webnovel

My Only Hero

Book 1 of CookyiesCo [Late Update] "Dasar anak pembawa malang!" "Kenapa mother cakap macam tu?! Dia tak salah!" "Thank you, MY HANDSOME HERO." "I will protect you, princess" "Please don't smile if you're broken inside. I love you" Disebabkan satu mitos, dirinya digelar pembawa malang. Demi ingin melihat keluarganya bahagia, dia nekad keluar dari negara itu. Tinggal bersama keluarga pakciknya. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang menjaganya dalam masa yang sama, mencintainya dari jauh.

CookyiesCo · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Chapter 5

2009

Lee Song Wook memerhati gadis kecil yang berada tidak jauh dihadapannya dengan senyuman. Dia mengekori gadis itu dari keluar sekolah tadi.

Seketika kemudian, dia tergelak kecil. Tidak tahu apa yang dah merasuk dirinya supaya mengikuti gadis itu dalam diam. Dia mengenali gadis itu. Sangat kenal.

Tapi dia yakin. Gadis itu langsung tidak mengenalinya. Mungkin juga tidak mengetahui kewujudan akan dirinya. Sepanjang 2 tahun dia memerhati. Menjaga gadis itu dalam diam.

Dari umurnya 6 tahun hingga sekarang umurnya 8 tahun. Setiap hari, gadis itu langsung tidak pernah hilang dari pandangan matanya.

Bukan dia stalker gadis itu. Dia cuma... rasa ingin menjaga gadis itu. Biarpun dari jauh. Melihat gadis itu sentiasa selamat cukup untuk membuatkan hatinya tenang.

Sedang dia mengelamun, seketika kemudian dia tersedar. Cepat cepat matanya melilau mencari gadis itu. Apabila sudah jumpa, matanya membulat.

Terus dia berlari ke arah gadis itu.

Naeun pov

Aku berjalan sambil menyanyi kecil. Plastik bag di tangan yang berisi ubat aku genggam kemas. Sedang leka menyanyi sambil kaki kecilku riang melangkah, tanpa memandang kebawah, aku tidak perasan ada lubang di hadapanku.

Jalan punya jalan, tiba tiba aku terasa sebelah kakiku tidak menyentuh jalan. Baru sahaja aku mahu menunduk, terasa pinggangku dipaut. Serentak dengan itu, aku terus masuk ke dalam pelukan seseorang.

Aku tergamam. Otak aku tidak dapat mencerna situasi kini. Dengan perlahan, aku mendongak memandang wajah yang menyelamatkanku daripada jatuh ke dalam lubang yang dihasilkan oleh pekerja pembinaan.

Wajah seorang lelaki menyapa rentina mata. Wajah lelaki itu hanya beberapa inci dari wajahku. Nafas lelaki itu terasa hangat menyapa dahiku.

Lama dalam keadaan itu, aku tersedar. Pantas aku menolak tubuh lelaki itu. Aku menunduk mencari plastik ubatku. Tiba tiba lelaki itu menyua plastik yang kucari.

Aku memandang sekilas wajah itu sebelum menyambut. "감사합니다. (Thank you.)" kataku sambil menundukkan sedikit badan.

Lelaki itu hanya tersenyum. Kepalaku ditepuk perlahan sebelum kaki melangkah pergi dari situ.

Aku terkebil kebil menghantar pemergian lelaki itu. "Alaa.. I didn't even know his name..."

Aku merengus kecil. Kemudian aku senyum. "Handsome.. my handsome hero.." kaki dibawa menuju ke rumah.

Tanpa disedari sesiapa, ada seorang yang memerhati kelakuan dua budak kecil tadi. Dia mengukir senyuman. Sesuatu bermain difikirannya.

"Felix, find the information about that little boy."

"Roger that, madam"

———

Someone pov

Aku memandang lama pintu kayu mewah dihadapan. Kepala yang tidak gatal digaru. Aku ada buat masalah negara ke sampai orang kenamaan US nak jumpa aku?

Tangan beralih menggaru kening pula. Otak masih bingung. Apa yang menyebabkan aku diheret ke sini?

Lama termenung memikirkan kesalahan diri, kepalaku diusap seseorang. Aku mendongak. Terkebil kebil mataku melihat seorang lelaki memakai sut kerja lengkap tersenyum padaku.

"왜 여기 서 있는 거야? (Why are you standing here?)" soal lelaki itu. Dahiku berkerut. "문을 닫고 기다리는 거야. (Knock the door. Madam is waiting for you.)" sambungnya.

