webnovel

Chapter 15

Masa lalu-Tahun 2013

Hospital Besar Kuala Kangsar.

TERCENGANG-CENGANG Puan Zahrah, tatkala anak bongsunya berujar kasar. Matanya bersilih ganti dengan Ainaa. Hairan. Anaknya, bukan jenis yang bercakap biadap seperti ini. Dia kenal, anaknya. Andai ada sesuatu yang terpendam, anak bongsunya akan menjauhkan diri atau paling tidak. Tak bercakap langsung walau ditanya berkali-kali.

"Aku dah kata semalam, yang aku nak balik!! kau sengaja tipu aku!!" Sofea berang. Merah mukanya, kerana perasaan marah yang membuak-buak. Perasaan di dalam jiwanya itu, seperti dibakar-bakar dengan amarah. Tak tertahan rasanya itu, jika dia tidak menghamburkannya.

Anak matanya juga, meliar sekeliling. Umpama dirasuk jembalang. Bibirnya, terkadang senyum sinis melihat orang-orang yang memerhatinya. Langsung tidak kisah, memalukan dirinya dan keluarganya di hadapan umum.

"Dik!!" Ainaa melemparkan pandangan sekeliling. Ramai yang memerhati mereka, tika ini. Bahang malu, terasa menampar-nampar wajahnya. Dia menjegil, memandang Sofea yang ketawa kecil, memandangnya.

Jika dilihat pada perwatakkan adiknya ini, rasanya adiknya itu sudah dirasuk oleh makhluk halus. Perangainya terlalu berubah, dari perangai Sofea yang asal.

"Sofea!" Puan Zahrah menekan oktaf suaranya. Seolah-olah, memberikan kata dua dari isyarat ulah katanya. Apa yang berlaku? Nak balik ke sana, semula? Ke Selangor?!

Sofea merengus kecil. "Kak, kau ingat aku main-main. Aku dah tahulah, dekat bawah dah ada ustaz yang on the way, naik ke atas. Aku belum bodoh, lagi!" marah Sofea. Nada amarahnya, masih tinggi dan kasar. Dia bercekak pinggang, dengan kaki yang terhentak-hentak ke lantai.

"Kau suruh perempuan ni, panggil ustaz ke?" tambah Sofea, menunjukkan perkataan 'perempuan' dengan keningnya, ke arah ibunya.

Membulat mata Ainaa.

Pang!

Masing-masing berkalih pandang, melihat Sofea ditampar Puan Zahrah. Mengigil wanita itu, menahan sabar. Anaknya, biadap! kurang ajar!

Sofea tersengih. Langsung tiada rasa bersalah. Malah, dia semakin dekat dengan ibunya, dan membisik di telinga.

"Aku..Jahil, kau kenal, bukan.." Sengih Sofea. Dia memandang Puan Zahrah, dengan bibir yang melirik senyuman.

Membulat mata Puan Zahrah. Wajah Sofea, dipandang lama. Agak terpempam apabila, anaknya mengatakan dirinya sebagai orang lain. "Kau..kau..."

Bersambung..