webnovel

Memasuki Aras Rahsia

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pengerusi Siley berpaling dan berkata kepada Leylin dan sekumpulan pembantu paderi, "Kamu semua pelajar yang paling cemerlang di Akademi Abyssal Bone Forest saya, yang telah mengalami kematian dengan darah dan api. Kamu bukan sekadar bunga yang terpelihara di dalam rumah hijau, tetapi singa muda yang ganas. Saya mahu kamu memburu mangsa kamu, jejak dan serang mereka. Akhirnya, hancurkan mereka!"

Selepas menamatkan ayatnya, mata pengerusi Siley menjadi merah pekat, dan cahaya darah merah disinarkan, membuat mukanya berubah.

Leylin kelihatan sangat serius, dan dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas lagi.

Seterusnya, pengerusi telah menjanjikan pelbagai ganjaran. Kesemuanya melibatkan sumber-sumber berharga dan maklumat lanjutan sebagai upah apabila pembantu-pembantu paderi musuh berjaya dibunuh. Ini membuat muka pembantu-pembantu paderi berseri dengan perasaan tamak.

"Mengikut khabar angin, pengerusi kita memang seorang yang agresif!" Leylin terfikir, "Agaknya berapa lama kumpulan ini akan bertahan?"

Di sisi lain, pengerusi Pondok Sage Gotham dan Istana Whitewoods turut memberi ucapan. Walaupun pembantu-pembantu paderi mereka bersorak dengan kuat sambil mengangguk-angguk, Leylin berasa gembira.

Akademi-akademi di pantai selatan dipengaruhi oleh cara-cara guru besar mereka masing-masing. Akademi Abyssal Bone Forest lebih bersandar pada dahaga terhadap darah dan peraturan hutan. Keseluruhannya, ia dipengaruhi amalan Magi Gelap.

Bagi dua puak musuh pula, mereka jelas bersandar kepada jenis Magi Terang. Walaupun kebanyakan pembantu paderi mereka bertahap 3, Leylin tidak nampak sebarang kehebatan dan kreativiti pada mata mereka. Kebanyakan mereka juga kelihatan suci, yang sangat mirip dengan pembantu-pembantu paderi Bandar Extreme Night.

"Kalau begitu, masih ada peluang!"

Mata Leylin berkilau. Matlamat dia hanya untuk mengumpul mata sumbangan yang cukup untuk pertukaran Air Grine, jadi dia tidak mempunyai sebab untuk mencari lebih banyak masalah bagi dirinya sendiri.

Air Grine berharga 50 mata sumbangan. Dengan ini, Leylin perlu membunuh 5 pembantu paderi tahap 3 dari pihak musuh, atau lebih ramai pembantu paderi tahap 2, sebelum mengumpul mata yang mencukupi.

"Pembantu-pembantu paderi itu tidak mempunyai medan kuasa pertahanan seperti yang dipunyai seorang Magus rasmi. Sekiranya saya mempunyai masa, saya boleh menganalisa dan memilih lawan saya, memberi mata sumbangan yang mencukupi!"

Leylin menghampiri pembantu-pembantu paderi musuh dan memandang beberapa pembantu paderi tahap 3 yang jelas mempunyai gelombang tenaga rendah.

Mereka akan menjadi mangsanya!

"Baik! Aras Rahsia ini akan bertahan selama 3 hari. Dalam tempoh 3 hari ini, kamu semua akan diangkut ke tempat yang berbeza di dalam aras rahsia ini. Lindungi lencana dada kamu dengan baik. Ia bukti sumbangan kamu dan mengandungi maklumat untuk kembali!"

Siley melambai tangannya, dan pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest membentuk barisan yang panjang sambil berjalan masuk pintu aras rahsia dengan teratur.

Di bawah pengawasan Rumah Api Kemalaman, ia mempunyai beberapa manfaat. Contohnya, mereka boleh masuk ke dalam aras rahsia terdahulu, memberi mereka kelebihan kawasan.

Walau bagaimanapun, Leylin faham berdepan dengan kuasa musuh yang begitu kuat, kelebihan kecil Akademi Abyssal Bone Forest ini hanya satu jenaka!

Jumlah pembantu paderi dalam kedua-dua pihak itu hampir sama, dalam lingkungan 200 orang. Jumlah mereka melebihi jumlah pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest sebanyak 5 hingga 6 kali ganda.

Kebanyakan pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest pula, tidak termasuk mereka yang hilang nyawa dalam peperangan itu, tidak sempat kembali tepat pada masa. Ada juga yang mengkhianati akademi dan terbunuh semasa melarikan diri. Akibatnya, kuasa Akademi Abyssal Bone Forest lebih lemah kepada musuh dari segi kekuatan elit.

