webnovel

Buyut balik Vol 2..

Hari makin senja.. Suasana dirumah buyut terasa sayu.. Hanya kedengaran tangisan dan bacaan surah yassin.. Aku melihat wajah atok dan nenek menahan rasa sedih.. Aku hanya memerhati setiap orang yang ada di dalam rumah ini.. Kesunyian dan kesedihan menyelubungi kami sekeluarga..

Jam menunjukkan pukul 7 malam. Atok menyuruh kami bersiap untuk solat mahgrib dan solat jenazah. malam itu juga buyut akan dikebumikan.. " Tiba-tiba pak long bersuara.." Ayah, kenapa tidak perlu menunggu siang?" Arwah pernah berpesan agar menyegerakan pengkebumiannya"..kata atok kepada kami semua.. Pak long menganggukkan kepalanya..

Jenazah buyut yang telah selesai dimandikan dan dikafankan dibawa ke masjid hujung kampung untuk disembahyangkan..

Ramai jemaah yang hadir ke masjid untuk turut serta.. Kerana kenalan buyut pelbagai usia dan ada yang datang dari kampung sebelah..

Buyut sewaktu hidupnya sering membantu rakan-rakan dan juga orang kampung.. Buyut juga dihormati dan disegani oleh orang-orang kampung..

Setelah pemergian buyut baru aku tahu beliau sangat dihormati.. Patutlah sebelum ini jika aku balik ke kampung, rumah buyut sering jadi kunjungan orang.. Siap ada yang bawa beras, gula dan sebagainya diberi kepada buyut..

Selesai sudah solat jenazah dan kini kami ke tanah perkuburan yang tidak jauh dari masjid ini.. Setibanya di tanah perkuburan aku dapat merasakan ada sesuatu yang membuat aku tidak selesa.. Terasa seperti ada yang sedang mengintai aku.. huh.. Aku terus merapatkan diri disebelah mak.. Sambil mata aku berkeliaran melihat sekeliling..

Bacaan talkin dari imam memecah kesunyian dan menginsafkan diri ku dari melakukan dosa.. Aku melihat kesemua ahli keluarga aku tunduk kesedihan..

"Buyut..tenanglah engkau disana.." hati aku berkata.. Sambil menyiram air dipusara buyut..

Selesai sudah pengkebumian buyut. Orang beransur pulang ke rumah masing-masing termasuklah kami sekeluarga..

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.. Mak, pak long, mak long, pak ngah dan pak lang sedang asyik berbual.. Aku cuba mencuri dengar perbualan mereka.. Alangkah terkejutnya aku bila aku terdengar yang pak long inginkan keris peninggalan dari buyut. "Nak buat apa dengan keris?? Bukan ke sekarang zaman dah maju.." aku bercakap sendiri..

Mata semakin berat, terasa sangat letih hari ini sehingga aku terlena..

Tong..tong.. jam antik buyut berbunyi menandakan jam menunjukkan pukul 2 pagi.. Aku terjaga dari lena kerana ingin membuang air kecil.. Pantas aku bangun dan terus ke tandas bersebelahan dapur.. Sesudah aku membuang air alangkah terkejutnya aku melihat sesosok tubuh sedang bersila didepan aku menghadap pintu tandas.. Eh... buyut!? kata hati aku.. bukan ke buyut dah tiada??.. Tanpa memikirkan apa-apa, aku terus berlari ke bilik tidur aku.. Sampai sahaja ke dalam bilik, aku terus baring dan menutup muka aku dengan bantal.. Jantung aku berdegup laju.. Otak mula memikirkan apa yang aku lihat sebentar tadi.. Aku melihat abah dan mak lena dibuai mimpi.. Patutkah aku memberitahu mak dan abah?? Aku rungsing.. mata tidak mahu lelap.. aku masih memikirkan apa yang aku lihat itu.. Aku cuba menenangkan diri dengan membaca surah-surah yang aku hafal.. Aku mendengar ada suara memanggil nama aku..Danial..Danial... sangat jelas panggilan itu... Aku semakin takut.. Aku terus bergerak kearah mak... Mak terkejut dengan tingkahlaku aku dan bertanya mengapa dengan aku? Aku diam membisu.. Seperti mulut aku berat untuk berkata-kata.. "Lega bila mak sedar"..bisik hati aku. Ketakutan aku berkurangan dan aku terus terlena..

Sekali lagi aku tersedar..Kedengaran azan subuh mendayu-dayu memecah kesunyian.. Kali ini aku rasakan seluruh tubuh aku rasa seperti kesejukkan.. Mak yang seawalnya sudah bangun segera mengejutkan abah, along dan aku.. Bila mak menghampiri aku mak melihat muka aku pucat lesi.." Angah demam ke" Mak menegur aku.. aku yg tidak berdaya hanya menganggukkan kepala tanda iya.. Terus mak memberitahu abah yang aku tidak sihat.. Abah menghampiri aku dan meletak tapk tangannya didahi aku dan memegang telinga kiri aku.. "Angah keteguran ini" kata abah pada mak..

Abah menyuruh aku untuk berehat.. Mak abah along terus ke ruangan solat untuk solat subuh berjemaah bersama-sama dengan yang lain..

Aku yang baru terlena dikejutkan lagi dengan suara seakan suara buyut tadi.. Ahhh.. keluh hati aku.. Aku yang dalam keadaan yang tidak berdaya mencuba untuk membaca surah Al Fatihah.. Tetapi mulut aku terasa seperti dikunci.. Puas aku cuba membaca..Tidak terkeluar dari kotak suara aku ini.. Allahu.. Apakah yang terjadi ini...