webnovel

Kejutan Tanpa Sesiapa Meminta  

Setelah hampir kurang sejam telah berlalu, aku akhirnya tiba di rumah agam milik keluarga. Aku tidak berbasa-basi dan terus turun dari mobilku. Pengiringku seperti biasa akan memastikan semua dalam keadaan yang baik dan terkawal dan aku segera menuju ke pintu rumah. "Selamat kembali, Cik Muda…" Kata Ketua Pembantu Rumah, Hermya.

 

"Terima kasih, Hermya; ermmm, tolong bawa barang-barang saya ke bilik saya sebelum saya sampai ke sana… Saya perlu mempersiapkan diri untuk temasya pada hari ini…" Hermya tersenyum di balik raut wajahnya yang agak berkedut dek kerana usia yang semakin senja. "Baik, Cik Muda; akan saya turut perintah dari Cik Muda…"

 

Hermya segera melakukan tugasan sesuai perintah yang di berikan kepadanya. Segala barang-barang yang aku bawa semasa dalam perjalanan ke rumah agam dari tempat kerja serta-merta di bawa dengan perlahan-lahan, di bantu beberapa lagi orang pembantu yang lebih muda darinya untuk di letak pada tempatnya. Aku pula pergi untuk membersihkan diri…

 

***

 

Dia kelaparan dan kehausan. Tanpa arah; dia ke sini sana tanpa ada tujuan. Dengan perut makin kuat berkeroncong, dia makin terdesak. Waktu semakin lama semakin lama terasa. Tidak kuat dia menahan. Yang dia punya hanya sebuah kalung yang punya makna istimewa pada dirinya. Setelah sekian lama berkelana, akhirnya dia tumbang.

 

***

 

Aku selesai mempersiapkan diri tatkala salah seorang dari pembantu rumahku datang ke kamar beraduku dalam keadaan yang sangat merisaukan aku. Dengan termengah-mengah, dia cuba mengatur bicara. "C-Cik M-Muda… A-a… Ada… O-orang… J-jatuh… D-depan… Ru-rumah… A-agam!!!" Aku menyuruh dia untuk bertenang dahulu. Lalu dia berbicara semula dengan nada ketara. "Cik Muda…"

 

"Ada orang jatuh di depan rumah agam kita, Cik Muda!!!"

 

"Apa?! Cepat bawa dia masuk ke dalam sekarang!!!" Arah aku…

 

"Baik Cik Muda, dengan secepat mungkin!" Pembantu itu segera pergi membawa beberapa temannya tanpa banyak bicara. Aku terfikir sejenak, apa yang sudah di alami oleh orang itu. Aku segera mendapatkannya.

 

***

 

Orang itu mendapatkan aku lalu melutut setelah sedar di angkat oleh pembantu-pembantu rumah agamku. "Cik, saya betul-betul lapar dan dahaga; sudikah kiranya Cik bantu saya…" Aku tidak berkata banyak; aku menyuruh Ketua Pembantu Rumah untuk mempersiapkan makanan dan minuman sesuatu dengan apa yang di harapkan oleh orang itu terhadapku, segera.

 

***

 

Aku melihat orang itu menjamah makanan dan meminum air di hidang dengan penuh lahap. Rasa kasihan membuat aku hanya mampu tersenyum tiap kali dia menjamah sebegitu rupa. Aku membiarkan dia menjamah kesemua hidangnya dengan keluar dari ruang makan dan itu membuat dia terperasan dengan tindakanku. "Cik, tolong temani saya; Cik…"

 

Aku tidak berdaya menolak permintaannya. Kerusi kayu dengan ukiran halus dan berkualiti tinggi itu aku duduk semula sambil melihat dia terus menjamah dan meminum sesukanya. Lalu dia terhenti untuk seketika seraya melihat aku. "Terima kasih, Cik… Cik memang baik orangnya…" Aku tersenyum sendiri. "Sebagai tanda terima kasih, ambillah pemberian saya ini…"

 

Dia mengeluarkan sebuah kalung emas dengan dendaman berbentuk bulat seperti cakera lalu tersenyum sebaik aku menerima tanpa rasa was-was. Aku agak terkejut dengan pemberian sebegitu istimewa. "Saya mohon pada Cik, tolong jaga kalung ini, baik-baik ya…"

 

Aku membalas dengan ringkas… "Baiklah kalau begitu hendaknya…" Dia meminta izin aku untuk membawa diri setelah puas menjamah makanan dan minuman yang aku beri kepadanya. "Moga kita berjumpa lagi… Sphera…." Dia pun terus berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang. Aku terkejut, siapakah Sphera yang di maksudkan??? Tanpa berfikir panjang, aku berdiam.

Bersambung...