webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*-Pelajar Baru-*

Pada keesokan harinya, para pelajar dikehendaki untuk berlatih bagi perlawanan PAAM yang bakal berlangsung. Jadi, kelas pembelajaran dibatalkan. Para pelajar kini giat berlatih dengan bersungguh-sungguh. Fawwaz pula masih berbual-bual dengan Safiy.

"Safiy....nanti kau kena lawan dengan siapa?"

"Aku kena lawan dengan kawan mamat tak guna tu, Patrol!"

"Patrol atau Petrol?"

"Patrollah....dia ada dua kuasa iaitu minyak petrol dengan api...kau pula?"

"Aku? Aku lawan dengan Syakirin.."

"Syakirin? Serius?! Confirm kau kalah...dia tu kuasa elektrik, bahaya tu..."

Tiba-tiba, keadaan menjadi sunyi apabila datang sekumpulan guru. Dalam kumpulan tersebut terdapat juga pelajar baharu. Seorang guru memanggil Saga dan memberitahunya sesuatu.

Kemudian, Saga berpaling kepada semua pelajar.

"Baiklah semua pelajar...hari ini kita ada pelajar baharu yang akan turut menyertai kita, nama dia ialah Dic--, tak maksud saya Dirk.."

"Dalam perkenalan semua...nama saya ialah Dirk. Saya bakal juara PAAM! HA! HA! HA!", semua orang meninggalkan dia... keadaan sunyi menjadi bising semula.

Kemudian, Dirk berjalan ke arah Safiy dan Fawwaz selepas membuka buku nota kecil. Dia menghulurkan tangan.

"Boleh saya join kelab awak?"

"Wei, G-gong! Mana Afiq??"

"Dating!!!", jerit G-gong sambil mengintai Afiq.

"Selamat datang ke kelab kami, Dirk.", Safiy menerima salam dengan Dirk. Mata dia membuat lagak pada Fawwaz.

Mereka bertiga duduk sambil berbual-bual.

"Jadi Dirk, apa kuasa kau?"

"Aku ada kuasa terkuat iaitu batu dan lahar!! Se--, maaf. Kau mesti ada kuasa paling hebat tukan...dan kau...", kata-kata terhenti apabila memandang Fawwaz.

"Kau mesti loserkan...."

"Apa kau cakap?!", Fawwaz naik angin. Fawwaz bangun dan berlalu dari situ untuk mengelakkan kemarahan.

"Esok kami nak pergi memburu....nak ikut tak?", ajak Safiy.

"Boleh je...tapi jauhkan loser tu dari aku....dia tak sesuai dengan aku...."

"Dia bukan loserkan...dia antara paling pandai bermain pedanglah...kau tak tahu siapa dia..."

"Peduli apa? Aku nak duit dan kemegahan jelah, dia tu tetap loser. Kalau kau masih nak berkawan dengan dia nanti pun kau jadi loser...", Diri meninggalkan Safiy dan pergi ke arah Saga.

"Budak ni memang nak kena penampar percuma ni...", mata Safiy berapi-api. Safiy teleport ke bilik kelab. Fawwaz sedang duduk di penjuru bilik berseorangan.

"Fawwaz...relax laa..."

"Tak sangka kau sokong budak tu..kau pengkhianat..."

"Mana ada...weyh, relax laa.", Fawwaz hanya diam. Safiy mendekati Fawwaz dan rupa-rupanya dia tidur.

"F*ck, kau tidur!!!!"

"Weyh, mana Fawwaz?", tanya Ezral di muka pintu.

"Dia tidur, awat?"

"Tak...tadi budak baru tu nak ajak lawan jadi aku nak ajak dialah..."

"Dia tak nak"

"Takpelah...", Ezral meninggalkan bilik itu.

"Okey, lebih baik aku berlatih lagi. Dahlah nanti aku kena lawan dengan lelaki minyak tu pulak, haih...", Safiy mengeluh.

__________________________________

Pada keesokan harinya, loser...eh bukan. Fawwaz, Safiy, G-gong dan Diri. Mereka merujuk di rumah pemburuan dan mendapat misi mencari tanduk rusa. Rusa tersebut berada berdekatan dengan markas tentera yang tersorok dalam hutan.

"Jadi, ini misi paling senang dan paling susah...", kata Safiy.

"Cepatlah...aku lapar ni...", kata G-gong.

"Hei, loser... jauhkan diri kau dari aku...", Dirk berjalan dahulu diikuti yang lain.

Fawwaz ditinggalkan di belakang.

"Cis!"

Selepas beberapa minit, mereka ternampak sekumpulan rusa sedang makan rumput dan dijaga satu Ogre Yang agak besar. Mereka mengendap melalui semak yang berdekatan.

"So....macam mana nak ambil tanduk rusa. Dahlah ada penjaga Ogre. Besar pula tu.", kata Safiy.

"Jadi kita gunakan pelan B. Hei loser, pergi tarik perhatian dia..."

"Apa?! Kenapa aku pulak?!"

"Sebab kau tu loser..."

"Aku bukan loserlah!!!", jerit Fawwaz.

"Woi, boleh tak korang senyap!", jerit Safiy.

"Ha...Ha....Ha...empat manusia segar, boleh buat kenduri ni...", Ogre tu betul-betul di hadapan mereka.

"Ni semua salah kau,loser!!!"

"Kaulah!!"

