webnovel

Antara Kisah Dan Tauladan

Alkisah ini bermula pada satu masakala yang paling mendukacitakan dalam sejarah umat manusia pada masa dan waktu itu... Pertelingkahan yang bermula dengan pertikaian dari kesempadanan di antara negara masing-masing menyebabkan terjadinya Peperangan Markoba Kedua... Peperangan yang mengunakan senjata pemusnah besar-besaran yang pernah di cipta oleh manusia bukan sahaja mengorbankan berjuta nyawa yang tidak berdosa, bahkan melenyapkan sebuah kerajaan yang banyak berjasa... Kerajaan yang tidak mungkin dapat berdiri sekali lagi setelah pertama terlibat dengan peperangan yang sama. Inilah satu pengajaran yang amat berguna... Jika manusia tidak mengenang semula dan mengambil ikhtibar dari kesalahan mereka, pasti mereka akan mengulangi perkara yang sama...

***

Aku menghabiskan pembacaan buku sejarah tentang negara yang aku cinta. Air Coklat Putih Ferat yang mulanya di hidangkan aku panas kini menjadi suam-suam kuku… Manakala Kudapan Ringan Mylan aku biar tidak di sentuh sedikitpun… Itulah aku, si ulat buku yang suka mengguna masa yang terluang untuk berada di Pustaka Shanosyzaya...

Buku yang aku baca itu sangat menyentuhkan hati aku sebagai pembaca, manakan tidak; di sebabkan peperangan, manusia saling berbunuhan sesama sendiri hanya kerana perselisihan pendapat antara mereka dan pertikaman lidah antara pemimpin dari pihak yang berlawanan… Hal itu takkan mungkin terjadi jika tiada elemen sebegitu rupa... Jadi aku paham-pahamkan saja…

Satu perkara yang membuat aku sangat suka membaca buku sejarah kerana, aku boleh belajar untuk berubah ke arah yang lebih berguna; bukan hanya mencari salah mana-mana pihak yang bertelagah semata-mata...

Aku renggangkan tubuh badanku dengan mengeliat lalu aku segera bersantapan tatkala aku mendengar bunyi bising di luar sana... Takkutahu kenapa...

Di dalam ketidaksedaran aku, aku di datangi oleh dua orang pemuda yang beberapa tahun lebih tua dari aku... Lalu salah seorang mereka bersuara dengan nada mendatar... "Cik Muda, sudah ke sini sana kami cari Cik Muda... Rupanya di sini Cik Muda berada..." Sahabat peneman di sebelahnya hanya mampu menahan ketawa...

"Sudah candu, berdadah pula... Sudah tahu, bermadah pula... Ferza, Ferza..." Lelaki yang aku panggil Ferza itu hanya mampu membisu dengan penyataan yang di terima manakala seorang lagi pula terbahak-bahak bergelaketawa... Dia tidak menyangka yang sahabatnya Ferza itu mudah di kenakan... "Ha, kau pula; Norma; gelak macam orang gila ni, kenapa???"

Norma berhenti ketawa setelah melihat sahabat yang di temaninya makin malu dalam kemarahan yang amat ketara terlukis di raut wajahnya... "Macam ni, Cik Muda; kami datang ni nak jemput Cik Muda ke Pesta Arsya... Kalau Cik Muda kesibukan, tak mengapa... Kalau kelapangan, kami minta hajat kami berdua ini di penuhkan..."

Aku angguk kepala mengiya segala apa yang di kata, lalu mereka berdua beredar meninggalkan aku sendirian... Kepala yang tidak gatal kugaru dengan kasarnya... Bodoh betul! Macam mana aku boleh lupa dengan hari penting itu! Bukankah setiap tahun aku tidak putus-putus berkunjung ke sana??? Bodoh betul aku!!! - Kata hati kecilku...

Jam di tangan aku lihat, masih ada kesempatan jika aku tak telat... Aku segera pulang ke rumah agamku tanpa banyak bicara... Perjalanan yang menaiki kereta rombongan kerajaan itu mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke destinasi yang di tuju... Memandangkan aku orang kenamaan, mereka tidak mahu aku di persia-siakan...

Bersambung...