webnovel

My Only Hero

Book 1 of CookyiesCo [Late Update] "Dasar anak pembawa malang!" "Kenapa mother cakap macam tu?! Dia tak salah!" "Thank you, MY HANDSOME HERO." "I will protect you, princess" "Please don't smile if you're broken inside. I love you" Disebabkan satu mitos, dirinya digelar pembawa malang. Demi ingin melihat keluarganya bahagia, dia nekad keluar dari negara itu. Tinggal bersama keluarga pakciknya. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang menjaganya dalam masa yang sama, mencintainya dari jauh.

CookyiesCo · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Chapter 15

Naura tunduk bermain jari. Dari tadi Harith asyik merenungnya. Yang lain semua dah turun pergi cafe. Macam pakat pulak nak tinggalkan dia dengan Harith dalam ni.

Tapi kenapa?

"Kau sehat?"

Suara Harith mematikan suasana sunyi diantara mereka. Naura tersentak. Diangkat wajah memandang Harith yang duduk di kerusi. Harith mengangkat kening. Tanda dia mahu jawapan dari soalannya tadi.

"Okay."

Naura kembali menunduk. Sungguh dia tidak selesa duduk berdua dengan Harith begini. Harith meraup wajah. Macam mana dia nak mulakan ni? Adam pon satu! Suruh aku yang cakap kenapa?

"Ehem. Naura. Actually I have something to tell you."

Naura memandang Harith. "Apa dia?"

Jantung yang berdegup laju, cuba di tenangkan dengan mengambil nafas. Harith merenung wajah Naura. Mata hazelnya menatap dalam mata coklat Naura. Gadis yang telah mengambil hatinya.

Naura kaku dengan renungan lembut Harith. Sama! Tersangat sama dengan Heronya.

"Before I said this. I want you to know that, I'll always be there whenever you want me to."

Naura berkerut. Apa maksud dia? Kenapa Harith cakap macam tu? Belum sempat Naura ingin membuka mulut bertanya, Harith pantas memotong.

"Listen me first. It's about... about..." Harith tidak sanggup meneruskan kata katanya. Dia takut Naura akan sedih. Dan tidak dapat menerima kenyataan.

Naura seperti dapat mengagak apa yang Harith mahu sampaikan. Sudah tiba masanya, dia ceritakan perkara yang sebenar.

Tapi.. yang dia hairan. Kenapa mesti Harith? Kenapa bukan Farish? Abangnya sendiri atau Adam? Atau ahli keluarganya? Kenapa Harith? Lelaki yang langsung tidak ada kena mengena dengannya.

"It's about my family, is it?" Soal Naura tenang. Ya. Dia sudah tahu dan dia redha. Macam mana dia tahu? shh...

Harith terkejut. "Macam... mana... how.. who.." Harith berkata tak jelas. Macam mana Naura tahu? Ada orang lain dah bagitahu dulu ke? Tapi rasanya semua sudah maklum dia yang akan sampaikan berita ni pada Naura.

Naura yang melihat Harith keliru, tergelak kecil. "Harith. I'm fine. And I already know about it."

"But... how? Who told you?" Soal Harith keliru.

"I know it from my along. Faiz." Naura menjawab dengan kepala yang ditunduk. Rasa rindu yang teramat pada ibu bapa dan abangnya.

Harith makin keliru. Faiz? Faiz yang bagitahu? Tapi macam mana? Roh dia datang ke?

Naura menghela nafas. "Actually.. when I was still in coma, I dreamt about something." Dan Naura pun cerita lah segala mimpinya pada Harith. Dari situlah dia tahu, mummy daddy dan alongnya meninggal.

Harith terdiam mendengar cerita Naura. Sungguh kuat gadis ini. Naura sudah tahu. Tetapi apabila Naura sedar, dia buat seperti tidak tahu apa apa. Ceria sahaja wajahnya. Tidak langsung menanyakan tentang ibu bapa dan abangnya.

Tapi seceria-ceria gadis itu pun, Harith yakin. Naura menyimpan rasa sedih dan rindunya dalam hati. Tidak mahu melihat ahli keluarganya risau.

Mata Harith menangkap air mata jernih yang mengalir di pipi pucat Naura. Harith mengeluh perlahan. Aku harap apa yang aku buat ni, betul.

Perlahan lahan, tubuh Naura yang semakin terhinggut ditarik ke dakapannya. Masuk sahaja dalam dakapan Harith, terus Naura menghamburkan segala yang disimpan pada dada Harith.

Harith memujuk perlahan dengan tangan mengusap lembut belakang Naura.

