webnovel

My Only Hero

Book 1 of CookyiesCo [Late Update] "Dasar anak pembawa malang!" "Kenapa mother cakap macam tu?! Dia tak salah!" "Thank you, MY HANDSOME HERO." "I will protect you, princess" "Please don't smile if you're broken inside. I love you" Disebabkan satu mitos, dirinya digelar pembawa malang. Demi ingin melihat keluarganya bahagia, dia nekad keluar dari negara itu. Tinggal bersama keluarga pakciknya. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang menjaganya dalam masa yang sama, mencintainya dari jauh.

CookyiesCo · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Chapter 14

'Bro, aku balik dulu. Esok jumpa. Ada hal.'

Adam melihat mesej yang dihantarnya pada Harith. Adam smirk. Hal? Gadis yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya di pandang.

Adam merenung wajah Hasya yang sedang lena. Terbit senyuman kecil pada bibirnya.

Mata yang bundar dan bulu mata yang melentik cantik. Turun pada hidung kecil yang comel. Pipi yang putih kemerah merahan. Mata Adam terhenti pada seculas bibir pink Hasya. Nipis dan nampak soft di matanya.

Cute.

Detik hati Adam. Tergeleng kepala Adam apabila teringat akan tindakannya tadi. What? Isteri? Heh. Kau memang cari nahas Adam Zayn.

Gadis yang kau baru jumpa sebab dia terlanggar kau, minta tolong dekat kau. Gadis yang kau tak pernah langsung jumpa sepanjang 17 tahun kau hidup. Terus kau mengaku dia isteri kau. Semata mata nak tolong dia dari diambil lelaki jahanam tadi.

Adam meraup kasar wajahnya. Apa yang aku nak jawab dengan mama papa nanti? Dipandang lagi wajah polos Hasya.

Baru tangannya mahu menyentuh bahu Hasya ingin mengejut, terbantut apabila iphonenya berbunyi. Adam melihat pemanggil.

Harith is calling...

Butang hijau ditekan. Dengan iphone yang melekap pada telinga, kakinya melangkah keluar dari kereta. Adam menyandar tubuh pada bahagian hadapan kereta. Menghadap tasik yang luas.

Hasya terpisat pisat bangun akibat terjaga dengan bunyi pintu. Matanya meliar memandang ke luar. Aku kat mana ni?

Matanya menangkap kelibat Adam yang sedang bercakap dengan seseorang dalam talian. Dengan perlahan, Hasya keluar dari kereta.

Hasya mendekati Adam. Adam yang perasan kelibat Hasya pantas mematikan panggilan.

"Bro, I'll call you later. Assalamualaikum."

Adam menyimpan iphone dalam poket seluar. Hasya menghampiri Adam dengan kepala yang ditunduk. Adam berpeluk tubuh. Terjaga dah budak ni?

"Bangun dah?"

Hasya mengangguk. "Err... awak.." tangan menggenggam hujung baju. Agak takut dengan jejaka muka dingin itu.

"Hmm..."

"Emm.. awak nak bawa—"

"Jom. Dah lewat ni." Belum sempat Hasya mahu menghabiskan ayat, Adam memotong. Ditarik tangan Hasya masuk ke dalam kereta.

———

"Keluar." Arah Adam sebaik sahaja kereta diparkir di porch. Hasya hanya menurut. Keluar sahaja dia dari kereta, terpegun dia melihat sebuah villa yang terhidang di hadapan matanya.

Mansion Blue.Pheonix

Adam tersenyum kecil melihat reaksi Hasya. Terlopong mulut. Gaya macam tak pernah tengok rumah. Adam menutup mulut Hasya. Hasya terkejut.

"Besar mulut kau. Asal? Tak pernah tengok rumah ke?" Perli Adam.

Hasya tertunduk malu. Adam sengih. Suka tengok pipi merah Hasya. Geram! Rasa macam nak gigit gigit!

Ehh?

"Jom masuk."

Tangan Hasya ditarik masuk ke dalam. Hasya yang baru ingin mengangkat muka, kembali tunduk apabila dia perasan ada beberapa lelaki yang lengkap berpakaian sut hitam dengan ear buds terpasang elok di telinga.

Dia pasti mereka semua bodyguards Adam. Dah la handsome semua! Mana dia tak malu? Sepanjang dia dan Adam berjalan ke pintu masuk, bodyguard semua tunduk hormat. Pada siapa? Pada Adam lah. Kan?

