webnovel

Chapter 14

Masa Kini-Kampung Rambai Tujuh

PAGI yang mulai hilang dinginnya, sudah bergerak ke tengah hari.

Senario awal di pagi hari, menunjukkan tiap-tiap orang-orang kampung itu sibuk membonceng motor, mahupun berkenderaan kaki ke kebun - kebun masing-masing untuk meraih rezeki. Walau cuma sedikit dan adakalanya tidak cukup, mereka tetap membanting tulang mencukupkan keperluan dapur.

Namun, tidak semua bersifat mudah. Rajin mengerjakan kerja halal untuk kehidupan sehari-hari. Tetapi, itulah realiti kehidupan dunia.

Aktiviti sama, berlaku juga pada keluarga Danish yang turun tanah, mencari pendapatan yang sama.

Danish, yang usai membersihkan diri sebelum memakai baju kemeja berlengan panjang, berwarna merah hati, bergaya kemas berbaju kerjanya. Sedang lewat dia sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja sementara sebagai guru ganti di sekolah pendalaman, seberang kampungnya. Mengantikan seorang guru yang sedang cuti bersalin.

"Dan..nanti balik, belikan mak telur ayam ya." Pesan ibunya, tika dia menjengah ke dapur rumah. Danish mengangguk cuma. Kolar baju, dikemaskan lagi. Tali leher yang mengikat sekeliling tengkuknya, dibetulkan kendudukkannya sehingga matanya berpuas hati dengan penampilannya.

"Itu je ke, mak?" tanyanya pula, melaung dari dalam bilik setelah dia selesai mengemaskan dirinya.

Dia kemudian, melangkah ke ruang dapur. Menghampiri sajian di atas meja makan. Tudung saji yang menutup makanan, dibuka. Kelihatan kuih kegemarannya, di dalam piring kaca. Tanpa menunggu duduk, sebiji karipap diambil. Disumbat sebiji ke dalam mulut.

Puan Adila yang sedang menyenduk nasi goreng ke dalam mangkuk tambah, sempat mencuri lihat keletah anaknya, dan tatkala dia menghampiri meja makan membawa nasi yang baru digorengnya, tangannya sempat menjentik tangan Danish. Kemudian, pantas tangannya mencubit pinggang anaknya. "Nak makan, buka tudung saji. Letak tudung saji dekat tepi. Makan betul-betul. Duduk, ambil kerusi." tegurnya, sambil tangannya mengambil tudung saji, diangkat lalu dibawa ke bawah. Mangkuk tambah, diletakkan di tengah-tengah meja.

Danish menyengih, dengan mulut yang penuh menguncah kuih berintikan kari kentang. Kerusi ditarik, diduduk. Teguran ibunya di ikutkan sahaja. Sengihnya juga, melebar.

"Balik pukul berapa nanti?" aju Puan Adila. Pinggan yang disusun atas rak pinggan, diambil. "Jangan balik lewat sangat." Tambahnya lagi, dalam pesanannya.

Dirasakan kerjanya selesai, Puan Adila duduk sekali dengan anaknya. Air teh kosong, dituang ke dalam cawan teh, kemudian dihirup nipis. Membasahkan tekaknya buat ketika.

"Mmm.." balas Danish dengan bunyi suara. Mulutnya, masih penuh dengan kuih yang dibeli oleh ayahnya sebelum pergi ke kebun.

"Ingat pesan mak. Walaupun kamu, lelaki. Tetapi, zaman sekarang ni. Bahaya. Balik cepat!" pesannya lagi.

"Ya..tapi, tak adalah awal sangat. Banyak kerja nak kena buat." ujarnya pula. Walaupun dia cuma menganti guru. Tetapi, kertas peperiksaan yang ditinggalkan cikgu Aimi, dia perlu semak.

Danish bangun dari kerusi, mengambil mug yang tergantung di atas rak besi. Lalu, dia datang semula ke meja, menuang air teh yang dibancuh ibunya.

"Kena balik awal. Cuba.." suara Puan Adila. Tegas bicaranya.

