webnovel

Buyut balik..

Assalamualaikum kepada pembaca semua..

Salam perkenalan buat diri ini..

Kisah ini berlaku sewaktu aku masih disekolah

rendah. Aku anak kedua dari 4 orang adik beradik pada masa itu.. Kini aku ada 6 adik beradik..

Rabu 23 jun 1992 jam 8.30 pagi, mak telah menerima panggilan dari kampung mengatakan buyut sedang nazak. Wajah mak berubah seakan mahu menagis.

Mak segera menghubungi abah dipejabat dan memberitahu apa yang telah terjadi dikampung.

Aku kebinggungan, melihat mak yang tadinya sibuk menyiapkan sarapan bertukar menjadi kelam kabut kesana dan kesini mengemas pakaian.. Aah.. kenapa dengan mak??-dalam hati kecil ini berkata-kata.. Aku terus ke bilik untuk mengemas pakaian juga setelah mak menyuruhku.. Sambil mengemas pakaian aku bertanya kepada along kenapa dan apa yang terjadi sekarang ni.. Along terus memarahi aku dan menyuruhku kemas dengan kadar segera.

Setelah sejam berlalu, abah pun pulang dari pejabat.. Tanpa membuang masa abah menyuruh aku dan along memasukkan beg pakaian kedalam kereta. Selesai memasukkan beg, kami pun tunggu didalam kereta.

Kelihatan abah mengunci pintu dan pagar rumah.. Seperti biasa abah mengunci sambil membaca kalimah Allah.. Abah selalu ingatkan kami bertapa pentingnya berdoa bila kita ingin keluar dari rumah agar dilindungi Allah SWT..

Kini abah ingin memulakan perjalanan setelah kami semua sudah berada didalam kereta.

Dua jam perjalanan telah berlalu.. aku mengamati pemandangan luar sepanjang perjalanan yang kini sudah sampai dipekan kampung yang sudah tidak jauh lagi..

Dari pekan nak ke rumah buyut mengambil masa lebih kurang 10-15 minit sahaja..

Sedang aku leka mengamati pemandangan pokok-pokok aku terdengar mak berkata "abah saya risau ni, sambil teresak2".. Abah cuba menenangkan mak.. Mak ialah cucu kesayangan buyut.. Tidak hairanlah mak berkelakuan seperti itu.. Sayang mak pada buyut lebih lagi daripada atuk dan nenek kerana buyut yang membesarkan mak..

10 minit berlalu.. kini tibalah kami diperkarangan rumah buyut.. Aku menjadi pelik melihat suasana rumah buyut dengan adanya sanak saudara ku..

Aku bertanya kepada abah "abah.. abah.. ada kenduri ke?" abah cuma mengelengkan kepala dan berkata "angah along bawa masuk beg pakaian ke bilik mak.. Selesai sahaja aku meletakkan beg pakaian tersebut terus aku mendapatkan sepupuku Aziz.. Aziz yang seusia dengan aku.. Geng nakal.. hehe.. Aku mengajak aziz untuk bermain diluar rumah.. Aziz memarahi aku.. Sekali lagi aku kebinggungan dan terus aku bertanya kepada aziz apa yang sudah berlaku.. Aziz memberitahu yang buyut sedang nazak.. Barulah aku faham.. Terus aku berlari memasuki rumah untuk mendapatkan buyut.. Aku hanya dapat perhatikan buyut dari pintu biliknya sahaja.. Kedengaran orang sedang membaca yasin.. Tiba-tiba aku merasa sebak.. Air mata mengalir tanpa disuruh.. Sedang aku leka mengimbau masa lalu bersama buyut, tiba-tiba kedengaran suara mak menagis kuat.. Aku terus melihat apa yang terjadi.. nenek menutup muka buyut dengan kain batik.. tanpa disuruh air mata ini berjujuran jatuh dan aku teresak-esak menahan sedih..

nantikan sambungannya....

Hari makin senja.. Suasana dirumah buyut terasa sayu.. Hanya kedengaran tangisan dan bacaan surah yassin.. Aku melihat wajah atok dan nenek menahan rasa sedih.. Aku hanya memerhati setiap orang yang ada di dalam rumah ini.. Kesunyian dan kesedihan menyelubungi kami sekeluarga..

Jam menunjukkan pukul 7 malam. Atok menyuruh kami bersiap untuk solat mahgrib dan solat jenazah. malam itu juga buyut akan dikebumikan.. " Tiba-tiba pak long bersuara.." Ayah, kenapa tidak perlu menunggu siang?" Arwah pernah berpesan agar menyegerakan pengkebumiannya"..kata atok kepada kami semua.. Pak long menganggukkan kepalanya..

Jenazah buyut yang telah selesai dimandikan dan dikafankan dibawa ke masjid hujung kampung untuk disembahyangkan..

