webnovel

Attack on Hinggo

"Bosan nya duduk kat menara ni"

"Tak boleh nak buat apa lah lagi pun kita ni askar jadi kena lah buat"

"Tapi ini bukan askar yang aku ingin kan"

"Arh? Askar jenis macam mana kau ingin kan?"

"Aku ingin jadi askar yang popular supaya aku dapat kekayaan, perempuan, rumah besar dan -"

"Lembab!!!"

"Lembab?"

"Ye kau memang lembab, askar biasa macam kita mana ada dapat semua tu melainkan kau ini adalah bangsawan, pengembara upahan, atau pun berjawatan tinggi"

"Jadi aku salah pilih lah ni😢"

"Dah dah jangan korang berdua nak drama sangat kat sini, fokus dalam penjagaan"

"Ala tuan, mana ada negara nak serang kita pada waktu ini, negara kita kuat tau tuan jadi tiada siapa yang lembab akan serang negara kita"

Ketika penjaga menara Hinggo sedang bersembang, secara tiba tiba tembakan meriam di lepaskan yang membuatkan semua orang di situ terkejut

"Lain kali aku potong mulut kau tu, dasar mulut masin"

"Maaf"

"Dah cepat bunyi kan loceng"

Loceng telah di bunyi kan dan didengari oleh seluruh orang di kota walaupun tembakan meriam tersebut lebih kuat bunyi nya berbanding kan bunyi loceng... Keadaan di Hinggo menjadi kucar kacir dengan serangan yang mengejutkan tetapi pertahanan dinding Hinggo di perlabuhan sangat kuat akibat memiliki jumlah meriam dan kapal yang banyak yang menyebabkan armada kapal Zagas sukar untuk menembus masuk ke dalam kota...

"Tuan Zagas, armada kita tak boleh menembusi pertahanan mereka, jika kita terus bergini maka seluruh armada akan musnah"

"Kalau bergitu kita mundur dulu, salah aku juga kerana mengarahkan penyerangan tanpa strategy yang lengkap"

"Jadi, kita kena umum kan pengunduran?"

"Ye"

"Semua, kita berundur dulu"

"Cepat nyalakan api pengunduran"

Api yang di lancarkan tadi telah membuatkan seluruh armada berundur dan Zagas perlu menerima kekalahan nya itu walaupun sementara...

"Tuan Zagas, saya terima surat daripada Raja Vell yang telah di hantar oleh Dio sebentar tadi untuk di serahkan kepada anda tuan"

"Baiklah, beri nya pada ku"

Surat tersebut menyatakan kekalahan Zagas kepada Hinggo telah di ketahui oleh Vell yang membuat kan Zagas takut dengan arahan yang akan di beri sebentar lagi... Namun surat tersebut tidak memberi apa apa arahan melainkan strategy yang telah di fikirkan oleh Vell sendiri... Hal itu telah membuat Zagas merasa kecewa dengan diri nya kerana tidak mampu memenangkan perang dengan usaha diri nya sendiri... Kemudian Zagas ternampak satu strategy yang telah di tulis oleh Vell yang telah menarik perhatian diri nya dan telah mengubah sedikit strategy tersebut agar tidak terlalu mengharapkan strategy milik Vell...

Selepas 3 hari, Zagas di tangkap oleh tentera Hinggo dan di masuk kan ke pasar budak kerana Zagas merupakan manusia ikan dan banyak di nikmati oleh orang ramai terutama nya bagi para bangsawan dan raja raja di negara berdekatan

"Oi tengok tu"

"Dia budak baru ke?"

"Kesian sekali"

"Aku dengan manusia ikan hampir pupus dan berharap dapat berjumpa dengan nya dan hajat aku tercapai"

"Aku pun sama"

Ketika ramai budak yang ingin di jual tersebut bersembang, pengawal yang menjaga sangkar mereka telah pun datang

"Semua diam!!! Mari kita ambil satu persatu budak di sini untuk di bawa ke atas"

Pengawal telah membuka satu persatu sangkar mereka dan mengambil mereka terutama nya remaja perempuan, budak bawah umur, beast man, elf, dan sebagainya yang membuat kan kekecohan di situ terjadi

"Oi manusia ikan, sekarang ni ikut kami cepat"

"Aku menolak"

Dengan pernyataan Zagas tadi telah membuat orang orang di situ merasa terkejut dengan tindakannya yang berani

"Oii!! Kau ingin aku bunuh kau sekarang ke?!!"