"Let all the pain go. Don't worry. I'm here for you. Just cry if that will make you feel better."

Farish dan Adam yang melihat dari luar tersenyum melihat Harith dan Naura. I know you are the one for her, Harith. Bisik Adam dalam hati.

———

Harith melangkah keluar dari wad. Keluhan kecil dilepaskan. Harith mendekati Farish dan Adam yang sedang— what?!

"Woi! Cepatlah wei!"

"Ishh!! Sabarlah!"

"Wei! Kau bunuh lah dia! Cepat!"

"Ye ye. Kejap."

"Weh! Tolong! Tolong aku weh!"

"Aduh! Kau ni! Pikir tangan aku ada banyak ke nak tolong kau!"

"Weh!! Wei wei wei.. Hah nice! I'm dead."

Harith memberi gelengan pada nurse yang ingin menghampiri. Dia tahu nurse itu mahu menegur kebisingan yang tercipta dari monyet dua ekor ni.

Harith tergeleng kepala. Bertuah betul budak berdua tu. Sempat lagi diorang main game? What the h***!

Ktak! Ktak!

"Aduh!! Sakitlah bongok!"

"Woi!! Kau pahal?!"

Harith mencekak pinggang. "Korang tu yang kenapa? Ni hospital tahu tak! Kalau nak bising bukan dekat sini! Cuba hormat sikit. Tak boleh?"

Adam dan Farish berpandangan.

"Kita bising ke?"

"Entah. Ye la kot."

"Yeke? Kita bising eh?"

"Aku rasa ya. Kalau tak, takkan Harith membebel kan?"

Harith menepuk dahi. Apalah nasib aku dapat kawan yang macam ni? Hadehh..

"Dah lah! Aku nak turun cafe. Korang kalau nak ikut, ikut. Kalau taknak, jaga Naura. Cau!"

"Eh jap!" Farish menahan langkah Harith.

Harith berpusing. Kening diangkat.

"Adik aku tengah buat apa?"

"She's sleeping. Korang nak ikut aku tak?" Soal Harith.

"Aku taknak. Kenyang lagi." Balas Adam.

Harith menganggguk dan memandang Farish. "Ermm.. aku ikut lah. Tetiba rasa nak makan nasi ayam."

Harith dan Adam berkerut. Farish yang melihat kerutan mereka juga turut berkerut.

"Asal?" Soal Farish.

"Kau... lelaki kan?" Soalan Farish dibalas dengan soalan dari Adam.

"Kau kenapa?! Soalan minta kaki." Farish menjeling. Buta ke apa? Dah sah aku lelaki. Soalan pun...

"Takk.. kau serious ke tak pergi jumpa doctor minta tukar jantina?" Kalini Harith pula yang bertanya.

"Woi!! Kau agak agak lah gila! Dah apahal aku nak kena jumpa doctor tukar jantina bagai?!"

"Oh tak eh?" Soal Adam.

Farish memandang Adam tajam. Adam sengih. Kedua tangan diangkat tanda mengalah.

"Takdelah. Dah kau kata terasa nak makan nasi ayam. Macam orang mengandung tahu? Tu yang kitorang tanya. Bukan apa.. Nak kan kepastian je." Jelas Harith selamba.

Farish mengetap rahang geram. Bertuah punya budak!

"Heshh!! Lantak korang lah! Yang penting, aku nak makan nasi ayam. Harith, jom. Adam. Kau jaga adik aku elok elok." Sejurus selepas berkata, Farish terus menarik Harith menuju ke lif.

Yang tak boleh blah nya, dia bukan tarik lengan Harith, tapi kolar baju lelaki itu yang ditarik. Akibatnya, terbatuk batuk jejaka itu mengikut langkah Farish.

Adam tergelak melihat itu. Kemudian dia masuk ke dalam wad Naura. Bukak sahaja pintu, terkejut dia melihat Naura yang sedang duduk bersandar di atas katil memandangnya.

"Kakngah bukan tidur ke?" Soal Adam.

Naura senyum dan mengangguk. "Tidur. Tapi dah bangun."

Adam mengangguk. Pintu ditutup dan dia merapati Naura. Dilabuhkan punggung pada kerusi. Wajah Naura yang masih tersenyum dipandang. Terukir senyuman Adam melihat senyuman manis Naura.

"Kakngah nak apa apa tak? Air ke?"

Naura menggeleng. "Naura cuma nak penerangan."

Adam berkerut. "Penerangan? About what?"

"About Harith."

Adam diam. Dia tahu. Naura pasti akan bertanya juga. Mestilah gadis itu pelik kenapa Harith yang memberitahunya tentang apa yang terjadi.

