webnovel

Meletak Perangkap

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Oleh kerana Akademi Abyssal Bone Forest dipaksa oleh pihak lain dalam pertumpahan darah ini, pembantu-pembantu paderi mereka berada dalam keadaan yang merugikan.

Dan pembantu-pembantu paderi kepunyaan dua pihak musuh akan pasti mengejar mereka seolah-olah sedang memburu dan membunuh mangsa.

Tidak kira apa jua, walaupun bagi seorang pemburu yang bijak, kalau dia meninggalkan satu mangsa, maka ada kemungkinan keadaan itu diterbalikkan – di mana pemburu pula akan diburu!"

Leylin menjilat bibirnya sambil tersenyum yang berniat jahat.

Sekarang, pembantu-pembantu paderi ketiga-tiga akademi telah terselerak dalam aras rahsia dan dua pihak musuh itu belum lagi berkumpul. Ini masih yang terbaik untuk Leylin mendapat mata sumbangan yang mencukupi!

Sekiranya kumpulan musuh berkumpul, Leylin tidak akan mendapat sebarang peluang lagi.

"Mari kita lakukan! Hari ini, saya mesti tewaskan dan bunuh seramai pembantu paderi musuh yang mungkin dan kumpulkan mata sumbangan yang cukup. Selepas itu, bergantung kepada bimbingan Cip A. I., saya akan duduk di tepi dan mengelak kebanyakan musuh..."

Selepas membuat keputusan, Leylin gegas mengutip kristal ajaib dan sumber-sumber yang ada pada pembantu paderi itu, dan meninggalkan tempat itu.

Dua jam selepas Leylin meninggalkan kawasan itu, seorang pembantu paderi yang lain tiba di tempat itu.

"Itu Greg!" Selepas melihat mayat di atas tanah, anak mata pembantu paderi itu mengecil.

Dia berasal dari akademi yang sama dengan Greg. Melihat rakan sepasukannya terbaring atas tanah, mukanya pucat seolah-olah ingin muntah.

Dia tergumam, "Terlalu bahaya! Misi ini terlalu berbahaya. Saya dan Greg hanya pembantu paderi tahap 2, kita mencari maut dalam aras rahsia ini! Kalau saya tahu lebih dahulu, saya tidak akan mengambil misi ini!"

Muka pembantu paderi itu penuh kesal.

"Melihat luka ini, ia serangan fizikal kuat dengan sihir elemen tanah. Pengguna ini sepatutnya seorang pembantu paderi tahap 3! Dia gunakan kaedah yang kejam sebegini untuk menangani seorang pembantu paderi tahap 2. Tak guna…"

Dia bukan takut akan seorang musuh yang kuat, tetapi seorang yang kuat dan tidak tahu malu!

Selepas pembantu paderi itu faham puncanya, dia merasa kulit kepalanya merenyek. Dia terasa sepasang mata yang dahagakan darah dan taman sedang menyasarnya dari semak beri.

"Tidak mungkin, saya mesti tinggal sekarang!"

Dia kemudian menunduk pada mayat di lantai, " Maafkan saya. Walaupun kita pernah menjadi kawan baik, saya tidak dapat kebumikan kamu dengan betul… atau ia takdir seorang ahli sihir untuk mati dalam perjalanan mencari kebenaran!"

Pembantu paderi itu membaca doanya dan bersedia untuk berangkat.

"He he! Seorang yang tidak berhati perut, tidak langsung mempeduli mayat rakan sepasukannya!"

Suara seorang gadis kedengaran dari atas udara.

"Siapa… Siapa itu?" Pembantu paderi itu meloncat beberapa meter belakang seperti seekor arnab, dan memegang satu skrol hitam dalam tangannya dengan ketat.

"Haha! Lihat dia, seperti seekor arnab yang tidak dapat melarikan diri daripada pemangsa!"

Gadis itu bersuara sekali lagi. Cabang pokok berdekatan bergoncang, dan seorang pembantu paderi perempuan berjubah kelabu muncul di depannya.

Pembantu paderi perempuan ini memakai seragam Istana Whitewoods, dan pembantu paderi yang bersedia berlawan mengeluh lega.

"Hng! Sampah!"

Suara seorang lelaki juga terdengar dari sekelilingnya, dan seorang lelaki muda melangkah keluar dari bayang-bayang. Dia memakai lencana Pondok Sage Gotham, dan seluruh tangan kanannya berwarna perak. Ia memancar warna yang pudar tetapi lembut dan mencermin bayangan semak beri berdekatan.

"Penampilan ini?"

