webnovel

LOVE Without Care of our Origin - Part 2

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN

"Ooo.. patut la adik bertingkah teruk sejak di kantin kemarin." gurau Sanha sambil mengosok kepala adiknya. "Tapi hyung ada jatuh cinta dengan seorang tak?" adiknya sengaja mendesak Sanha. "Ada ja" jawab Sanha. "Wah..sapa tu sapa tu?!" Soobin sekali lagi mendesakkannya. Sanha mengangkat kening sebanyak beberapa kali tetapi dia sengaja tidak menjawab soalan adiknya. "Tunggu saja lah" Sanha terus pura-pura rasa mengantuk. "Alah hyung ni!!!" jerit Soobin.

SEBULAN KEMUDIAN

Semua pelajar kelas gred 1A dan 2A telah bersedia untuk mengikuti rombongan ke pantai gangnam hari ini Sanha, Soobin, Sung jae, Sung kyung, Rose dan Hye soo dipilih menjadi satu kumpulan "Tak sangka ini akan terjadi" Sanha berbisik pada hatinya.

"Hyung! hyung nampak tak lampu suluh adik pegang tadi letak mana?" Soobin mencari-cari lampu suluhnya di kawasan khemahnya "Tak pun...mungkin ada orang pinjam kot" Sanha sedang memasak makan malam di depan khemahnya.

Rose membawa beberapa kayu untuk bahan api, tiba-tiba Sung kyung terlanggar Rose dan kayu-kayu pun jatuh bertaburan "Maafkan saya..." Sung kyung membongkok lalu menolong mengangkatnya kayu-kayu itu. Hye soo pergi membeli ramen dengan Sung jae.

Soobin berasa gementar kerana dia takut mendekati gadis yang dicintainya, Sanha tersedar adiknya nampak ketakutan "Adik? kenapa dengan awak? takut tinggal dalam hutan ke?" Sanha sengaja mengusik agar terlihat lebih lagi ketakutan adiknya, Soobin menggelang kepala dalam diam sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada gadis yang pernah diberitahunya dengan sembunyi tanpa disedari oleh orang sekelilingnya. Sanha terkejut rupa-rupanya gadis yang dicintai adiknya ialah adik kembar cinta pertamanya, dia ingin mencari tempat sunyi untuk memberitahu adiknya kerana dia betul-betul teruja untuk beritahu gadis yang dicintainya pula.

Semua kumpulan berkumpul untuk makan malam

"Sedapnya... rupanya Sanha pandai masak" Sung kyung memuji masakan Sanha tetapi Sanha tersedar kenapa 2 beradik kembar itu tak sekali pun sentuh masakannya, mereka hanya meminum air kotak strawberi yang mengandungi darah haiwan tanpa disedari sesiapa Sung jae juga tersedar 2 beradik itu.

"Eh?.. kenapa awak tak makan ramen?" Rose dengan Hye soo terkejut lalu Hye soo menjawab pertanyaan Sung jae "Sebenarnya... Kami tak selalu sangat makan ramen.. kami cuma minum air susu ja setiap malam".Semua hanya faham-faham keadaan 2 beradik itu.

"kamu berdua kembar ye? wajah kamu hampir serupa" tanya Sung kyung sambil menikmati ramen "Ya... kami berdua kembar.. Rose adalah onnieku" kata Hye soo, semua memandang Rose kerana dia langsung tak berkata apa pun."Dia ni betul-betul pemalu ke?" Sanha mula bertanya pada diri sendiri kerana dia tak berani bertanya depan semua kawan dan adiknya..

Semua masuk khemah masing-masing, Sanha mencari-cari peluang untuk beritahu sesuatu kepada adiknya, adiknya ada depan khemahnya lalu Sanha keluar sambil menarik tangan adiknya "Eh?....kenapa ni?" tanya Soobin sambil bergesa-gesa lari yang ditarik hyungnya Sanha dan Soobin duduk atas pasir pantai, "Oh tuhan! betul ka? ini memang indah sekali hyungg.." Soobin teruja mendengar cerita hyungnya "Kita jatuh cinta orang yang sama keturunannya" senyum Sanha "Hyung.. adik nak masuk tidur dulu.. hyung tak nak tidur lagi kah?" Soobin mengosok matanya. Sanha menggelang perlahan lalu minta adiknya pergi dulu.

Di sebalik pokok belakang Sanha ada seseorang yang sedang mencuri mendengar perbualan mereka, Sanha berasa seram sejuk lalu memandang sekeliling tiba-tiba ternampak kelibat bayangan seseorang, Sanha cuba mendekatinya perlahan-lahan. Seseorang itu berdiri didepannya "Rose?". "Maafkan aku kerana curi-curi dengar bualan awak" rayu Rose dengan nada kesal.