Adam menghela nafas sebelum mengangguk. "Okay. You ask, I answer. Are you okay with that?"

"Okay."

"So.. what is it?"

Naura menggengam selimut erat. "Kenapa Harith yang bagitahu pasal family Naura?"

"Sebab dia yang layak." Jawab Adam tenang.

"Kenapa? Dia bukannya dari keluarga kita pun. Naura kenal dengan dia pun tak lama. Nak sembang apatah lagi."

"Itu nanti kakngah tahu. Next question?"

Naura muncung. Alaa... itu yang dia nak sangat tahu. Tapi Adam tak nak bagitau pulak.

Adam menjongket kening. "Dah habis dah?"

Naura mengangguk dengan muncung yang masih dibuatnya. Adam senyum. Ditarik muncung Naura.

"Auchh!! Sakitlah angah!" Naura menutup mulutnya.

"Padan muka. Muncung lagi. Betul ni dah takda soalan dah?" Soal Adam meminta kepastian.

Naura sengih. "Hehe.. ada ada. Abang Rish mana?"

"Dekat cafe. Tengah melantak nasi ayam dengan Harith."

Naura mengangguk. "Dah. Takde dah."

Adam senyum. Diserabutkan rambut panjang Naura yang tidak berikat. Naura merengus geram sambil tangannya membetulkan rambutnya kembali.

———

Sudah genap seminggu dia keluar dari hospital. Dan seminggu itu juga dia dikurung dalam rumah. Ahli keluarganya langsung tidak membenarkan dia keluar dari rumah. Hatta nak pergi taman yang setakat beberapa meter tu pun tak boleh. Jadinya, mati kering kebosanan la dia di rumah.

Naura merenung syiling bilik. "Ishh!! Benci lah dorang ni! Suka tinggal aku sorang sorang. Dah la semua keluar. Macam berpakat pulak. Dengan Kak Tina sekali diangkutnya. Tapi kan... memang nampak macam diorang semua dah berpakat. Yelah.. semua keluar serentak. Pastu boleh pulak pesan dekat aku jaga rumah elok elok. Diorang buat apa sebenarnya? Ke... diorang ada plan something yang aku tak tahu?" Bebel Naura seorang diri.

Naura bangun dari baringnya.

"Ni dah malam, tak balik balik lagi. Entah mana lah diorang pergi ye sampai tak ajak aku sekali? Hmmm..."

Sedang Naura berteka teki dengan soalannya sendiri, pintu biliknya diketuk dari luar. Naura memandang pintu.

"Adik. Angah ni."

Oohh.. angah. Balik dah mereka semua? Naura bangun dan membuka pintu. Terpacul wajah kacak Farish yang sedang tersenyum.

"Yes, angah?"

"Turun. We all have something to discuss."

Dahi Naura berkerut mendengar arahan abangnya. "About what?"

Farish hanya membiarkan soalan Naura. Matanya memerhati pakaian gadis itu. "Adik pergi tukar baju. Pakai yang sopan sikit. Tak payah nak makeup. Just wear a simple but nice outfit. And make it quick. Go." Arah Farish.

Naura yang masih keliru hanya menurut. Dia melangkah masuk ke dalam closet. Tidak perlu berfikir panjang, tangannya terus mencapai baju kurung berwarna baby blue dan disarung pada tubuh.

Selesai menukar baju, Naura melangkah keluar dari closet. Farish yang sedang duduk di birai katil dihampiri. "Angah, done."

Farish memerhati Naura dari atas hingga bawah. Hmm.. perfect. "Nice. Look beautiful as always. Let's go." Terus ditarik tangan adiknya turun. Sempat tangan Naura menutup suis lampu dan kipas dibiliknya.

Kang tak tutup, naya je kena bebel sebab bill melambung. Sampai sahaja di ruang tamu. Naura mengambil tempat di sebelah Adam manakala Farish di sebelahnya.

Wuish! Semua ada. Ada apa ni? Macam serious je. "Ada apa ma? Pa?"

Mama dan papa berpandangan sebelum bertukar senyuman. Naura pelik. Kenapa senyuman mereka seperti ada maksud yang tersirat? Naura menunduk.

Entah entah.. mama dan papa dan menghantar aku pulang ke Korea semula! Sebab angah ada. Mungkin diorang fikir angah boleh jaga aku. Lepastu diorang pon pulangkan balik aku dekat angah. Lepastu nanti angah bawak aku balik Korea semula. What?! Huwaaaa!!!! Aku tak nak!!!

