webnovel

BAB 4

Setelah pergi dari rumah jagaan kanak-kanak itu , Hasi membawa anak-anaknya Khazier dan Richa ke sebuah kadai makan yang terdekat . Mereka pun masuk ke kedai makan itu lalu duduk di meja kosong itu dan terus memesan makanan .

Ketika hendak makan , Richa meminta sesuatu kepada ayahnya ," Ayah , Richa ingin disuapkan makanan itu," matanya bersinar comel . Mendengar permintaan putrinya itu , Hasi merasa gembira lalu menyuapkan makanan kepada Richa .

" Khazier nak ayah suapkan ," tanya Hasin kerana Khazier hanya diam dari tadi . " Tak nak," Khazier membalasnya pertanyaannya tadi secara ringkas dengan wajah yang dingin .

Mendengar balasannya tadi , Hasi merasa canggung dengan Khazier sedangkan Richa baik-baik saja dengan dia . Dari awal perjalanan menuju sini tadi , hanya Richa sahaja yang banyak berbual dengannya . Tetapi Khazier hanya diam dan berjalan di samping saja .

Melihat suasana canggung antara abangnya dengan ayahnya , Richa memikirkan sesuatu supaya abangnya tidak menghiraukan ayahnya " Abang , janganlah begitu dengan ayah . Ayah ingin menyuapkan makanan kepada kamu ," marah Richa kepada Khazier tetapi itu menambah kecomelannya .

Hasi mendengar omelan Richa kepada Khazier , Hasi merasa gembira dalam hatinya . Khazier melihat ke arah adiknya , Richa masih memberikan ekprasi marah tetapi masih lagi kelihatan comel .

" Baiklah , aku akan menurut untuk adik comelku ," Khazier tersenyum ke arah adiknya .

Setelah itu , Khazier teringat sesuatu yang harus dilakukannya . Dia teringat bahawa ibunya menyuruhnya menyerahkan kad bank yang diberi Alieca ketika mereka berjumpa dengan ayah mereka .

" Ayah , ini adalah kad bank . Ibu menyuruhku menyerahkan ini kepada ayah bersama dengan satu surat ini," lalu Khazier mengeluarkan kad bank berserta surat itu . Hasi menerima kad bank itu lalu membaca isi surat itu .

*Isi surat

[ Ini adalah kad bank atas nama kamu . Saya tahu kamu mempunyai perkerjaan tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan anak-anak kita. Sebab itu aku membuat kad bank atas nama kamu ]

' Masih lagi khawatirkan aku ya . Tapi mungkin aku tak akan menggunakan duit ini . Bila kita bertemu suatu hari nanti , aku menyerahkan semula kad bank ini . Aku akan menghasilkan duit aku sendiri ' fikir hati Hasi . Hasi terus menyimpan kad bank itu di dalam poketnya . Lepas itu , Hasi menyambung makan bersama-sama anaknya .

Selepas selesai makan , Hasi langsung membayar tagihan makanan tadi menggunakan wang dia sendiri . Mereka pun keluar dari kedai makan itu dan bergegas pulang ke rumah .

Disaat perjalanan pulang , Hasi berbisik di dalam hatinya ' Berapa lama lagi mereka mahu mengikutiku . Sejak aku keluar dari rumah ku lalu rumah jagaan kanak-kanak hingga sekarang , mereka tidak pernah pun berhenti mengikut aku . Apa yang sebenarnya mereka mahukan? Mungkinkah mereka yang ingin menculik anak-anakku!! jerit Hasi dalam hatinya dengan wajah yang tengah marah lalu menghentikan pergerakan dia . Jumlah mereka sekitar 10 orang iaitu 4 perempuan dan 6 lelaki .

Melihat ayahnya menghentikan langkahnya , Khazier dan Richa merasa kebingungan . " Ayah , kenapa berhenti di sini . Apakah kita dah sampai, ". Mendengar pertanyaan adiknya Khazier pun melihat sekeliling tetapi melihat satu pun rumah apatah lagi bangunan terus mengulangi pertanyaan adiknya tadi " Kenapa ayah?,".

Hasi baru tersedar dari fikirannya tadi setelah mendengar suara Khazier . " Kita belum sampai lagi . Apakah kalian berdua tidak penat berjalan lama ? Jikalau nak berehat sebentar , kita boleh duduk di sana ," ujar Hasi lalu menunjukkan ke arah bangku panjang yang kosong .

Orang mengikuti mereka dari tadi juga sempat berhenti . Waktu Hasi berhenti , mereka mula berwaspada terhadap Hasi kerana berfikir mereka telah dikesan tetapi Hasi hanya mahu berehat sebentar .

" Huuh!Tadi hampir menyebabkan aku menggunakan kekuatanku," kata salah sorang yang bersembunyi di kawasan yang gelap .

"Shhh! Diam . Kita teruskan apa yang disuruh oleh tuan ," kata sorang lagi .

Sementara itu , Hasi langsung berkata dalam hatinya . " Dixzer " kata Hasi dalam hatinya dengan wajah yang datar .

Tiba-tiba seseorang pun menjawab panggilannya .

" Perlu apa tuanku ? ," suara seorang lelaki itu hanya dapat didengar oleh Hasi .

" Aku mahu kamu uruskan masalah ini . Aku tak mahu masa dengan anak aku terganggu buat masa sekarang dan tanya kenapa mereka mengikuti aku dan siapa yang mengirim mereka ," Hasi mengatakan itu di dalam hatinya .

" Siap tuanku . Tuanku perlukan apa-apa lagi?," Dixzer menanya kembali kepada Hasi lagi .

" Uruskan mereka di tempat yang jauh dari bumi ini . Kalau mereka tak mahu beritahu , biarkan saja lalu padamkan ingatan mereka tentang apa yang berlaku pada waktu itu nanti dan juga jangan gunakan panggilan 'tuanku' , gunakan panggilan tuan . Faham ,".

" Baik tuan saya akan uruskan mereka sekarang juga " .

Orang yang mengikuti mereka juga tiba-tiba menghilang . Keberadaan mereka tidak dapat lagi dekesan .

" Dimana kita sekarang ni ," kata Jisro iaitu orang yang yang mengikut Hasi tadi .

" Ketua , lihat ! Kita berada di tempat lain ," jerit Gref . Dia kelihatan panik kerana mereka tadi sedang mengikuti Hasi lalu tiba-tiba mereka di tempat lain .

" Ketua ! Di sini tidak dapat menggunakan jaringan telekomunikasi ," jerit Jhef . Mukanya juga kelihatan panik kerana peralatan kominikasinya tidak dapat digunakan sedangkan sebelum ini dia dapat menggunakan peralatannya seperti biasa .

" Lihat kat atas . Siapa itu ? jerit salah seorang dari mereka . Mendengar jeritan itu mereka langsung memandang ke atas dan seseorang sedang terbang . Orang itu adalah Dixzer , orang yang mendengar perintah Hasi tadi .