Di bawah keadaan sebegini, pengerusi Akademi Abyssal Bone Forest masih boleh menghasut musuhnya. Ini membuat Leylin yakin akan khabar angin – Punca peperangan ini dicetus oleh penghasutan pengerusi Siley.

Sambil berfikir, Leylin mengikut pembantu paderi di depannya ke dalam aras rahsia.

...

*Weng!*

Selepas memasuki aras itu, penglihatan Leylin menjadi gelap. Apabila dia sedar diri, dia sedang berdiri atas tanah yang asing baginya.

Dia berasa pening, seolah-olah berjuta-juta lebah sedang mengepak sayap mereka. Muka Leylin berubah dan hampir muntah.

[Kesan negatif ditemui pada tuan badan. Simptom-simptom termasuk kepeningan dan muntah. Diagnosis utama ialah kesan selepas melintasi kawasan spasial!]

Suara Cip A. I. berbunyi. Leylin menampar dahinya dan membuka sebotol air. Dia kemudian menuang air sejuk itu pada mukanya, yang membuat dia berasa lebih baik.

Melihat persekitarannya, hanya terdapat beberapa pokok kecil dan semak beri. Terdapat juga beberapa pokok buah yang tidak dikenalinya. Buahnya berwarna ungu-merah dan sedikit berbulu pada permukaan.

"Cip A. I., imbaskan sekeliling!"

Leylin arahkan, Dengan serta-merta, sebuah imej 3D biru terang ditayangkan depan mata Leylin.

"Nampaknya tiada apa-apa yang berbahaya!" Leylin mengangguk dan membaca jampian.

Bersama bunyi bacaan itu, muka Leylin menjelma. Matanya menjadi lebih besar, bibirnya lebih pucat, rambutnya bertukar warna, seolah-olah seorang yang berbeza. Ketinggiannya juga lebih pendek beberapa inci.

Yang paling mengejutkan, gelombang tenaga daripada badan Leylin berkurang selepas mengguna sihir pangkat 0 ini. Dia menjadi daripada seorang pembantu paderi tahap 3 kepada pembantu paderi tahap 1 secara perlahan.

[Sihir Pengubahan Bentuk (Gubalan), boleh mengubah ketinggian dan penampilan seseorang, termasuk radiasi gelombang tenaga! Penggunaan: 3 kuasa ajaib, 3 kuasa rohani!]

Sihir Pengubahan Bentuk dipilih khas oleh Leylin apabila dia tinggalkan akademi,

Selepas maju menjadi seorang pembantu paderi tahap 3, dia berjaya mencapai keperluan untuk Cip A. I. membuat penggubalan. Apabila masih di Bandar Extreme Night, sihir Pengubahan Bentuk ini telahpun siap digubal olehnya.

Tentu sekali, tidak kira berapa kali Cip A. I. menggubalnya, sihir Pengubahan Bentuk hanya satu sihir pangkat 0. Ia hanya boleh menyembunyi tenaga dia daripada pembantu-pembantu paderi, tetapi bukan daripada pengesanan Magi rasmi. Kalau tidak, Leylin sudah menggunakannya untuk berubah menjadi pembantu paderi tahap 2 apabila dia kembali.

Lebih-lebih lagi, sihir Pengubahan Bentuk hanya mengurangkan gelombang tenaga dengan sedikit, yang membenarkan dia lulus sebagai seorang pembantu paderi tahap rendah. Ia tidak boleh digunakan untuk menyembunyi sebagai seorang manusia biasa ataupun Magus rasmi.

Walau bagaimanapun, pertumpahan darah di dalam aras rahsia hanya disertai oleh pembantu-pembantu paderi. Jadi penyamaran ini tidak akan disedari oleh pembantu paderi lain.

"Siap!" Leylin melihat bayangnya dalam cermin.

Seorang lelaki berambut perang dengan gelombang tenaga pembantu paderi tahap 1. Dengan penampilan ini, tiada sesiapa yang boleh kenali dia, termasuk Bicky dan Merlin.

"Tetapi, tabiat seseorang tidak dapat berubah dengan begitu mudah. Saya harus mengelak diri daripada kenalan."

Mata Leylin berkilau dan lenyap ke dalam semak beri.

...

Bagi tempat lain dalam aras rahsia pula, pertempuran antara ramai pembantu paderi telahpun bermula. Beberapa pertempuran singkat yang sengit juga kedengaran.

Di samping sebuah kolam kecil, seorang pembantu paderi berambut hitam dengan jubah hitam mengguna kilat untuk menghapus seorang pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest hingga menjadi abu.