Tangisan hati Naura terhenti apabila terdengar suara mama. "Kejap eh. Kita tunggu someone."

"Siapa ma?"

Soalan Naura hanya dibalas dengan senyuman dari mama. Dan senyuman itu masih tersimpan seribu satu makna yang Naura tidak tahu.

Dia memandang Adam di sebelah. Adam hanya mengangkat bahu. Naura menoleh pada Farish pula. Farish juga begitu.

Dipandang papa yang sedang khusyuk menatap ipad. Pasal kerja mungkin. Dari gaya papa, nampak sangat lelaki itu tiada tanda tanda mahu memandangnya.

Naura mengeluh. Kalini, harapan terakhirnya. Ayra. Ayra yang perasan akan pandangan Naura pantas menyibukkan diri bermain telefon.

What?! Semua palau aku?!Naura fedup. Disandarkan belakang tubuh pada sofa. Merajuk lah macam ni. Semua taknak layan dia. Tadi kata ada benda nak bincang. Lepastu kena tunggu 'someone' pulak. Ishh!! Tido lagi bagus.

Baru Naura mahu memejam mata, kedengaran bunyi loceng rumah bergema. Semua yang ada disitu terus tersenyum lebar. Termasuklah si Aidan yang tadi elok menatap ipad menonton omar dan hana juga turut tersenyum dengan mata memandang pintu utama.

Naura malas mahu melayan mereka. Terus dipejam matanya. Cuba menghiraukan keadaan sekeliling dan membuang pelbagai rasa dihatinya.

"Assalamualaikum." Telinganya menangkap suara beberapa orang memberi salam.

"Waalaikumussalam." Jawab seisi rumah serentak. Naura? Hanya menjawab dalam hati. Dia masih begitu. Duduk bersandar selesa pada sofa dengan mata yang tertutup. Langsung tidak dihiraukan suasana ruang tamu yang agak bising kerana semua ahli keluarganya sedang menyambut tetamu itu.

Naura berkerut apabila terasa bahunya dicuit. Naura masih berdegil tidak mahu membuka mata. Merajuk!

"Kakngah. Bangun lah! Tetamu dah sampai tu. Malu la sikit." Tegur Adam dalam keadaan berbisik.

Naura melepaskan keluhan kecil. Dibuka juga matanya dan duduk tegak. Wajah Adam disebelah dipandang dengan kening yang dijongket.

"Mana?"

Belum sempat Adam menjawab, mama terlebih dahulu menarik Naura berdiri.

"Inilah anak saudara aku, Dee. Falisha Naura." Kata mama.

Naura memandang mama sebelum matanya memandang gerangan yang berdiri di hadapannya. Seorang wanita yang mungkin sebaya mama sedang melihatnya dengan senyuman.

Naura terpegun dengan kecantikan wanita ini. Sungguh cantik dan bergaya. Sama macam mama. Hmm.. patutla boleh jadi kawan. Walaupun umur dah nak masuk 40, mungkin, tetapi tetal cantik dan elegant.

Naura menunduk menyalam tangan wanita itu. Terkejut Naura apabila tubuhnya ditarik ke dalam pelukan. Terkebil kebil dia di bahu wanita itu.

Terasa lembut usapan pada belakang tubuhnya. Naura membalas pelukan wanita ini dengan senang hati. Walaupun dia masih tertanya tanya. Siapakah wanita ini sebenarnya dan kenapa dia perlu menunggu kedatangan wanita ini?

Pelukan dileraikan dan tangannya pula digenggam. Wanita yang dianggap kawan mama ini masih tersenyum memandangnya. Malu pula apabila dirinya direnung sebegitu.

"So, this is Falisha Naura ye? Nice to meet you sweetheart. I'm Datin Deelaila."

Naura menunduk hormat. "Nice to meet you too, Datin."

Datin Deelaila tergelak. "Oh please, dear. Don't call me Datin. Just mom. Okay?"

Naura tertunduk malu. "Baik, Datin. Eh! Mom." Naura sengih.

"Oh my Allah! Idah! She's so cute!" Kata Datin Dee pada mama teruja.

Naura makin menunduk malu apabila dirinya dipuji depan depan begini.

"Udah udah lah tu Datin Datin sekalian. Bila kita nak mula ni?" Suara papa menghentikan kelakuan Datin Dee dan mama.

Mama menjeling papa. "Alah abang ni. Yelah yelah. Jom jom."

"Eh! Zafran mana? Tak datang ke Dee?" Soal mama pada Datin Dee.

"Ada. Kejap lagi sampai lah tu. Dia ada kerja sikit tadi." Balas Datin Dee.

