webnovel

Penciptaan

Zagas keluar daripada cincin lalu menyelamatkan Vell dan Venus yang tenggelam ke sungai... Zagas juga membawa mereka jauh daripada bandar... Selepas mereka tiba di darat, Vell cum terbaring sahaja tanpa menangis atau marah... Venus cuma duduk di sebelahnya manakala Zagas berenang untuk mencari makanan... Dio dan Cagan keluar... Dio meronda di udara dan Cagan menjadi bantal kepada vell.. Cyra masih duduk dalam cincin kerana terlalu dekat dengan air

"Vell kami ok?" tanya Venus

"Aku ok... Cuma aku takde tujuan hidup lagi seperti Zagas " jawab vell

"Kau tak nak balas dendam ke?" tanya Venus

"Kalau aku buat bergitu orang lain yang tidak bersalah akan terkesan juga" jawab Vell

"Kau tahu tak?" Venus belum habis cakap

"Tak tahu" jawab Vell

"Bagi aku habis kan boleh tak??" kata Venus

"OK" kata Vell

"Musnahkan saja mereka Vell.... Kerana dunia ini dari dulu lagi telah pun musnah jadi jangan risau kalau kau terbunuh orang tidak bersalah... Kerana mereka akan tetap anggap kita sebagai makhluk yang jahat dan raja sebagai makhluk yang baik" kata Venus

"Venus.. Kita ada berapa dunia?" tanya vell

" 9" jawab Zagas yang sudah tangkap banyak ikan

"Maka musnahkan satu kota atau negara atau dunia ni tidak masalah bukan??" tanya vell

"Aku cuma ikut kamu saja" jawab Zagas

"Sama dengan saya, Dio, Cyra, dan Cagan " kata Venus

"Baiklah... Mari kita bermain dengan mereka dahulu sebelum musnahkannya dan hidup lah sehingga ada makhluk yang layak bunuh kita" kata Vell

Mereka semua yang mendengar ucapan Vell itu merasa gembira... Mereka mengambil keputusan untuk pergi ke arah kejahatan.... Selepas daripada itu Vell, Venus, Dio, Zagas, Cyra, dan Cagan pergi ke kawasan sekitar untuk memulakan rancangan mereka.... Sehingga lah mereka tiba di suatu pangkalan Tentera manusia yang bersebelahan dengan pangkalan ras beastman.... Vell menyerang pangkalan Tentera tersebut tapi sebelum Vell menyerah, Zagas memberi kan topeng anak nya kepada vell dan Vell memakainya.... Selepas beberapa waktu kematian dan kemusnahan berlaku terjadi di pangkalan Tentera manusia itu

Selepas kemusnahan pangkalan Tentera tersebut, kedengaran tapak kaki yang sedang menuju ke arah mereka... Zagas dan Dio yang berada di luar cincin sedia untuk menyerang tapi Vell menghalang mereka.... Selepas itu Tentera Tentera beast man type serigala, anjing dan kuda telah datang... Vell yang duduk di mayat mayat Tentera tersebut sambil sedang memerhati kan mereka

"Boleh ku tahu sapa Anda" kata salah satu beast man itu

"Aku Vell selamat berkenalan" kata Vell

"Raja kami ingin membawa kamu bersama kami" kata beast man tersebut

Mereka membawa Vell dan yang lain ke wilayah beastman yang terletak di kawasan lapang... Walaupun mengambil masa beberapa jam untuk ke sana tapi Vell tetap selesa dengan perjalanan mereka... Mereka telah tiba wilayah beast man dan dengan segera sang raja muncul dan pergi ke arah mereka

"Mesti kamu yang musnah kan pangkalan Tentera manusia itu kan... Aku sangat lega bila dengan berita tersebut... Apa-apa pun aku adalah Raja Sthan" kata Sthan

"Selamat berkenalan Raja Sthan aku Vell dan 5 cincin ni adalah bawahan ku" kata Vell