Di sebelah lain aras itu, ekspresi Jayden menjadi gelap, dan tiba-tiba berbilang akar terkeluar dari tubuhnya. Akar itu membungkus seorang pembantu paderi musuh dari Istana Whitewoods menjadi sebiji bola akar. Apabila akar itu mengetat, darah segar mengalir keluar daripada celah-celahnya, yang menitik satu demi satu di atas lantai.

Pertempuran sebegini berlaku pada masa yang sama di seluruh kawasan aras itu. Keseluruhannya, pembantu paderi tahap 3 dari Akademi Abyssal Bone Forest mempunyai kelebihan dalam pertempuran 1 lawan 1. Bagi pembantu paderi tahap 1 dan 2 pula, mereka akan dibunuh oleh pembantu paderi tahap 3 dalam sekelip mata.

Terdapat seorang pembantu paderi bermuka bintik dan berambut coklat yang memakai seragam Pondok Sage Gotham. Matanya kecil tetapi ia penuh kecemasan dan hati-hati sambil mengimbas persekitarannya,

"Jahanam! Saya diangkutkan ke sini. Jarak dari tapak perhimpunan akademi sangat jauh…"

Pembantu paderi itu bergegas sambil mengutuk tanpa henti.

* Peng! *

Tiba-tiba, beberapa lubang besar muncul atas tanah. Pancang lumpur kuning coklat terkeluar darinya. Ia menembus jubah kelabu dan perisai dalaman pembantu paderi itu dengan serta-merta. Di perutnya terdapat sebuah lubang besar akibat serangan itu.

Dengan wajah yang menderita dan seolah-olah tidak percaya, mata pembantu paderi itu tampak kehilangan nyawa dengan darah dan organ mengalir keluar dari badannya.

Beberapa minit kemudian, rumput di persekitaran mula bergema. Leylin menanggal pakaian hijaunya dan berjalan ke arah mayat pembantu paderi itu.

Dia membongkok dan merampas lencana merah pembantu paderi itu.

"Dia hanya seorang pembantu paderi tahap 2! Bernilai 3 mata sumbangan!"

Leylin menyimpan lencana merah itu dalam jubahnya. Setiap akademi mempunyai lencana masing-masing. Lencana Akademi Abyssal Bone Forest berwarna hitam, manakala lencana Pondok Sage Gotham berwarna merah. Secara semula jadi, lencana Istana Whitewoods berwarna putih. Lebih-lebih lagi, tahap pembantu paderi berbeza mempunyai bentuk lencana berlainan.

"Cip A. I.! Tayangkan statistik saya!"

[Beep! Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 3, Satria. Kekuatan: 3.1, Ketangkasan: 3.3, Daya Tahan: 3.7, Kuasa rohani: 8(13.2), Kuasa ajaib: 8(13) - (Kuasa ajaib seiring dengan kuasa rohani). Status: Sihat]

"Sihir Pengubahan Bentuk dan Pancang Tanah telah mengguna 5 mata daripada kekuatan sihir dan rohani saya. Saya mesti menjimat kekuatan rohani saya dan cuba gunakan posyen-posyen untuk bertempur!"

Mata Leylin berkilau.

Pertumpahan darah antara akademi bukan setakat pertandingan ataupun perkara sebegitu. Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehinya tadi, Leylin dapat mengesahkan akademi tentangan telah memilih beberapa tapak perhimpunan. Dengan itu, pembantu-pembantu mereka boleh berkumpul di kawasan itu dengan segera dan melancarkan serangan gabungan atas Akademi Abyssal Bone Forest.

Kekuatan Akademi Abyssal Bone Forest pula telah berkurangan dengan banyak. Mereka tidak mampu untuk berkumpul, kalau tidak mereka akan dihapuskan dalam satu serangan. Oleh sebab itu, mereka hanya boleh berpisah dan menempur musuh secara berasingan.

Leylin boleh meramal pada hari pertama, pembantu paderi tahap 3 Akademi Abyssal Bone Forest hanya boleh membunuh beberapa musuh pembantu paderi, dan mendapat kelebihan. Sebaik sahaja musuh bersatu, mereka akan mula memburu pembantu-pembantu paderi dari Akademi Abyssal Bone Forest seperti mengejar itik liar.

Setelah memikir senario di mana formasi sihir mantera dibentuk oleh pembantu-pembantu paderi – apabila disiapkan – boleh merangkumi kawasan yang luas dan memperkuatkan mereka, kulit kepala Leylin merenyek.

"Saya hanya boleh mendapat lebih mata sumbangan sekarang! Kalau tidak, ia akan menjadi semakin sukar selagi ia ditangguhkan!"

Leylin kelihatan suram.