Jejak sahaja kakinya ke dalam rumah, makin terpegun Hasya. Mak aihh.. besarnya ruang tamu!

Adam tergeleng melihat Hasya. Ni baru ruang tamu. Belum tempat lain lagi. Haduihh...

"Oii!"

Hasya menoleh. Pantas didedakati Adam yang sudah berada di dalam lift. Dalam lift, Hasya hanya tunduk. Susana sunyi antara mereka membuatkan Hasya agak malu.

Dengan Adam yang bersandar pada dinding lift dengan kedua belah tangan yang di masukkan ke dalam poket. Auch!! Handsome wehh!!

Sampai di tingkat 3, pintu lift terbuka. Adam melangkah keluar diikuti oleh Hasya. Sampai di suatu bilik, Adam berhenti melangkah. Pin dimasukkan dan pintu bilik tersebut terbuka.

Hasya sekali lagi terpegun. Bilik pon ada security pin? Dasyat nau!

Adam berpeluk tubuh bersandar pada pintu. "Ni. Bilik kau buat sementara waktu."

Hasya masuk ke dalam bilik tersebut. Dan... lagi.. Hasya speechless. Tak tahu nak describe macam mana, tapi bilik ni, sumpah besar!

Sorry but no pic. Fikir ii sendiri lah ye nak bayang bilik Hasya macam mana.

Tapi...

Hasya berpusing menghadap Adam. Adam mengangkat kening sebelah. Dah apahal budak ni?

"Thank you, awak. Tapi... kenapa sementara?"

"Betul nak tahu?" Soal Adam.

Hasya diam. Kemudian diangguk kepala.

"Serious?"

Hasya mengangguk polos.

Adam mendekati Hasya. Ditarik pinggang Hasya rapat pada badannya. Hasya terkejut. Pantas kedua tapak tangan Hasya melekap pada dada Adam. Menahan agar badannya tidak melekat dengan tubuh badan Adam.

Adam menyentuh dagu Hasya dan didongak wajah gadis itu. Mata Hasya terkebil kebil memandang wajah Adam. Adam menatap dalam mata Hasya.

Hasya yang tidak selesa akan renungan itu, melarikan pandangan. Adam mendekatkan wajahnya. Hasya memejam mata apabila terasa wajah Adam tersangat rapat dengan wajahnya.

"It's only for awhile because soon, your room will be in my room, sweety."

Terbuka mata Hasya. Pantas didongak wajahnya. Dengan tak sengaja, bibir Adam menyentuh lembut dahi licin Hasya. Hasya terkedu.

———

Farish membuka mata perlahan lahan.

"Farish?" Tegur satu suara.

Farish memandang Mama yang duduk di kerusi bersebelahan katil.

"Mama?"

Mama senyum. "Alhamdulillah. Farish dah sedar." Farish senyum kecil. "Berapa lama Rish pengsan ma?" Soalnya.

"Dua hari. Kejap. Mama panggil doctor." Mama berlalu keluar dari wad. Farish hanya memandang langkah Mama.

Beberapa minit kemudian, Doctor Rafi, seorang nurse dan Mama masuk ke dalam wad. Farish bangun dari baringnya. Disandar badan pada kepala katil.

Rafi senyum melihat rakannya. "Kau ada rasa sakit dekat mana mana tak?"

"Tak. Aku okay."

Rafi angguk. Tetapi di check juga keadaan Farish. Degupan jantung, tekanan darah dan sebagainya. Kemudian disuruh nurse mencatat rekod kesihatan Farish.

"Kau tak boleh keluar lagi. Tunggu air dah habis masuk dalam badan baru kau boleh keluar. Ok?"

Farish mengangguk. "Adik aku. How's she?"

Rafi menggeleng. Farish mengeluh.

"Kalau takda apa apa, aku keluar dulu."

Farish menangguk. "Thanks bro."

Rafi senyum. Ditepuk bahu Farish. "My pleasure. It's my job anyway."

Farish senyum. Rafi dan nurse meminta diri dan keluar dari wad. Mama mengambil tempat di kerusi tadi. Farish yang sedang termenung tiba tiba rasa hatinya tak sedap.

"Ma..."

"Hmm?"

"Rish nak jumpa adik."

