webnovel

Pistol yang tidak diisi dengan peluru?! Lou tidak henti-henti menyumpah Bardy. 

"Lou, saya masih lagi ketua kumpulan kita dan saya ada maruah saya sebagai seorang ketua. Macam mana saya nak dihormati oleh ahli kumpulan saya kalau kamu asyik marah saya macam ni?!" Bardy mencebik sambil merenung wajah Lou. 

"Pergi mati dengan maruah kau tu!" Lou menyepak Bardy. 

Bardy berundur dan mula mengambil posisi untuk menyerang. Belum sempat Lou berbuat apa-apa, dia terlebih dahulu menumbuk muka lelaki angkuh itu. "Aku dah tak tahan dengan kau, Lou! Sekarang, kau tengok sendiri apa yang aku boleh buat!" 

Selepas melihat Bardy mula membuat serangan balas terhadap Lou, lelaki pertengahan umur itu cepat-cepat bangun dan turut memukul Lou. 

Mereka yang lain ingin membantu Lou, tetapi Ning Xi terlebih dahulu memukul mereka dengan pisau di tangannya. 

"Hoi, Lou! Cuba rasa tumbukan gabungan aku ni!" Bardy menghujani muka Lou dengan tumbukannya. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com