webnovel

BAB 5

Mereka tidak dapat mengenali orang yang terbang itu . Penampilan dan senyuman Dixzer membuatkan mereka merasa takut dan berdiri membatu . Jisro terus bersedia dengan senjatanya kerana takut Dixzer menyerang mereka lalu ikut apa yang dilakikan oleh ketua mereka .

" Bersiap semua! ," Jisro mengarahkan pasukannya untuk bersiap berlawan . Setelah mereka bersiap , salah seorang dari mereka teris meneriak ke arah Dixzer .

" Siapa kamu!! . Beraninya kamu melakukan ini kepada kami "

" Katakan! Siapa yang mengirim kamu "

" Kalau kamu tak nak beritahu , jangan fikir untuk hidup lagi," ujar Jisro sambil menunjukkab senjatanya ke arah Dixzer .

Dixzer yang memerhati tingkah laku mereka dari tadi tidak menghiraukan pertanyaan mereka langsung mengeluarkan senyuman jahatnya menyebabkan mereka merasa gementar .

" Selamat datang ke dunia Eftop . Kamu semua berada di alam semester lain dan dengarkan aku " kata Dixzer dengan penuh bergaya .

" Jawab pertanyaan aku atau rasakan perkara yang lebih menakutkan dari kematian !" jeritan Dixzer begitu besar sahingga menyebabkan gempa bumi di tempat itu .

" Apa yang kamu mahu tanyakan ," ujar Jisro yang mengerutkan dahinya lalu berpeluh ketakutan kerana kekuatan jeritan Dixzer tadi .

Sementara itu di tempat Hasi berhenti tadi , Khazier pun berdiri dan melihat sekeliling . " Aneh , kenapa aku tak merasakan pergerakan mereka lagi " fikir Khazier seperti memikirkan sesuatu . Sebenarnya, Khazier pertama kali kalau ada orang mengikuti ayahnya ketika dia menjemput mereka berdua .

" Abang, kenapa " Richa bertanya kepada Khazier sambil memegang anak patung itu .

" Tiada apa-apa " kata Khazier lagi .

Kembali ke masalah tadi

" Katakan kenapa kamu mengikuti tuan aku dan siapa yang mengirim kalian !" kali ini jeritan Dixzer lebih kuat dari sebelumnya .

Mendengar pertanyaan itu , mereka langsung memandang satu sama lain kemudian menganguk satu sama lain . Mereka langsung mengeluarkan senjata mereka dan hendak menyerang Dixzer .

Melihat mereka hendak menyerang dia , Dixzer langsung tersenyum . Dia tahu yang mereka tak akan menjawab pertanyaan dia . Ketika serangan mereka hendak sampai ke arah Dixzer , mereka langsung yakin yang menyelesaikan masalah yang tengah dihadapi tetapi Dixzer langsung mundur ke belakang dengan cepat . Mereka pun mula panik ketakutan .

" Kenapa korang lebih memilih untuk tidak menjawab pertanyaanku " kata Dixzer dengan senyuman jahatnya.

" Huhh. Kami tidak akan pernah beritahu " ujar Gref .

" Kalau macam tu ... menyebalkan " selepas Dixzer mengucapkan kata itu tiba-tiba mereka langsung jatuh ke tanah akibat tekanan graviti yang besar yang berukuran sekitar 125

Jisro langsung cuba berdiri sementara yang lain meniarap akibat tekanan graviti itu . Yang lain merasa kesakitan kerana graviti amat kuat sekali . Walupun mereka pernah menjalani latihan graviti tetapi tidak sekuat ini .

Melihat Jisro yang cuba berdiri , Dixzer pun tersenyum . " Begitu tak nak berkerjasama ye . Kalau begitu aku akan menambahkan tekanan graviti ini ".

Penambahan tekanan graviti itu menyebabkan kawasan sekitar hancur dan tenggelam sedalam 33 meter .

Beberapa rakan Jisro telah pun mati dan Jisro yang melihat iti pun menangis . Jisro pun langsung menjawab pertanyaan Dixzer kerana tidak sanggup lagi melihat yang lain mati kerana kegoisan mereka .

' Itu adalah Tuan Fang iaitu datuk kepada Richa dan Khazier. Dia menyuruh kami untuk pastikan keselamatan cucu dia , itu sahaja " kata Jisro .

" Kan senang kalau dari tadi kamu menjawabnya . Kalau begitu , hiduplah kembali ," kata Dixzer . Seketika kemudian, rakan Jisro yang mati tadi hidup kembali oleh Dixzer " Kamu harus harus melupakan semua ini, " kata Dixzer langsung mengubah ingatan mereka lalu mengirim mereka kembali ke bumi .

Setelah selesai melakukan itu , Dixzer melihat sekeliling . Hampir separuh permukaan planet hancur disebabkan tekanan graviti sebentar tadi .

" Hancurlah "

Selepas Dixzer mengucapkan kata itu , tiba-tiba planet itu meledak dan hancur . Dixzer langsung melaporkan perkara tadi kepada Hasi .

" Tuan , mereka mengatakan bahawa mereka dikirim oleh datuk kepada anak-anak tuan "

Hasi dan anak-anak dia juga telah lama sampai di rumah . " Baiklah . Beritahu yang lain bahawa aku mahu kamu berserta yang lain pergi kumpulkan wang dengan menjual peralatan aku lalu suruh beberapa orang mengawal anakku di dalam bayangan mereka ," kata Hasi yang berdiri di luar beranda .

" Tapi tuan , kenapa mahu menjual peralatan tuan . Kami boleh mengambil terus wang yang di sini lalu menyerahkannya kepada tuan atau menjual peralatan kami " kata Dixzer dengan raut muka yang seperti bertanya-tanya .

" Aku mahu gunakan wang hasil aku sendiri . Lagipun barang yang hendak aku jual itu hanya perlatan biasa dan aku pun tak menggunakannya tetapi di sini , barang itu mesti bernilai ratusan ribu " kata Hasi dengan penuh megah sekali . Barang itu hanyalah barang yang dibuat Hasi sebelum menjadi kuat di dunia lain .

" Saya akan laksanakan sekarang juga " selepas itu Dixzer pun langsung menghilang tanpa membuat bunyi pun . Hasi terus masuk ke dalam rumahnya untuk pergi tidur . Hasi melihat anaknya masih lagi duduk di atas sofa .

" Khazier , Richa kenapa masih lagi belum tidur " ucap Hasi dengan nada yang lembut kepada anaknya .

" Ayah , Richa nak pergi sekolah tetapi Richa belum ada sekolah lagi ".

" Apakah kalian berdua pernah pergi bersekolah sebelum ini ?" ujar Hasi .

" Kami berdua belum pernah pergi sekolah kerana waktu itu ibu takut kami mungkin akan diculik " jawab Khazier .

Mendengar jawapan anaknya itu , Hasi langsung berfikir untuk menyekolahkan anak-anaknya di sekolah yang terdekat .