webnovel

Apa? Abang Saya Nak Terjun ke Dalam Sungai?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pemandu yang duduk di bahagian hadapan perlahan-lahan menekan sebuah butang yang mengeluarkan pemisah di antara pemandu dan penumpang. Dia berbuat demikian supaya pasangan itu diberikan privasi dan pada masa yang sama dia juga boleh memastikan yang dia dapat memandu dengan selamat. 

Ning Xi memuncungkan mulutnya dengan marah. Dia yakin yang Lu Tingxiao sengaja ingin membalas dendam kepadanya kerana tadi dia mengatakan yang 99 peratus itu adalah disebabkan oleh Si Cilik...

Lu Tingxiao memandang wajah cemberut Ning Xi. Renungannya berubah lembut dan penuh dengan perasaan cinta yang tidak terungkap...

Dia sering kali tidak dapat menahan diri daripada merenung wajah gadis itu dan dia sentiasa ingin berada dekat dengannya. Semuanya kerana dia berasa tidak yakin dengan perasaan gadis itu terhadapnya. 

Sebaik sahaja mereka tiba di pangsapuri Ning Xi, Lu Tingxiao menemani gadis itu sehingga ke pintu rumahnya. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com