webnovel

Ketahui

Sazura sedang minum teh yang di hidang kan oleh pencipta dunia itu sendiri... Mereka berdua berada di sebuah ruangan yang di cipta sendiri oleh pencipta dunia itu sendiri

"Jadi, kenapa kau panggil aku ke sini pencipta dunia?" tanya sazura

"Heheh jangan panggil aku bergitu, panggil saja Lopes" kata Lopes

"Baiklah Lopes, jadi jawab kenapa kau bawa aku ke sini" kata sazura

"Aku perlu bantuan kau untuk hapus kan seseorang antara ancaman dunia tersebut" kata Lopes

"6 pemimpin ancaman terhadap 9 dunia?? Itu mustahil bagi aku musnah kan mereka" kata sazura

"Kau salah faham, bukan antara 6 pemimpin itu tapi seseorang yang akan lahir untuk menjadi 7 ancaman dunia" kata Lopes

"Apa!!! Ada tujuh?? Bukan kau kata 6 ke hari itu??" tanya sazura

"Yang ketujuh ini belum lagi rasmi menjadi salah satu ancaman dunia tapi jika kau mampu hapus kan orang tersebut atau salah satu daripada 6 individu tersebut pun ok" jawab Lopes

"Kau cakap seperti mereka pernah di hapus kan" kata sazura

"Sebenar nya ini bukan kali pertama ancaman dunia wujud, dulu terdapat 1 saja individu menjadi ancaman 9 dunia tapi ia di kalah kan oleh individu misteri dan sekarang dia telah menjadi salah satu ancaman 9 dunia sehingga sekarang" kata Lopes

"Maksud kau, dia telah menjadi ancaman dunia sejak 9 dunia ini di cipta?? Berapa lama??" tanya sazura

"Sekitar 7 juta tahun yang lalu, kemudian muncul lagi ancaman dunia tapi berjaya di hapus kan oleh citare atau hero tapi tetap saja ancaman tetap muncul dan muncul sehingga 3 individu ini telah menjadi ancaman 9 dunia selama lebih 5 juta tahun, manakala 3 lagi ancaman 9 dunia, mereka sering bertukar tahta kerana boleh di katakan mereka itu cuai, di bunuh atau semacam nya " kata Lopes

"Jadi 3 individu ancaman 9 dunia yang telah hidup lebih dari 5 juta tahun tu lah yang perlu di hapus kan manakala 3 lagi mereka seperti amateur kan?" tanya sazura

"Betul" jawab Lopes

"Sapa nama mereka?" tanya sazura

"3 orang tu saja aku tahu, pertama Ariz dia adalah ancaman pertama, yang kedua Ramiru dia adalah raksasa terlemah ketika itu tapi menjelang beberapa tahun dia telah menjadi permimpin dan raksasa terkuat di 9 dunia dan yang terakhir ialah Aros tapi dia itu di lahir kembali selepas di bunuh oleh Ramiru maka Aros tidak di kira lah, jadi ancaman ke 3 yang sebenar ialah Aruto dia memiliki kekuatan semua element dan kekuatan naga manakala untuk 2 lagi orang itu aku tidak tahu kerana aku malas nak selidik tapi yang aku pasti adalah mereka telah hidup lebih daripada 100 ribu tahun kecuali Aros lah kerana dia di lahir kan semula" kata Lopes

"Oi, pencipta pun malas ehh" kata sazura

"Aku pun ada rasa penat juga!!" jerit Lopes

"Tapi antara nama yang aku sebut itu tidak dapat di banding kan dengan individu ini yang akan jadi ancaman seterusnya" kata Lopes

"Kenapa kau rasa bergitu?" tanya sazura

"Aku akan cerita pada awal, pada awal nya terdapat 10 dunia yang aku cipta dan dunia individu ini berasal daripada dunia ke 10 itu.... Tapi aku rasa aku buat kesalahan besar kerana aku tidak mengkaji sesuatu kalau manusia boleh berfikiran sendiri kalau nak di banding kan dengan ras lain kerana mereka perlu lihat sesuatu untuk belajar benda yang baharu itu pun bukan semua... Jadi ketika manusia di dunia itu dapat berfikir sendiri tanpa perlu bantuan aku maka mereka membunuh ras ras yang lain di dunia itu kerana anggap ancaman, selepas beberapa ratus juta tahun berlalu, mereka telah pun membuat satu revolusi yang tak pernah aku lihat iaitu meningkatkan teknologi tapi walaupun teknologi di tingkat kan, mereka menggunakan teknologi itu sebagai kemusnahan dunia tersebut tapi yang lagi adalah individu yang aku katakan tadi dia adalah punca dunia ke sepuluh atau dunia pertama yang aku cipta itu musnah... Aku marah kerana melihat situasi itu jadi aku sumpah dia agar dia tidak dapat mati (bukan abadi) di dunia itu cuma dia sorang saja hidup jadi dia tak dapat mati.. Jadi aku berpendapat dia akan insaf sehingga lah aku ambil keputusan untuk bawa dia ke dunia kamu ... Selepas menjelang beberapa pendapat aku salah, dia melakukan kemusnahan skala besar lagi di benua yang jauh dari kamu " kata Lopes

" Maksud kau peperangan yang aku dengar baru baru ini ke? "tanya sazura

" Betul tu, bukan itu saja terdapat sorang lagi individu di pihak nya yang merupakan manusia yang di uji kaji dan di sumpah oleh penghukum dunia yang aku lantik sendiri... Kedua orang itu di sumpah tidak akan mati kecuali di bunuh oleh seseorang tapi mereka tidak mengetahui nya " kata Lopes

" Wow, ini mengejutkan sekali " kata sazura

" Betul tu aku tidak nafikan nya" kata Lopes

"Jadi kenapa aku?? Kenapa tidak hero atau citare?" tanya sazura

"Sebab kau memiliki yang orang lain tidak miliki" jawab Lopes

"Aku tak faham apa yang kau cakap ini tapi aku akan cari jawapan sendiri" kata sazura

"Bagus, sekarang keluar lah" kata Lopes sambil membuka portal dan tolak sazura masuk ke portal itu

Sazura kembali ke dunia nya semula dan dia melihat yang dia jatuh dari katil nya

"Baheera tolong aku!!" jerit sazura

Baheera bangun daripada tidurnya kerana terkejut dengan jeritan sazura tapi dia tidak melawan kata kata sazura lalu menolong sazura bangun ke katil nya... Sazura dan Baheera sambung tidur....