Ramai jemaah yang hadir ke masjid untuk turut serta.. Kerana kenalan buyut pelbagai usia dan ada yang datang dari kampung sebelah..

Buyut sewaktu hidupnya sering membantu rakan-rakan dan juga orang kampung.. Buyut juga dihormati dan disegani oleh orang-orang kampung..

Setelah pemergian buyut baru aku tahu beliau sangat dihormati.. Patutlah sebelum ini jika aku balik ke kampung, rumah buyut sering jadi kunjungan orang.. Siap ada yang bawa beras, gula dan sebagainya diberi kepada buyut..

Selesai sudah solat jenazah dan kini kami ke tanah perkuburan yang tidak jauh dari masjid ini.. Setibanya di tanah perkuburan aku dapat merasakan ada sesuatu yang membuat aku tidak selesa.. Terasa seperti ada yang sedang mengintai aku.. huh.. Aku terus merapatkan diri disebelah mak.. Sambil mata aku berkeliaran melihat sekeliling..

Bacaan talkin dari imam memecah kesunyian dan menginsafkan diri ku dari melakukan dosa.. Aku melihat kesemua ahli keluarga aku tunduk kesedihan..

"Buyut..tenanglah engkau disana.." hati aku berkata.. Sambil menyiram air dipusara buyut..

Selesai sudah pengkebumian buyut. Orang beransur pulang ke rumah masing-masing termasuklah kami sekeluarga..

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.. Mak, pak long, mak long, pak ngah dan pak lang sedang asyik berbual.. Aku cuba mencuri dengar perbualan mereka.. Alangkah terkejutnya aku bila aku terdengar yang pak long inginkan keris peninggalan dari buyut. "Nak buat apa dengan keris?? Bukan ke sekarang zaman dah maju.." aku bercakap sendiri..

Mata semakin berat, terasa sangat letih hari ini sehingga aku terlena..

Tong..tong.. jam antik buyut berbunyi menandakan jam menunjukkan pukul 2 pagi.. Aku terjaga dari lena kerana ingin membuang air kecil.. Pantas aku bangun dan terus ke tandas bersebelahan dapur.. Sesudah aku membuang air alangkah terkejutnya aku melihat sesosok tubuh sedang bersila didepan aku menghadap pintu tandas.. Eh... buyut!? kata hati aku.. bukan ke buyut dah tiada??.. Tanpa memikirkan apa-apa, aku terus berlari ke bilik tidur aku.. Sampai sahaja ke dalam bilik, aku terus baring dan menutup muka aku dengan bantal.. Jantung aku berdegup laju.. Otak mula memikirkan apa yang aku lihat sebentar tadi.. Aku melihat abah dan mak lena dibuai mimpi.. Patutkah aku memberitahu mak dan abah?? Aku rungsing.. mata tidak mahu lelap.. aku masih memikirkan apa yang aku lihat itu.. Aku cuba menenangkan diri dengan membaca surah-surah yang aku hafal.. Aku mendengar ada suara memanggil nama aku..Danial..Danial... sangat jelas panggilan itu... Aku semakin takut.. Aku terus bergerak kearah mak... Mak terkejut dengan tingkahlaku aku dan bertanya mengapa dengan aku? Aku diam membisu.. Seperti mulut aku berat untuk berkata-kata.. "Lega bila mak sedar"..bisik hati aku. Ketakutan aku berkurangan dan aku terus terlena..

Sekali lagi aku tersedar..Kedengaran azan subuh mendayu-dayu memecah kesunyian.. Kali ini aku rasakan seluruh tubuh aku rasa seperti kesejukkan.. Mak yang seawalnya sudah bangun segera mengejutkan abah, along dan aku.. Bila mak menghampiri aku mak melihat muka aku pucat lesi.." Angah demam ke" Mak menegur aku.. aku yg tidak berdaya hanya menganggukkan kepala tanda iya.. Terus mak memberitahu abah yang aku tidak sihat.. Abah menghampiri aku dan meletak tapk tangannya didahi aku dan memegang telinga kiri aku.. "Angah keteguran ini" kata abah pada mak..

Abah menyuruh aku untuk berehat.. Mak abah along terus ke ruangan solat untuk solat subuh berjemaah bersama-sama dengan yang lain..

Aku yang baru terlena dikejutkan lagi dengan suara seakan suara buyut tadi.. Ahhh.. keluh hati aku.. Aku yang dalam keadaan yang tidak berdaya mencuba untuk membaca surah Al Fatihah.. Tetapi mulut aku terasa seperti dikunci.. Puas aku cuba membaca..Tidak terkeluar dari kotak suara aku ini.. Allahu.. Apakah yang terjadi ini...

nantikan sambungannya...