Tangan pembantu paderi itu menggeletar, dan skrolnya terjatuh di atas tanah. "Silver-Claw Saurun! Kamu Silver-Claw Saurun!"

Silver-Claw Saurun dianggap sebagai pembantu paderi Pondok Sage Gotham yang paling kejam. Khabarnya, dia telah membunuh seluruh kampung manusia biasa untuk memperolehi satu bahan yang diperlukan dalam eksperimennya.

Walaupun ia hanya khabar angin, pembantu paderi ini pernah melihat cara Saurun melayan musuhnya – ia perbuatan syaitan!

Biarpun Pondok Sage Gotham puak Magi Terang, tetapi terdapat juga beberapa pembantu paderi berbakat dengan kebolehan bertempur yang luar biasa. Saurun ini antara salah satu mereka.

Saurun tidak mempeduli juniornya yang sedang menggigil ketakutan, dan segera berjalan ke mayat itu untuk memeriksanya.

"Kaedah yang bijak dan kejam! Melihat jaraknya, musuh sepatutnya mengaktif sihir ini dalam lingkungan 20 meter. Ini jarak terhad Pancang Tanah! Musuh ini mempunyai bakat yang tinggi dalam kebolehannya untuk mengguna dan mengira sihir pangkat 0 dia."

Saurun menjilat tangan kanan peraknya sambil mengukir senyuman yang menjijikan.

"Dia kepunyaan saya! Saya akan buru dan bunuh dia secara peribadi, dan biar seluruh dunia tahu akibat menimbulkan kemarahan Pondok Sage Gotham!"

"Kau pula!" Saurun menjeling tajam junior yang sedang menggigil.

"Berambus!"

"Ya! Ya, tuan!" Pembantu paderi itu mengangguk dan lari lintang-pukang seperti seekor rusa kecil. Dalam sekelip mata, dia telah merangkumi beberapa ratus meter, dan juga mengguna sihir percepatan pada tubuhnya.

Melihat bayang pembantu paderi yang melarikan, perempuan itu tersenyum, "Sampah yang tidak berguna! Kalau bukan kerana perjanjian antara akademi kita, saya sudah lama membunuhnya!"

"Berbanding dengan dia, saya lebih minat dalam pembantu paderi dari Akademi Abyssal Bone Forest ini!"

Saurun menjilat bibirnya, dan lidah merah pekat seolah-olah seekor ular, berputar dan bergeliang. "Saya sudah tidak sabar untuk rasa betapa segar darah pembantu paderi itu!"

...

"Cip A. I.! Maksimumkan kawasan pengesanan!"

Leylin memberi arahan ketika mengikut laluan berbatu buntar putih.

Di dalam aras rahsia, keupayaan Cip A. I. juga terjejas. Walaupun kawasan pengesanan menjadi lebih kecil, ia masih boleh memberi amaran dan juga memerhati jalan di depan.

Sebuah imej 3D biru terang muncul di depan mata Leylin.

Dalam peta itu, laluan berbatu buntar itu berbentuk sebuah rune, berliku-liku melalui taman bulatan di tengahnya.

Tambahan pula, Cip A. I. terkesan beberapa jejak radiasi rendah atas tanah ini. Ini bermaksud ahli-ahli sihir telah menggunakan tempat ini sebelum mengendalinya dengan baik, dan tanahnya juga terjejas.

Walau bagaimanapun, tiada apa-apa yang bernilai. Jelas sekali, semua sumber di sini telah digali keluar sebelum aras rahsia ini diaktifkan.

"Nampaknya, ia agak sukar untuk bertemu warisan ahli-ahli sihir!"

Leylin mengangkat bahunya dan sambung perjalanannya.

[Beep! Makhluk-makhluk manusia di hadapan, dikenal pasti sebagai pembantu-pembantu paderi. Jumlah: 3!]

Suara Cip A. I. berbunyi. Mata Leylin berkilau, dan dia menjejak mereka dengan sunyi.

Trio ini terdiri daripada 2 lelaki dan 1 perempuan pembantu paderi. Lelaki di tengah jelas telah mencapai perkembangan seorang pembantu paderi tahap 3.

Pada masa ini, kumpulan kecil ini sedang menuju ke taman itu.

