webnovel

Kejutan

Mayat Uno yang telah mati itu secara tiba tiba bergerak dan mula membentuk diri nya menjadi gergasi setinggi 60 meter sekaligus telah membuat kawasan berdekatan nya musnah... Sazura yang berada dekat dengan Uno itu telah di selamat kan oleh singa milik nya... Mereka berempat melarikan diri dari kawasan tersebut... Kemusnahan skala besar di kota akibat perubahan Uno menjadi gergasi seperti letupan yang besar... Orang ramai melihat gergasi itu dengan ketakutan dan dengan segera melarikan diri dari situ...

Di istana, raja duduk di bilik nya dan melihat kehancuran kota nya dan berharap bahawa ia akan tamat.... Gadea berada di menara loceng tanpa diiringi oleh pengawal

'Aku fikir, aku akan guna kan nya ketika lawan dengan nya tapi melihat situasi bergini, saya kena lakukan nya demi mereka... Gear on' kata Gadea dalam hati nya

Selepas dari kata kata nya di hati itu sebentar tadi, Gadea berubah menjadi Cacus (Roman mythology) Uno yang telah berubah menjadi gergasi telah melihat Gadea yang sedang berubah, dia tanpa lengahkan masa dengan segera menuju ke sana dan melepaskan sebuah tumbukan tapi terlambat apabila Gadea yang berubah menjadi Cacus telah menyemburkan api di mulut nya yang membuatkan Uno cedera di muka nya, kemudian Gadea melepaskan tumbukan yang gergasi ke arah Uno yang membuatkan Uno undur ke berlakang tapi Uno membalas semula tumbukan itu dan membuatkan Gadea terpelanting jauh tapi Gadea dengan pantas nya kembali ke pertarungan

Ketika Gadea dan Uno sedang bertarung, Lexio yang berada di tempat persembunyian nya cuba ingin mengambil kesempatan untuk lari dari kekecohan tersebut tapi malangnya dia terserempak dengan Sazura dan bawahan sazura... Pada mula nya Lexio berfikir kalau mereka pun ingin melarikan diri tapi tidak selepas sazura menunjukkan jalan keluar kepada Lexio lalu sazura dan bawahannya pergi ke gudang berdekatan untuk elak kan diri dari pertarungan Gadea dan Uno... Lexio yang berjaya melari kan diri telah di bunuh oleh Tanwen yang berada di situ sedang melihat pertarungan tersebut dari jarak jauh...

Sazura, dan bawahan nya telah tiba di sebuah bangunan yang musnah untuk berteduh daripada pertarungan itu..

"Baheera tolong nyala kan api ye" kata sazura

"Baiklah" balas baheera semula

Sazura yang sedang merawat luka nya di mata akibat tumbukan Tanwen... Singa miliknya datang dan mengelingi sazura untuk panas kan sazura sambil di jaga oleh Tiku dan baheera

"Kita cuma duduk sini saja ke puan??" tanya Tiku

"Betul tu" jawab sazura

"Jadi, kita tak tolong mereka?" tanya Tiku lagi

"Mungkin" jawab sazura

"Kenapa??" tanya Tiku lagi

"Ini kerana ia bukan urusan kita untuk bantu nya melainkan dia sendiri... Bayangkan kalau kita tolong mereka nanti, khabar angin tentang raja luksus tidak boleh menjaga rakyat nya akan tersebar kemudian akan menjadi lebih teruk dan teruk... Sekurangnya sekarang ni mereka dapat melindungi rakyatnya dengan kekuatan nya sendiri" jawab sazura

"Jadi, kalau mereka kalah?" tanya Tiku

"Maka kita lah akan maju" jawab sazura

Letupan di dengari, kemusnahan yang telah di lihat, keseksaan dapat di rasai oleh semua orang di sana yang cuba bertahan hidup.. Bala Tentera, pengawal, penjaga dan segalanya yang berada di sana cuba mempertahankan kota luksus daripada hancur.... Kemudian secara tiba tiba, jeritan Uno di dengari oleh sekitar mereka akibat serangan yang kuat daripada Gadea... Uno membalas serangan dengan melepaskan tumbukan kepada Gadea tapi di sebabkan pergerakan nya yang perlahan maka serangan itu tidak berhasil dan telah pun di serang lagi oleh semburan api oleh Gadea... Serang demi serangan yang di buat oleh Gadea betul betul telah menyakiti Uno... Ketika mereka sibuk bertarung, secara tiba tiba sebuah tombak datang dengan laju nya dan telah menusuk Gadea yang menyebabkan gear milik nya terbatal dan mula jatuh ke bawah dan menyebabkan patah tulang yang teramat... Tombak yang menusuk nya tadi telah pun menghilang... Sazura yang merasakan tenaga gear milik Gadea telah hilang sehingga merasa terkejut

