webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*-Kebenaran-*

Di dalam pejabat Safiy, G-gong dan Fawwaz bercakap dengan Mr.John.

"Kamu tahukan kita tak boleh buat perkara sebegitu dekat kawasan hutan.... Mereka akan marah nanti..."

"Siapa 'mereka' ?", tanya Fawwaz.

"Memandangkan kamu pelajar baru...biar cikgu terangkan...."

"Cerita ni lagi..."

"Diam Safiy! Mereka ialah pasukan tentera yang kejam. Mana-mana pelajar yang ceroboh kawasan mereka akan dihukum mati. Cikgu memang tak boleh tolong sebab mereka mempunyai senjata moden yang kuat..."

"Hebat sangat ke senjata tu...?", sampuk G-gong.

"Suka hati kamulah nak percaya atau tidak... tunggu sini...", Mr. John berjalan keluar dari bilik itu.

    Selepas itu, masuk seseorang dengan kenalan pengetua STM. Dia ialah Rusyaidi?

"G-gong dan Safiy....sila keluar..."

"Ru... Rusyaidi?!!", terkejut Fawwaz.

    Kemudian, Rusyaidi berjalan mendekati Fawwaz.

"Fawwaz... tunjukkan kuasa kau..."

"Tak nak.."

"Aku nak tengok peningkatan kau saja..."

"....."

"Kau tak tunjuk, kau tak boleh keluar...."

"Kau nak apa sial"

TUM! TUM!, Rusyaidi hentak tongkatnya dan keluar bola api di sekeliling Fawwaz.

"Okey! Okey....aku buat...aku bergurau ja...". Semua kuasa terus hilang. Fawwaz mengeluarkan bola angin yang sangat kecil.

"Bagus...bagus...malam ni kita berlatih lagi...", Fawwaz keluar. Fawwaz melalui kawasan dewan selera dan ternampak Saga. Fawwaz berlari ke tempat lain untuk mengelak Saga. Fawwaz ke padang dan bertemu ahli kelas Birunians. Syakirin ternampak Fawwaz.

"Fawwaz....jom berlatih..."

Fawwaz buat-buat tak tahu. Dia memandang ke ahli-ahli kelas Birunians yang lain.

"Sesiapa kat sini ada tak yang pandai main pedang? Tolong ajar aku..."

Adam dan Sabil datang menghadap. Sabil campak satu pisau.

"Apa ni?"

"Mai sini...aku ajar kau...", kata Adam.

   Selepas itu, Fawwaz mula belajar main pedang.

____________________________________

   Pada malam itu, seperti biasa. Fawwaz pergi ke pondok berlatih dengan Rusyaidi.

"Tumpukan perhatian Fawwaz...."

"Aku tahulah..."

"Jangan berangan....."

"SSsshhhh...."

"Sikit lagi...."

"...",(dia ni memang sengaja)

    Akhirnya, Fawwaz dapat mengawal kuasa angin dengan baik. Tiba-tiba, ada sesuatu menuju ke arah mereka berdua dengan pantas. Keluar akar keras melindungi mereka daripada serangan mengejut itu.

"Shazmir! Jangan kacaulah!", jerit Rusyaidi.

"Hahahahahaha....kacau depa pulak, Zarif!"

Muncul Zarif disebelah Fawwaz.

"Biarlah! Kau kacau depa pasai pa?!"

"Mampoihlah!"

"Kenapa korang berdua ada dekat sini?!", tanya Fawwaz.

"Jadual perlawanan dah keluar dekat papan sana tu....Jom ikut aku. Aku tau shortcut..."

Zarif membuat laluan ke bawah tanah dengan kuasa tumbuhan dan muncul di hadapan papan kenyataan. Mereka masing-masing mencari nama sendiri kecuali Rusyaidi.(korang tahukan). Fawwaz menjumpai namanya. Nampaknya dia bakal berlawan dengan salah satu ahli kelas Birunians iaitu Syakirin.

"Apakah?!"

"Baik kau berlatih betul-betul, Syakirin mempunyai kuasa elektrik, bukan seorang lawan yang senang....dia juga teramat kuat....", nasihat Rusyaidi.

"Rusyaidi, jom lawan.", ajak Shazmir.

"Kau nak lawan dengan aku? Hahahaha...tak takut ke?"

"Tak... jomlah"

    Rusyaidi berjalan mengikut Shazmir ke sebuah padang gelap. Dengan bantuan api Shazmir, kawasan padang diterangi dengan cahaya. Rusyaidi menukarkan tongkat besar menjadi ranting kayu kecil.

"Marilah!"

"Jangan berlagak sangat, Rusyaidi!!"

    Shazmir berlari dan lompat. Shazmir keluarkan banyak bebola api lalu baling kesemuanya me Rusyaidi. Rusyaidi gunakan kuasa magis tukarkan kesemua bola api menjadi burung merpati. Rusyaidi melukis satu rajah berbentuk batu. Tiba-tiba, jatuh satu batu besar ke atas Shazmir.

BUM! DUM!, Shazmir dihempap batu dan jatuh atas tanah. Rusyaidi berjalan mendekati Shazmir.

"Aku tak kalah lagi!! Yargh!!!", badan Shazmir bertukar menjadi api serta-merta. Batu yang menghempapnya terbakar dan terapung ke udara. Dia pecahkan menjadi banyak lalu satu batu disepak oleh Shazmir bergerak seperti satu meteor ke Rusyaidi. Rusyaidi terus pecahkan batu tersebut dengan mudah.

"Itu je k-", kata-kata Rusyaidi terhenti kerana kesemua batu api itu bergerak pantas ke arahnya.

BOOM! BOOM!, kawasan sekeliling berasap kerana serangan hebat itu. Shazmir ketawa dengan penuh kegembiraan.

"Hahahahahahahahahahaha!!! Kau dah—"

DUSH! Shazmir disepak pada perut dan terpelanting mengenai pagar besi hingga cair. Rusyaidi berjalan dengan pelindung air sambil memegang pedang kilat.

"Alamak....", Shazmir cuba lari namun pelindung air terus meliputi Shazmir. Rusyaidi baling pedang kilat pada Shazmir.

BZZZT!!, renjatan elektrik yang kuat. Shazmir terus kalah.

" Pemenangnya ialah... Rusyaidi!! Tahniah!"

Selepas itu, skrin besar di tepi gelanggang bercahaya dan menunjukkan wajah Rusyaidi. Skrin itu juga menunjukkan muka Shazmir yang telah kalah. Dia juga tak dapat bertarung lagi.

Selepas itu, mereka pulang ke kediaman masing-masing.