.....

terbongok bongkok Shella di belakang rumahnya itu mengorek ubi kayu yang tumbuh subur d halaman rumahnya, sudah menjadi kebiasan Shella apabila kehabisan beras akan mengorek ubi kayu untuk dijadikan santapan mereka anak beranak. Shella yg baru berusia 12 tahun sudah cukup mengerti akan kesusahan mereka sejak Ayahnya meninggalkan mereka 4 beranak termasuk seorang adik lelakinya yang sudah diberikan kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat.

Sejak dari itu Shella lah yang akan menguruskan rumah dan menjaga adik bongsunya manakala emaknya pula akan mengambil upah membersihkan kebun orang kampung atau mengambil upah mencuci kain. Walaupun pendapatan emaknya tidak seberapa tapi cukup untuk mereka bertiga.

Shella tidak disekolahkan dan tidak pernah mengenal sekolah itu apa kerana emaknya yang tidak mampu untuk menangguh perbelanjaan sekolah Shella namun Mak Jedah tetap mengajar Shella untuk mengeja dan mengira. ketika berusia 8 tahun Shella ditimpa mimpi buruk dan sejak dari itu emaknya mula membenci dan mengasari Shella.

"Emak, shella rindu emak yg dlu.." bisik hati kecik Shella dan serta merta air mata mula bertakung di kelopak mata Shella dan dia mula menangis di sebalik rimbunan pokok2 ubi yang dikoreknya.