webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 11 : Asal macam aku lupa something eh?

Wap hangat keluar dari pau berinti kaya panas setelah ia di gigit besar oleh yang memakannya.

Gadis yang mengenakan hoodie hitam dan mengikat rambut satu itu berjalan di sebelah seorang lagi gadis yang mengenakan pakaian ranggi dan cantik mengenakan solekan penuh.

Membuatkan dua orang itu sangat kontra di antara satu sama. Sampaikan ada yang tertanya-tanya kenapa gadis cantik itu bersama dengan loser seperti gadis berhoodie tersebut.

"Wei..."panggil Sarah semasa dia jalan sambil mengenakan lip gloss di bibir bercerminkan compact powdernya.

"Um."balas Zara yang sibuk makan sampai tidak kisah dengan kesan kaya terpalit di bibir atas.

"Asal aku macam terlupa sesuatu?"tanya Sarah.

Zara yang terlalu sibuk dengan makanan langsung tak dapat berfikir sebab asyik mengunyah makanan.

"Tak tahu..."balas Zara sambil menjungkit bahu tidak peduli.

Sedang Sarah mengoles lip gloss di bibir, tiba-tiba satu suara lantang kedengaran di belakang mereka. Mengejutkan Sarah sampai tergores lip gloss itu keluar ke tepi bibir.

"Kau perempuan dress merah!"panggil satu suara dari arah belakang dengan lantang.

Mata Sarah dan Zara terbutang luas secara serentak. Mereka berdua saling berpandangan sebelum berpaling ke belakang dengan serentak. Memandang kejung ke arah tiga lelaki yang berjalan ke arah mereka seperti mahu membelasah mereka cukup-cukup.

"Sh*t! Baru aku teringat apa yang aku terlupa."  luah Sarah dengan nada kedengaran tidak percaya dia.

Zara menepuk dahi taktala sedar apa ang tak kena. Macam mana la mereka boleh terlupa tentang tiga orang lelaki ni. Mesti mereka marah sekali kerana ditipu dan ditinggalkan oleh mereka depan kelab malam tu macam tu je.

"Apa yang kau orang fikirkan hah!"marah Hardi dari kejauhan sambil menunding jari.

Sarah cepat-cepat mengangkat tangan menyerah.

"Wo-wo...chill lah janganlah marah sangat." minta Sarah sambil undur ke belakang.

"Jangan marah?Kita orang tak boleh marah lepas kau tinggalkan kita orang macam tunggul dekat luar kelab tu semalaman?"marah Kaden dengan berang sewaktu berdiri di depan mereka berdua.

Melompat terkejut terus Sarah mendengarnya. Dia menyelinap di belakang Zara. Berlindung di balik Zara.

Kening Jason mencerun saat memandang Sarah dengan tidak puas hati.

Sarah mengintai ke tepi bahu Zara. Memandang takut ke arah mereka bertiga.

"Sorry?"ucap Sarah bernada tidak yakin.

"Apa yang kau fikirkan?Mana kau orang dah pergi?Dah lah pergi macam tu?Call tak angkat....tahu tak kita orang cari kau orang macam orang gila!"marah Hardi lagi.

Zara yang dengar hanya menyambung makannya. Sikit pun tidak peduli dengan amarah tiga lelaki di depannya.

"Kau orang Cuma distraction...tentang pass masuk percuma ke kelab tu hanya rekaan semata. Aku yang suruh dia trick kau orang untuk ikut kita orang.."ujar Zara sambil mengunyah.

"Dan kenapa kau buat macam tu dekat kita orang?"soal Jason bernada mendatar tetapi keras.

Zara menjungkit bahu.

"Saja?nak kenakan kau orang?"soal Zara dengan air muka tidak peduli.

Hardi mengetap gigi menahan sabar.

"Dasar perempuan tak guna!"desis lelaki itu sebelum berlalu pergi dari situ bersama Jason dan Kaden di sisi.