Dirk keluarkan satu batu besar dan baling pada Ogre itu. Ogre itu terheret ke belakang sedikit. Mereka berempat berpecah. Tangan Dirk mengeluarkan lahar dan baling pada Ogre. Ogre itu baling batu dan mengenai lahar juga Dirk. Dirk terpelanting. Safiy mengeluarkan tulang dan lari ke arah Ogre. Ogre itu terus hentam.

"Bodoh Safiy!!! Tulang mana ada kesan pada dia!!!", jerit G-gong.

"Aku tahulah!!!"

G-gong memegang batu dan badannya berketul-ketul bertukar menjadi golem. Dia terus berentap dengan Ogre itu. Fawwaz pula membawa lari seekor rusa. Ogre itu mengalihkan pandangannya pada Fawwaz.

"Berani kau curi rusa aku!!!", Ogre itu terus tumbuk G-gong dan berkecai. Ogre itu berlari ke arah Fawwaz sambil membuat gegaran yang kuat.

"Alamak!!"

"Aku akan makan dan cincang kau manusia!!"

DUM!!, satu batu besar jatuh di hadapan Ogre itu dan di atasnya ada Dirk.

"Hei gergasi, kalau nak makan kami cubalah..."

"Kau cabar aku manusia!!!"

Tangan Dirk mengeluarkan lahar dan baling ke senjata Ogre. Senjatanya hangus.

"Argh!!"

"Giliran aku!", muncul banyak G. Blaster di sekeliling Ogre itu.

BOOM!!, badan Ogre cedera kecil. Dirk baling batu itu ke langit dan membentuk satu batu tajam dengan laharnya. G-gong terus hentam batu itu pada Ogre.

SRUK!! PRSSSHH!!, Ogre itu mati ditikam dan banyak darah terpancut keluar.

"Bagus...mari kita ambil tanduk rusa tu...", kata Dirk.

Dia mula berjalan ke arah rusa-rusa dan ternampak papan yang tertulis (JANGAN MASUK, KALAU NAK HIDUP). Dia berhenti berjalan.

"Jom masuk, macam best je tempat ni...", Dirk tunjuk pada papan tanda.

"Jangan! Bahaya!", seru Safiy.

"Korang ni penakutlah...korang ambil tanduk rusa, aku masuk. Nanti aku keluar....", Dirk terus memasuki lorong ke markas tentera tersorok.

"Baiklah...aku nak tunjukkan yang aku ni bukan loser!!"

Apabila Fawwaz mahu bergerak masuk, dia terkena serangan biru Safiy dan tak dapat bergerak.

"Fawwaz...kalau kau nak hidup, jangan masuk tempat tu. Kau tak ingat ke pesanan Mr. John. Cerita yang diberitahu tu."

"Uhhh...okay..."

Mereka pun ambil beberapa tanduk rusa. Rusa yang masih hidup dibebaskan. Selepas kesemua kerja diselesaikan, Dirk berjalan keluar daripada tempat itu. Mereka semua berjalan pulang bersama-sama.

"Ada apa-apa ke dekat dalam tu?", tanya G-gong.

"Takde apa-apa pun cuma aku dapat beberapa maklumat penting. Kalau aku beritahu dunia pasti aku akan jadi terkenal...", berlagak Dirk.

Apabila mereka hampir tiba, ada beberapa trak askar parking di kawasan itu. Di hadapan pagar sekolah itu ada beberapa guru magis dan beberapa tentera. Salah seorang tentera sedang berbisik kepada seorang guru. Guru itu hanya mengangguk.

"Apa yang berlaku di sini?", tanya Fawwaz.

"Ini bukan hal kamu bertiga! Sekarang!", jerit askar itu.

Salah seorang guru mengangkat tangan dan satu pelindung melindungi Safiy, Fawwaz dan G-gong. Mereka berasa mengantuk dan terus tidur.

"Siapa yang ganggu tempat kami patut dibunuh!!!", jerit askar itu.

"Jangan harap!!!", Dirk mengeluarkan laharnya daripada tangan.

DUM!!!, Dirk meniarap di atas tanah kerana graviti yang kuat. Dia tak dapat bergerak seinci pun.

"Cikgu, tolong saya..."

"Maaf anakku, kami dah buat perjanjian. Sila mulakan tuan..."

Askar itu mengeluarkan pistol daripada poket dan berjalan ke arah Dirk. Askar itu mengacukan pada kepala Dirk.

"Tidak! Jangan bunuh saya!! Maafkan saya cikgu!! Saya-" , Dirk berteriak tetapi,

POM! POM! POM!, beberapa tembakan dilepaskan. Banyak darah mengalir keluar daripada kepala Dirk. Dirk disahkan mati.

*******************************

Fawwaz bangun dan melihat keadaan sekeliling. Dia ternampak dirinya sedang tidur di dalam pelindung. Dia terkejut. Dia nampak Dirk dibunuh oleh askar itu dan guru-guru hanya melihat sahaja.

"Kenapa? Kenapa tunjukkan aku semua ni?!"

Gambaran itu hilang. Tiba-tiba, muncul gambaran bandar musnah terbakar. Fawwaz ternampak Saga dicekik oleh satu makhluk memakai sut besi bermantel hitam. Saga terus mati. Makhluk itu nampak Fawwaz. Fawwaz cuba lari daripadanya tetapi terjatuh.

SRUK!!, Fawwaz ditikam dan tak dapat bergerak. Dia makin nazak dan mati.