webnovel

Ning Xi agak terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Jadi, Si Lou itu rupanya adalah adik lelaki Jeffrey...

Dalam sekelip mata, Ning Xi menyiku wajah Lou. Lelaki itu serta-merta menjerit kesakitan. 

"Apa kamu cakap tadi? Saya tak dengarlah!" Soal Ning Xi. 

"Kau... Dasar perempuan ahli sihir! Kau berani pukul aku?!" Lou memegang mukanya yang bengkak dan menjegilkan matanya ke arah Ning Xi. Selepas itu, dia menengking mereka yang berada di belakangnya, "Bunuh dia! Aku nak rogol dia malam ni!"

Semua orang mula bertindak selepas menerima arahan daripada Lou. Mereka betul-betul tergamam melihat betapa sempurnanya serangan siku Ning Xi terhadap Lou tadi. 

"Lou, jadi sebenarnya kamu nak bunuh dia ke nak tidur dengan dia ni? Kalau dia mati, macam mana kamu nak tidur dengan dia?" Salah seorang lelaki botak itu menyoal dengan wajah yang bingung. 

"Tak guna kau, Bardy! Buat sekarang!" Tempik Lou dengan marah. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com