———

Seorang gadis cantik yang berpakaian putih berjalan jalan di sebuah taman yang indah. Seindah senyuman yang terukir di bibir gadis tersebut.

Naura bernyanyi nyanyi kecil dengan kakinya riang melangkah melepasi beberapa bunga bunga disekelilingnya.

Sedang dia asyik berjalan, langkahnya terhenti apabila matanya terlihat sungai tidak jauh darinya.

"Wahh!!! Ada sungai!!" Naura berlari ke arah sungai itu.

Baru sahaja kakinya hendak menyentuh air sungai, Naura terkejut melihat hutan di seberang sungai itu. Hutan itu sangat gelap. Sungguh berbeza dengan taman yang dia berada sekarang.

Berkerut dahi Naura apabila matanya tertancap pada sesuatu yang bercahaya datang dari dalam hutan gelap itu. Cahaya itu semakin lama semakin dekat dengannya.

Apabila cahaya itu atau lebih tepat, bunga tulip yang berwarna putih bersinar jatuh pada kakinya, Naura mengambil bunga itu.

"Cantiknya! Tapi... kenapa dia datang dari hutan tu?" Lama mata Naura memandang hutan gelap itu.

"Adik..."

Naura berpaling. Terus jatuh bunga tulip dipegangannya apabila kelibat alongnya, Faiz Naufal sedang tersenyum melihatnya.

Naura pantas berlari mendapatkan Faiz. Didakap erat tubuh abang sulungnya.

"Along... adik rindu.." kata Naura dalam dakapan Faiz.

Faiz senyum. Diusap lembut kepala Naura. Faiz meleraikan pelukan. Bahu Naura dipegang. Naura terkebil kebil memandang Faiz.

"Adik.. listen. You have to wake up. Bangun dari tidur adik. Along tahu adik kuat. Adik boleh lawan sakit adik. Bangun dik. Teman angah. He's lonely right now. He really need you."

"Along, mummy dengan daddy mana?"

Faiz senyum. "Adik... kami ada. Sentiasa ada. Dalam ingatan, memori dan hati adik dan angah. Bangun eh? Demi angah?"

Naura diam.

"One more. That tulip, is not just a tulip. There's something inside that you have to know. When you know it, promise me, you have to follow it. And remember, no matter what happens, me, mummy and daddy always love you. Forever. Okay, Princess?"

Mata Naura berair. Faiz mendakap erat tubuh adiknya. Naura memejam mata. Kenapa dia rasakan pelukan ini adalah pelukan yang terakhir?

Buka saja mata, kelibat Faiz hilang. "Along? Along?!" Mata Naura meliar mencari Faiz. Namun, bayang Faiz sudah tiada.

Naura teringat akan pesan Faiz tentang tulip tadi. Terus dia berpatah balik pada sungai dan dikutip tulip yang dicampak tadi. Naura meneliti tulip tersebut.

Dapat dia lihat, tulip itu seperti dilipat lipat. Naura membuka lipatan itu. Dan tulip itu adalah origami. Naura membaca tulisan yang terdapat di kertas itu.

Dear, Naura.

There's something you have to know about you. Your original name, Kang Naeun cannot be used anymore.

It's dangerous. Very dangerous. So, you only have to use your malay name. And without Kang. Okay?

And, when the time you woke up from your long sleep, there's someone will wait for you. Will protect you. Love you. Give you warmth. Give you everything that he could.

And, you should follow him. Listen to him. Give him warmth. And love him till your last breath.

If you love mummy, daddy and along, do that.

We love you, our Princess.

Serentak dengan itu, dada Naura terasa sesak. Sakit! Sangat sakit! Nafasnya tersekat sekat. Digenggam erat origami tulip ditangan.

"Angah!!!"

———

Farish yang baru melangkah masuk ke dalam bilik Naura terkejut melihat Naura. Dada Naura berombak teruk. Mesin disisi katil Naura berbunyi kuat. Farish pantas menekan butang merah di dinding bersebelahan dengan katil Naura.

"Adik! Adik please don't leave me. Please adik.."

Farish menggenggam erat tangan Naura. Menitis air matanya melihat keadaan Naura saat itu. Nafas Naura tersekat sekat. Dengan mata yang terbuka.

Beberapa saat kemudian, Rafi dan beberapa orang nurse menyerbu masuk ke dalam wad Naura. Rafi menyentuh bahu Farish.