Aku kembali memandang pintu. Teragak agak tanganku mengetuk pintu itu. Ketukan diberi tiga kali. Pekerja lelaki itu masih setia berdiri disisiku. Terdengar suara dari dalam.

"Come in"

Aku mengambil nafas seketika sebelum memulas tombol pintu dan melangkah masuk.

Agatha pov

Aku tersenyum melihat budak kecil yang melangkah masuk ke dalam bilikku. Langkah diatur mendekati budak itu.

"You can speak English well, right? Lee Song Wook?" Soalku.

Matanya membulat. Mungkin terkejut kerana aku menyebut nama penuhnya. Aku tergelak kecil.

"Don't be scared. Come. Have a seat."

Setelah kami mengambil tempat di sofa, aku menyuruh PA ku Felix menyediakan air. Kemudian aku menoleh memandang Songwook. Budak itu kelihatan agak takut.

"Why do you want to see me..."

"Nanny.. just call me nanny. Because I'm already a nanny."

Songwook mengangguk.

"You're 7, right?" Soalku.

"Yes, nanny. Err.. why do you want to see me, nanny? How do you know me? I don't even know you."

Aku hanya tersenyum. "You don't know me but I know you really well, young man." Wajah Songwook seakan terkejut. Aku senyum saja. "How well you know my granddaughter, that's how I know you, boy."

Dahi Songwook berkerut.

"Your granddaughter? Who?"

"You know who."

Songwook diam seketika. Kemudian matanya membulat. "Is.. is it.. Kang... Na.. Naeun?"

Aku mengangguk. Terus pucat wajah budak kecil itu. Aku tergelak. "You seems very scared, young man. Why? Did you do something wrong?"

Aku bermain tarik tali dengannya. Sengaja mahu dengar dari mulut budak itu sendiri.

"Err.. ac.. actually.. I.. I really.. do.. kn.. know.. your granddaughter.. so.. so.." Songwook menghela nafas seketika. Kemudian dia memandangku dan menyambung. "I like Kang Naeun. So I've followed her since she was 6. But I'm not a stalker. I... I just... want to keep her safe. That's all."

Seusai berkata, Songwook terus menunduk bawah. Tidak berani untuk bertentang mata denganku. Aku mengukir senyuman. Akhirnya..

"At last! You've admit it. That's what I've been wanting to hear it."

Songwook terus memandangku dengan wajah terkejut. "You're not mad at me? But why?"

"Because you protect Naeun. So, why do I have to be mad at you? In fact, I would like to thank you."

Songwook menarik nafas lega.

"So.. here's the thing. I want you to continue protecting Naeun. Keep her safe and sound. But don't reveal yourself. Don't let Naeun know you. Can you do that?"

Songwook terdiam seketika.

"If you want money, I can give you. Just say it. How much do you want?" Soalku apabila tiada respon yang diberikan budak itu.

Songwook yang mendengar pantas menggeleng. "No no. I don't need your money."

"Then?"

"Okay. I can do it. I can protect Naeun. But don't pay me. Please."

Aku mengangguk. Nafas lega aku lepaskan. Lega kerana ada yang sudi melindungi cucuku.

Aku memberikan senyuman. "Thank you, young man. Thank you so much. But if you don't want my money, it's okay. Just if you want anything, let me know. Okay? It's my mark to thank you."

Songwook mengangguk. "So.. can I go now?"

"Yes. Thank you again."

"My peasure, nanny."

———

3 tahun kemudian...

Aku hanya menunduk bermain jari. Pasangan suami isteri dihadapanku kelihatan resah. Seketika kemudian, namaku diseru. Aku mendongak.

"When are you leaving, boy?" Soal Kang Baekhee.

Ya. Aku kini sedang berjumpa dengan ibu dan ayah Kang Naeun. Kerana ingin menyampaikan pada mereka, keluargaku akan pindah ke Malaysia. Jadi, aku tidak boleh menjaga Kang Naeun lagi.

"Erm.. This Saturday."

Mereka berdua menghela nafas berat. "Okay." Baekhee duduk disebelahku. Bahuku dipegang. "Thank you for taking care of my daughter for the past 5 years. I appreciate it so much." Kang Baekhee memelukku.

Aku tersenyum dan mengusap belakangnya. "If I love someone, I've already promise to myself to take care, protect her no matter what."

Kang Baekhee merungkaikan pelukan. Dahinya berkerut memandangku.

"You.. you love Naeun?"

"Yes. I really do."

