webnovel

Perjalanan

Selepas mendengar kata kata suara dunia itu, seluruh dunia yang mendengar nya terkejut akan pernyataan tersebut

"Apa kita ingin buat puan?" tanya Tiku

"Aku ingin berkerja untuk kumpul maklumat tentang 6 pemimpin ancaman 9 dunia" jawab sazura

Mereka semua faham lalu mereka pun pergi keluar dari kedai tersebut dan mereka di sambut dengan ramai wakil kerajaan dan bangsawan... Wakil wakil tersebut merupakan anak anak raja dan bangsawan... Sazura di anggap sebagai lagenda dan orang yang kuat bagi mereka kerana itu lah mereka ingin menarik sazura ke tempat mereka... Singa milik sazura mengaum yang membuatkan mereka semua ketakutan dan lari

"Bagus kucing ku" kata sazura

"Baheera cuba lihat ada tidak tempat tempat yang sesuai untuk kumpul maklumat di guild" kata sazura kepada budak dagangan yang di beli nya bernama baheera

"Baiklah saya akan periksa" kata baheera

Selepas beberapa jam menunggu baheera akhirnya kembali dengan membawa seorang putera dan beberapa pengawal di raja di berlakang nya..

"Apa ini?" tanya sazura

"Maafkan saya puan... Dia mengatakan dia boleh bantu kita" kata baheera

"Betul tu" kata putera itu yang bernama Gadea

Sazura yang dengar kata kata putera itu merasa ragu ragu tapi dia tahu Gadea berasal daripada kerajaan yang bernama luksus kaluhoan yang memiliki pengaruh sangat kuat di wilayah sekirannya ... Sazura berfikir dan terus berfikir dan dia menyetujuinya dengan mengangguk kepalanya

" Bagus... Kalau kau setuju.. Esok, di depan gerbang utama aku akan jemput kau" kata Gadea

"Baiklah.. Kami tunggu" kata sazura

Selepas perbicaraan mereka selesai, sazura, Tiku, Singa, dan baheera balik ke penginapan yang di sewa oleh mereka.... Keesokan harinya, sazura dan yang lain berada di luar kota sedang menunggu kereta kuda kerajaan Luksus ... Tidak lama kemudian kuda kerajaan Luksus telah tiba di luar gerbang...

"mari masuk sayang" kata Gadea

"Aku dengan senang hati akan naik tapi baik kau jangan buat apa apa khabar angin yang tidak menyenang kan hati" kata sazura sambil mengeluarkan lembing ais nya dan mensasar kan semua orang di sana

"Ba baiklah" jawab Gadea

Sazura menarik kembali lembing ais nya... Selepas itu, Mereka menyambut sazura dan yang lain dengan meriah nya... Sazura dan baheera menaiki kereta kuda di depan manakala Tiku dan Singa milik sazura duduk di kereta kuda yang lain... Perjalanan ke kerajaan Luksus mengambil masa 2 hari... Ketika perjalanan mereka di jalan kan, mereka sering di serang oleh raksasa sekitar dan terpaksa menangguh perjalanan mereka dalam beberapa hari.... Selepas beberapa hari kemudian, mereka telah tiba di luksus.. Mereka di sambut dengan meriah nya oleh orang orang di sana.. Sazura yang melihat mereka tersenyum tapi senyuman nya berubah apabila sazura dengan tidak sengaja melihat sesuatu dengan menggunakan kebolehan nya

Tidak lama kemudian, mereka tiba di istana luksus kaluhoan...

"Sazura kau perlu pergi ke ruang utama istana yang berada di hujung sana" kata Gadea

"baiklah" jawab sazura

Sazura dan yang lain pun pergi ke ruang utama.. Ketika sazura dan yang lain memasuki ruang utama, mereka melihat terdapat ramai lagi orang yang di sana... Orang orang yang di ruangan itu terkejut melihat sazura yang sedang masuk di ruang utama itu... Mereka yang berada di ruangan utama itu menganggap sazura ini idola, lagenda dan orang yang kuat.... Sazura yang sedang berjalan itu secara tidak sengaja melihat suatu sosok orang tua dan bawahannya di berlakang orang tua itu tapi sazura mengalih kan pandangan nya kepada raja luksus yang baru sahaja tiba di ruangan utama

"Selamat datang semua, terima kasih telah datang ke luksus.. Seperti yang anda maklum bahawa terdapat 6 ancaman di setiap 9 dunia yang sekaligus ancaman bagi luksus... Jadi aku mengharapkan kamu semua dapat melindungi kerajaan ini" kata raja di sana

Selepas mendengar kata kata raja luksus, mereka yang di ruangan pergi ke arah masing masing untuk memperkuatkan dan membeli perlengkapan masing masing... Manakala sazura pula ingin mencari penginapan dan baheera telah menawarkan diri untuk mencari penginapan yang selesa untuk sazura tapi di tolak oleh sazura kerana dia tak nak membuang masa kerana hampir gelap.. Maka sazura mencari penginapan dengan rawak nya dan memilih penginapan berdekatan guild

Selepas masuk ke penginapan itu, mereka melihat suasana yang biasa di dalam penginapan tersebut... Sazura pergi ke kaunter yang di jaga oleh seorang lelaki di sana sambil memasak makanan untuk pelanggan nya, sazura menyewa 2 bilik...1 bilik untuk diri nya dan baheera, satu lagi untuk Singa milik sazura dan Tiku... Selepas membayar dan menerima kunci bilik daripada lelaki tersebut, mereka pun masuk ke bilik masing masing

"Puan, sekarang untuk mandi maka jangan tidur dulu ya" kata baheera

Baheera membawa sazura ke bilik air untuk di mandi kan... Baju sazura di buka oleh baheera.. Sazura yang sedang duduk tab mandi, sedang di mandi kan oleh baheera.. Baheera mencuci seluruh badan sazura dari depan hingga ke berlakang... Selepas selesai memandikan sazura, baheera membuka baju nya untuk mandi... Sazura yang sedang memerhati kan baheera sedang mandi secara tiba tiba dia teringat apa yang dia nampak dengan kebolehan nya tadi..

"Puan, saya sudah selesai mandi... Mari saya kering kan badan puan dan bawa puan ke katil" kata baheera

"baiklah" kata sazura

Selepas kering kan badan sazura, baheera membawa sazura ke katil nya... Sazura yang memiliki kaki kiri yang lumpuh terpaksa bergerak dengan perlahan walaupun di bantu oleh baheera dan tongkat nya... Selepas berada di katil nya, sazura dan baheera tidur tapi sazura belum tidur kerana masih memikirkan apa yang di lihat nya tapi tanpa sedar sazura terlelap kerana terlalu ngantuk...

Tidak lama kemudian sazura bangun daripada tidurnya dan melihat dia bukan lagi di bilik nya tetapi di kawasan padang pasir... Dan apabila sazura melihat ke atas.. Dia sedar bahawa dia di perhatikan oleh sepasang mata di langit