webnovel

Kamu Comel Sangat, Saya Tak Tahan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi berkata, "99 peratus lagi mestilah sebab Si Cilik!"

Lu Tingxiao tergamam. 

Si Cilik memiliki bonus yang begitu besar... Bukankah ia sedikit melampau?

Dia seorang saja dah tambah 99 markah?

Lu Tingxiao tidak tahu sama ada dia patut berasa gembira atau sedih...

Dia mengecilkan matanya bila melihat senyuman nakal Ning Xi. "Kamu..."

Hari sudah lewat petang ketika mereka berdua mendarat di lapangan terbang. Tetapi, yang datang menjemput mereka hanya pemandu Lu Tingxiao. 

"Mana Jingli?" Soal Lu Tingxiao tenang sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. 

Pemandu itu menjawab dengan sedikit teragak-agak, "Tuan Muda Kedua sibuk, jadi dia tak dapat datang."

Ning Xi menjongketkan keningnya mendengar jawapan pemandu itu. Dia berkata, "Sibuk? Saya rasa dia memang sengaja tak nak jumpa saya!"

Pemandu itu terdiam. 

Cik Ning dapat meneka dengan betul walaupun dia tidak menceritakan hal sebenar. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com