"Bergitu... Di sebabkan kau sudah tolong kami menyelesaikan misi yang sukar iaitu musnah kan pangkalan Tentera manusia maka aku akan bagi hadiah seperti aku katakan sebelum ini" kata Sthan

"Vell ambil - - - -" kata Venus dengan telepati nya

"Boleh benar kan aku pilih hadiah aku sendiri?" tanya vell

"Boleh sahaja" kata Sthan

"beri aku Wilayah yang kecil" kata Vell

"Jadi kau ingin wilayah yang kecil ye... Baiklah aku akan beri mu wilayah kecil" kata raja Sthan

Sejujurnya Vell pun pelik kenapa raja Sthan snggup memberi wilayahnya walaupun sebahagian kecil sahaja

"Kemungkinan Sthan ingin beri kawasan yang berbahaya" kata Venus

Vell pergi ke wilayah yang tunjukkan oleh Sthan selepas beberapa Tentera beri alamat di peta.... Jalan dan terus jalan akhirnya mereka telah sampai di sebuah kota hancur dan Vell telah menggagak hal tersebut..

"Semua keluar dan periksa kawan sekitar" arah Vell

Dio, dan Zagas melihat sekitar manakala Cagan berdekatan Vell... Cyra dan Venus tidak di keluarkan... Vell berjalan jalan hingga ke hujung jalan dan mengambil kayu kayu rumah yang musnah dan hangus... Dio datang ke arah Vell

"Vell di sini tiada yang masih hidup tapi di luar wilayah terdapat manusia, elf, dan beastman di sekitar luar wilayah" kata Dio

"Bagus" kata Vell

"Vell kita sekarang ini di hujung benua sebab di sekitar wilayah ini ada lautan" kata Zagas

"baiklah kalau bergitu" kata Vell

"Dio aku nak kau pergi ke tempat yang ada makhluk hidup kau kata tadi untuk tawarkan mereka berkerja" kata Vell

"Saya akan buat" kata Dio

"Zagas tolong cari kapal perdagang yang sedang berlayar berdekatan selepas kau jumpa nya, kau serang dan bawa balik hasil nya termasuk manusia dan kapal itu sekali " kata Vell

"Baiklah" kata Zagas

Vell berjalan sehingga ke hujung benua di arah tenggara untuk memeriksa bentuk geografi di wilayah ini... Vell melihat di bawah gaung dan melihat terdapat daratan..

"Venus... Kalau kita buat jalan untuk ke bawah Dan jadi kan perlabuhan... Rasanya bagus tak??" tanya vell

"Boleh jadi... Lagi pun aku masih ada sedikit memori tentang perlabuhan" jawab Venus

"Baiklah kalau bergitu... Kita akan cuba buat negara maju di sini terlebih dahulu" kata Vell

"4 tahun" kata Cyra

"Maksud kau untuk bina negara ni?" tanya vell

"Ye.. Itu pun kalau kamu ada lebih daripada 50 ribu pekerja maka ia boleh di buat dalam masa 4 tahun atau kurang" kata Cyra

"Bergitu ye... Venus aku ingin kau tolong aku dalam hal ini" kata Vell

"Saya faham" jawab Venus

Venus membuka portal ke dunia iblis dan sekaligus menghubungi bawahannya sebelum ini untuk datang ke sini... Mereka semua datang tapi jumlah tidak mencapai lebih daripada 5 ribu.... Menurut pekiraan cyras, pekerja sebanyak ini mungkin boleh mengambil masa 37 tahun tapi Vell memiliki idea lagi... Dia ingin serang perdagang budak untuk jadi kan budak budak di sana pekerja juga...

"Macam mana dengan duit?" tanya Venus

"Tidak apa... Selagi kita masih ada Zagas yang memerhati kapal perdagang" kata Vell

Kemudian dio membawa 3 ribu makhluk hidup daripada berbilang ras yang bersetuju untuk berkerja... Zagas juga telah balik daripada perompakan yang di buat nya.....

"5 tahun lebih daripada cukup jika rancangan kamu berjaya Vell" kata Cyra

"Baiklah mari mulakan nya sekarang" kata Vell