Yang lain mengangguk faham

Naura blur. Zafran? Siapa pulak tu? Mula? Mula apa? Makan ke? Naura terduduk kembali di sofa apabila ditarik oleh Adam.

Oh! Baru dia perasan. Ada lagi beberapa orang yang dia tidak kenali berada bersama mereka. Terdapat seorang lelaki yang dia agak, sebaya dengan papa sedang duduk di sebelah Datin Dee. Suaminya mungkin.

Mata Naura tertancap pula pada sofa yang diduduki Ayra tadi. Kelihatan ada lagi dua orang gadis sebaya Ayra sedang duduk dikiri dan kanan Ayra. Nampak mereka macam dah lama kenal. Kawan kakak kot.

Naura menunduk apabila terasa pergerakan seseorang di kakinya. Tersenyum dia melihat Aidan yang terkial kial memanjatnya. Dengan tangan kanan memegang ipad. Apabila dia gagal mahu duduk di riba Naura, dicampak ipadnya pada Farish.

Farish yang langsung tak menjangka akan situasi itu mengaduh sakit apabila ipad Aidan mendarat betul betul di perutnya. Berkerut dahinya menahan sakit. Habis hancus six pack aku!

Yang lain tergelak melihat perangai selamba Aidan. Apabila si kecil itu berjaya duduk di riba Naura, dia bertepuk tangan suka.

Terus dirampas ipad di tangan Farish dan menyandar pada tubuh Naura. Sempat dijelir lidah pada Farish. Farish mengecilkan mata melihat perangai adik sepupunya itu. Sabar aje lah!

Naura yang perasan muka merah Farish, mengusap perlahan lengan abangnya. Cuba meredakan kemarahan abangnya itu. "Biasalah tu. Angah dengan dia kan memang tak sekepala." Bisik Naura.

Farish hanya diam. Kerana dia juga mengakui akan kenyataan itu.

"Assalamualaikum."

Semua kepala kepala yang berada di ruang tamu itu berpaling ke arah pintu masuk. Seorang lelaki berkemeja hitam yang dilipat lengan kemeja ke siku dipandankan dengan tie merah dan berseluar slack melangkah masuk ke dalam rumah agam Dato Ahmad.

"Waalaikumussalam. Masuklah Zafran." Pelawa papa.

Naura terkedu. Apa dia buat dekat sini?! Ini ke Zafran yang dimaksudkan mama tadi? Tapi kenapa?

Mata coklat terang Naura setia mengikut langkah Zafran yang menghampiri Datin Dee. Dicium tangan wanita itu. Pada Dato Hayqal juga dia berbuat sedemikian. Dihampiri pula papa dan disalam hormat tangan papa.

Zafran kemudian mengambil tempat di sebelah Adam yang Naura sendiri tidak tahu bila jejaka itu bertukar tempat. Zafran dan Adam berbro fist. Di ikuti Farish.

Dua orang gadis yang duduk bersama dengan Ayra tadi bangun dan menyalam tangan Zafran. Mata Naura yang dari tadi memerhati bertembung dengan mata Zafran. Sekejap cuma. Terus Naura melarikan pandangan.

"So.. I guess we can start now?" Soal papa memecah kesunyian.

Ibu ibu dan bapa yang lain mengangguk. Tiga jejaka dan tiga gadis mula tersenyum. Hanya Naura yang masih blur.

"Naura."

Naura mengangkat muka apabila mamanya menyeru. Senyuman manis diberikan pada mamanya. "Ya, ma?"

"Mama kenalkan. Ni Datin Dee, kawan mama atau seperti yang Datin Dee kata tadi, mom. Sebelah tu suaminya, Dato Hayqal."

"Same as my wife. Do call me dad. No need Dato bagai." Kata Dato Hayqal.

Naura hanya senyum dan mengangguk.

"Yang duduk dengan Ayra tu, anak kembar bongsu mom. Hana Zara dan Hani Zira." Kini Datin Dee pula yang menyambung. Naura memandang si kembar cantik itu.

"Hai akak!" Tegur mereka dengan tangan yang dilambai. Naura tergelak kecil. Dibalas teguran dan lambaian gadis kembar itu.

"Anak sulung mom. Haziq Zafran. Dia tak dapat datang. Outstation. Nanti mom kenalkan." Naura mengangguk lagi.

Datin Dee memandang sahabatnya. Dengan senyuman dan anggukan, mama berdehem. "Last but not least. Harith Zafran. Your future husband."

Naura terkaku.

"Future... hu... husband?"

TBC