"Rish. Tunggu kat luar." Tegas suara Rafi memberi arahan.

Farish hanya akur. Dicium tangan dan dahi Naura yang basah peluh sebelum dia keluar. Farish duduk di kerusi yang berada di koridor luar wad Naura.

Kepalanya disandar pada dinding. Kepalanya masih sakit. Air yang dimasukkan dalam badannya tidak sempat dihabiskan.

Akibat tidak mampu menahan, Farish mencabut jarum tiub air yang dicucuk pada tangannya dan terus menuju ke wad Naura. Dan benar sangkaannya selepas melihat keadaan Naura tadi.

"Rish!"

Farish membuka mata. Kelihatan mama dan papa menghampirinya.

"Kenapa Rish tak masuk?" Soal mama.

Farish hanya diam. Dia memandang pintu wad Naura lama. Mama dan papa turut memandang sama. Dari tingkap kecil yang terdapat pada pintu, dapat mereka lihat Rafi dan beberapa nurse sedang merawat Naura.

Mama mengambil tempat di sisi Farish. Tangan Farish digenggam erat. Cuba memberi kekuatan. Dia tahu jejaka itu kini lemah. Kerana tiada sesiapa disisnya. Farish hanya tersenyum nipis. Farish memejam mata rapat. Cuba melawan sakit kepalanya yang semakin mencucuk.

"Papa call Adam dengan abang kejap."

"Farish!!"

———

2 bulan kemudian...

Naura membuka mata perlahan lahan. Matanya terpejam kembali apabila cahaya menusuk masuk kedalam rentina mata.

Kemudian dibuka sekali lagi mata. Terkelip kelip mata Naura cuba menghilangkan kabur pada mata. Apabila penglihatannya sudah jelas, wajah mama terhidang di hadapannya dengan senyuman dan air mata yang mengalir.

"Alhamdulillah..."

"Ke...kenapa...mama...na.. ngis?" Naura cuba bertanya dengan suara yang serak dan gagap. Mungkin sebab kesan dia tidur lama.

Mama mengelap air mata yang mengalir dengan kepala yang tergeleng geleng.

"Mama bersyukur kakngah dah sedar. Alhamdulillah sayang.." mama mencium dahi Naura.

Naura memejam mata. Alhamdulillah... aku dah sedar. Terima kasih Ya Allah kerana beri aku peluang bernafas di muka bumi Mu.

"Ok adik Falisha Naura. Keadaan adik semakin baik. Tiada apa yang serious pon. Cuma buat masa ni, adik masih perlu ditahan lagi ye? Saya perlu memastikan keadaan adk betul betul pulih baru adik di benarkan keluar. . Badan adik terlalu kering dengan air dan vitamin. Jadi adik perlu banyakkan minum air kosong dan bukan sejuk dan banyakkan makan sayur. Boleh?" Terang Rafi.

Naura yang sudah bersandar pada kepala katil hanya mengangguk.

"Kalau takda apa apa, saya keluar dulu ye? Adik jangan lupa makan ubat." Pesan Rafi sebelum melangkah mendekati pintu.

Apabila tiba di sebelah Farish yang sedang bersandar pada dinding, Rafi sempat berpesan.

"Ha! Kau pun sama! Jangan lupa makan ubat. Kang tak pasal pasal, adik dah keluar, abang pulak kena tahan."

Semu yang ada dalam wad itu tergelak. Farish menjeling rakannya. "Diam lah kau! Blah sana!" Halau Farish.

Rafi mencebik dan berlalu pergi. Selepas pengsan dua bulan lepas, Farish mengalami masalah kurang gula dalam badan. Pada mulanya, dia terpaksa ditahan. Tetapi apabila keadaannya semakin baik, dia dah dibenarkan keluar.

Cuma dia masih perlu dipantau lagi sebenarnya. Tapi biasalah. Dah kalau namanya Farish Naufal, memang keras kepala. Acah sihat sebenarnya sakit.

Adrell menepuk bahu Farish. Farish menoleh. Kening diangkat. Adrell memuncung pada Naura.

"Pergilah jumpa. Cakap elok elok dengan dia pasal family kau."

Farish senyum dan geleng. Adrell berkerut kening. "Nanti akan ada orang yang akan bagitau dia."