Ketika salah satu pengawal itu sedang marah Zagas, secara tiba tiba tembakan meriam berlaku lagi yang membuat kan kepanikan terjadi tidak lama selepas itu Zagas memegang kepala pengawal yang marah nya tadi lalu menghancurkan nya, hal itu telah membuatkan orang sekeliling takut termasuk pengawal di situ, tanpa membuang masa Zagas dengan segera membunuh pengawal di situ

"Korang semua ingin bebas daripada sini? Maka kamu semua perlu ikut aku"

Kesemua nya di situ setuju dengan Zagas lalu kekecohan di kota telah bertambah lebih teruk apabila Zagas yang memimpin orang orang dari dalam kota telah pun membunuh ramai askar Hinggo sehingga lah mereka menuju ke gerbang utama untuk membuka pintu gerbang untuk askar milik Zagas masuk melalui pintu tersebut... Hal itu lah telah membuat Hinggo menjadi tidak stabil.. Tidak lama selepas itu, tentera armada Zagas telah pun tiba di luar kota dan masuk ke kota melalui dinding pertahanan yang berlobang

Rakyat dan askar Hinggo yang cedera di sekitar kota telah melihat Zagas yang menghadap Tentera milik nya, Tentera milik Zagas telah memberi semula baju milik nya dan di berlakang baju tersebut tertulis kapten armada divisi 1 yang membuatkan ramai orang di berdekatan dengan mereka telah terkejut

"Arahan tuan"

"Jangan buang masa di sini dan pergi ke istana kemudian tangkap kesemua raja raja yang berada di sana termasuk keturunan mereka dan paksa mereka untuk menyerah, jika mereka sudah menyerah lalu kibar kan bendera pakatan di puncak istana dan seluruh kota

" Baik tuan"

Sebanyak 3 ribu Tentera dan 2 ratus orang yang memberontak telah pun tiba di istana... Terdapat beberapa saja pengawal di sana dan ia merupakan citare maka Zagas bergerak kehadapan untuk menghadapi nya sendiri

"Pergi ke kawasan yang lain untuk di periksa, kalau ada keturunan Raja yang masih lagi ada maka tangkap"

"Baiklah"

Zagas bergerak ke hadapan dan melancarkan sebuah pukulan kepada citare tersebut namun ia dapat di tepis dengan mudah nya oleh citare itu dengan menggunakan pedang milik nya dan citare itu menyerang kembali namun Zagas mengelak serangan tersebut... Serangan demi serangan telah di buat oleh kedua lawan namun elakan demi elakan berjaya di buat juga oleh kedua lawan sehingga pedang yang di gunakan oleh citare tersebut mengenai Zagas... Serangan itu telah membuat Zagas kehilangan fokus nya dan hal itu telah membuatkan citare tersebut terus menyerang Zagas tanpa henti... Serangan tersebut berjaya membuatkan Zagas terluka di seluruh badan nya... Namun Zagas tetap saja berdiri dan telah membuat kan citare tersebut menyerang sekali lagi namun Zagas membalas serangan tersebut dengan tumbukan nya dan tumbukan tersebut telah menghasilkan gelombang yang membuat kan tubuh badan dan organ citare itu hancur... Jeritan yang telah di dengari oleh mereka telah menunjukkan kesakitan yang di buat oleh serangan Zagas... Raja raja di situ mula merasa takut dengan Zagas termasuk pengawal di raja

"Tangkap mereka"

"Tunggu dulu"

Kapten pengawal di raja telah pun menghalakan pedang milik nya ke arah Zagas.. Kemudian penghinaan telah pun di tujukan kepada Zagas oleh Raja raja di situ

"Kenapa kau masih ingin mempertahankan mereka?"

"Itu adalah tugas ku untuk melindungi , kau pula, kenapa kau menyerang Hinggo? Adakah ia arahan daripada permimpin kau?"

"Itu adalah salah satu nya tapi sebab utama kenapa aku serang Hinggo ialah mereka telah pun menyeksa kaum manusia ikan dan pelbagai kamu lagi seperti elf dan dwarf.. tidak juga terkecuali dengan rakyat yang duduk dalam kesusahan kemudian di culik lalu di jual untuk keuntungan sendiri, jadi aku ingin tanya, antara alasan yang telah kita beri tadi, mana satu yang lebih masuk akal? "

" Alasan kau, Walaupun alasan kau itu masuk akal tapi - "

Tidak sempat ia menghabiskan ayat nya, dia telah pun di bunuh eh Zagas dengan mudah

" Letakkan senjata korang semua"

Pengawal di raja tersebut telah pun meletakkan senjata mereka kerana ketakutan

"Tangkap mereka"

"Baiklah"

Kesemua keturunan di raja yang menyorok di istana telah di tangkap lalu di bawa ke kapal besar... Bendera pakatan telah di pasang di seluruh kota dan istana... Bukan itu saja, negara yang berdekatan juga telah pun di tawan oleh Zagas akibat raja mereka telah di tangkap... Ada juga yang cuba melarikan diri namun telah di bunuh oleh Zagas... Kemenangan mereka telah pun di ketahui oleh Vell dan Sthan melalui rondaan Dio... Seramai 31 keturunan di raja dari 4 negara telah di tahan oleh Zagas dan akan di bawa ke Kiraly untuk arahan yang selanjutnya