"Tak apa-apa..." Sanha masih bertahan diri daripada menjadi bergetar seluruh tubuhnya "Awak?...suka kat saya ke?" tiba-tiba Rose bertanya.. "Sebenarnya..." belum tepat Sanha baritahu kebenarannya, Rose segera menjawab "Jangan suka padaku… abaikan cinta awak kat saya" Sanha terkejut, Rose ingin meninggalkan tempat itu tetapi ditarik oleh Sanha "Kenapa? kenapa saya tak boleh suka kat awak? jelaskan agar saya boleh mendengar" soal Sanha. "Kerana saya dengan adik aku Vampire!" teriak Rose dengan hampir menangis,

Tangan yang dipegang Sanha dilepaskan kerana terkejut, Rose terus berlari meninggalkan tempat itu. Sanha masih lagi terkejut dengan kejadian tadi, Sanha sedar 2 beradik itu lain daripada manusia yang dia selalu nampak sejak dia jatuh cinta kat Rose, dia merasa dirinya teruk kerana jatuh cinta gadis yang bukan manusia tapi Vampire...

SEMINGGU KEMUDIAN

Sanha masih terkejut dengan kejadian seminggu lalu, adiknya belum tahu tentang kejadian itu tetapi sejak itu adiknya juga berubah, selalu dia kata dia tak suka dah gadis itu lagi dia suka orang lain lepas seminggu tapi Soobin masih ada hati kat Hye soo

"Adik? kenapa awak tak suka Hye soo?" tanya Sanha dengan nada pelahan. Soobin ketakutan untuk menjawabnya, Sanha rasa kesal dan tak puas hati lalu memutuskan untuk terus terang kat adiknya.

"Adakah adik tahu mereka berdua Vampire?" Soobin terkejut hampir menangis kerana takut untuk menjawab pertanyaan hyungnya "Ya... adik tahu.." Sanha terpegun melihat adiknya ketakutan lalu memeluknya dengan erat. "Tak apa-apa" Sanha cuba tenangkan adiknya Rupanya Soobin diketahui ketika dia kembali semula ke pantai yang tempat hyungnya duduk kerana dia tak mahu hyungnya menyendirian.

DI UNIVERSITI

Rose dan Hye soo bakal pindah ke universiti di seoul kerana ibubapanya ada urusan kerja di sana Sanha dengan Soobin sudah tahu, mereka berdua berasa tak puas hati untuk melepaskan gadis dicintainya dan mereka ingin berjumpa untuk meluahkan perasaan mereka tanpa peduli apapun kerana hati mereka telah mencintainya.

DI ATAS BUMBUNG UNIVERSITI

Sanha dan Rose memandang satu sama lain, "Kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Rose. "Sebenarnya saya betul-betul suka kat awak" Sanha menjelaskan luahan perasaannya "Kan saya dah ka..." tiba-tiba Sanha memeluknya dengan erat, "Tak apa - apa… saya tak peduli awak manusia atau apa sebab saya suka sangat kat awak.." Sanha mengeratkannya pelukannya. Air mata Rose mengalir perlahan lalu membalas kembali pelukannya.

DI TAMAN UNIVERSITI

Soobin meluahkan perasaannya tanpa rasa ragu-ragu di depan Hye soo "Hye soo-ah... Sebenarnya saya suka kat awak" Hye soo terkejut lalu menjawab "Tapi saya tak boleh...". "Tidak... awak boleh...saya tahu awak dari asal mana" Soobin berkata dengan hati terbuka.

"Awak..." air mata Hye soo hampir mengalir lalu Soobin memeluknya dengan erat sambil berbisik pada telinga Hye soo "Ayah tiriku juga seorang Vampire, jadi tak apa-apa awak boleh cintakan saya" kata Soobin tersenyum "Saranghaeyo!" Soobin terkejut Hye soo juga meluahkan perasaannya lalu mereka tersenyum satu sama lain..

5 BULAN KEMUDIAN.. DI UNIVERSITY SEOUL

Semua gadis sedang cuba mendekati Soobin tetapi Soobin menolak semua hadiah-hadiah dari mereka.

"Soobin-ah!" jerit Hye soo, semua pelajar terkejut lalu tindakan mereka dihentikan. "Maafkan saya kerana menolak hadiah kalian!.. Teman wanita saya tak benarkan" Soobin membongkok sebagai tanda maaf lalu memeluk Hye soo pergi dari situ. semua pelajar berasa cemburu kepada Hye soo. "Ahh...Nasib baik awak datang... lemas betul" gurau Soobin yang masih memeluk Hye soo.

"Hey! adik! jom pergi makan sama-sama.." teriak Sanha dari jauh, Soobin dan Hye soo pun datang ke arah Sanha. "Sanha-ah.. saya terlupa bawa air kotak saya" Rose mencari-cari air kotaknya dalam beg "Ha..kebetulan ayah berikan hadiah 5 air kotak pagi tadi kat saya" Sanha baru saja teringat "Betul ke?.. baiklah!" Rose tersenyum bahagia mereka pun teruskan kehidupan dengan orang yang dicintainya…

Tamat…

Teruskan mengundi tau! 😉

Nak cerita seterusnya yang mana? 👇

• Takdir Kita

• Tersuka Tanpa Sengaja

• Antara Dendam & Sayang

Komen...

Hai! Apa khabar?

Saya blueberry, gembira berjumpa dengan anda semua! Ini kali pertama saya mengarang cerita ini di tempat terbuka seperti app webnovel ini.. saya harap kalian menyukai novel saya serta jalan ceritanya dan saya juga ingin meminta maaf jika terdapat kesalahan ketika membacanya dan saya seorang OKU pendengaran.

Sekian Terima kasih...

Novel ini hanyalah cerita rekaan...

Teruskan mengundi yaa...

Blueberry_Armycreators' thoughts