Danish mengangguk, malas membantah. Risau ibunya, melambatkan lagi gerakkannya. Air teh yang masih panas, diminum perlahan-lahan. "InsyaAllah, ya" balasnya seketika. Setelah air teh habis, dia bangun dan mendekati ibunya. Tangan ibunya dicium hormat. Mengambil restu ibunya, sebelum melakukan tugasnya. "Dan pergi dulu." sengihnya. Dia kemudian, berlalu pantas keluar.

...

Hospital Besar Kuala Kangsar-2013

"KAK...kak??"

Mata Ainaa kabur, tercelik-celik dia membuka pandangan. Kelopak mata yang dirasakan berat, menyukarkan dirinya melihat suansana riuh disekelilingnya. Terkapai-kapai dia mencari kekuatan. Bau ubat, menusuk rongga nafasnya.

Seakan dirinya, hilang penglihatan. Dia cuba meraih tangan Sofea.

"Kak..." Suara Sofea, menjengah pendengarannya. Keningnya, terjongket memberi reaksi. Kepalanya juga beriaksi pada arah suara, yang memanggil.

Usapan lembut, memeluk erat tangannya hingga tubuhnya terdorong sedikit ke arah si pemeluk. Pengangan yang kejap itu, dapat dirasakan melalui hatinya.

"Kak..adik minta maaf." Sofea merintih. Matanya agak bengkak, apabila dia mendapati kakaknya tidak sedarkan diri sejak semalam. Hatinya marah pada dirinya sendiri kerana dia langsung tidak sedar.

Tahu-tahu sahaja, mereka sudah berada di dalam wad. Cuma, dia dibenarkan untuk keluar awal pagi tadi sedangkan kakaknya. Masih tidak sedarkan diri. Apa yang doktor kata, memang agak mustahil namun dia cuba mendiamkan diri buat masa kini. Risau, ibunya risau dan dia juga tidak mahu kakaknya kembali sakit.

Matanya menjeling, melihat leher kakaknya yang biru kebiruan seperti bekas dicekik orang.

Ainaa menguntum senyum. "Tak apa..benda dah berlaku." ulahnya. Pandangannya, semakin jelas dan perlahan-lahan membuka pandangannya.

Sofea yang berada di sisi katil, memeluk erat lengannya. Mujur sahaja, bukan lengan yang dicucuk jarum dipeluk adiknya. Jika tidak, mahu meraung dibuatnya. Kepala Sofea, ditepuk lembut. Belakang adiknya, dilurut perlahan.

"Kakak dah sedar." Suara Puan Zahrah, yang baru tiba dengan bubur nasi di tangannya, bersegera mendekati anak sulungnya dan menyapa anak bongsunya. Bubur diletakkan di atas meja.

Ainaa tersenyum sebaik wajah ibunya muncul di balik langsir. Dia cuba bergerak bangun, mendudukkan diri. Sofea pula, lekas sahaja membantu kakaknya menegakkan katil agar mudah kakaknya dapat duduk bersandar dengan selesa.

Huluran tangan, disambut Ainaa lalu tangan ibunya dikucup hormat. Sofea bangun, memberi ruang kepada ibunya. Awal pagi, dia sudah bertemu dengan ibunya.

"Bila ibu sampai?" tanya Ainaa.

"Awal pagi tadi. Adik call ibu." utaranya. Kerusi duduk, di tarik lalu diduduknya. Melepaskan lelah, setelah mencari bubur untuk anaknya Sofea. Alang-alang, dia mencari makan di kantin. Dibeli makanan untuk anak bongsunya.

"Ibu, ada jumpa ustaz itu ke belum?" aju Ainaa. Dia tidak akan lupa misinya, kerana selagi benda itu masih menganggunya. Dia perlu mencari jalan, untuk mengusir mereka.

"Ada..lepas kamu boleh keluar. Kita terus berangkat ke sana." jawab Puann Adila.

"TAK, BOLEH!!" Sofea mencelah. Teriaknya kuat, hingga suaranya berdengung-dengung hingga ke aras atas. Puan Adila terkejut, begitu juga Ainaa.

"Tak boleh!" Sofea berderam marah.

Bersambung...