"Puan" panggil baheera

"Aku tahu, Gadea telah kalah" jawab sazura

"jadi, kita akan tolong??" tanya Tiku

"kenapa lah kau semangat ni?? Dan sudah tentu kita perlu bergerak" jawab sazura

Mereka semua bergerak pergi ke kawasan pertarungan Gadea dan Uno... Baheera dan Tiku dengan laju nya menuju ke arah Uno manakala sazura yang sedang menunggang singa milik nya pergi ke arah yang berbeza kerana sazura merasakan terdapat pengguna gear yang kuat... Tiku yang telah sampai lebih dahulu ke kawasan uno, telah pun melompat sehingga ke arah muka nya dengan bantuan gear milik nya lalu memberi sebuah tumbukan fizikal yang kuat dan telah membuat kan uno hampir jatuh tapi tangan kiri milik Uno telah pun membalas serang tersebut namun Tiku tetap bangkit walaupun telah mengenai serangan.. Manakala baheera mencari Gadea untuk di selematkan namun tidak berhasil tapi ia tetap mencari nya... Sazura dan singa milik nya telah tiba di destinasi nya... Ia melihat seseorang yang sedang duduk di lantai sambil melihat diri nya.. Singa milik sazura pergi ke depan sazura untuk melindungi tuannya kerana merasa ancaman terhadap orang tersebut

"Kau sapa?" tanya sazura

"Aku di kenali sebagai Mahmud" jawab Mahmud

Sazura terkejut mendengar nama itu kerana nama itu amat di kenali oleh orang ramai

"Mahmud maksud kau Hang Mahmud??" tanya sazura

"Nampaknya nama ku telah di kenali sehingga benua ini ye" kata Mahmud

"Sudah tentu, kau di kenali sebagai pahlawan yang hebat dan mampu menumbangkan banyak musuh walaupun berseorangan dan kau juga di kenali sebagai seseorang yang mampu melawan dengan salah satu ancaman dunia tapi kau kalah dengan nya kerana kau tiada apa apa kebolehan dan magic untuk mengalahkan nya namun bergitu seseorang tanpa apa apa kebolehan dan magic mampu seimbang melawan salah satu ancaman dunia itu amat mengejut kan " kata sazura

" Bagus lah kalau kau dah tahu jadi sekarang kau perlu mati" kata Mahmud

Mahmud mengeluarkan senjata nya yang di kenali sebagai Keris dan secara tiba tiba serangan daripada Keris itu telah mendekat ke arah sazura tapi berjaya di halang oleh singa milik nya dan singa itu maju untuk melawan tapi sazura melarang nya namun terlambat apabila singa itu cuba menerkam Mahmud dengan laju nya namun berjaya di kalahkan dengan sekali serangan sahaja.. Mahmud menuju ke arah sazura namun sazura tidak berbuat apa apa

"Aku bukan bawahan ancaman dunia" kata sazura

Kemudian serangan Mahmud berhenti tepat ke mata sazura selepas ia mendengar ayat sazura...

"Bukti kan" kata Mahmud

Sazura menunjukkan sebuah kontrak yang telah tertulis tentang Tentera upahan... Selepas Mahmud membaca nya, Mahmud menarik Keris nya semula lalu memberi potion kepada singa itu

"Maaf kerana bertindak melulu" kata Mahmud

"Aku faham jadi tidak apa" kata sazura

Suara letupan yang di buat oleh pertarungan tersebut di dengari oleh mereka

"Apa kau ingin buat dengan benda tu?" tanya Mahmud

"Aku tak mampu berbuat apa apa dengan keadaan aku sekarang ni yang sangat sukar untuk ku bergerak" jawab sazura

"Kalau macam itu, kenapa kamu tidak guna kan kekuatan kau untuk bantu kau bergerak?" tanya Mahmud lagi

"Aku tidak bodoh untuk lakukan itu... Bayang kan kalau aku gunakan kekuatan aku itu untuk bergerak dengan tanpa masalah dan selepas aku gunakannya, aku tiada lagi Mana atau apa apa lagi kekuatan untuk lindungi diri ku daripada ancaman mengejut" jawab sazura

"Jadi, takkan kau nak biarkan citare kau yang uruskan nya" kata Mahmud

"Setiap masalah mesti ada penyelesaian nya jika kau tidak mengalah" kata sazura

"Kalau bergitu, aku mahu lihat" kata Mahmud

"Dengan senang hati nya" kata sazura

Situasi sekarang ini makin teruk setelah Tiku tidak mampu lagi menahan serangan Uno manakala bagi Tentera dan pengembara yang di upah oleh kerajaan tidak mampu juga menahan serangan Tentera milik tanwen dan divisi 1 malahan terdapat beberapa Tentera dan pengembara yang di upah mencuba melarikan diri yang membuat kan situasi tersebut semakin teruk.. Ketika keadaan sedang kucar kacir, baheera yang masih berdekatan di kawasan Uno sedang lagi mencari Gadea walaupun tidak menjumpainya... Dengan penuh nya asap yang di sebabkan kebakaran berlaku telah pun membuat kan penglihatan sekeliling menjadi kabur dan sukar untuk bernafas... Baheera yang sekarang ini berusaha mencari Gadea tapi di sebabkan asap yang terlalu banyak, telah membuat kan baheera jatuh pengsan akibat menghirup asap kebakaran tersebut.... Secara tiba tiba terdapat satu sosok laki yang sedang menutup wajah nya menggunakan baju nya sedang mendekat ke arah baheera lalu mengangkat nya dan membawanya ke suatu tempat