webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 12 : Part Time di Cafe' Vanilla

Suara pembaca berita kedengaran sayup dari kaca televisyen yang tergantung di penjuru kafe. Menemani suasana senyap Cafe' Vanilla itu.

Para pelanggan yang duduk di meja bulat dalam kedai itu berborak dengan nada suara rendah yang sederhana. Di kaunter pula kelihatan barista yang mengenakan kemeja putih dan slack hitam berdiri di situ mengilap gelas kaca sambil mendengar lagu melalui earfon sebelum didekati dari arah sisi.

"Kacak kan dia..."seseorang menyiku lengannya secara tiba-tiba.

Zara berpaling memandang ke sisinya sebelum terpandang. Bos kafe tempat dia bekerja,Emily. Lantas dia tanggalkan earfon sebelah kirinya dengan muka tak faham.

"Apa dia?"soalnya. 

Emily menopang kedua-dua tangan bawah dagu lalu memandang skrin televisyen dengan renungan dreamy sambil tersengih seperti orang angau.

Emily menjuih bibir ke skrin televisyen."Damon Benz."sengihnya kemudian.

Zara memalingkan muka ke skrin televisyen. Dia mmandang lelaki kacak yang sedang menerima wawancara di rancangan siaran langsung bual bicara. Sesiapapun akan suka pada lelaki kaya. Kacak atau tidak itu nombor dua. Tipikal perempuan.

"Saya tertanya-tanya dia ada teman wanita tak?Kalau ada mesti cantik...kalau tak ada..apa kriteria wanita kesukaan dia..."soal Emily sambil memandang skrin tv dengan lama.

"Kenapa?Boss nak ke jadi teman wanita

dia ke?"soal Zara sambil menyusun dengan berhati-hati gelas kaca ke dalam rak.

Emily berdiri tegak memandang Zara dengan senyuman lebar.

"Saya?Ahahah...Tak layakla saya untuk dia...saya bukan tandingan dia...lagipun saya tak nak jadi musuh nombor satu wanita seluruh dunia ni." geleng Emily sambil berjalan pergi dari situ meninggalkan Zara.

Zara yang lihat ketawa kecil dan pada masa itu juga pintu kafe terbuka. Seorang pelanggan berpakaian jogging berjalan masuk ke dalam dengan headfon di kepala, anak rambut menutupi sebahagian mata.

"Hai selamat datang ke Cafe' Vanilla. Boleh saya ambil pesanan.."ujar Zara sambil memandang skrin pemesan. Dia sentuh itu dan ini pada skrin untuk keluarkan senarai menu pada hari itu.

"Set B, kurang gula. Makan di sini.."pelanggan lelaki itu memberi pesanan.

"Kami ada sediakan add on muffin blueberry hari ni?Encik nak?"soal Zara tanpa memandang pelanggannya sebab fokus mencari nama set.

"Tak perlu."balas pelanggan itu.

Zara mengangguk kepala.

"Baik..semuanya 7$."sebut Zara sambil punch in harga sewaktu sekeping kad kredit disuakan kepadanya.

Zara mencapai kad itu lalu di swipe pada mesin. Setelah selesai dia serahkan pad alarm pada pelanggan di depannya bersama kad dan resit.

"Pesanan encik akan tiba  10 minit."Maklum Zara sebelum berpaling ke belakang untuk melakukan kerjanya.

Disebabkan waktu itu sudah masuk jam 6 petang, kafe itu tidaklah sesibuk mana. Jadi bolehlah relaks sikit masa buat kerja. Seperti yang dijanji 10 minit kemudian, Zara siap dengan pesanan pelanggan tadi.

Mengesan keberadaan pelanggan lelaki berhood di kepala tidak jauh dari kaunter, Zara hidang minuman hangat kopi hitam dan dua keping sandwich tuna pedas di atas meja itu. Dia yang jenisnya orang yang tidak suka pandang-pandang sikit pun tidak mengerling ke arah pelanggannya.

"Selamat menjamu selera."ucap Zara saat tunduk meminta diri dari meja itu.

Pelanggan lelaki itu mengangguk kepala kecil.

"Terima kasih."ucap pelanggan itu dengan perlahan.

Setelah Zara beredar dari situ, pelanggan lelaki tu toleh ke kaunter. Dia perhati Zara yang sedang bercakap dengan pelanggan lain buat seketika sebelum menikmati makanannya.