"Adakah kita perlu mengambil risiko sebegini?" Pembantu paderi lelaki yang di belakang mula merungut. "Kita lebih baik berkumpul dengan pembantu-pembantu paderi lain! Sekiranya kita dapat aktifkan formasi sihir, manakala tiada yang perlu kita takut akan…"

"Diam!" Pembantu paderi lelaki di tengah tidak memusing kepalanya, "Kalau kamu pergi bersama kumpulan utama, berapa banyak mata sumbangan yang boleh kamu dapatkan? Saya pernah bertanya tentang tempat ini! Ini aras rahsia ahli-ahli sihir yang terbiar! Aras rahsia! Kalau kita dapat mengorek apa-apa sisa, maka kita tidak perlu risaukan kehidupan masa depan kita. Selain itu, kita juga mungkin terus maju menjadi seorang Magi rasmi!"

Selepas menyatakan ayat terakhir itu, pembantu paderi di tengah menunjukkan tanda-tanda keinginan dan cemburu.

"Kalau kamu tidak ingin, maka lebih baik kamu pulang! Lihat Marie, dia belum berkata apa-apa!"

"Baik! Baik!"

Pembantu paderi di belakang henti bercakap, seolah-olah bersetuju dengan logik pembantu paderi di tengah.

Lagipun, dia dan Marie hanya seorang pembantu paderi tahap 2. Kedudukan mereka berada di bawah pembantu paderi tahap 3 di tengah.

"Betul, kita juga perlu…" Pembantu paderi di tengah tiba-tiba menuding ke depan tanpa menghabiskan ayatnya, "Cepat lihat! Apa itu?"

Di tanah kosong depan mereka, seorang pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest berjubah kelabu sedang memandang mereka dengan mata yang penuh ketakutan. Dia juga ternampak bunga ungu berduri. Di tengah bunga itu, terdapat beberapa helai antena yang tersebar atas tanah.

Melihat kumpulan bertiga itu sedang menuju ke arah dia, pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest berasa takut sambil melarikan diri dengan segera.

"Seorang pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest! Hanya tahap 1! Dia sedang memegang… Bunga Wolf Whisker?"

Mulut pembantu paderi di tengah terbuka besar dan nampaknya beberapa biji telur boleh dimuatkan di dalam.

"Bunuh dia! Bunga Wolf Whisker bernilai lebih kurang 1000 kristal ajaib dan bahan yang berharga!"

Pembantu paderi tahap 3 itu mengaum dan teurs mengejarnya.

* Siu Siu! * Pembantu paderi tahap 3 di belakang dia lebih laju. Tiupan pusaran angin hijau muncul di sekeliling badannya. Kelajuan dia kemudian meningkat beberapa kali ganda ketika meluru ke arah pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest.

"Argh! Jahanam! Bukankah saya kata untuk tidak menggunakannya sehingga masa yang kritikal?"

Pembantu paderi tahap 3 itu menampatr dahinya dan kemudian memeluk Marie dengan sebelah lengan, "Pegang ketat, saya akan tingkatkan kelajuan saya!"

"Tinggalkan Bunga Wolf Whisker!" Pembantu paderi tahap 2 mengejar dengan bersungguh-sungguh sambil menjerit sehingga tekaknya menjadi serak.

"Ini hanya seorang pembantu paderi tahap 1. Saya pasti boleh membunuh dia. Bunga Wolf Whisker!"

Pada masa ini, benih ketamakan yang tidak dapat dipuaskan menumbuh dalam hati pembantu paderi muda itu.

"Apa yang kamu ingin buat?"

Sebaik fikiran pembantu paderi muda itu terpersong, ketua dia membawa Marie dan sempat mengejarnya.

"Tidak! Tiada apa!" Melihat jelingan dingin ketua dia, pembantu paderi muda itu seolah-olah disimbahkan dengan air sejuk. Semua keinginannya lenyap serta-merta.

"Jangan biar dia menyorok dalam semak-semak beri!" Pembantu paderi tahap 3 itu mengarah.

"Baik!"

Pembantu paderi muda itu mengukuh hatinya dan mengejar pembantu paderi yang ada di depan mereka.

100 meter!

50 meter!

30 meter!

20 meter!

10 meter!

Jarak antara dua pihak itu semakin dekat, sehingga pembantu paderi itu boleh melihat muka musuhnya yang takut dengan jelas.

"Bunga Wolf Whisker! Ia kepunyaan kita sekarang! Biarpun kita bahagikannya dengan 3, ia masih bernilai beberapa ratus kristal ajaib bagi setiap orang!"

Pembantu paderi muda itu mempunyai pandangan yang tegas dan melihat pembantu paderi yang sedang melarikan diri bersama kristal ajaib yang banyak.

Sebaik sahaja trio itu sempat mengejar pembantu paderi yang melarikan diri, satu letupan berlaku.

* Boom!!! *