———

2013

Aku berjalan sambil menghirup udara segar. Wahh.. lamanya tak datang negara kelahiran sendiri. Sejak 3 tahun lalu, aku langsung tidak menjejakkan kaki kesini.

Betapa rindunya aku pada susana tenang di sini. Tapi, hati lebih perit menahan rindu pada si dia. Aku mengeluh kecil.

Apa khabarnya? Sihatkah dia? Masihkah ada yang membulinya? Siapa yang menjaganya dari terus dibuli?

Sungguh. Hati ini meronta ronta ingin mencari si pemilik hati. Ingin mengetahui keadaannya. Tapi, aku tak tahu mahu cari di mana.

Apabila aku pergi kerumahnya, rumah itu seakan akan kosong tidak berpenghuni. Nak pergi sekolah? Nah.. takut kena serang pulak.

Jadi, aku hanya mengambil keputusan berjalan jalan berdekatan dengan kawasan sekolah. Sedang aku berjalan, tiba tiba telinga menangkap satu jeritan.

"너! 당장 멈춰! (You! Stop right there now!)"

Mataku kemudian terpandang seorang gadis yang amat aku kenali sedang berlari.

Bukan lari biasa. Tetapi seperti melarikan diri. Dengan bag sekolah disandang di belakang. Dengan baju sekolah masih tersarung pada tubuh. Wajah gadis itu pucat. Seakan takut.

Aku segera bersembunyi di belakang tong besar. Apabila gadis itu melintas di hadapanku, terus aku tarik gadis itu. Baru sahaja gadis itu hendak menjerit, pantas aku menekup mulutnya.

"Diam. Nanti diorang jumpa kau."

Gadis itu hanya akur. Aku tersenyum. Aku tahu dia faham bahasa melayu.

Lama aku merenung belakangnya. Ingin melepaskan rindu yang menggunung. Setelah lama tidak bertemu, akhirnya aku berjumpa dengannya dengan kembali menjadi penyelamatnya.

Apabila bunyi kasut berlari melintasi kami, terus aku mengalihkan tanganku dari mulutnya. Gadis itu mengintai sedikit. Aku senyum dan terus keluar dari situ.

Aku masih ingat pesanan nanny agar tidak membocorkan identitiku. Hoodie aku tarik menutupi wajah. Mask di mulut aku betulkan.

Selepas beberapa langkah, aku pusing kebelakang. Melihat gadis itu. Dia seperti berkerut hendak mengecam wajahku disebalik hoodie dan mask.

Terus aku berpaling ke hadapan semula. Kaki diatur menuju ke hotel kembali. Bibirku tidak hilang dari senyuman. Sungguh gembira dapat berjumpa dengan buah hatiku. Moga kita berjumpa lagi, princess.

Jaga diri

Kang Naeun.

2017

Aku mengeluh apabila mengingat kembali kisah dulu. Hati mula tertanya tanya.

Di manakah gadis itu sekarang? Mesti dia dah besar dan cantik. Masih adakah yang membulinya? Sihatkah dia?

Tiba tiba aku teringat sepupu Adam. Falisha Naura. Wajahnya seperti Naeun. Aku masih ingat matanya. Berwarna perang. Sama dengan mata Naeun. Sebijik.

Perwatakannya juga seperti Naeun. Lembut. Dan agak takut dengan orang yang tidak dikenali. Dapat aku lihat matanya apabila aku merenung matanya tajam.

Seperti sedang menyimpan satu duka dan ketakutan di sebalik anak matanya yang cantik itu.

Adakah Falisha Naura Kang itu Kang Naeun? Perasaanku makin kuat apabila dapat tahu Naura berasal dari Korea. Dan nama Kang pada belakang namanya.

Kemudin aku menggeleng. Tidak. Tidak mungkin itu Naeun. Takkan dia berani nak pindah Malaysia? Sedangkan nanny pernah memberitahunya bahawa nanny sungguh benci akan negara ini.

Masakan nanny benarkan Naeun pindah sini. Kan? Lagi satu, Naeun bukan jenis yang senang berkawan. Tapi Naura cepat sahaja bergaul dengan rakan sekelasnya.

Jadi. Aku membuat keputusan bahawa Falisha Naura Kang bukan Kang Naeun. Ya. Tidak sama sekali.

Hati aku masih milik Naeun. Tidak akan aku buka untuk orang lain. Biarpun aku perlu menunggunya sehingga rambutku sudah bertukar putih.

Dan disebabkan itulah, aku menjadi dingin dengan semua gadis. Kecuali mom dan adik kembarku. Kerana hati aku masih kekal mencintai dia.

TBC