Adrell menayang muka pelik. Farish hanya senyum. Ditepuk lengan Adrell sebelum melangkah mendekati adiknya yang sedang berbual dengan mama dan Ayra.

"Adik..."

Naura mengangkat kepala. Sebuah senyuman manis diberikan pada abangnya.

"Erm.. Mama dengan Ayra nak pergi cafe jap. Kamu berdua nak apa apa?"

Farish menggeleng. "Takpa ma. Nanti Rish turun sendiri. Adik? Nak apa apa?" Farish memandang Naura.

"Ermm... kakngah nak buah je la ma. Boleh?"

"Boleh sayang. Oklah. Mama dengan kakak pergi dulu eh?" Mama mengusap kepala Naura.

"Kakngah rest tau." Pesan Ayra. Naura menangguk dan senyum. Ayra memandang Farish pula. "Abang Rish! Jangan sembang dengan kakngah lama sangat. Kakngah kena banyak rest. Tau!"

Ayra memberi amaran dengan keningnya yang dikerutkan. Farish tergelak. Dikusutkan rambut Ayra.

"Iyelah budak kecik."

Ayra menepis tangan Farish. "Ishh!! Abang Rish! Rosak la rambut Ayra nanti! Hishh! Jomlah mama." Ditarik tangan mama keluar dari wad. Sempat dicubit lengan sasa Farish.

Mengaduh Farish dibuatnya. Bisa betul! Memang family dia yang perempuan semua tangan bisa eh? Dari mummy, mama, Naura dan Ayra. Semua kalau cubit, memang boleh lebam!

Naura yang melihat mereka hanya menggeleng. Itulah yang jadi kalau Ayra dan Farish berjumpa. Gaduh ajelah kerja nya. Sorang suka mengusik. Sorang suka melawan. Haihh...

Farish mengambil tempat di kerusi sisi katil. Tangan Naura dicapai dan digenggam erat. Naura senyum melihat Farish. Rindu dia pada abangnya terubat sedikit. Tetapi... sesuatu bermain difikirkannya.

———

"Woi!! Kau pahal tolak aku?!"

"Kau yang tolak aku dulu!"

"Hey korang ni kan.. ada yang kena dengan aku kang! Memekak je dari tadi! Tahu tak ni hospital! Jangan bising boleh tak? Hormat sikit orang yang sakit!"

Terhenti perbualan Farish dan Naura apabila mendengar kekecohan di luar wad. Pintu wad Naura dibuka dari luar seiring dengan jeritan seseorang.

"Shaa!!!!!! Aku rindu kauu!!!!"

Naura tergelak kecil melihat Aryssa yang berlari ke arahnya dengan tangan yang didepa. Aryssa berlari masuk diikuti oleh Aryana yang sedang memegang telinga Raiqarl dan Qais. Lebih tepat, memiat telinga mereka.

Aryssa segera memeluk erat tubuh Naura. Dengan tangisan, dia berkata "Sha.. aku... rindu kau... aku ingat... kau tak nak... jumpa aku... dah..."

Pap!!

Pantas tangan Aryana melekap pada belakang badan adik kembarnya. Mulut!

Aryssa segera berdiri apabila terasa belakang badannya pedih. Dijeling tajam Aryana di sebelah. "Sakitlah gila!"

"Padan muka! Mulut tu jaga. Kang ada yang kena gunting."

Aryssa mencebik. Qais yang sedang bersembang dengan Raiqarl dan Farish di sofa, dihampiri. Aryana membuat muka toya. Nak mengadu lah tu. Gedik!

Aryana memandang Naura. Ditatap lama wajah Naura sebelum bibirnya mula tercebik cebik dan terus memeluk dia gadis itu erat. Rindu sungguh dia dengan sahabatnya ini.

Naura memeluk kembali tubuh Aryana. Aryana kalau dah tercebik, keluar lah side dia yang satu tu. Manja!

Kemudian Farish meminta diri ingin ke cafe. Mama memanggilnya turun. Qais, Raiqarl dan Aryssa menuju ke katil Naura.

Adam? Tak tahu pergi mana. Dari dia sedar pagi tadi, sampai dah petang ni, batang hidung pun tak nampak lagi. Sama la dengan yang lagi sorang tu. Harith Zafran.

Sedang mereka berlima berborak, pintu wad dibuka dari luar. Naura terkejut melihat gerangan yang masuk ke dalam wadnya.

"Adam... Harith..."

TBC